UTUSAN TUKAR MENTERI BESAR KEDAH

on Friday, January 29




Medina- Minggu lepas saya membaca beberapa laporan media isu usaha menukar MB Kedah. 

Saya fikir UMNO harus belajar daripada sejarah. Sebenarnya usaha menukar MB tidak akan berjaya melalui cara kekerasan. Sebahagian Ketua-Ketua Bahagian tidak mungkin dapat menukar seorang Menteri Besar.

Kes yang sama dahulu apabila Tun Dr. Mahathir tidak melayan desakan Ketua-Ketua Bahagian supaya menukar TS Sanusi Junid. Dalam kes itu, Tun Dr Mahathir tidak melayan desakan Ketua-Ketua Bahagian supaya menerima desakan menukar MB Kedah yang juga orang kepercayaan Tun dalam politik. 



Sebenarnya, jika MB hendak ditukar cukup dengan arahan daripada Perdana Menteri yang juga Presiden parti. Bukannya oleh seorang Ketua Bahagian atau beberapa orang Ketua Bahagian sahaja. Sebab itu saya tidak hairan usaha itu gagal.

Dahulu, semasa usaha menukar MB Kedah Syed Razak, ianya dibawa oleh seorang utusan Perdana Menteri. Utusan PM ini sangat bijak. Dia tidak bertemu Ketua-Ketua Bahagian supaya membuat desakan, sebaliknya dia bertemu sendiri dan menyampaikan permintaan Perdana Menteri dengan bijak.



Itulah cara orang utara. Samalah jua ketika Tun Razak memujuk ayah Pak Lah supaya berundur daripada politik. Tun Razak membawa Tun Dr. Mahathir dan mereka menceritakan tujuan mereka ketika makan tengahari bersama-sama. Ayah Pak Lah menerima dengan mudah.

Kuasa melantik, menukar dan memecat MB sebenarnya di tangan Presiden sesebuah parti mana-mana parti pun. Dalam kes Kedah, DS Mukhriz dilantik oleh Presiden UMNO kerana situasi politik pada tahun 2013 memihak kepada DS Mukhriz walaupun dia kalah kepada Khairy Jamaluddin dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda dahulu.



Jika UMNO mengurus Kedah dengan semberono, saya sangat khuatir Kedah akan kembali ke tangan pembangkang, dan lebih buruk lagi ianya akan memberi kesan buruk di peringkat nasional.

Saya tidak percaya kemelut di Kedah berpunca daripada DS Najib. Sementara itu, KJ masih perlu bersabar lagi. Jatuhnya TS Muhyiddin tidak semudah jatuhnya DS Mukhriz.

Bersambung...

Mekkah,
27 Januari 2016.

3 Komen:

Anonymous said...

Bodoh.. salahkan 'utusan' PM pulak.
Ingat ni zaman Madet paksa tukar Osman Arrof dulu ka? Main 'utusan'?
Ini zaman moden la..org cerdik. Kalau MB BENGAP part time blur tp kemaruk nk jawatan.. memang org meluat. EXCO yang dia lantik pun MELUAT tgk si botak ni main wayang depan PM dan belakang rakyat.

Semoga segera MB Kedah ditukarkan dan hapuskan legasi mamak kerala dari merosakkan UMNO.

Anonymous said...

Kj harus bersabar atau Mukhriz yang beberapa kali mau cantas KJ mesti mauingat ini bukan zaman bapak keralanya untuk sesuka hati kudakan UMNO macam hart amak bapak dia.

UMNO harus bebas memilih pemimpin bukan dengan main kotor seperti yang melanda KJ. Imej KJ diburukkan dengan sedahsyatnya demi mahu naikkan Mukhriz..tp syg Tuhan tak izin mainan kotor mereka.. KJ tetap KP UMNO..

Mukriz skrg berkira2 nasib untuk JOIN PR atau tubuh la parti baru. Kita tak perlukan 'ular senduk' dlm UMNO Kedah..

tangkapbasah said...

osman arop dibuang sbb bnyak skandal.org umno ada sifat yg buruk terlalau ikut telunjuk pemimpin. mcm komunis

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan