USTAZ ZAMIHAN YANG SAYA KENALI

on Tuesday, February 9

Satu Malaysia telah dihangatkan dengan perancangan debat di antara Ustaz Dr. Zamihan Al-Ghari dengan Dr. Mohd. Asri, Mufti Perlis.

Pada tahun 2003 jika tidak silap di Kuala Lumpur, saya telah menghadiri satu ceramah agama yang dianjurkan oleh sebuah NGO baharu diketuai mantan Ketua Pengarah DBP, Datuk A. Aziz Deraman ketika itu baharu sahaja bersara. Itulah pertama kali saya mendengar ceramah Dr. Mohd. Asri ketika itu. 

Ustaz Zamihan pula, setahu saya merupakan seorang anak muda, pejuang agama dan pendakwah yang mengabdikan hidupnya siang dan malam kepada Islam. Sebagai pegawai agama di Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ustaz Zamihan bertanggungjawab mendidik dan berdakwah kepada banduan, penagih dadah, salahlaku juvana dan sebagainya supaya menjadi insan yang baik apabila dibebaskan kelak.

Saya tahu ketika selesai masa pejabat, Ustaz Zamihan juga sibuk memenuhi jemputan kuliah agama di surau dan masjid. Pada hari Sabtu dan Ahad, beliau memberi kuliah agama di Aswaja Center. 

Ustaz Zamihan memang seorang yang lantang membicarakan kebenaran. Baik di dalam seminar-seminar atau mesyuarat-mesyuarat dengan pegawai tinggi kerajaan. Ustaz Zamihan bukan seorang yang suka bercakap secara lunak-lunak sahaja, tetapi akan bercakap yang benar walaupun pahit. Kelantangannya ditafsir sebagai keras, sebenarnya itu bentuk ketegasan. Pada zaman Nabi dahulu, apabila Saidina Umar marah, iblis-iblis pun lari lintang-punkang.

Semasa saya di USA tahun lalu, Ustaz Zamihan telah diberi tanggungjawab untuk menemui tahanan rakyat kita di Guantanamao. Ianya bukan isu keselamatan rakyat kita sahaja, malahan jauh daripada itu ianya adalah suatu perjuangan hidup dan mati. Ianya bukan kerja yang mudah.

Apabila Ustaz Zamihan berbicara dengan lantang, keras dan yakin itu semua adalah gambaran kesungguhan, ketegasan dan kebenaran yang dibawanya. Tidak bererti, apabila seseorang yang bercakap secara  lemah-lembut, penuh dengan psikologi dan berlapik-lapik lalu dialah yang lebih benar. 

Saya ingin mencadangkan diskusi di antara Dr. Asri dan Ustaz Zamihan diteruskan. Moderator hendaklah daripada ilmuwan yang fasih berbahasa Arab kerana sudah pasti terdapat perkara yang akan mereka sebut dan rujuk dalam kitab-kitab berbahasa Arab. 

Manakala tempat hendaklah diadakan di sebuah universiti yang establish dalam pengajian agama di Malaysia seperti UM, UIA dan UKM. Jemputan pula hendaklah terbuka kepada wartawan, pegawai-pegawai kerajaan, ahli-ahli UMNO, PAS dan parti Islam lain, pelajar universiti dan ahli-ahli pondok.

Penganjur yang paling relevan adalah Menteri JAKIM dari JAKIM dan oleh JAKIM. Jawapannya mudah, JAKIM adalah bertanggungjawab dalam hal-ehwal agama Islam di negara kita. Dalam ajaran agama kita sendiri, urusan agama Islam hendaklah diketuai dan diurus oleh mereka yang ahli dalam agama Islam jua. Menteri JAKIM tidak sepatutnya berdiam diri !

Tidak lama dahulu seorang Menteri terpaksa memohon maaf kepada Menteri Luar Negeri kerana kesilapan memberi ulasan yang bukan dalam bidang tugasnya. Baca ulangan anda di sini https://sg.news.yahoo.com/mistake-says-nazri-anifah-rebukes-100753685.html

Diskusi ini sangat penting demi kemashlahatan umat Islam di Malaysia, maka perancangannya hendaklah rapi. Tidak boleh dibuat secara asal jadi, atau main terjah atau main letak tarikh. Kedua-dua Ustaz Zamihan dan Dr. Mohd. Asri adalah pegawai kerajaan yang tertakluk dengan tugas rasmi sedia ada di mana jadual tugas mereka telah dirancang lebih awal.

Saya mencadangkan Ustaz Zamihan dan Dr. Asri meneruskan pertemuan ini sama ada dalam bentuk debat, forum atau diskusi. Tetapi perancangannya hendaklah teratur dan diatur oleh mereka yang ahli dalam bidangnya. 

Bersambung...








26 Komen:

Anonymous said...

Menteri JAKIM tido?

Anonymous said...

Zamihan ada isu lama dengan dr. Asri dan juga beberapa akademik yang lain. Antara isu yang serius adalah dakwaan jenayah ilmiah yang dilakukan secara berleluasa dalam tulisan dan ceramah beliau.

Boleh rujuk:
http://www.academia.edu/19662062/JENAYAH_ILMIAH_ZAMIHAN_MAT_ZIN_KAJIAN_ATAS_CERAMAHNYA_DI_MASJID_NEGERI_MELAKA

http://www.hafizfirdaus.com/ebook/SWSP/MUQADDIMAH.htm

https://www.facebook.com/notes/mohd-hairi-nonchi/menjawab-fitnah-zamihan-mat-zin-al-ghari/601467446546183/

Wallahualam

Anonymous said...

Asri ni licik, mmg mudah terpengaruh.
Zamihan ni kasar, walau kebenaran yg diucapnya, org org yg tak tahu, yg baru nak tahu akan menjauhkan diri.

Ashari said...

Zamihan ni walau hujahnya benar, pendekatannya kasar, mungkin dia patut semak tafsiran ayat 159 Surah Ali Imran.
Asri ni pulak , idea ideanya mmg nmpk bercampur aduk, antara liberalism dgn wahabism.

Anonymous said...

Penafsiran secara literal atau secara zahiriyah pendokong dan penyokong aliran wahabiyah terhdp nas nas Quran dan Hadis, semmgnya membuka ruang luas kpd ideologi ekstrim keganasan.

Anonymous said...

seolah olah mereka ini telah berperang melawan isis--baru cakap berdegar degar habuk pun tarak--yang ada baru menahan itu pun belum pasti menyokong isil
yang melawan isis secara peluru adalah syiah hizbullah assad,russia dan iran
mana malaysia, syiah sesat waduh

Ashari said...

Sejak zaman berzaman kita aman dgn pegangan ASWJ. Kita perangi penjajah kufur yg dtg menjajah.
Bila muncul pemahaman ala wahabiyah awal abad ke 20, sesama Islam bermusuhan, bid'ah membid'ah, sesat menyesatkan, syirik mensyirikkan dan kafir mengkafirkan, hinggakan bunuh membunuh sesama Islam dianggap jihad.
Umat Islam ASWJ tidak bermudah mudah menuduh sesat sesuatu golongan, apatah lagi mengkafirkannya.
Prinsip asasnya sbgmn disebut Al Imam Al Ghazali, tidak seharusnya dikufurkan seseorg selagi dia mengakui La ilaha illaAllah dan mengakui dan menerima bahawa MuhammadurRasullullah, serta mengakui dan meyakini adanya Hari Akhirat / Hari Pembalasan.
Soal sesat, syirik atau kufur sesuatu golongan diserahkan kpd pihak berwajib menentukannya dan mengambil tindakan, dlm konteks negara kita, jabatan jabatan agama dan majlis fatwa, bukannya individu atau firkah firkah tertentu.

Ashari said...

ASWJ menyandarkan pemahaman agama kpd kaedah salaf dan khalaf.
Salaf sekitar 300 tahun pertama Islam, dan khalaf pula zaman selepasnya. Aliran Ashari'ah dan Maturidiyah termasuk zaman khalaf. Imam yg 4 ; Maliki, Hanafi, Syafe'i, Hanbali, termasuk zaman salaf.

Timbul kekeliruan antara pemahaman cara wahabiyah atau yg mengaku sbg salafi hari ini dgn salaf yg sebenar. Khusus dr sudut pemahaman terhdp nas nas atau dalil dalil Mutashabihat, salaf sebenar tidak menafsir, tidak menakwil, tidak memberi makna, ungkapan ungkapan Mutashabihat diterima begitu sahaja tanpa diberi makna. Dpt kita fahami mrk berada dizaman awal Islam, sesetgh Sahabat r.anhum. atau tabi'in yg bertemu dgn sahabat masih berada bersama mrk. Begitu juga bahasa asas mrk adalah Bahasa Arab asal sbgmn Al Quran diturunkan.
Aliran pemikiran wahabiyah pula, atau yg mengaku salafi, memberi makna secara zahir semata mata terhdp dalil dalil Mutashabihat berkenaan dan menganggapnya itulah makna hakikinya. Ini semmgnya sgt sgt keliru, hingga timbul kekeliruan di klgn yg kurang berpengetahuan menggambarkan Tuhan dgn sifat sifat yg tidak selayaknya.

Kaedah khalaf, khususnya Ashari'ah-Maturidiyah pula membuat penafsiran dgn makna yg bersesuaian terhdp nas nas Mutashabihat berkenaan utk mengelakkan salah faham diklgn org awam. Namun begitu makna hakikinya diserah kpd Yg Memfirmankannya.

WaAllahu'alam ! Moga ada manfaat.

Anonymous said...

Bg yg baru mengenal agama, atau yg kurang berpengetahuan, slogan kembali kpd Quran dan Sunnah mmg cukup menarik dan memberi pengaruh. Tp bila dipelajari lebih mendalam dgn jujur dan ikhlas, akan kita dapati serba kekurangan diri kita dlm memahami Quran dan Sunnah. Kerana itulah merujuk kpd para ulama' terdahulu adalah jalan terbaik dan selamat.

Anonymous said...

Bila kita ngaji pndgn pndgn ulama' terdahulu, kita dpt merujuk pelbagai pandangan dan boleh kita pilih yg terbaik antaranya secara kolektif utk kita ikuti dan kita amalkan. Tidakkah telah Tuhan firmankan,
"Org org yg mendgr perkataan perkataan yg sampai kpdnya, mk mrk mengikuti yg terbaik antaranya, mrk itulah org org yg diberi petunjuk oleh Allah (swt), dan mrk itulah org org yg berakal." 39:18.

Anonymous said...

Wahabi ni mmg idelogi cari musuh. Duk kapirkan org, bid'ahkan org, syirikkan org, mk mmg bnyklah musuhnya.

Anonymous said...

Wahabi syok alim sendiri. Org lain, jahil semuanya.

Ashari said...

Sejak akhir akhir zaman Sahabat r.anhum. sudah berlaku bnyk perbezaan pendapat. Perbezaan politik juga membawa kpd perbezaan akidah dan fekah. Di klgn Sahabat r.anhum. tidak berlaku perbezaan akidah, tetapi di klgn umat sezaman di akhir akhir zaman Sahabat r.anhum. sudah mula berbeza akidah. Antara yg sering disebut, golongan syiah, khawarij, muktazilah, kemudiannya muncul pula zahiriyah, jabariyah, qadariyah, jahmiyah dll. Masing masingnya memberi tafsiran yg berbeza beza terhdp nas nas Quran dan Hadis, bahkan sesetghnya hingga memalsukan hadis. Syiah bahkan mendustakan Al Quran dan menokok tambah.
Ketika itu seselamatnya pegangan adalah cara Salaf, ikut tanpa persoal. Dalil dalil diterima dan diamal tanpa persoalan dan tanpa diperhalusi. Dalil dalil Mutashabihat pula tidak ditafsir, tidak diberi makna, diterima begitu sahaja, segala persoalan serah kpd Allah swt.
Sikap ingin tahu manusia yg suka memperhalusi persoalan, ditambah dgn masuk Islamnya golongan golongan yg sebelumnya bukan Islam, membawa masuk sekali pelbagai ideologi yg telah sebati dgn mrk sebelumnya. Msykt awam jadi keliru dan celaru dgn pelbagai aliran pemikiran.
Imam kita, Imam Abul Hassan Al Ash'ari, lahir, dibesarkan dan dididik dlm keluarga muktazilah hingga menjadi imam muktazilah yg dihormati. Muktazilah ketika itu didokongi oleh pemerintah semasa, dan aliran pemikiran dan pemahaman cara muktazilah ini cuba dipaksakan kpd msykt awam. Muktazilah diketahui mengutamakan logik akal, dulunya disebut ilmu kalam. Alasannya, agama ini adalah utk org berakal. Org tak berakal, tiada taklif atau tiada tanggungjawab beragama. Kerana itu mrk meyakini nas Quran dan Hadis mestilah bersesuaian dgn logik akal, jika tidak tentu ada salah faham atau kita yg gagal memahami, kerana itu ianya ditakwil dgn logik akal. Namun begitu bnyk persoalan yg bermain dlm pemikiran imam kita yg gagal beliau jawab. Bahkan bila dikemukakan kpd guru guru beliau juga, gagal mendpt jawapan yg memuaskan hati beliau. Ada kisahnya bgmn beliau diilhamkan utk bertaubat dr pemahaman muktazilah kembali ke aliran Salaf. Bg menjawab pelbagai persoalan yg tidak dijawab oleh golongan Salaf sebelumnya, beliau diilhamkan dgn kaedah pemahaman yg kita fahami skrg sbg aliran Ash'ariyah, yg kemudiannya dikembangkan sedikit oleh ulama' ulama' Maturidiyah. Sejak itu selain kaedah Salaf, kaedah pemahaman Ash'ariyah dan Maturidiyah inilah yg diterima oleh sebhgn besar dan kebnykn umat Islam selepas zaman beliau sebg aliran pemikiran yg benar hinggalah zaman kita hari ini. Kita ASWAJA hari ini berkeyakinan sedemikian.

Sekitar abad ke 7 Hijrah muncul seorg ilmuan, yg dikenali sbg Ibnu Taimiyah dgn aliran pemikiran mirip aliran zahiriyah, yg semmgnya tidak diterima oleh jumhur umat di zamannya. Sebgmn di awalnya, aliran pemikiran sebegini juga ditolak oleh kebnykn ulama' sezamannya. Namun begitu, sekitar abad 11 Hijrah aliran pemikiran beliau mendpt perhatian serta dokongan seorg ilmuan yg dikenali sbg Muhammad Bin Abdul Wahab yg kemudiannya dikembangkan dan mendpt dokongan pemerintah Arab. Dgn kuasa pemerintahan dan kekayaan minyak Arab ia cuba dikembangkan ke seluruh dunia.

Tindakan sebegini sepertinya mengulangi kesilapan umat terdahulu yg telahpun diselesaikan oleh ulama' ulama' Ash'ariyah dan Maturidiyah terdahulu. Soal logik tidaknya aliran pemikiran wahabi ini, semmgnya ada bnyk benarnya, tp bila diteliti secara menyeluruh sbgmn sebelumnya pasti timbul bnyk persoalan yg tak dpt dijawap. Perkara ini telah dibahaskan oleh ramai ilmuan.

Terpulang kita apa yg ingin kita pegang sbg pegangan hidup kita utk kita bawa ke Akhirat nanti. Pemahaman dan keyakinan tak dpt dipaksakan. Tp jgnlah kita taksub hingga cuba memaksakan pemahaman kita kpd org lain. Masing masing kita bertanggung jawab atas pegangan dan keyakinan kita sendiri serta natijah drnya.


Anonymous said...

banyaknyee keyboard warrior sini ye..

Anonymous said...

Adalah tidak betul mendakwa hanya Parti PAS yang menjadi Islam sebagai dasar memperjuangkan dan mendaulatkan Islam di Malaysia. UMNO juga dalam perlembagaan parti menyebutkan tentang dasar bagi mendaulatkan dan mempertahankan Islam. UMNO telah terbukti telah berjaya mendaulatkan Islam diMalaysia. UMNO telah banyak melaksanakan sistem Islam di Malaysia. Kalau nak dibandingkan dengan PAS begitu besar jurang perbedzaan pencapaian perlaksanaan Islam yang telah dilaksanakan UMNO di Malaysia. Contohnya pembangunan ekonomi bagi mensejahterakan rakyat termasuk mengadakan pembangunan infrastruktur, peluang perniagaan dan peluang pekerjaan, sistem kewangan Islam termasuk bank Islam,sukuk, pendidikan berteraskan Islam dan profesional bagi fardu ain dan fardu kifayah, pertahanan dan keselamatan, kesihatan, Institusi ugama bagi urusan zakat dan keluarga Islam, mahkamah syariah, bank islam, masjid islam, tabung haji Islam, Universiti Islam, Universiti Alquraan, memerangi jenayah dan rasuah dengan ada PDRM dan SPRM. Kalau kita lihat perlaksanaan Islam yang telah dilakukan UMNO secara menyeluruh maka tuduhan PAS yang yang mengatakan UMNO cuma melaksanakan Islam bila menguntung kan UMNO tertolak dengan sendiri.

Anonymous said...

hati2 lah. yg komen2 bajet aswj geng2 zamihan ni puak2 syiah. taqiyyah je lebih.

Nabil Johari said...

Merujuk kpd ashari pada feb12/2016:

Explanation yg bagus..
Tp sy sebagai org awam sy tgk explanation salaf sebenar: yg tak mentakwil, tak menafsir, tak memberi makna dalil2 mutasyabihat - lagi mudah difahami drpd kaedah maturidiyah. Sampai skrg tak faham2 lg.

Ada siapa2 boleh tunjukkan bukti dr asri ada kaitan dgn wahabiyah yang memberi makna secara zahir? Ataupun ada siapa2 boleh menunjukkan bukti muhammad bin abdul wahhab sendiri pernah menyatakan ayat mutasyabihat sebagai makna hakiki? Sekiranya ada, saya akan menolak pandangan tersebut dan yakin dgn pemahaman salaf.. (Sy masih belum jumpa bukti kpd dakwaan ini)

Ashari said...

Perbezaan utama ASWAJA dgn golongan zahiriyah adalah dlm tafsiran dalil dalil mutashabihat.
ASWAJA mengguna dan menerima kaedah tafwidh dan takwil.
Tafwidh, serah sepenuhnya kpd Allah swt.
Takwil, dgn memaling makna zahir kpd tafsiran yg bersesuaian bg mengelak salah fahaman msykt hingga mensifati Tuhan dgn sifat sifat yg tidak layak bgNya.

Tafwidh ; Kalam Allah swt itu, "Sebagaimana yg Dia Firmankan, menurut erti yg DikehendakiNya".

Takwil pula, kita bertaklid kpd para Imam kita yg lebih arif dan lebih memahami. Namun kita tidak bertaklid buta, kerana kita juga memahami alasan dan hujah hujah para Imam kita.

WaAllahu'lam !

ashy said...

tuan punya artiicles ni keseluruhan nya clear and concise. penuh berisi utk membolehkan kita berfikir yg mana baik dan buruk. Teruskan tuan

ashy said...

articles tuan sentiasa clear and concise for us to think. well done sir

Ashari said...

Sentuh sedikit isu kafir mengkafir.

Tidak spt sestgh golongan yg lain kita membezakan antara org kafir yg mmg sah kafirnya dgn pelaku perbuatan kufur.
Org kafir itu adalah org org bukan Islam yg tak pernah bersyahadah, atau org org murtad yg mengakui dirinya bukan lg Islam.
Pelaku perbuatan kufur pula adalah org org yg melakukan perkara perkara yg membatalkan syahadah, sedang dia sendiri tidak mengakui dirinya keluar dr Islam. Zahirnya kita tetap menganggap mrk ini sbg org Islam, terkecuali jika telah disahkan oleh pihak berkuasa agama (ulil amri) bahawa dia semmgnya sudah terkeluar dr Islam. Adapun perbuatan kufurnya itu, bila dia bersyahadah, mk dia memperbaharui keIslamannya. Dan antara perbuatan kufur itu juga adalah mengkafirkan org yg tidak sah kafirnya.

WaAllahu'alam !

Ashari said...

Di mana salahnya fahaman wahabi ;

1. Tafsiran dan pemahaman secara literal dan menganggapnya itulah makna hakikinya terhdp dalil dalil mutashabihat, memberi gambaran tuhan dgn sifat sifat makhluk ; berjisim, berarah dan bertempat. Ini merbahayakan akidah sendiri dan menimbulkan kekeliruan di klgn msykt awam.

2. Mengharamkan perkara perkara yg harus spt tawassul, istighasah, tabarruk, bertariqat, zikir dan doa berjamaah, majlis tahlil dan maulid. Bg mrk yg ekstrim bahkan menuduh sesat, syirik dan kufur org org yg mengamalkannya.

3. Berlebihan dlm menolak selain hadis sahih.

4. Berlebihan dlm berikhtilaf dgn golongan yg tak sealiran dan tak sependapat, hinggakan bg mrk yg ekstrimnya, dituduhnya sesat, ahli bid'ah, syirik bahkan dikufurkannya.

5. Dwi standard dlm menilai sesuatu amalan yg tak mrk persetujui, bila di klgn mrk harus, bila selain mrk dikatakan bid'ah.

Semua ini menimbulkan perbalahan dan sengketa sesama umat, memarakkan api perpecahan.

Anonymous said...

Amanat HH81 dan isu kafir mengkafir, Memali, Peristiwa Bkt Jenalik, IS, Serangan serangan bom di Indonesia, semuanya hasil pemahaman cara wahabi. Cara pemahaman wahabi terhdp Islam, nampak mudah, baik, konon ikut sunnah dan Quran, tp itulah hasilnya.

Anonymous said...

Mengenali ilmuan wahabi ;
1. Mengaku beraliran salaf, atau ahli hadis, tidak sama sekali mengaku wahabi.
2. Tidak berpegang dgn mazhab mazhab tertentu, bebas berpindah pindah dan bertukar tukar mazhab, konon mengutamakan hadis hadis yg sahih.
3. Ego dan taksub dgn ilmu dan pendapat sendiri, yg berbeza pendapat dgnnya dianggap jahil, tidak memahami, bahkan bg sesetgh yg ektreme dianggap sesat.
4. Ayat ayat Quran dan hadis hadis ditafsir dan difahamkan secara literal, secara zahir semata mata, mengikut fahaman dan tafsiran sendiri masing masing.
5. Berlebihan dlm menolak selain hadis sahih.
6. Apa yg Nabi saw tak buat, atau yg ditinggalkan Nabi saw, semuanya dianggap bid'ah dan sesat, semata mata berdasarkan hadis bid'ah yg sering mrk ungkapkan.
7. Tokoh tokoh mrk ; Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim, AlBani, Sh Uthsaimin, Ben Baz.
8. Anti dgn majlis majlis maulid, tahlil, tawassul, istighasah, tabarruk dan tarekat.
9. Bg yg fanatik, kuliah dan ceramahnya mesti dimulai dgn khutbatul hajah, diikutidgn hadis bid'ah yg menjadi slogan mrk.

Demikian antara ciri ciri mrk yg berfahaman wahabiyah, bijaknyanya mrk berkata kata dan berhujah, hingga sgt mudah bg golongan yg kurang berpengetahuan terpengaruh, hujah asasnya mrk, konon kembali kpd Quran dan Sunnah yg sahih.
Fitnahnya mrk, separa benar dan mudah, hingga sgt mudah bg yg baru mengenal agama dan bg yg kurang mendalami ilmu ilmu agama terpengaruh dan terikut ikut.
Semmgnya, tafsiran literal mrk terhdp nas nas / dalil dalil Quran membuka ruang kpd fahaman fahaman ekstreme, yg menjadi punca ideologi ideologi dan aktiviti aktiviti keganasan yg mrk anggap sbg jihad.
Jauhilah, dan hindarilah dr fahaman wahabiyah yg mendtgkan fitnah kpd agama kita, dan jauhilah ilmuan ilmuan mrk,

"mrk mengatakan perkataan yg benar pd tempat yg salah, menujukan ayat ayat yg ditujukan pd golongan kafir terhdp sesama Islam, membiarkan yg kafir tp memusuhi sesama Islam, membaca Quran tp fahamannya tak melepasi kerongkongan mrk."

Mudah mudahan sekelian kita dijauhkan Allah swt dr fitnah penyelewengan agama ini.

Wafiy said...

Golongan syiah amat extrem dalam menentang pengamal2 sunnah... memaki-maki dan mengkafirkan orang adalah mainan mulut mereka...

Anonymous said...

Syiah jelas penyelewengannya bila melaknat Sahabat terdekat Rasullullah saw, dan meyakini Quran lain dr Quran kita. Bahkan sesetgh ilmuan kita menganggap mrk agama yg tersendiri.
Wahabi pula dgn selogan kembali kpd Quran dan sunnah yg sahih, sungguh mengelirukan terutama bg yg tidak mendalami ilmu ilmu agama.

Asas pegangan kita,
Rukun Islam ; Mengucap Syahadatain, Solat, Zakat, Puasa, Haji.
Rukun Iman ; Iman kpd Allah swt, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Akhirat, Qada' dan Qadr.
Asas tasauf / akhlak ; Ikhlas, amanah, benar, syukur, sabar dan tawakkal. Ciri ciri akhlak mulia selainnya adalah keutamaan.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan