7 FAKTOR KEGAGALAN DEKLARASI RAKYAT

on Sunday, March 13

Deklarasi Rakyat (4 Mac 2016) ini yang dihadiri Tun Dr. Mahathir,Tan Sri Muhyiddin Yassin, DS Mukhriz Mahathir, Lim Kit Siang, Mohamad Sabu dan sebagainya semakin redup. Nampaknya ia hanya panas sekejap sahaja.

1. Rakyat tidak menyambut deklarasi itu sebagaimana yang mereka harapkan. Rakyat tidak terhegeh-hegeh. Selepas majlis tersebut, cuba anda perhatikan di sekeliling, di mana-mana rakyat kelihatan tenang, matang dan memerhati permainan politik semua pihak. Rakyat telah melalui episod politik yang tidak pernah rehat di negara kita. Mereka mahu rehat, tenang dan bekerja untuk survival hidup.

Nurul Izah anak harapan DS Anwar Ibrahim kelihatan 'flip-flop'. Beberapa hari sebelum deklarasi, beliau membayangkan akan hadir. Namun mendapat kritikan daripada seorang pemimpin kanan PKR sendiri. Akhirnya, seluruh keluarga DS Anwar Ibrahim turut sama 'flip-flop'. DS Wan Azizah turut tidak menghadirkan diri. Semua pening akan apakah muslihat politik Tun Dr. Mahathir kali ini. 

Adakah akan memberi keuntungan kepada mereka atau hanya akan memberi keuntungan kepada Tun Dr. Mahathir sahaja. Semua takut terperangkap. Semua mengambil langkah berhati-hati. Mereka tahu Tun Dr. Mahathir adalah seorang politikus yang bijak. Mereka juga mahu menjadi bijak.

2. Di pihak UMNO, gerakan dari dalam khususnya oleh TS Muhyiddin Yassin, DS Shafie Apdal, DS Mukhriz dan segelintir ahli-ahli UMNO tidak mendapat sambutan besar, melainkan mereka yang kecewa sahaja. 

Budaya politik UMNO sejak zaman Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang DS Najib adalah patuh kepada Presiden parti kerana mereka tidak rela UMNO berpecah dan akhirnya menguntungkan parti lain. Budaya ini lebih jelas semasa Tun Dr.Mahathir menjadi Presiden UMNO lagi.

3. Di dalam pentadbiran kerajaan, ianya berjalan dengan lancar. Gaji kakitangan awam dibayar mengikut jadual. Bajet sesetengah kementerian berkurangan tetapi ini bukanlah pertama kali kerajaan menghadapinya. Sejak awal 1980an, hujung 1990an, pertengahan 2000 dan sekarang Kerajaan telah melalui pengalaman kemelesetan ekonomi. Pengalaman telah menjadikan kakitangan awam matang dan berpengalaman menghadapi saat-saat getir. 

Rakyat memahami fenomena global turut memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi sesebuah negara. 

4. Sokongan Ketua-ketua Bahagian UMNO memberi gambaran yang jelas. Angka 148 Ketua Bahagian yang hadir memberi sokongan kepada Najib dan menolak Deklarasi Rakyat memberi gambaran yang tepat.  Sebaliknya belum ada jumlah Ketua-ketua Bahagian UMNO yang memberi sokongan terbuka kepada Deklarasi tersebut melainkan 3 orang sahaja.

5. Berlaku kontradik. Rakyat melihat, anda tidak menyokong Presiden UMNO tetapi anda masih mahu kekal dalam UMNO. 

Anda mahu menjatuhkan Perdana Menteri tetapi anda lupa DAP mahu penggantinya Lim Guan Eng walaupun tidak dinyatakan secara zahir. Manakala PKR mahu DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. 

TS Muhyiddin atau DS Shafie Apdal atau DS Mukhriz tidak pernah dinamakan dengan jelas sebagai pengganti DS Najib. Yang dihightlightkan hanya menjatuhkan Najib. Rakyat keliru. Pengganti Najib mesti dinyatakan dengan jelas dalam Deklarasi itu jika mahu rakyat mempercayainya. 

6. Tanpa sokongan 100% Presiden dan Timbalan Presiden PAS, deklarasi itu tidak dapat pergi ke mana. Secara amnya, umat Islam sangat gembira dengan hubungan baik Presiden PAS, Timbalan Presiden PAS dengan Najib. Rata-rata umat Islam menyukai perpaduan. Umat Islam tidak menyukai jatuh-menjatuhkan.

7. Di Sarawak, menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak, tidak ada tanda-tanda pakatan pembangkang akan memenangi plihanraya negeri Sarawak. Mereka sendiri berpecah-belah dan bergaduh sesama mereka. Jika BN memenangi pilihanraya negeri Sarawak, maka gerakan menjatuhkan Najib tidak relevan dan sia-sia sahaja.




3 Komen:

Anonymous said...

Dapigs, pkr, pan dan maddey semuanya mementingkan keluarga dan kroni masing2.
Saya bersyukor PM Najib masih tabah menghadapi serangan biadap puak2 kapir, murtad, yahudi, cinabukit rasis, kurang ajar dan biadap, pondan2 lgbt dan kapir2 yang berpusat di luar negara.

Semoga PM Najib terus dilindungi dan diberkati. Perjuangan mu membela nasib rakyat akan sentiasa aku berterimakasih dan bersyukor walaupun aku bukan penerima sebarang pemberian Kerajaan. Aku berterimakasih kerana rakyat yang terpinggir tidak dilupakan atau ditindas seperti yang berlaku di Pulau Pinang.

Anonymous said...

pkr tidak ada kekuatan akar umbi. dap nampak anti islam dn melayu. pan penjilat dap. semuanya tak ada kekuatan utk bina kesejahteraan negara.

Anonymous said...

Begitu juga kerajaan

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan