MESEJ DARI LUAR NEGARA: SHAFIE LETAK JAWATAN DI SEMPORNA ?

on Sunday, March 6

DS Najib Dan Raja Salman 
Baru-baru ini, pemimpin-pemimpin pembangkang mengambil kesempatan ke atas desakan terbaharu Tun Dr. Mahathir untuk mendesak DS Najib Tun Razak melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sebelum ini, Tun M berjaya mendesak almarhum Tunku Abd. Rahman Putra Al-Haj melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia dengan alasan kegagalan Tunku, kemerosotan UMNO dan Perikatan semasa PRU 1968. Tragedi pada 13 Mei 1969 memberi tekanan lagi kepada almarhum Tunku untuk melepaskan jawatannya. 

Dalam sebuah buku yang dikarang oleh mantan Panglima ATM, Jeneral Tun Ibrahim Ismail, beliau menceritakan dengan tepat peralihan kuasa daripada Tunku kepada Tun Abd. Razak. Akhirnya, Tun Razak menyelamatkan politik Tun M dengan membawanya masuk semula ke dalam UMNO dan Kerajaan. Harga politik telah dibayar.

Episod kedua berlaku pada tahun 2008 apabila UMNO dan BN yang diketuai Pak Lah merosot teruk akibat tsunami Cina. Tun M dikatakan dalam youtube oleh Presiden PPP bahawa Tun M menghubungi pemimpin-pemimpin komponen BN dan menerangkan kepada mereka kenapa Pak Lah patut diturunkan. Akhirnya, Pak Lah mengalah jua.

Espisod ketiga berlaku sejak setahun dua ini di mana Tun M kembali aktif mendesak supaya DS Najib melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Semuanya sudah dilakukan oleh Tun M dan pasukannya ke atas DS Najib. Serangan-serangan yang dilakukan oleh mantan-mantan kabinet zaman Tun M seperti oleh Tun Dr. Ling Liong Sik, TS Sanusi Junid dan sebagainya bukan alang-alang. 

Malahan tekanan dari dalam UMNO yang dilakukan oleh TS Muhyiddin Yassin dan DS Shafie Apdal juga bukan alang-alang.

Namun, semuanya gagal. Semua gagal dengan ketenangan dan kesabaran DS Najib. 
Alfatihah Kepada Almarhum Tunku Abd. Rahman, Perdana Menteri Pertama
Lim Kit Siang Ambil Kesempatan  
Saya tidak percaya Tun M terhegeh-hegeh bekerjasama dengan Lim Kit Siang dan DAP untuk menjatuhkan DS Najib. Namun, saya percaya Lim Kit Siang dan DAP mengambil kesempatan ke atas kemarahan Tun M. Ianya ibarat Lim Kit Siang menambah minyak supaya api sentiasa marak. Itu adalah trademark Lim Kit Siang yang akan menggunakan sesiapa sahaja untuk mencapai matlamat politiknya. PAS sudah kena.

Ianya bukan pertama kali Lim Kit Siang mengambil kesempatan ke atas mantan Perdana Menteri. Dia pernah melakukannya ke atas Tunku. Semua orang tahu Lim Kit Siang bukan setuju pun sesiapa jua Perdana Menteri dari UMNO. Jika anda membaca buku-buku Lim Kit Siang, dia memberitahu anda Perdana Menteri yang paling bagus kepada Malaysia adalah dari DAP yang mengamalkan 'Malaysian Malaysia'.

Saya terkejut membaca komen TS Rais Yatim di sini. Beliau menyeru Tun M supaya berpada-pada kerana katanya semasa Tun M memerintah banyak perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Namun, TS Rais Yatim tidak mahu mengaibkan Tun M.

PAS melalui kepimpinan tertinggi parti seperti DS Tuan Guru Hj Hadi Awang, DS Tuan Guru Dr. Haron Din, Dato' Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agong memberikan gambaran yang hebat apabila menolak gerakan menjatuhkan DS Najib.(Rujukan Rasmi PAS bertarikh 3 Mac 2016 di sini)

Rakan-rakan saya di dalam PAS nampaknya sangat lega, gembira dan senang hati melihat hubungan baik Tuan Guru DS Hj. Hadi Awang dengan DS Najib Tun Razak.

Mesej Dari Luar Negara
Saudara, "PRU14 masih jauh lagi. Kita sudah lama tidak mengadakan Pilihanraya Kecil. Apa kata Shafie meletak jawatan di Semporna supaya PRK Semporna diadakan. Oleh kerana Shafie tidak bersetuju dengan Presiden UMNO dan mahu Presiden UMNO meletak jawatan, apa kata Shafie bertanding atas tiket Bebas atau mana-mana parti untuk menguji pilihan rakyat. 

Adakah rakyat masih memilih Shafie atas tiket parti lain atau atau rakyat Semporna masih memilih calon UMNO ?

Jika rakyat Semporna masih memilih Shafie, bermakna Shafie relevan. Jika rakyat Semporna masih memilih calon UMNO, bermakna Shafie tidak relevan dan gerakan menjatuhkan Najib hanya syok sendiri sahaja, dan ada udang di sebalik batu". End.

Selamat Membaca.
Selamat Berhari Minggu.












4 Komen:

Anonymous said...

najib letak jawatan sebelum pru lagi grand..
lagi pun semua pm berundur sebelum pru..
bosan terr dengan pm skang..

Anonymous said...

MAHATHIR SI KITUL MODERN

Anonymous said...

KENAPA SURUH SHAFIE SEORANG LETAK JAWATAN UNTUK MENGUJI KEKUATANNYA? SURUHLAH NAJIB BUBAR PARLIMEN AGAR KITA DAPAT TAHU SIAPA SEBENARNYA YANG PATUT DIBERI KEMENANGAN. INILAH MASAALAHNYA, APA SEKALIPUN NAJIB TETAP DIPERTAHANKAN OLEH PENCACAI2 NYA YANG BANGANG

Anonymous said...

Sayang BN yg dah bnyk berjasa, but maybe, this is the last penggal for BN.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan