DAP TELAH MENJADIKAN PM NAJIB SEMAKIN KUKUH

on Saturday, April 2

1. Sejak DAP memenangi banyak kerusi parlimen dan DUN pada tahun 2008 dan 2013, keadaan politik semacam huru-hara di Malaysia sekarang sebenarnya bagus, lebih kurang itu maksud kata-kata Tan Sri itu. 

2. Jika fasa huru-hara ini dilepasi, rakyat Malaysia akan menjadi lebih matang dalam bernegara. Kesatuan Malaysia akan lebih kuat. Nampaknya ada golongan yang mula kelihatan matang sanggup berhadapan dengan isu secara berdepan dan terbuka bukan menyapu habuk ke bawah karpet.


3. Selama beberapa dekad warganegara Malaysia diajar bahawa makna toleransi ialah kesanggupan menelan rasa pahit dan berdiam sajalah dengan siksanya menahan rasa pahit itu.

4. Pandangan Tan Sri ini ialah, UMNO patut berkawan dgn DAP bukan dengan Gerakan dan MCA. Ianya pasti idea yang sukar dilaksanakan. Bagaimana jika ianya diubahsuai, UMNO patut berkawan degan DAP, Gerakan dan MCA !


5. Orang ketawakan kita jika kita memberi reaksi berlebih-lebihan ke atas kenakalan segelintir rakyat Malaysia. Flashmob, kartun, demonstrasi dan sebagainya adalah mainan segelintir orang sejak tahun 2008. Biarkanlah katanya.

6. Di Britain, Queen tidak pernah mengarah pihak berkuasa mengambil apa-apa tindakan kepada TV Britain yang menjenakakan baginda di kaca tv.


7. Di Scotland diadakan referendum keluar daripada United Kingdom.  Selepas referandum mereka bertambah bersatu kerana ikatan persepaduan diperbaharui dan diberi nafas baru. Dalam konteks Malaysia, selepas PRU14 nanti saya melihat generasi rakyat Malaysia semakin kukuh, matang dan berjaya mengenepikan isu-isu remeh perkauman, agama dan politik.


8. Rasanya kita perlu faham bahawa kalau di England raja pun dijadikan kartun tidak menjadi apa-apa pun. apa tah lagi Perdana Menteri. Pernahkah anda menonton "The Spitting Image". Kalau setakat Margareth Tatcher dan John Major sudah menjadi bahan permainan mingguan saja. Apa tah lagi pemimpin negara lain. 


9. Dengan semua keadaan ini, akhirnya rakyat menilai semula keadaan. Dalam penilaian itu, DAP telah melakukan sesuatu yang menguntungkan kerajaan dan negara, iaitu menguatkan kedudukan Perdana Menteri DS Najib dan mematangkan rakyat Malaysia mengenai kesatuan negara.

10. Kesilapan DAP yang paling besar kata rakan Cina saya ialah memasuki perangkap politik deklarasi rakyat. Kerana deklarasi itu berat sebelah, merugikan DAP dan menguntungkan PM Najib. Menjatuhkan PM Najib untuk digantikan dengan PM dari UMNO juga adalah kerja yang sia-sia sahaja, kerana itu DS Anwar Ibrahim awal-awal tidak bersetuju dengan permainan politik kedua-dua orang senior ini.


Kata pepatah China kuno, kenapa mahu menukar baju yang sama selepas memukulnya di atas batu sungai yang deras?


Selamat membaca.

Selamat Berhujung Minggu. 

Nota: artikel di atas adalah sambungan kepada artikel terdahulu di http://www.al-azharrisiddiq.com/2016/03/umno-dan-dap-patut-bekerjasama-kata-tan.html

1 Komen:

Anonymous said...

Ini idea banyak baiklah tapi ini DAP ada sikit susah sebab dia mau jadi tuan bukan mau tukang ikut sahajalah.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan