EKSKLUSIF PERTEMUAN DENGAN MUFTI PAHANG ISU KAFIR-HARBI :

on Thursday, June 30

Kunjungan Hormat Kepada SS Mufti Pahang Di Pejabat Mufti, Pekan
1. Nampaknya, terdapat segelintir pihak yang hati sakit dan sakit hati dengan kenyataan Mufti Pahang dalam isu Kafir Harbi. Amat malang juga, mereka tidak memeriksa kenyataan yang sahih keluar dari mulut Mufti Pahang sebaliknya mereka lebih tergoda dan mempercayai cerita atas angin yang dibentangkan di lembaran wassap, facebook dan media maya. 

2. DAP kelihatan sangat-sangat marah. Amat malang pula beberapa kerat individu Islam turut sama membalun Mufti Pahang secara membabi buta, semberono dan mentafsir sendiri bacaan portal atas angin, FB dan wassap sahaja. Saya yakin Mufti Perlis pun tidak pernah menemui Mufti Pahang untuk mendapatkan penjelasannya. Maka kelihatan buruklah Islam itu kerana Mufti sesama Mufti dilihat saling bercakaran. Musuh-musuh sebenar Islam pun bertepuk-tanganlah.

2. Saya menggunakan pendekatan lain. Saya berjumpa sendiri dengan Mufti Pahang dan mendengar sendiri dari mulut beliau. Berikut catatan saya seterusnya.

3. Selepas mendengar penerangan Mufti Pahang, saya mendapati tidak ada asas untuk mendakwa beliau dalam Akta Hasutan. Sebaliknya, bagi saya mereka yang mengapi-apikan, mereka yang menambah-nambah cili padi dalam kenyataan itu yang perlu dikenakan Akta Hasutan.  Mufti Pahang tidak pun menujukan kenyataan itu kepada DAP dan kita semua sangat pelik mengapa DAP kelihatan kepanasan dan sangat takut ?

4. Mufti Pahang tidak pernah menyebut menyeru umat Islam mengangkat senjata supaya memerangi bukan Islam yang menentang Islam. Perbuatan sesetengah pihak memberi gambaran Mufti Pahang sebagai pengganas adalah sangat tidak bertanggungjawab. Mereka inilah yang sepatutnya dikenakan Akta Hasutan kerana mengapi-apikan rakyat Malaysia dan mengganggu-gugat kestabilan negara.

5. DAP dan mereka yang sewaktu dengannyalah yang patut diperbetulkan. Kenapa reaction DAP berlebih-lebihan? Adakah untuk melarikan isu rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang yang sedang dibicarakan? Sebenarnya, saranan Mufti Pahang adalah untuk kebaikan umat Islam. DAP tidak sepatutnya mencampuri urusan agama Islam sebagaimana jua Mufti-Mufti tidak pernah mencampuri urusan agama lain.

6. Contohnya, pindaaan enakmen Mahkamah Syariah yang dibacakan oleh DS TG Hj. Hadi Awang adalah untuk orang Islam dan bukannya untuk mereka yang Bukan Islam. Kenapa DAP khususnya gundah gulana?. Jika undang-undang mengenai salahlaku mencuri, merompak, menipu dan sebagainya dikuatkuasakan, yang untungnya semua orang termasuklah peniaga Bukan Islam. Bukankah itu satu kebaikan? Undang-Undang Islam memberi kebaikan kepada semua pihak termasuklah yang bukan Islam turut menikmatinya.

7. Islam mengajar umatnya untuk tidak memerangi mana-mana pihak melainkan Islam itu diperangi maka wajib bagi umat Islam mempertahankannya. Perbuatan memusuhi Islam tidak hanya dalam bentuk ancaman fizikal dan persenjataan semata-mata tetapi juga dalam bentuk ideologi, politik dan sosio-ekonomi. Justeru, perbuatan memusuhi Islam dan menyokong kumpulan yang memusuhi Islam wajib ditentang dengan penuh hikmah dan bijajksana.


8. Perangi itu bukannya bermaksud perang mengangkat senjata. Perangi yang dimaksudkan ialah dengan tidak menyokong sesiapa yang menentang ajaran Islam. Maknanya sesiapa sahaja yang bukan Islam yang tergolong di dalam kafir harbi (kerana dia menentang syariat Islam) maka umat Islam tidak boleh menyokongnya terutama apabila sangat-sangat nyata dia menentang Islam. Perangi juga boleh dalam erti kata jihad membantu ekonomi umat Islam. Maka perangi itu bukanlah bermakna mengangkat senjata. 


MAJLIS PROFESOR NEGARA: JIKA ESOK PILIHANRAYA BN AKAN MENANG BESAR, RAKYAT SARAWAK TIDAK AKAN MINTA KELUAR MALAYSIA

on Saturday, June 25

"Perbincangan Meja Bulat Transformasi Pengundi Malaysia Menjelang PRU14", pada 23 Jun, 2016 di Putrajaya.

1. Profesor Datuk Dr. Raduan Che Ros di akhir persidangan meja bulat ini memberi kesimpulan tuntas, "Jika Esok PRU-14, UMNO dan BN Akan menang besar".

2. Menurut beliau lagi, kemenangan besar BN di Sarawak dan UMNO di PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar memberi nafas baru dan penemuan cara baru kepada BN. Menurut beliau lagi, BN boleh bermimpi untuk mendapat majoriti 2/3 dgn syarat BN hendaklah memainkan cara berpolitik seperti sekarang iaitu "memahami keperluan rakyat".

3. Tambahnya lagi, BN hendaklah menjadi Juara Rakyat sepertimana BN lakukan sekarang, majoriti 2/3 itu boleh diperolehi termasuk pengundi atas pagar, pengundi Cina dengan syarat BN dapat memenuhi keperluan rakyat.

4. Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin pula berkata, jika ahli-ahli politik terlampau banyak politiking rakyat akan muak sebagaimana berlaku kepada Pakatan pembangkang yang terlampau berpolitik segala hal akhirnya rakyat muak dengan mereka.

5. Walaupun BN menang di Sarawak dan PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar, tetapi isu-isu 1MDB dan GST akan terus dimainkan oleh pembangkang, maka BN tidak boleh menggunakan keputusan PRK dan PRN sebagai penanda aras konon isu-isu telah selesai.

7. Tambah Profesor Ulung lagi, Track record 5 tahun seseorang Wakil Rakyat di kawasannya akan menjadi penentu seseorang calon di kawasan itu untuk menang.

8. Kemenangan BN di Sarawak disebabkan kelemahan pakatan pembangkang, dan rakyat Sarawak telah mendapat apa yang mereka inginkan melalui desakan-desakan ke atas Kerajaan Persekutuan.

Menurut Prof Jayum, tuntutan itu sebenarnya bukan baharu ianya sudah disebut sejak 1963 lagi seperti tuntutan melantik orang-orang Sarawak yang berkelayakan di kedudukan penting seperti Ketua Setiausaha (KSU), Timbalan KSU, Ketua-Ketua Jabatan, Vice Canselor dan sebagainya.

9. Menurut Prof Jayum lagi, rakyat Sarawak tidak akan meminta untuk keluar dari Malaysia tetapi apa yg berlaku sebenarnya seumpama anak-anak yang meminta perhatian daripada bapanya.

Nota:
1. Profesor Datuk Dr.Raduan Che Ros, Ketua Pegawai Eksekutif MPN
2. Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Bahruddin, Timbalan Pengerusi MPN
3. Profesor Dr Jayum Jawan, Timbalan Ketua Kluster Politik,Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, MPN

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Bakal Diterbitkan

Yayasan Pendidikan Islam

Buku Tun Mahathir

Pengunjung