7 SEBAB BN AKAN MENANG DI SG BESAR DAN KUALA KANGSAR

on Wednesday, June 8

ULASAN AWAL - Seluruh negara pasti masih belum lupa kemenangan besar BN di Sarawak bulan lalu. Namun begitu, nafsu pembangkang khususnya DAP dan PKR untuk memenangi Pilihanraya Negeri Sarawak sebenarnya sudah digerakkan selepas PRU13 pada tahun 2013 lagi. Apabila DAP menang banyak kerusi di seluruh negara ketika itu, DAP sudah lupa diri dan DAP amat yakin untuk menambah lebih banyak kerusi di Sarawak. Malangnya mereka mendapat malu besar.

Di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, saya meramalkan BN akan menang besar kerana sebab-sebab yang berikut:-

1. Barisan Pembangkang berpecah-belah, serabut dan tidak meyakinkan. Rakyat melihat barisan pembangkang caca-merba. Parti yang caca-merba tidak boleh diharap untuk membantu rakyat. Pakatan Harapan yang diwakili DAP, PKR dan Amanah adalah gabungan yang sangat lemah. 

Di peringkat Kerajaan Negeri Selangor pula, ianya adalah campuran parti DAP, PKR dan PAS, manakala Amanah adalah anak tiri dalam kerajaan negeri Selangor. Rakyat pun bertanya, Menteri Besar Selangor hendak sokong calon yang mana satu? PAS atau Amanah? Jentera Kerajaan Negeri Selangor akan bantu calon PAS atau calon Amanah? Rakyat pening dengan hal-hal seperti ini.

2. Deklarasi Rakyat tenggelam di dalam kedua-dua PRK ini. Tiada gerakan dan tiada momentum. Hangat-hangat tahi ayam. Isu pungutan suara yang dikatakan palsu secara online masih tidak terjawab. Maka, gerakan ini tidak memberi apa-apa kesan di kedua-dua PRK tersebut. Tiada persembahan deklarasi rakyat kepada DYMM SPB Yang DiPertuan Agong pun sebagaimana diwar-warkan.

3. Semasa PRU13, undi calon PAS agak tinggi. Namun begitu, selepas PAS berpecah kepada Amanah, undi yang dimiliki oleh calon PAS semasa PRU13 pasti menurun. Dua minggu lalu seorang pemimpin PAS berkata di sini, mereka kehilangan kira-kira 200,000 ahli PAS yang beralih kepada parti Amanah. Dari segi matematik, sudah pasti undi PAS juga akan kehilangan dan merosot di PRK Sg. Besar dan Kuala Kangsar. Manakala, saya melihat jumlah undi calon BN akan meningkat.

4. Kedua-dua kerusi tersebut adalah kerusi majoriti orang Melayu, bukannya kawasan DAP. Orang-orang Melayu sama ada dalam UMNO, PAS dan atas pagar sangat alergik dengan nama DAP. Ianya disebabkan dasar DAP dilihat anti Islam dan anti Melayu sejak sekian lama. DAP adalah parti Malaysian Malaysia yang pro-Cina. Oleh itu, tindakan Amanah bersekongkol dengan DAP merugikan calon parti Amanah.

5. Parti Amanah adalah parti baharu dan tidak meyakinkan. Ilmu agama dan ilmu kepimpinan Presiden parti Amanah jika dibandingkan dengan Presiden parti PAS bagaikan langit dengan bumi. Presiden PAS adalah Naib Presiden Majlis Ulama Sedunia. Manakala Presiden Amanah disebut secara lelucon sebagai pakar membaling 'mikrofon'. Sebagaimana teroknya keputusan calon-calon parti Amanah di Sarawak, begitu jugalah yang akan menimpa calon-calon parti Amanah di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

6. Faktor simpati. Orang-orang Melayu akan memberi undi simpati kepada calon-calon BN di atas malapetaka yang menimpa bekas wakil rakyat mereka di Sg. Besar dan Kuala Kangsar. Itu adalah tipikal dan lumrah dalam kehidupan orang Melayu sejak sekian lama.

7. Kebobrokan dalaman parti PKR telah menghakis kepercayaan rakyat kepada parti itu. Kemarahan dan sindiran DS Anwar Ibrahim dalam surat terbukanya ini sangat menghiris hati. Pendedahan Rafizi Ramli di sini berlakunya rasuah khususnya rasuah perempuan dalam kerajaan Selangor juga membangkit kemarahan rakyat. Malah pergaduhan yang semakin meleret-leret di antara Kem Azmin Ali vs Kem DS Wan Azizah tidak lagi boleh disembunyikan. Malahan pergaduhan dalam aplikasi WhatsApp di antara Rafizi Ramli vs Latheefa Koya di sini sangat jelek di mata rakyat.

Kesimpulan awal saya ialah, BN akan menang di dalam kedua-dua PRK tersebut. Namun begitu, jentera BN perlu lebih bekerja keras, kerana bukan kemenangan biasa yang perlu ditunjukkan di situ sebaliknya BN perlu menunjukkan kemenangan luar biasa. Kemenangan luar biasa ialah kemenangan dengan majoriti besar.

6.02pagi
2 Jun 2016.
KLIA.

1 Komen:

Anonymous said...

tambah satu tuan, bantuan PAS kepada UMNO.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan