REKONSILIASI KEDUA ANWAR-NAJIB

on Sunday, July 17

Gambar Kenangan (2013) Bersama Negarawan Indonesia Yang Berjiwa Besar

SARJANA MELAYU DI AMERIKA SYARIKAT CADANG REKONSILIASI KEDUA ANWAR-NAJIB

Nampaknya usaha menjatuhkan DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia memasuki episod terbaharu dengan penubuhan parti baharu yang digerakkan oleh mantan PM Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Walaupun DS Anwar Ibrahim meminta pemimpin-pemimpin PKR supaya berhati-hati, namun segelintir daripada mereka alpa dengan apa yang dialami Anwar pada tahun 1998. Anwar terpaksa menulis surat panjang lebar ini. Anwar sangat-sangat kecewa.

Manakala, DAP dan PAN menyokong gerakan Tun M dengan harapan mereka akan mendapat kredit dan keuntungan daripada nama besar Tun M. Namun begitu, mereka sekali lagi terkejut kerana Pakatan Harapan kalah terok di Sarawak. Malah kedua-dua calon Pakatan Harapan kalah terok di PRK Sg. Besar dan Kuala Kangsar. Sebalikya majoriti calon BN melonjak kepada 6,000 dan 9,000 lebih. 

Terkini, Tun M dikhabarkan akan menubuhkan sebuah parti baharu. Ulasan terawal dari DSP Pairin Kitingan di sini perlu anda baca semula. 

Semalam saya menerima beberapa teks daripada seorang sarjana Melayu di sebuah universiti terbaik di Amerika Syarikat. Katanya, "Anda terlibat sepenuhya dalam rekonsiliasi pertama dahulu (2013). Kami di sini mahu anda melakukan sesuatu untuk menyelamatkan keadaan. Kami mahu anda tahu bahawa di dalam PKR, terdapat ramai kelompok yang berbeza-beza, samalah juga keadaannya di dalam PAS dan UMNO. Kami mahu anda sedar, golongan Islam-Nasionalis dalam PKR menyedari keadaan yang berlaku dalam UMNO dan kerajaan. Mereka mahu membantu !".

Kedua, katanya "usaha Tun M menjatuhkan Najib tidak akan berhenti sehingga Najib meletak jawatan. Seorang doktor perubatan tidak akan berhenti melakukan prosedur sehingga menemui prosedur yang terbaik, sama ada akhirnya risiko patient itu hidup atau mati".

Sambungnya lagi, "anda mesti sambung semula rekonsiliasi kedua".

Berbalik kepada Rekonsiliasi kedua Anwar-Najib. Jika Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan segelintir pemimpin PKR yang alpa itu mahu menyertai Tun M menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri, apakah Anwar dan keluarganya, kumpulan Islam-Nasionalis dalam PKR dan kumpulan Pro-Reformasi 1998 tidak boleh bekerjasama dengan Najib? Bukankah Najib, Anwar dan Zahid tidak ada masalah? Jika rekonsiliasi pertama dahulu berjaya, Nurul Izzah dan beberapa wakil rakyat PKR sudah pun menjadi menteri penuh dan menjadi sebahagian daripada anggota kabinet.

Saya telah dimarahi oleh pemimpin di Jakarta, "kita hampir berjaya tetapi anda telah menggagalkannya". Mungkin saya perlu menerangkan lebih lanjut mengapa ianya akhirnya menemui kegagalan. Namun pertemuan saya dengan DS Najib di sini akan disusuli di Malaysia.

Bagaimana pandangan anda? Bagi saya, kemaslahatan negara, keamanan dan keharmonian lebih utama. Dalam kita disajikan dengan kemelut politik orang yang sama, orang-orang itu juga, mereka-mereka juga, kita sebagai rakyat hendak ke mana? Mempertahankan kerajaan, negara atau individu?

Selamat berfikir !

Bersambung, pertemuan dengan pemimpin utama PKR.

8 Komen:

Anonymous said...

setuju jika Tun M bekerjasama dgn pembangkang apa salah Najib bekerjasama dgn Anwar, inilah masa yang sesuai. Terbaik Dato !

Anonymous said...

Cakap bab reconciliation ni mmg x abis..terutama sewaktu Najib memerintah. Cina tak undi BN pun dia nak reconciliate..dgn bagi lebih2 apa yg Cina nak. Kalau ada mamat Indon nak tunjuk jalan mcm mana nk tadbir Malaysia, tolong sikit..Indon x pakai reconciliate. Indon praktik assimilate..Cina kena ikut apa yg telah ditetapkan oleh penerintah. Toksah buang masa..this is the time to terminate Najib's term as PM..

Anonymous said...

ok la tu adil la tu satu kerjasama dgn pembangkang satu lagi kerjasama dgn Anwar, barulah adil dan seronok tengok politik Malaysia, teruskan ajer !

Anonymous said...

What's the point of having a general election if the losers are always the demanding the winners to step down? The winners, BN, were elected by the people. The losers,*DAP, will have to shout 'INI KALI LAH' again at the next election. Why the need to be disrespectful? In Malay, we say KURANG AJAR DAN BIADAP.

* I say the losers as DAP instead of pakatan because lets face it, DAP owns pakatan.

dina said...

nama dap dah busuk teruk....they need tun m with them...
what if a twist happen....najib + anwar + pas were to combine.....dap will be wipe out for good....:)

mat said...

hahahahahahah lawak sgt! Indon nasihat menteri asal indon jadi mcm indon caca marba jadinya

Anonymous said...

tak payah reconcile, najib dont need anwar, and orang melayu dont need anwar. better berbaik dengan pas and lately pemimpin umno sabah dan sarawak menunjukkan bakat yang cemerlang mereka sangat2 boleh diharapkan. tun seorang pejuang yang jujur, dia hanya mahukan umno menang, dan akan lakukan apa saja untuk pastikan umno menang WALAUPUN nama dan legasinya terpaksa dikorbankan, fikirkan betul2 apa yang tun lakukan sekarang ni. As for Anwar, he can rot in sg buloh, he is irrelevant!!!

Anonymous said...

salam
Tuan, masih ingat saya lagi?
8thn dulu pernah bersilahturahim melalui blog

zakiahnaim.blogspot.com

mohon hubungi saya semula di zakiahnaim21@gmail.com

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan