WAYANG POLITIK: ANWAR MENANG MORAL

on Monday, September 5

DERITA ANWAR
1. Sebenarnya saya diberitahu oleh salah seorang pemimpin tertinggi PKR bahawa Tun Dr. Mahathir mahu bertemu DS Anwar ketika Anwar ke Mahkamah Syariah Persekutuan pada 8 Ogos 2016 yang baru lalu. Malangnya pada masa itu, Tun M tidak sihat dan dimasukkan ke hospital, maka pertemuan yang dirancang tidak menjadi kenyataan.

2. Pertemuan yang berlangsung pada hari ini (5/9/2016) memberikan keuntungan politik kepada Anwar kerana yang datang mencari Anwar di Mahkamah Tinggi tadi adalah Tun M. Anwar tidak memerlukan Tun M, sebaliknya Tun M sangat memerlukan sesiapa sahaja termasuk Anwar untuk menjatuhkan DS Najib.

3. Sebenarnya dalam wayang politik ini, keikhlasan dan kejujuran tidak ditunjukkan. Anwar kekal di dalam penjara. Anwar kekal kehilangan jawatan TPM sejak tahun 1998. Anwar kekal pertuduhannya di dalam mahkamah tahun 1998. Tidak ada permohonan maaf secara terbuka kepada Anwar. Tidak ada press conference membersihkan nama baik Anwar di atas segala pertuduhan pada tahun 1998 dahulu. 

4. Seorang sahabat lama menghantar teks kepada saya, "nampaknya, tidak ada apa-apa yang menarik. Nama baik Anwar belum dibersihkan. Hanya mengambil kesempatan di atas kehadiran Anwar di mahkamah untuk keuntungan politik sahaja"

5. Kesimpulannya, wayang politik tidak akan membawa kebahagiaan kepada rakyat. Wayang politik akan memberikan keuntungan kepada media dan surat khabar sahaja, itu berlaku dalam sejarah politik Amerika Syarikat sebelum merdeka dahulu.





1 Komen:

Anonymous said...

Klu anwar masih percaya madey itu satu petanda buruk dlm politik anwar.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan