RAFIZI MENJADI BAIK SELEPAS MENDENGAR NASIHAT ANWAR

on Saturday, October 22

BAJET 2017 telah dibentangkan semalam, namun beberapa jangkaan dan harapan pihak pembangkang tidak menjadi kenyataan. Selama sebulan mereka memomokkan dan memberi gambaran kepada rakyat kononnya Kerajaan akan gagal membentangkan belanjawan negara. Berikut adalah beberapa kekecewaan pembangkang.

1. Pembangkang Kecewa GST Tidak Naik 
Awal tahun lalu mereka berkata GST akan naik 10% di sini. Seminggu dua ini mereka juga sangat berharap GST akan naik 2%. Tujuan mereka mudah dibaca, supaya rakyat akan marah dan memberi sokongan kepada mereka. 

Namun, mereka sangat terkejut apabila Kerajaan mengecualikan GST kepada OKU. Saya percaya, pada masa hadapan Kerajaan akan berupaya mengubahsuai GST kepada lebih fleksible sebagaimana amalan di Amerika Syarikat. Saya yakin Kerajaan akan mengekalkan GST yang lebih rendah berbanding negara-negara ASEAN. Mereka lupa, baik PKR atau DAP mereka sendiri tidak mahu GST dihapuskan. 

2. Pembangkang Kecewa Kakitangan Awam dapat bantuan kewangan
Pembangkang juga memberi bayangan kepada kakitangan awam kononnya tahun ini tiada bantuan kewangan diberikan kerana masalah ekonomi global yang memberi kesan kepada kerajaan di seluruh dunia. 

Malangnya, Kerajaan Malaysia masih mampu memberikan bantuan kewangan RM500 kepada hampir 1.6 juta kakitangan awam dan RM250 kepada lebih 1 juta pencenis.

3. Kenaikan BR1M mengejutkan pembangkang
Dengan keadaan ekonomi global merudum, harga minyak di bawah USD50 setong, Kerajaan yang banyak diberi bantuan oleh PETRONAS diuar-uarkan oleh pembangkang kononnya bakal menghapuskan BR1M. Namun, Kerajaan menambah BR1M daripada RM1050 kepada RM1200 melibatkan 7 juta penerima BR1M. Tujuan BR1M, supaya bantuan ini sampai ke tangan rakyat bawahan yang memerlukan tanpa mengira fahaman parti politik. 

Begitu juga elaun-elaun Imam, Siak, Bilal, JKKK semuanya dinaikkan. Pembangkang pening bagaimana kerajaan boleh melakukannya.

4. Bajet Alternatif
Sehari sebelum Bajet 2017, seperti tahun-tahun sebelumnya, pembangkang mencetak semula dan recycle bajet alternatif mereka hampir serupa seperti tahun- tahun sebelumnya. Hanya berubah sedikit sahaja untuk membezakan Bajet Alternatif 2016 dan 2017.

Nampaknya Rafizi mendengar baik nasihat DS Anwar Ibrahim supaya kurangkan bercakap dan kurangkan menulis perkara yang tidak benar. Itu lebih baik kepadanya dan kepada PKR.


Selamat Berhari Minggu.
Airport Tawau, Sabah.

DS ROSMAH BANTU ANWAR

on Sunday, October 2

1. Hari ini rakyat Malaysia menyaksikan banyak perubahan besar dalam politik nasional. Penubuhan parti baharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia menambah lagi jumlah parti-parti pembangkang. 

2. Sejak sekian lama, hanya DAP dan PAS sahaja yang konsisten dan mendominasi, kemudian barulah muncul PKR dan PAN kedua-duanya pecahan dari UMNO dan PAS.

3. Kini, muncul pula Parti Pribumi Bersatu Malaysia juga pecahan dari UMNO. Pakatan pembangkang juga berubah-ubah daripada Pakatan Rakyat kepada Pakatan Harapan tanpa PAS, dan terbaharu pakatan PAS-AMANAH. Manakala, Parti Pribumi Bersatu Malaysia menyelit mencari keuntungan.


4. DSP Lajim Ukin seperti yang saya sering perkatakan kepada rakan-rakan saya bahawa dia akan meninggalkan PKR, hari ini Lajim meninggalkan PKR bersama 2 lagi iaitu Terrence Siambun (PKR) serta Junz Wong (DAP). Parti PKR hampir lumpuh di DUN Sabah.

5. Anwar dan PKR tidak pernah mahu belajar dari sejarah. Ini bukan pertama kali Lajim melakukannya. Sudah banyak kali.

6. Begitu jua, Anwar tidak pernah serik dan belajar dari sejarah bilamana terjebak dengan percaturan politik Tun Dr. Mahathir, orang yang memecatnya pada tahun 1998 dahulu. 

7. Politik baharu Malaysia hari ini sudah jadi cacamerba, prinsip perjuangan dijual beli. Jika dahulu DAP musuh utama, hari ini mereka bersatu dalam politik. PKR yang pemimpinnya dihina dina kembali mendekatkan diri kepada musuh utamanya, membiarkan aktivis reformasi mereka terpinga-pinga dan rasa terhina.

8. Anwar kini sedang melalui era penjara, namun Anwar tidak pernah patah semagat untuk bebas. Anwar berusaha menggunakan apa jua cara dan peluang yang ada. Namun, Anwar sering lupa, orang yang menghumbannya di dalam penjara dan memecatnya suatu masa dahulu, tidak mungkin orang yang sama akan membebaskannya dan memberikan semula jawatan lamanya.

9. Anwar salah pilih orang, salah pilih kawan. Jika benar hendak bebas, orang yang boleh membantunya bukan musuh politik lamanya, tetapi orang itu adalah DS Najib. Anwar sering lupa, DS Najib tidak pernah memusuhinya. Ramai orang di luar sana tidak mengetahui, bahawa DS Rosmah banyak membantu Anwar yang sedang melalui hukuman penjara. MB Selangor pasti tidak menafikannya. 

10. Mengapa bimbang DAP marah, sedangkan DAP tidak pernah peduli Anwar ketika DAP menjalin hubungan dengan musuh politiknya? Hari ini, Lajim meninggalkan Anwar tanpa peduli pun Anwar ! Sesungguhnya, Anwar tidak pernah belajar daripada sejarah.

11. Anwar patut menerima rekonsiliasi 2013, rakan-rakan politik Anwar di dalam PH semuanya berekonsiliasi dengan sesiapa sahaja yang mereka mahukan tanpa memperdulikan nasib Anwar! Maka, mengapa tidak Anwar? Bacaan ulangan anda di sini

Selamat membaca,

City of Columbus, USA.







Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan