KESILAPAN SEJARAH: PAIRIN DAN JEFREY JADI MANGSA KEADAAN

on Wednesday, October 19

1. Pada tahun 1990an dahulu, DSP Pairin Kitingan dan adiknya Datuk Dr. Jefrey Kitingan antara yang ditahan di bawah ISA kerana antaranya memperjuangkan sentimen Sabah for Sabahan

2. Saya perhatikan berlaku kesilapan besar dalam sejarah itu. Dalam sebuah buku yang saya baca, sebenarnya keputusan Pairin keluar dari BN di hari-hari terakhir PRU ke-10 dahulu bukanlah keputusan peribadi Pairin, ianya adalah keputusan parti. Jika tidak silap saya, dalam buku itu menyebut Pairin pada mulanya tidak bersetuju dengan keputusan itu, tetapi sebagai Presiden parti terpaksa akur dengan ketetapan MT PBS pada malam yang penuh tragis itu.

3. Sebab itu pada tahun 2002, Pairin mengunjungi Tun Dr. Mahathir di pejabat Perdana Menteri dan selepas itu Pairin berjaya membawa semula PBS menyertai BN.

4. Manakala penangkapan Jefrey, ketika itu sebagai Pengarah Yayasan Sabah dan Pengarah Institute Development of Sabah (IDS), juga berkait dengan sentimen Sabah For Sabahan. Ianya kemudian diapi-apikan dengan propaganda lain kononnya mereka mahu membawa Sabah keluar dari Malaysia.

5. Dengan semua alasan itu, Pairin ditahan dan Jefrey telah ditangkap di bawah ISA. Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir telah menangkap Jefrey dan ramai lagi di bawah undang-undang tanpa bicara ISA. 

6. Di bawah pentadbiran DS Najib, ISA dihapuskan. Seandainya ISA masih ada, apakah agaknya nasib mereka yang memainkan sentimen Sabah for Sabahan hari ini? 

6. Daripada sejarah di atas, saya percaya jika Tun Dr. Mahathir masih memerintah, mereka yang memainkan sentimen Sabah For Sabahan sudah pasti akan ditahan dan ditangkap di bawah ISA tanpa bicara.

7.  Dalam perhimpunan dan kempen politik oleh DS Shafie Apdal di seluruh Sabah sekarang, bendera Jalur Gemilang sudah tidak lagi dikibarkan seperti biasa. Shafie yang dahulu bukanlah Shafie yang ada sekarang. Namun, Shafie beruntung kerana ISA sudah dihapuskan.

8. Saya tidak percaya Pairin akan berpaling tadah lagi !

Selamat membaca.
Kota Kinabalu.

0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan