BARAT SUDAH TEMU PENGGANTI ANWAR, SEORANG POPULIS AGAMAWAN ?

on Saturday, November 5

Kejayaan Agen Barat Di Tanah Arab
1)     Ada banyak 'agen tidak disedari'. Kita kena mengkaji lagi sejarah SMAWahhab, Jamaludin Al-Afghani Sh Mohd Abduh, Rashid Reda dll, khususnya SMAW. SMAW tidak direkrut, tetapi hasil analisis Barat terhadap empayar Uthmaniyyah (kekuatan dan kelemahan) hasil analisis agen Barat seperti Hempher dan lain-lain terhadap SMAW, beliau adalah orang yang sesuai untuk memecahkan Uthmaniyyah dari dalam. 

Maka beliau didorong, digalak, didedahkan, untuk meneruskan agenda Wahhabiah beliau dan memecahkan Uthmaniyyah. SMAW dipertemukan dengan Saud dan bergabung tenaga untuk menguasai Semenanjung Arab. Agenda Wahhabiah untuk agama Islam telah dikaji Barat dan sangat sesuai untuk memecahkan Islam dari dalam. Harus diketahui bahawa agenda dan strategi barat berubah setelah kalah perang salib.

2)    Keadaan ini berterusan apabila Barat mendekati Syarif Hussain (pemerintah Mekah) dan berjanji bermacam-macam untuk memberontak lawan Uthmaniyyah atas 'dasar kebangsaan/bangsa Arab' tapi Syarif Hussain tidak tahu janji Barat dengan Saud, konvensyen Balfour (untuk menubuhkan Israel) dan lain-lain. Akhirnya Syarif Hussain terlepas Mekah, dapatlah jadi Raja Jordan dan Mekah pula jatuh kepada kumpulan Wahhabiah, yang lebih rapat dengan British.

Kegagalan Agen Barat Ke Atas Anwar 
3)    Di Malaysia, DS Anwar Ibrahim adalah antara orang yang didekati semenjak 1970-an melalui gerakan Wahhabiah sedunia yang bernaung atas pelbagai organisasi seperti WAMY dan juga badan Islam spt IIIT. Arwah Ismail Faruqi yg disasarkan menjadi Rektor UIA merupakan pendokong kuat Wahhabiah. Beliaulah yang berjaya meyakinkan Tun Dr. Mahathir Mohammad untuk menerima masuk Anwar masuk ke dalam UMNO pada tahun 1981 dahulu (rujuk buku SYAA).

4)    Apabila menyertai kerajaan, tanpa Anwar sedari dia didekati dengan pelbagai agensi, yayasan dari Barat seperti Konrad Adenaur, GMB, AA, CMCU, NED  dan lain-lain. Malah pelbagai urusan dan aktiviti Anwar pasca dibebaskan dari penjara ketika di luar negara amat jelas hubungan beliau dengan tokoh-tokoh Barat yang terlibat dengan New World Order seperti Paul Wolfowitz, William Cohen, John Eposito, Carl Gerhsman dan lain-lain. Anwar memang merupakan 'wakil Barat' untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Malaysia bernasib baik kerana ini tidak berlaku.

5)     Didikan politik Barat seterusnya adalah pemimpin muda seperti Nurul Izzah, Rafizi dan lain-lain yang sebenarnya masih mentah dalam memahami agenda Barat terhadap Malaysia. Seorang AMT PKR mengiakan kepada saya tentang kementahan Rafizi, tetapi dia boleh dipergunakan. Mereka nampak hebat dalam beridealisma dan berhalusinasi kepada rakyat, namun seringkali mereka tersalah langkah sebagai Rafizi terpaksa membayar RM200,000 kepada NFC. Hari ini, rakyat dapat melihat kemenangan Nurul Izzah di Lembah Pantai adalah hasil Fitnah ke atas Shahrizat dan keluarganya. Hari ini, kemenangan Nurul Izzah menjadi tidak bermaruah dan tidak bernilai.

Agen Barat Mendekati Golongan Agama
6)  Barat sudah lama memerhatikan agamawan-agamawan popular di Malaysia. Dengan pendedahan pendidikan di universiti-universiti barat, dengan kecelaruan aqidah dan Fiqh yang dianuti agamawan ini, maka dia berganjak dan berubah jadi semakin liberal. 

Dia terpengaruh dengan kebebasan dan nilai-nilai Barat apabila hidup di barat dalam tempoh yang agak panjang. Dengan orang kafir dia baik sahaja, dengan sauadara seagama khususnya ASWJ dia bermusuh sahaja. Ini fikrah Wahhabiah, sama dengan kumpulan terrorist yang pada asalnya membunuh orang Islam dan tidak menggangu orang Barat.

7)  Barat sudah pasti mengikuti dan mempunyai rekod segala pandangan dan tulisan agamawan ini dan tahu tentang perubahan pemikirannya. Dengan pengaruh dan popular atas kepandaian mengambil kesempatan atas isu untuk popular, atas kekurangan pemerintah negeri tentang agenda Barat kepada agamawan populis, maka dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita dapat melihat Barat dan NGO/wakil mereka di Malaysia mendekati diri populis agama ini. Popularitinya diharapkan dapat menarik pengikutnya untuk turut menjadi liberal, memecahkan undi Islam, melemahkan politik Islam dan lain-lain. 

8)   Barat tidak perlu merekrut populis agamawan ini, cukup mendedahkan, berkawan, memberi galakan, dorongan untuk dia bertindak kerana beliau mempunya kualiti seperti SMAW, petah berkata, popular, kontroversi, 'boleh dipergunakan' dan lain-lain faktor untuk merosakkan Malaysia dari dalam sepertimana SMAW digunakan untuk merosakkan Uthmaniyyah dari dalam.

9)  Sebab itu kita melihat agamawan ini mula dihubungi, terlibat dengan pelbagai program-program liberal anjuran NGO pro barat ini. Ini seperti hubungan SMAW dgn Saud untuk menghancurkan Uthmaniyyah dan memberikan kekuatan kepada program ini kerana ada sokongan 'org agama'. Dalam masa yang sama, PKR, DAP, PAN dan beberapa parti di Sabah/Sarawak memang berkongsi visi yang sama dengan populis agamawan ini dan golongan liberal ini.  

10)  Itulah peranan populis agamawan ini, memecahkan sokongan dan perpaduan Islam, menarik orang jauh dari agama, meremehmudahkan urusan agama, menjauhkan orang Islam dari kerohanian yang merupakan teras kekuatan Islam, bagi orang menyampah, meluat, tidak percaya dengan institusi agama, ulamak/ustaz, ini akan sebabkan orang makin rujuk/belajar dengn sheikh Google/YouTube, bukan belajar secara talaqqi, menghantar orang-orang dia menyerap masuk dalam pelbagai institusi agama dan agensi/kementerian, ringkasnya meruntuhkan dan merosakkan Islam dari dalam, sama seperti peranan SMAW. 

11)  Kalau PKR dan DAP memerintah Malaysia, populis agama akan dinaikkan menjadi menteri agama, dan mungkin sebagai Perdana Menteri pun, tidak mustahil. Kerana Barat melihat Anwar sudah gagal. 

12)   BERSIH1 hingga BERSIH5 adalah agenda agen Barat, sebab itulah PAS menarik diri selepas menyedari mereka sering dipergunakan ketika bersama Pakatan Rakyat. PAS sudah insaf.

Selamat Membaca,
Selamat Berhujung Minggu,
Selamat Berfikir.

Al-Matajer Al-Saudia, Al Awali,
3 November 2016.


4 Komen:

Anonymous said...

Grace line deviding salaf sebenar dgn salafi / wahabi, dimanfaatkan sepenuhnya utk mengelirukan ummah. Yg baru nak mengenal agama, jgn cepat menghukum, belajar dan fahami agama perlahan lahan, sedikit demi sedikit, sentiasa merendah diri, ikhlaskan hati, dan sentiasa minta bimbingan dan perlindungan Allah swt. Para sahabat r.anhum. juga mengambil masa 23 tahun utk memahami agama. Pelajari agama utk perbaiki diri, bukan utk mencari salah org lain.

Anonymous said...

Pemahaman agama secara mudah, mengikut logik mudah akal sendiri telah pun berlaku sejak zaman Rasullullah saw lagi sehinggakan Baginda saw pun dianggap tidak berlaku adil dlm pembahagian harta rampasan perang selepas perang Hunain. Begitu juga berlaku selepas majlis Tahkim, sehinggakan Saidina Ali r.a. juga dituduhkan tidak mengikut hukum Allah swt.

Sedikit ttg jihad. Tafsiran jihad, bukanlanlah mengikut emosi kita sendiri masing masing, tp ada aturan dan kaedahnya, mengikut pegangan kita hendaklah diistiharkan oleh Ulil Amri. Jika masing masing bertindak sendiri sendiri spt yg berlaku hari ini, mrk mrk yg pergi sendiri sendiri ke Syria dsb dan menyertai IS, konon atas nama jihad, mk tidaklah dpt dipastikan kedudukan sebenar "jihad" mrk itu. Amat ditakuti sekali tergolong mrk dlm firqah khawarij moden.

Anonymous said...

PAS dah boleh bezakan ASWJ dan wahabi ?

Anonymous said...

PAS tahun tahun 80an 90an mmg agak jelas kecenderungan ideologi wahabinya. AmanatHH81 yg kontroversi satu masa dulu telah menyebabkan pulau memulau sesama Islam, kemuncaknya tercetus peristiwa Memali dan Maunah Bkt Jenalik.

Diharapkan saudara saudara kita samada dlm UMNO, PAS, PKR, PPBM, Warisan, PAN dan parti apa pun, atau yg tak berparti, akan lebih memahami pegangan umat Islam Nusantara ASWJ (Maturidi-Ash'ari-Salaf), yg dgnnya kita akan lebih beradab dlm berkhilaf.
Kuncinya adalah pada para ilmuan masing masing, agar lebih mendalami kaedah kaedah dan pegangan kita dlm bab tauhid, fekah, akhlak, dan muamalah, termasuk dasar dasar pemerintahan dan adab adabnya, dan tidak lg secara sembrono menafsir sendiri mengikut fahaman sendiri masing masing hinggakan menimbulkan fitnah besar pd ummah.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan