CARA MUDAH DAPAT DANA SOROS

on Thursday, November 10

1. Seminggu dua ini, di Malaysia heboh dengan sumbangan dana Soros kepada beberapa pertubuhan khususnya disebut antara penerimanya adalah Malaysiakini.

2. Sebenarnya isu ini isu lama, kita sudah mengetahui hal ini sejak bertahun yang lalu, ketika Jamal masih berniaga ikan bakar.

3. Perkara yang sepatutnya dibuktikan ialah adakah Malaysiakini masih berterusan menerima dana Soros? Dan NGO mana lagi yang menerima bantuan daripada Soros dengan tujuan sebenar mereka untuk menanam kebencian kepada kerajaan yang demokratik, menghasut rakyat supaya rakyat bangun menentang kerajaan demokratik, dan sehinggalah kerajaan yang dibentuk melalui pilihanraya jatuh. 

4. Sejarah moden membuktikan campurtangan asing di Iraq, Libya, Yemen dan Mesir tidak pun menjadikan negara itu bertambah baik. Sebaliknya bertambah lebih buruk dan rakyat mereka semakin menderita. Percubaan Kudeta di Turki baru-baru ini ada elemen asing tetapi ianya gagal kerana rakyat Turki menolak campurtangan asing. Di Malaysia, kesedaran ini masih kurang.

5. Tun Dr. Mahathir (2012) menyebut Soros menyalur dana kepada SUARAM dan Malaysiakini untuk menjatuhkan kerajaan. Tun Dr. Mahathir berkata, "Ini bukan inisiatif rakyat Malaysia tetapi inisiatif orang asing. Takkan kita hendak dikuasai oleh orang asing?. Kata Tun lagi, “Dia bagi duit sana nak bagi jatuh kerajaan supaya orang dia dapat naik dan orang dia di sini secara terang lagi bersuluh, dia nak Anwar. Kata Tun,“Jika ada (pihak asing cuba mempengaruhi pilihan orang kita dengan bagi duit, itu rasuah,”.“Mana boleh baik, dia nak kuasai kita punya politik, Dia nak pilih orang dia jadi PM,” dakwanya.

6. Kritikan Tun Dr. Mahathir di atas adalah benar. Kita rakyat Malaysia hendaklah menolak elemen Soros dalam pembinaan negara kita. 

7. Semasa saya di USA, mereka memberitahu jika mahu senang mendapat dana asing seperti Soros, pastikan NGO anda adalah NGO yang tidak mesra kepada Kerajaan sedia ada. Jika NGO anda mesra Kerajaan, anda tidak akan mendapat bantuan dana itu.

8. Untuk lebih memahami peranan belakang tabir NGO-NGO Yahudi seperti American Jews Association dan sebagainya dalam mencatur politik antarabangsa, saya menyarankan anda membaca buku "They Dare To Speak Out" oleh Senator Paul Findley.











0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan