MALAYSIA HANTAR NOTA BANTAHAN KEPADA AUSTRALIA

on Sunday, November 20

1. KEGAGALAN BERSIH5 semalam sudah dijangka, kerana kesedaran rakyat semakin matang. Rakyat tidak lagi mahu diperbodohkan dengan slogan turun jalanan untuk menjatuhkan kerajaan demokratik.

2. Syabas kepada PDRM kerana tidak menggunakan penyembur pemedih mata sebagaimana digunakan kepada kumpulan Reformasi 1998. Tidak ada insiden mata lebam kepada Maria Chin, dan lain-lain yang ditahan polis. Semua tahanan mendapat layanan yang baik oleh PDRM.

3. Kira-kira 200,000 demonstran di Jakarta, 100,000 orang di Seoul tetapi hanya 15,500 di Kuala Lumpur. Malaysiakini dalam laporannya memberi gambaran kemerosotan 90%. Sepatutnya BERSIH5 paling sedikit boleh mengumpul 100,000 orang dan paling banyak 500,000 orang kerana kehadiran orang baru Tun Dr. Mahathir dan TS Muhyiddin Yassin. Nampaknya petunjuk baru ini meresahkan parti serpihan, Pribumi.

4. Tidak ada BERSIH5 di Bangkok, Washington, Taiwan, Hong Kong, Singapura, London, Paris, Madinah tetapi ada sedikit di Melbourne, Australia.

5. Pada hujung 1990an, apabila Australia campurtangan dalam urusan politik Malaysia, Tun Dr. Mahathir menempelak kerajaan Australia.

6. Ucapan Senator Jamie Parker dari Australia yang memperjuangkan Gay di negaranya semasa perhimpunan BERSIH5 di Australia semalam patut diberi perhatian keras. Kerajaan Malaysia hendaklah menghantar Nota Bantahan jika tidak mahu memutuskan hubungan diplomatik dengan Australia.

7. Hal negara kita tidak boleh ditentukan oleh seorang warga asing apatah lagi dia seorang yang memperjuangkan Gay. Sebagai negara merdeka dan berdaulat, kita mesti mempertahankan kedaulatan negara kita. 

8. Orang-orang putih seperti Jamie Parker di Australia bukanlah boleh dibanggakan pun, mereka sendiri tidak memberikan keadilan kepada orang asli Australia. Mereka boleh menghalalkan gay tetapi bukan di Malaysia.

Siapa Jamie Parker (MP Balmain, Parliment of NSW):-

Tonight I speak about the important matter of marriage equality, recognising that this weekend the Sydney Gay and Lesbian Mardi Gras will celebrate its thirty-fifth anniversary festival “Sydney Mardi Gras 2013—Generations of Love.”

As a strong supporter of marriage equality I have joined my Greens colleagues in calling on the Parliament of the Commonwealth of Australia to amend the Commonwealth Marriage Act 1961 to provide for marriage equality, that is, to remove discrimination and allow people to marry regardless of sex, sexual orientation and gender.


2 Komen:

Anonymous said...

Bershit memang mendapat sokongan dari kapir2 merata dunia...termasuklah media2 asing.
Maklumlah, Malaysia akan menjadi NEGARA ISLAM yg maju dan berpendapatan tinggi. Sudah pasti kapir2 laknat dah mula panas punggung dan mendengki.

Anonymous said...

Orang asing jangan campur tangan. Malaysia x campur tangan di negara meteka.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan