BUGIS SABAH TIADA TEMPAT DALAM PARTI LOKAL WARISAN ?

on Saturday, December 10

1. Pertama kali saya mendengar DS Shafie Afdal berucap ketika merasmikan Perkampungan Sasterawan Negara di Tawau, Sabah pada tahun 1991, jika tidak silap, ketika itu beliau merupakan setiausaha politik kepada Tun Sakaran Dandai.

2.  Sebelum UMNO masuk Sabah, apabila menyebut Bumiputera Islam Sabah, sense politik mereka hanya kepada USNO. Sebab itu, apabila BERJAYA dan PBS memerintah, hanya USNO yang dapat bertahan dan boleh menang dalam pilihanraya.

3. Namun begitu, selepas UMNO masuk ke Sabah, kesetiaan Bumiputera Islam beralih kepada UMNO. Shafie dahulu dari USNO, sudah tentu beliau perlu merebut semula undi Bumiputera Islam yang kini sudah 25 tahun berada di dalam UMNO. Ianya bukan mudah tetapi sukar. Shafie pasti ingat slogan dahulu, bumiputera Islam berpindah dari kapal kecil (USNO) kepada kapal besar (UMNO).

4. Saya melihat parti WARISAN yang dikatakan bersifat local itu, pada pengamatan saya tidak tepat. Parti WARISAN lebih bersifat ethnicstick, yakni lebih kepada etnik Bajau yang majoriti di Semporna. Namun begitu, tokoh-tokoh etnik Bajau yang lain seperti DSP Salleh Said Keruak, DS Rahman Dahlan malah Datuk Nasir Tun Sakaran, Datuk Ramli Marhaban dan lain-lain tidak bersama WARISAN. Maknanya, parti WARISAN hanyalah parti bersifat individualistik untuk diri Shafie sahaja. 

5. Etnik Bajau adalah komuniti Bumiputera Islam terbesar di Sabah (kira-kira 400,000 lebih), diikuti oleh masyarakat Bugis  (kira-kira 250,000) orang. Dalam Majlis Tertinggi parti WARISAN atau ketua-ketua bahagian parti WARISAN adakah sesiapa pemimpin Bugis Sabah yang dilantik di situ? Berapa ramai masyarakat Bugis Sabah menjadi ahli parti WARISAN? Maknanya, parti WARISAN sendiri tidak meraikan masyarakat Bugis Sabah? Inilah bukti jelas bahawa parti WARSAN bersifat individualistik dan bersifat ethnistick

Profesor Hungtinton (Washington University) kata, perkara ini akan merosakkan civilization dan akan melahirkan crisis between ethnic group yang tidak bagus untuk proses nation building sesebuah negara.

6. Kini, pemimpin-pemimpin Bugis Sabah yang pernah terikut-ikut ke mana Shafie pergi menerima kesan buruk. Shafie sendiri tidak penah menyatakan pendirian sama ada akan mengiktiraf Bugis Sabah sebagai anak negeri Sabah? Adakah Shafei hanya memperjuangkan kaum tertentu sahaja? 

7. Berbeza dengan Kerajaan Negeri sekarang telah meletakkan ramai profesional Bugis Sabah mengetuai agensi kerajaan negeri Sabah. Malah, antara pemimpin-pemimpin lain yang mengiktiraf etnik Bugis Sabah seperti DSP Lajim Ukin, DS Rahman Dahlan dan yang terbaharu YB Datuk Hj. Mohd. Ariffin Mohd. Arif yang menyebut peribahasa Bugis dalam PAU UMNO baru-baru ini. Lihat di sini 

8. Sebab itu, pada akhirnya, selepas kemelut Tun Dr. Mahathir selesai nanti, saya meramalkan Shafie akan membubarkan parti WARISAN dan akan kembali semula ke dalam UMNO dan kancah nasional. Sebab itu, di akhir karier bersama UMNO, Shafie masih membantu UMNO di PRK Sg. Besar. Sebab itu juga semasa dalam Mesyuarat MT UMNO, masih ada AMT UMNO yang menyuarakan supaya Shafie tidak dipecat kerana mereka tahu Shafie jiwanya masih bersama UMNO dan WARISAN itu hanya sebagai political escapism. Namun, Shafie kerana terikut-ikut dengan individu lain telah memilih jalan yang sempit. 

Apapun itu hak Shafie, dia sudah berjaya dan hidup senang. Bagi kita rakyat yang miskin, kita masih memerlukan Kerajaan untuk membantu kita. Seorang individu tidak akan mampu membantu 100,000 orang miskin setiap masa dan di mana-mana, tetapi 100,000 orang miskin boleh dibantu oleh sebuah kerajaan bila-bila masa dan di mana-mana.

Selamat Bercuti.
Selamat Membaca.
Aramaiti.

5 Komen:

Anonymous said...

Lrbih baik dari menyokong PM LANUN BERTARAF ANTARABANGSA!!!

Daeng Jumat said...

Yup..org bugis sdri pn malu dgn kepimpinan Najib yg mengaku bugis...hanya pendedak tegar Dan yg berkepentingan dlm umno saja yg masi menyokong Najib...adakah patut di saat rakyat dihimpit dgn kos Sara hidup & kenaikan hrga barang,dia dgn selamba bawa famili dia naik jet kerajaan tuk bercuti d Australia...org xda sekolah pn boleh tgk pembaziran yg dia lakukan...

Anonymous said...

Kau lagi bodoh drpd orgxda pelajran..cakap ikut suka buntutmu..ko balik indon ko rsa hdup d sna..langsung ndk bsyukur..org mcm ko ni la patuty ndk layak jd warganegara..memalukan bangsa..apa sumbangn terbesarmu pd negara..jgn2 lagu negaraku pun ko ndk tau..puiiikkk nama sja daeng..

Phileta Ranma said...

Maaflah ramalan anda langsung tak tepat. Dan bugis di sabah akan kekal tiada tempat dalam pentadbiran sabah.

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Artikel ini saya tulis pada Disember 2016 dengan tanda soal? Dua tahun kemudian (2018), pada PRU14 membuktikan kemenangan calon Bugis melalui Warisan, dan 2 YB Bugis dari UMNO lompat ke kem Warisan. Maka Bugis Sabah beruntung mempunyai 4 wakil dalam Dewan. Rakyat khususnya generasi muda menolak UMNO dan BN dengan 29 kerusi kepada UMNO dan 29 kerusi kepada Warisan serta 2 kerusi oleh STAR. Akibat daripada tindakan melompat ahli2 UMNO maka Warisan membentuk kerajaan.

Di Semenanjung, 2 wakil UMNO menyokong dan menyeberang ke Parti BERSATU untuk membentuk Kerajaan PH, di Johor 3 wakil UMNO menyeberang ke parti BERSATU juga untuk membentuk kerajaan PH, manakala di Kedah wakil UMNO tidak melompat tetapi memberi sokongan kepada PH untuk membentuk Kerajaan.

Dalam ucapan YAB PM Tun Dr. Mahathir, beliau tidak bersetuju dengan acara lompat melompat ini, namun begitu untuk kepentingan rakyat, agama dan orang Melayu. Acara melompat-lompat ini saya kira perilaku istimewa dalam sistem demokrasi kerana keadaan semasa menunjuk jalan itu. Ada orang setia kepada isteri pertamanya, ada juga orang suka melompat kepada isteri baharu, atau kedua-duanya. Wallahualam. Salam Ramadan Kareem.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan