USTAZ ZAMIHAN YANG SAYA KENALI

on Tuesday, February 9

Satu Malaysia telah dihangatkan dengan perancangan debat di antara Ustaz Dr. Zamihan Al-Ghari dengan Dr. Mohd. Asri, Mufti Perlis.

Pada tahun 2003 jika tidak silap di Kuala Lumpur, saya telah menghadiri satu ceramah agama yang dianjurkan oleh sebuah NGO baharu diketuai mantan Ketua Pengarah DBP, Datuk A. Aziz Deraman ketika itu baharu sahaja bersara. Itulah pertama kali saya mendengar ceramah Dr. Mohd. Asri ketika itu. 

Ustaz Zamihan pula, setahu saya merupakan seorang anak muda, pejuang agama dan pendakwah yang mengabdikan hidupnya siang dan malam kepada Islam. Sebagai pegawai agama di Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ustaz Zamihan bertanggungjawab mendidik dan berdakwah kepada banduan, penagih dadah, salahlaku juvana dan sebagainya supaya menjadi insan yang baik apabila dibebaskan kelak.

Saya tahu ketika selesai masa pejabat, Ustaz Zamihan juga sibuk memenuhi jemputan kuliah agama di surau dan masjid. Pada hari Sabtu dan Ahad, beliau memberi kuliah agama di Aswaja Center. 

Ustaz Zamihan memang seorang yang lantang membicarakan kebenaran. Baik di dalam seminar-seminar atau mesyuarat-mesyuarat dengan pegawai tinggi kerajaan. Ustaz Zamihan bukan seorang yang suka bercakap secara lunak-lunak sahaja, tetapi akan bercakap yang benar walaupun pahit. Kelantangannya ditafsir sebagai keras, sebenarnya itu bentuk ketegasan. Pada zaman Nabi dahulu, apabila Saidina Umar marah, iblis-iblis pun lari lintang-punkang.

Semasa saya di USA tahun lalu, Ustaz Zamihan telah diberi tanggungjawab untuk menemui tahanan rakyat kita di Guantanamao. Ianya bukan isu keselamatan rakyat kita sahaja, malahan jauh daripada itu ianya adalah suatu perjuangan hidup dan mati. Ianya bukan kerja yang mudah.

Apabila Ustaz Zamihan berbicara dengan lantang, keras dan yakin itu semua adalah gambaran kesungguhan, ketegasan dan kebenaran yang dibawanya. Tidak bererti, apabila seseorang yang bercakap secara  lemah-lembut, penuh dengan psikologi dan berlapik-lapik lalu dialah yang lebih benar. 

Saya ingin mencadangkan diskusi di antara Dr. Asri dan Ustaz Zamihan diteruskan. Moderator hendaklah daripada ilmuwan yang fasih berbahasa Arab kerana sudah pasti terdapat perkara yang akan mereka sebut dan rujuk dalam kitab-kitab berbahasa Arab. 

Manakala tempat hendaklah diadakan di sebuah universiti yang establish dalam pengajian agama di Malaysia seperti UM, UIA dan UKM. Jemputan pula hendaklah terbuka kepada wartawan, pegawai-pegawai kerajaan, ahli-ahli UMNO, PAS dan parti Islam lain, pelajar universiti dan ahli-ahli pondok.

Penganjur yang paling relevan adalah Menteri JAKIM dari JAKIM dan oleh JAKIM. Jawapannya mudah, JAKIM adalah bertanggungjawab dalam hal-ehwal agama Islam di negara kita. Dalam ajaran agama kita sendiri, urusan agama Islam hendaklah diketuai dan diurus oleh mereka yang ahli dalam agama Islam jua. Menteri JAKIM tidak sepatutnya berdiam diri !

Tidak lama dahulu seorang Menteri terpaksa memohon maaf kepada Menteri Luar Negeri kerana kesilapan memberi ulasan yang bukan dalam bidang tugasnya. Baca ulangan anda di sini https://sg.news.yahoo.com/mistake-says-nazri-anifah-rebukes-100753685.html

Diskusi ini sangat penting demi kemashlahatan umat Islam di Malaysia, maka perancangannya hendaklah rapi. Tidak boleh dibuat secara asal jadi, atau main terjah atau main letak tarikh. Kedua-dua Ustaz Zamihan dan Dr. Mohd. Asri adalah pegawai kerajaan yang tertakluk dengan tugas rasmi sedia ada di mana jadual tugas mereka telah dirancang lebih awal.

Saya mencadangkan Ustaz Zamihan dan Dr. Asri meneruskan pertemuan ini sama ada dalam bentuk debat, forum atau diskusi. Tetapi perancangannya hendaklah teratur dan diatur oleh mereka yang ahli dalam bidangnya. 

Bersambung...








Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan