UMNO DAN DAP PATUT BEKERJASAMA KATA TAN SRI

on Friday, March 25

1. Gerakan menjatuhkan DS Najib dari jawatan Perdana Menteri sejak dua tiga tahun ini (2013-2016) hampir sama dengan gerakan menjatuhkan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri (1981-2003).

2. Semasa Tun Dr. Mahathir dahulu, gerakan hanya tertumpu oleh parti utama pembangkang seperti DAP dan PAS. Ketika itu mereka tidak berkolaborasi sehinggalah awal 1990 mereka bergabung melalui entiti Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Barisan Alternatif (BA). Hasilnya mereka memenangi Kelantan dengan bantuan Semangat 46 dan Tengku Razaliegh Hamzah.

3. Ketika itu Tun Dr. Mahathir memerintah, beliau berjaya menyisihkan satu persatu pencabarnya bermula Tun Musa Hitam, Tengku Razaliegh dan akhirnya DS Anwar Ibrahim. Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri silih berganti antaranya Tun Musa, Tun Ghaffar Baba, DS Anwar Ibrahim dan akhir sekali Tun Abdullah Ahmad Badawi. Semuanya berlaku dan Tun Dr. Mahathir kekal memerintah selama 22 tahun.


Manakala, DS Najib telah menggantikan Timbalan Perdana Menteri kepada DS Ahmad Zahid Hamidi. 

4. Dahulu DS Anwar Ibrahim sahaja Timbalan yang berani memberontak melalui gerakan Reformasi. Manakala, hari ini TS Muhyiddin masih menyandarkan diri kepada UMNO.

5. Peristiwa-peristiwa politik yang mewarnai era Tun Dr. Mahathir dan yang sedang dilalui DS Najib adalah tidak jauh bezanya. Yang membezakan hanya zaman sahaja.


6. Manakala, ahli-ahli UMNO juga majoritinya masih memberi kepercayaan kepada Presiden dan Perdana Menteri semasa. Memanglah yang kecewa dan penyokong fanatik akan menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri yang ada, namun jumlahnya dan partisipasinya tidak besar. Kocaknya hanya kecil di dalam cawan.


7. Begitulah UMNO. Semasa Tun Dr. Mahathir di ambang kekuasaan, Tunku Abd. Rahman marah dan kecewa sehingga di penghujung usia, namun Tun Dr. Mahathir tetap memberi penghormatan jua kepadanya. 


8. Sama seperti sekarang, walaupun Tun Dr. Mahathir berhempas-pulas menjatuhkan DS Najib namun DS Najib tidak membalas tindakan Tun Dr. Mahathir. Hanya Tan Sri Rais Yatim menyebutnya sedikit, itu pun tidak dijelaskannya.

9. Hari ini,  DAP dan Pakatan Harapan khususnya cuba mengambil kesempatan di atas kemarahan Tun Dr. Mahathir walaupun suatu masa dahulu mereka menghina dina Tun Dr. Mahathir sebagai Maha Firaun, Diktator, Ultra Malay dan KKN (Korupsi, Kolusi dan Nepotisme).

10. Hari ini, parti baharu PAN turut mengambil kesempatan di atas kemarahan Tun Dr. Mahathir ke atas DS Najib.

11. Tun Dr. Mahathir mahu menggantikan DS Najib dengan orang UMNO juga yang belum dinyatakan namanya dengan jelas. Tetapi, DAP PKR dan PAN dengan jelas menamakan DS Anwar Ibrahim. Kesimpulannya, kebersamaan mereka hanya bersifat sementara sahaja.

12. Saya menerima dan membaca dengan teliti pandangan seorang Tan Sri, berkenaan mengapa tidak UMNO dan DAP bekerjasama? Katanya, UMNO patut berkawan dengan DAP ...

Bersambung ...






7 FAKTOR KEGAGALAN DEKLARASI RAKYAT

on Sunday, March 13

Deklarasi Rakyat (4 Mac 2016) ini yang dihadiri Tun Dr. Mahathir,Tan Sri Muhyiddin Yassin, DS Mukhriz Mahathir, Lim Kit Siang, Mohamad Sabu dan sebagainya semakin redup. Nampaknya ia hanya panas sekejap sahaja.

1. Rakyat tidak menyambut deklarasi itu sebagaimana yang mereka harapkan. Rakyat tidak terhegeh-hegeh. Selepas majlis tersebut, cuba anda perhatikan di sekeliling, di mana-mana rakyat kelihatan tenang, matang dan memerhati permainan politik semua pihak. Rakyat telah melalui episod politik yang tidak pernah rehat di negara kita. Mereka mahu rehat, tenang dan bekerja untuk survival hidup.

Nurul Izah anak harapan DS Anwar Ibrahim kelihatan 'flip-flop'. Beberapa hari sebelum deklarasi, beliau membayangkan akan hadir. Namun mendapat kritikan daripada seorang pemimpin kanan PKR sendiri. Akhirnya, seluruh keluarga DS Anwar Ibrahim turut sama 'flip-flop'. DS Wan Azizah turut tidak menghadirkan diri. Semua pening akan apakah muslihat politik Tun Dr. Mahathir kali ini. 

Adakah akan memberi keuntungan kepada mereka atau hanya akan memberi keuntungan kepada Tun Dr. Mahathir sahaja. Semua takut terperangkap. Semua mengambil langkah berhati-hati. Mereka tahu Tun Dr. Mahathir adalah seorang politikus yang bijak. Mereka juga mahu menjadi bijak.

2. Di pihak UMNO, gerakan dari dalam khususnya oleh TS Muhyiddin Yassin, DS Shafie Apdal, DS Mukhriz dan segelintir ahli-ahli UMNO tidak mendapat sambutan besar, melainkan mereka yang kecewa sahaja. 

Budaya politik UMNO sejak zaman Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang DS Najib adalah patuh kepada Presiden parti kerana mereka tidak rela UMNO berpecah dan akhirnya menguntungkan parti lain. Budaya ini lebih jelas semasa Tun Dr.Mahathir menjadi Presiden UMNO lagi.

3. Di dalam pentadbiran kerajaan, ianya berjalan dengan lancar. Gaji kakitangan awam dibayar mengikut jadual. Bajet sesetengah kementerian berkurangan tetapi ini bukanlah pertama kali kerajaan menghadapinya. Sejak awal 1980an, hujung 1990an, pertengahan 2000 dan sekarang Kerajaan telah melalui pengalaman kemelesetan ekonomi. Pengalaman telah menjadikan kakitangan awam matang dan berpengalaman menghadapi saat-saat getir. 

Rakyat memahami fenomena global turut memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi sesebuah negara. 

4. Sokongan Ketua-ketua Bahagian UMNO memberi gambaran yang jelas. Angka 148 Ketua Bahagian yang hadir memberi sokongan kepada Najib dan menolak Deklarasi Rakyat memberi gambaran yang tepat.  Sebaliknya belum ada jumlah Ketua-ketua Bahagian UMNO yang memberi sokongan terbuka kepada Deklarasi tersebut melainkan 3 orang sahaja.

5. Berlaku kontradik. Rakyat melihat, anda tidak menyokong Presiden UMNO tetapi anda masih mahu kekal dalam UMNO. 

Anda mahu menjatuhkan Perdana Menteri tetapi anda lupa DAP mahu penggantinya Lim Guan Eng walaupun tidak dinyatakan secara zahir. Manakala PKR mahu DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. 

TS Muhyiddin atau DS Shafie Apdal atau DS Mukhriz tidak pernah dinamakan dengan jelas sebagai pengganti DS Najib. Yang dihightlightkan hanya menjatuhkan Najib. Rakyat keliru. Pengganti Najib mesti dinyatakan dengan jelas dalam Deklarasi itu jika mahu rakyat mempercayainya. 

6. Tanpa sokongan 100% Presiden dan Timbalan Presiden PAS, deklarasi itu tidak dapat pergi ke mana. Secara amnya, umat Islam sangat gembira dengan hubungan baik Presiden PAS, Timbalan Presiden PAS dengan Najib. Rata-rata umat Islam menyukai perpaduan. Umat Islam tidak menyukai jatuh-menjatuhkan.

7. Di Sarawak, menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak, tidak ada tanda-tanda pakatan pembangkang akan memenangi plihanraya negeri Sarawak. Mereka sendiri berpecah-belah dan bergaduh sesama mereka. Jika BN memenangi pilihanraya negeri Sarawak, maka gerakan menjatuhkan Najib tidak relevan dan sia-sia sahaja.




NAJIB RAZAK JELMAAN KHALIFAH AMIR MUAWIYAH R.A.

on Wednesday, March 9

When someone asked Abdullah bin Abbas r.a. about Amir Muawiyah r.a.,  he said ,"His patient was antidote to anger and his generosity kept the people tongue tide." He know how to joint hearts and that strengthened his rule. One day, Amir Muawiyah r.a. himself said, "The success I had against Ali bin Abu Talib r.a. was due to four factors:-

1. I used to guided my secrets while Ali bin Abi Talib r.a. disclosed everything to the people.

2. My army was obedient while Ali's army disobedient.

3. I did not take part in the Jamal War (The War between Ali and Aaishah.

4. I was popular with the Quraisy while its people were displeased with Ali bin Abi Talib r.a.

Nampaknya, DS Najib, Khalifah Amir Muawiyah r.a. dan Hj Hadi Awang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang hampir sama. Mereka sabar, tenang dan tidak gelabah berhadapan dengan serangan-serangan politik dan serangan-serangan peribadi.

Gesaan TG Hj. Hadi Awang di bawah ini berjiwa hebat:-

1. Anggota Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Islam tidak menggalakkan umatnya untuk memecat pemimpin sebaliknya perlu 'membetulkan' mereka.

2. Sambil memetik kata-kata Saidina Abu Bakar As-siddiq, presiden PAS itu berkata parti politik dan rakyat sendiri perlu bersabar berbanding menjatuhkan pemimpin.

3. "Budaya pecat pemimpin tak digalak Islam. Islam tak galak pecat pemimpin, perbetul pemimpin boleh.

4. "Kita kena sabar memperbetulkan pemimpin. Walaupun saya tak setuju dengan kerajaan tapi kita (PAS) sabar," katanya.






MESEJ DARI LUAR NEGARA: SHAFIE LETAK JAWATAN DI SEMPORNA ?

on Sunday, March 6

DS Najib Dan Raja Salman 
Baru-baru ini, pemimpin-pemimpin pembangkang mengambil kesempatan ke atas desakan terbaharu Tun Dr. Mahathir untuk mendesak DS Najib Tun Razak melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sebelum ini, Tun M berjaya mendesak almarhum Tunku Abd. Rahman Putra Al-Haj melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia dengan alasan kegagalan Tunku, kemerosotan UMNO dan Perikatan semasa PRU 1968. Tragedi pada 13 Mei 1969 memberi tekanan lagi kepada almarhum Tunku untuk melepaskan jawatannya. 

Dalam sebuah buku yang dikarang oleh mantan Panglima ATM, Jeneral Tun Ibrahim Ismail, beliau menceritakan dengan tepat peralihan kuasa daripada Tunku kepada Tun Abd. Razak. Akhirnya, Tun Razak menyelamatkan politik Tun M dengan membawanya masuk semula ke dalam UMNO dan Kerajaan. Harga politik telah dibayar.

Episod kedua berlaku pada tahun 2008 apabila UMNO dan BN yang diketuai Pak Lah merosot teruk akibat tsunami Cina. Tun M dikatakan dalam youtube oleh Presiden PPP bahawa Tun M menghubungi pemimpin-pemimpin komponen BN dan menerangkan kepada mereka kenapa Pak Lah patut diturunkan. Akhirnya, Pak Lah mengalah jua.

Espisod ketiga berlaku sejak setahun dua ini di mana Tun M kembali aktif mendesak supaya DS Najib melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Semuanya sudah dilakukan oleh Tun M dan pasukannya ke atas DS Najib. Serangan-serangan yang dilakukan oleh mantan-mantan kabinet zaman Tun M seperti oleh Tun Dr. Ling Liong Sik, TS Sanusi Junid dan sebagainya bukan alang-alang. 

Malahan tekanan dari dalam UMNO yang dilakukan oleh TS Muhyiddin Yassin dan DS Shafie Apdal juga bukan alang-alang.

Namun, semuanya gagal. Semua gagal dengan ketenangan dan kesabaran DS Najib. 
Alfatihah Kepada Almarhum Tunku Abd. Rahman, Perdana Menteri Pertama
Lim Kit Siang Ambil Kesempatan  
Saya tidak percaya Tun M terhegeh-hegeh bekerjasama dengan Lim Kit Siang dan DAP untuk menjatuhkan DS Najib. Namun, saya percaya Lim Kit Siang dan DAP mengambil kesempatan ke atas kemarahan Tun M. Ianya ibarat Lim Kit Siang menambah minyak supaya api sentiasa marak. Itu adalah trademark Lim Kit Siang yang akan menggunakan sesiapa sahaja untuk mencapai matlamat politiknya. PAS sudah kena.

Ianya bukan pertama kali Lim Kit Siang mengambil kesempatan ke atas mantan Perdana Menteri. Dia pernah melakukannya ke atas Tunku. Semua orang tahu Lim Kit Siang bukan setuju pun sesiapa jua Perdana Menteri dari UMNO. Jika anda membaca buku-buku Lim Kit Siang, dia memberitahu anda Perdana Menteri yang paling bagus kepada Malaysia adalah dari DAP yang mengamalkan 'Malaysian Malaysia'.

Saya terkejut membaca komen TS Rais Yatim di sini. Beliau menyeru Tun M supaya berpada-pada kerana katanya semasa Tun M memerintah banyak perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Namun, TS Rais Yatim tidak mahu mengaibkan Tun M.

PAS melalui kepimpinan tertinggi parti seperti DS Tuan Guru Hj Hadi Awang, DS Tuan Guru Dr. Haron Din, Dato' Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agong memberikan gambaran yang hebat apabila menolak gerakan menjatuhkan DS Najib.(Rujukan Rasmi PAS bertarikh 3 Mac 2016 di sini)

Rakan-rakan saya di dalam PAS nampaknya sangat lega, gembira dan senang hati melihat hubungan baik Tuan Guru DS Hj. Hadi Awang dengan DS Najib Tun Razak.

Mesej Dari Luar Negara
Saudara, "PRU14 masih jauh lagi. Kita sudah lama tidak mengadakan Pilihanraya Kecil. Apa kata Shafie meletak jawatan di Semporna supaya PRK Semporna diadakan. Oleh kerana Shafie tidak bersetuju dengan Presiden UMNO dan mahu Presiden UMNO meletak jawatan, apa kata Shafie bertanding atas tiket Bebas atau mana-mana parti untuk menguji pilihan rakyat. 

Adakah rakyat masih memilih Shafie atas tiket parti lain atau atau rakyat Semporna masih memilih calon UMNO ?

Jika rakyat Semporna masih memilih Shafie, bermakna Shafie relevan. Jika rakyat Semporna masih memilih calon UMNO, bermakna Shafie tidak relevan dan gerakan menjatuhkan Najib hanya syok sendiri sahaja, dan ada udang di sebalik batu". End.

Selamat Membaca.
Selamat Berhari Minggu.












Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan