EKSKLUSIF PERTEMUAN DENGAN MUFTI PAHANG ISU KAFIR-HARBI :

on Thursday, June 30

Kunjungan Hormat Kepada SS Mufti Pahang Di Pejabat Mufti, Pekan
1. Nampaknya, terdapat segelintir pihak yang hati sakit dan sakit hati dengan kenyataan Mufti Pahang dalam isu Kafir Harbi. Amat malang juga, mereka tidak memeriksa kenyataan yang sahih keluar dari mulut Mufti Pahang sebaliknya mereka lebih tergoda dan mempercayai cerita atas angin yang dibentangkan di lembaran wassap, facebook dan media maya. 

2. DAP kelihatan sangat-sangat marah. Amat malang pula beberapa kerat individu Islam turut sama membalun Mufti Pahang secara membabi buta, semberono dan mentafsir sendiri bacaan portal atas angin, FB dan wassap sahaja. Saya yakin Mufti Perlis pun tidak pernah menemui Mufti Pahang untuk mendapatkan penjelasannya. Maka kelihatan buruklah Islam itu kerana Mufti sesama Mufti dilihat saling bercakaran. Musuh-musuh sebenar Islam pun bertepuk-tanganlah.

2. Saya menggunakan pendekatan lain. Saya berjumpa sendiri dengan Mufti Pahang dan mendengar sendiri dari mulut beliau. Berikut catatan saya seterusnya.

3. Selepas mendengar penerangan Mufti Pahang, saya mendapati tidak ada asas untuk mendakwa beliau dalam Akta Hasutan. Sebaliknya, bagi saya mereka yang mengapi-apikan, mereka yang menambah-nambah cili padi dalam kenyataan itu yang perlu dikenakan Akta Hasutan.  Mufti Pahang tidak pun menujukan kenyataan itu kepada DAP dan kita semua sangat pelik mengapa DAP kelihatan kepanasan dan sangat takut ?

4. Mufti Pahang tidak pernah menyebut menyeru umat Islam mengangkat senjata supaya memerangi bukan Islam yang menentang Islam. Perbuatan sesetengah pihak memberi gambaran Mufti Pahang sebagai pengganas adalah sangat tidak bertanggungjawab. Mereka inilah yang sepatutnya dikenakan Akta Hasutan kerana mengapi-apikan rakyat Malaysia dan mengganggu-gugat kestabilan negara.

5. DAP dan mereka yang sewaktu dengannyalah yang patut diperbetulkan. Kenapa reaction DAP berlebih-lebihan? Adakah untuk melarikan isu rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang yang sedang dibicarakan? Sebenarnya, saranan Mufti Pahang adalah untuk kebaikan umat Islam. DAP tidak sepatutnya mencampuri urusan agama Islam sebagaimana jua Mufti-Mufti tidak pernah mencampuri urusan agama lain.

6. Contohnya, pindaaan enakmen Mahkamah Syariah yang dibacakan oleh DS TG Hj. Hadi Awang adalah untuk orang Islam dan bukannya untuk mereka yang Bukan Islam. Kenapa DAP khususnya gundah gulana?. Jika undang-undang mengenai salahlaku mencuri, merompak, menipu dan sebagainya dikuatkuasakan, yang untungnya semua orang termasuklah peniaga Bukan Islam. Bukankah itu satu kebaikan? Undang-Undang Islam memberi kebaikan kepada semua pihak termasuklah yang bukan Islam turut menikmatinya.

7. Islam mengajar umatnya untuk tidak memerangi mana-mana pihak melainkan Islam itu diperangi maka wajib bagi umat Islam mempertahankannya. Perbuatan memusuhi Islam tidak hanya dalam bentuk ancaman fizikal dan persenjataan semata-mata tetapi juga dalam bentuk ideologi, politik dan sosio-ekonomi. Justeru, perbuatan memusuhi Islam dan menyokong kumpulan yang memusuhi Islam wajib ditentang dengan penuh hikmah dan bijajksana.


8. Perangi itu bukannya bermaksud perang mengangkat senjata. Perangi yang dimaksudkan ialah dengan tidak menyokong sesiapa yang menentang ajaran Islam. Maknanya sesiapa sahaja yang bukan Islam yang tergolong di dalam kafir harbi (kerana dia menentang syariat Islam) maka umat Islam tidak boleh menyokongnya terutama apabila sangat-sangat nyata dia menentang Islam. Perangi juga boleh dalam erti kata jihad membantu ekonomi umat Islam. Maka perangi itu bukanlah bermakna mengangkat senjata. 


MAJLIS PROFESOR NEGARA: JIKA ESOK PILIHANRAYA BN AKAN MENANG BESAR, RAKYAT SARAWAK TIDAK AKAN MINTA KELUAR MALAYSIA

on Saturday, June 25

"Perbincangan Meja Bulat Transformasi Pengundi Malaysia Menjelang PRU14", pada 23 Jun, 2016 di Putrajaya.

1. Profesor Datuk Dr. Raduan Che Ros di akhir persidangan meja bulat ini memberi kesimpulan tuntas, "Jika Esok PRU-14, UMNO dan BN Akan menang besar".

2. Menurut beliau lagi, kemenangan besar BN di Sarawak dan UMNO di PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar memberi nafas baru dan penemuan cara baru kepada BN. Menurut beliau lagi, BN boleh bermimpi untuk mendapat majoriti 2/3 dgn syarat BN hendaklah memainkan cara berpolitik seperti sekarang iaitu "memahami keperluan rakyat".

3. Tambahnya lagi, BN hendaklah menjadi Juara Rakyat sepertimana BN lakukan sekarang, majoriti 2/3 itu boleh diperolehi termasuk pengundi atas pagar, pengundi Cina dengan syarat BN dapat memenuhi keperluan rakyat.

4. Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin pula berkata, jika ahli-ahli politik terlampau banyak politiking rakyat akan muak sebagaimana berlaku kepada Pakatan pembangkang yang terlampau berpolitik segala hal akhirnya rakyat muak dengan mereka.

5. Walaupun BN menang di Sarawak dan PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar, tetapi isu-isu 1MDB dan GST akan terus dimainkan oleh pembangkang, maka BN tidak boleh menggunakan keputusan PRK dan PRN sebagai penanda aras konon isu-isu telah selesai.

7. Tambah Profesor Ulung lagi, Track record 5 tahun seseorang Wakil Rakyat di kawasannya akan menjadi penentu seseorang calon di kawasan itu untuk menang.

8. Kemenangan BN di Sarawak disebabkan kelemahan pakatan pembangkang, dan rakyat Sarawak telah mendapat apa yang mereka inginkan melalui desakan-desakan ke atas Kerajaan Persekutuan.

Menurut Prof Jayum, tuntutan itu sebenarnya bukan baharu ianya sudah disebut sejak 1963 lagi seperti tuntutan melantik orang-orang Sarawak yang berkelayakan di kedudukan penting seperti Ketua Setiausaha (KSU), Timbalan KSU, Ketua-Ketua Jabatan, Vice Canselor dan sebagainya.

9. Menurut Prof Jayum lagi, rakyat Sarawak tidak akan meminta untuk keluar dari Malaysia tetapi apa yg berlaku sebenarnya seumpama anak-anak yang meminta perhatian daripada bapanya.

Nota:
1. Profesor Datuk Dr.Raduan Che Ros, Ketua Pegawai Eksekutif MPN
2. Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Bahruddin, Timbalan Pengerusi MPN
3. Profesor Dr Jayum Jawan, Timbalan Ketua Kluster Politik,Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, MPN

RAFIZI PUNCA UTAMA PAKATAN HARAPAN KALAH TEROK

on Monday, June 20

Tujuh hari sebelum berlangsungnya PRK di Sg. Besar dan Kuala Kangsar, saya telah menulis 7 Sebab BN Akan Menang Besar di sini. Nampaknya semua ramalan saya itu benar belaka. Pada kali ini, saya akan memberikan 7 lagi sebab kenapa Pakatan Harapan tewas terok.

1. Peranan Rafizi Ramli 
Kesilapan besar Rafizi Ramli ialah dia mengandaikan semua rakyat Malaysia bodoh belaka dan boleh menerima fitnah-fitnah yang dilemparkannya. Contohnya, Rafizi membangkitkan isu DS Rosmah katanya menyewa jet bernilai jutaan ringgit. Anda boleh membaca tuduhan dalam blog Rafizi ternyata tuduhan-tuduhan itu adalah fitnah politik. 

Fakta-fakta yang dipungut oleh Rafizi adalah daripada sumber-sumber sekunder dan sumber ketiga, hear say dan info daripada laman penerbangan umum yang tidak boleh diterimapakai di dalam perundangan. Maklumat di dalam laman media sosial yang bersifat umum tidak boleh diterima kerana pergerakan rasmi adalah bergantung juga kepada faktor keselamatan dan faktor-faktor lain.

Gambar dan video dari sumber wassap, youtube, dan sekunder tidak boleh diterimapakai sebagai betul contohnya tuduhan caption semua beg itu kononnya beg DS Rosmah kerana rakyat pun berfikir sudah tentu beg kakitangan lain jua. Rakyat yang berfikir pun tahu, tak kanlah beg pakaian Rosmah 10 beg! Maka janganlah memberi gambaran sedemikian rupa.

Sedangkan jika kita pergi melancong ke luar negara, kita sendiri membawa berbelas beg milik isteri dan anak-anak serta ahli keluarga yang lain.

Kita faham, harapan Rafizi ialah semoga tuduhan-tuduhannya itu akan mempengaruhi pengundi-pengundi di Sg. Besar dan Kuala Kangsar supaya tidak mengundi calon Barisan Nasional. Malangnya, harapan Rafizi itu dijawab dengan pukulan TKO apabila pengundi-pengundi memberikan majoriti luar biasa di Sg. Besar (majoriti 6,969) dan Kuala Kangsar (majoriti 9,191)

Angka majoriti yang luar biasa ini menutup terus mulut Rafizi daripada terus menyerang Perdana Menteri dan isteri. Angka itu adalah suara rakyat dan benchmark. Jika PKR dan Rafizi peka, dia patut meletak jawatan ataupun PKR memecatnya dan menukar dengan orang lain yang lebih sederhana seperti Tan Sri Annuar Musa!

Saya berpendapat, jika Rafizi banyak berdiam diri, Pakatan Harapan akan memperolehi undi dan sokongan yang lebih besar berbanding sekarang. Parti PKR perlu memikirkan kaedah lain iaitu mendiamkan pemimpin-pemimpin mereka yang celupar dan suka menunjuk-nunjuk kononnya dialah yang terbaik. 

UMNO dan BN telah melakukan kaedah ini dan nampaknya ianya membuahkan hasil di luar dugaan.

2. Kesilapan Tun Dr. Mahathir 
Kesilapan Tun M bekerjasama dengan DAP. Orang-orang Melayu di dalam UMNO dan PAS, termasuk yang tidak berparti tidak boleh menerima sebarang kerjasama dengan DAP kerana mereka mengetahui matlamat Malaysian Malaysia yang akan merugikan hak istimewa orang-orang Melayu dan Islam. Rakyat amat menghormati Tun M sebagai Negarawan, namun rakyat tidak dapat menerima kerjasama politik Tun M dengan DAP. Itulah keadaannya.

3. Rakyat Semakin Bijak
Rakyat tidak lagi boleh menerima cara pembangkang menghasut rakyat dengan kempen memburuk-burukkan peribadi Perdana Menteri dan isterinya. Sebaliknya, rakyat telah melihat kesungguhan dan keikhlasan Perdana Menteri bekerja menjayakan satu demi satu usaha ekonomi untuk kebaikan rakyat pada masa hadapan. Berbeza dengan pembangkang yang lebih banyak bercakap daripada membuat kerja. 

4. Mindset Orang Ramai Parti PAN Proksi DAP
Parti PAN bukanlah jawapan kepada parti PAS. Kepimpinan TG Hj Hadi Awang dengan Mohamad Sabu dilihat bagaikan langit dengan bumi. Selagi PKR dan DAP bergantung harap kepada PAN selagi itu mereka akan terus merosot. Orang Melayu melihat PAN adalah proksi DAP. Mengundi PAN samalah mengundi DAP. Maka orang Melayu dan Islam, majoriti akan menolak PAN. Ianya dibuktikan dalam PRK Sg. Besar, Kuala Kangsar dan Pilihanraya Negeri Sarawak. Walaupun bendera PAN lebih banyak di Sg. Besar dan Kuala Kangsar tetapi undi mereka masih gagal mengatasi undi PAS walaupun PAS berseorangan.

5. Rakyat Semakin Yakin Dengan Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri
Kejayaan jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan merealisasikan program-program Kerajaan untuk rakyat seperti UTC, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1malaysia (KR1M), projek MRT Kuala Lumpur-Ipoh, Projek Lebuhraya Tanpa TOL PAN Borneo dan sebaginya dilihat oleh rakyat sebagai kerja yang bersungguh-sungguh berbanding kritikan Rafizi yang tidak henti-henti. Rakyat pun bertanya apa Rafizi buat di Parlimen Pandan ?

Kemampuan Kerajaan Persekutuan memberikan Bantuan RM500.00 untuk sambutan Hari Raya baru-baru ini memberi petunjuk pengurusan ekonomi negara oleh Perdana Menteri dan Kerajaan bergerak tepat. Menjelang Bajet 2017 pada buolan Oktober nanti, kerajaan pasti tidak mensia-siakan jua pemberian Bonus kepada kakitangan awam. Rakyat bertambah yakin.

Kemampuan Perdana Menteri semakin meyakinkan apabila Perdana Menteri meluluskan Kenaikan Gaji baharu kakitangan awam pada bulan Julai ini. Itu tidak termasuk kenaikan tahunan yang diterima pada bulan April baru-baru ini. 

6. Hubungan Baik UMNO dan PAS
Hubungan akrab PAS-UMNO sangat menggembirakan orang-orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Pengundi di atas pagar telah memberikan kemenangan kepada UMNO kerana kedua-dua kerusi tersebut adalah kerusi yang dimenangi oleh UMNO. Jika di DUN Chempaka Kelantan, pengundi-pengundi UMNO memberi undi kepada calon PAS, kali ini mereka memberi undi kepada UMNO pula. Ada timbalbalas kerjasama yang cantik di situ. Nampak macam ada secret policy atau gentlemen agreement tetapi boleh dibaca oleh pengundi.

7. Tsunami Cina Sudah Berakhir
Zaman 'tsunami Cina' sudah berakhir. Zaman rakyat mempercayai segala tuduhan pembangkang sudah berakhir, sebaliknya rakyat telah menilai sendiri dan membuat keputusan yang bijak berdasarkan apa yang mereka lihat, apa yang mereka nikmati. Bukannya apa yang pembangkang fitnah. Zaman telah berubah, rakyat kembali memberi sokongan kepada Kerajaan dan Perdana Menteri.

Kesimpulan, jika Rafizi meletak jawatan atau berdiam diri, saya yakin Pakatan Harapan akan kembali dihormati oleh rakyat biasa. Sebaliknya, jika Rafizi terus dengan metodologi menanam kebencian dan menanam fitnah, rakyat akan menjauhi Pakatan Harapan. Tetapi ia baik kepada UMNO dan BN. Maka kekalkanlah Rafizi.



7 SEBAB BN AKAN MENANG DI SG BESAR DAN KUALA KANGSAR

on Wednesday, June 8

ULASAN AWAL - Seluruh negara pasti masih belum lupa kemenangan besar BN di Sarawak bulan lalu. Namun begitu, nafsu pembangkang khususnya DAP dan PKR untuk memenangi Pilihanraya Negeri Sarawak sebenarnya sudah digerakkan selepas PRU13 pada tahun 2013 lagi. Apabila DAP menang banyak kerusi di seluruh negara ketika itu, DAP sudah lupa diri dan DAP amat yakin untuk menambah lebih banyak kerusi di Sarawak. Malangnya mereka mendapat malu besar.

Di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, saya meramalkan BN akan menang besar kerana sebab-sebab yang berikut:-

1. Barisan Pembangkang berpecah-belah, serabut dan tidak meyakinkan. Rakyat melihat barisan pembangkang caca-merba. Parti yang caca-merba tidak boleh diharap untuk membantu rakyat. Pakatan Harapan yang diwakili DAP, PKR dan Amanah adalah gabungan yang sangat lemah. 

Di peringkat Kerajaan Negeri Selangor pula, ianya adalah campuran parti DAP, PKR dan PAS, manakala Amanah adalah anak tiri dalam kerajaan negeri Selangor. Rakyat pun bertanya, Menteri Besar Selangor hendak sokong calon yang mana satu? PAS atau Amanah? Jentera Kerajaan Negeri Selangor akan bantu calon PAS atau calon Amanah? Rakyat pening dengan hal-hal seperti ini.

2. Deklarasi Rakyat tenggelam di dalam kedua-dua PRK ini. Tiada gerakan dan tiada momentum. Hangat-hangat tahi ayam. Isu pungutan suara yang dikatakan palsu secara online masih tidak terjawab. Maka, gerakan ini tidak memberi apa-apa kesan di kedua-dua PRK tersebut. Tiada persembahan deklarasi rakyat kepada DYMM SPB Yang DiPertuan Agong pun sebagaimana diwar-warkan.

3. Semasa PRU13, undi calon PAS agak tinggi. Namun begitu, selepas PAS berpecah kepada Amanah, undi yang dimiliki oleh calon PAS semasa PRU13 pasti menurun. Dua minggu lalu seorang pemimpin PAS berkata di sini, mereka kehilangan kira-kira 200,000 ahli PAS yang beralih kepada parti Amanah. Dari segi matematik, sudah pasti undi PAS juga akan kehilangan dan merosot di PRK Sg. Besar dan Kuala Kangsar. Manakala, saya melihat jumlah undi calon BN akan meningkat.

4. Kedua-dua kerusi tersebut adalah kerusi majoriti orang Melayu, bukannya kawasan DAP. Orang-orang Melayu sama ada dalam UMNO, PAS dan atas pagar sangat alergik dengan nama DAP. Ianya disebabkan dasar DAP dilihat anti Islam dan anti Melayu sejak sekian lama. DAP adalah parti Malaysian Malaysia yang pro-Cina. Oleh itu, tindakan Amanah bersekongkol dengan DAP merugikan calon parti Amanah.

5. Parti Amanah adalah parti baharu dan tidak meyakinkan. Ilmu agama dan ilmu kepimpinan Presiden parti Amanah jika dibandingkan dengan Presiden parti PAS bagaikan langit dengan bumi. Presiden PAS adalah Naib Presiden Majlis Ulama Sedunia. Manakala Presiden Amanah disebut secara lelucon sebagai pakar membaling 'mikrofon'. Sebagaimana teroknya keputusan calon-calon parti Amanah di Sarawak, begitu jugalah yang akan menimpa calon-calon parti Amanah di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

6. Faktor simpati. Orang-orang Melayu akan memberi undi simpati kepada calon-calon BN di atas malapetaka yang menimpa bekas wakil rakyat mereka di Sg. Besar dan Kuala Kangsar. Itu adalah tipikal dan lumrah dalam kehidupan orang Melayu sejak sekian lama.

7. Kebobrokan dalaman parti PKR telah menghakis kepercayaan rakyat kepada parti itu. Kemarahan dan sindiran DS Anwar Ibrahim dalam surat terbukanya ini sangat menghiris hati. Pendedahan Rafizi Ramli di sini berlakunya rasuah khususnya rasuah perempuan dalam kerajaan Selangor juga membangkit kemarahan rakyat. Malah pergaduhan yang semakin meleret-leret di antara Kem Azmin Ali vs Kem DS Wan Azizah tidak lagi boleh disembunyikan. Malahan pergaduhan dalam aplikasi WhatsApp di antara Rafizi Ramli vs Latheefa Koya di sini sangat jelek di mata rakyat.

Kesimpulan awal saya ialah, BN akan menang di dalam kedua-dua PRK tersebut. Namun begitu, jentera BN perlu lebih bekerja keras, kerana bukan kemenangan biasa yang perlu ditunjukkan di situ sebaliknya BN perlu menunjukkan kemenangan luar biasa. Kemenangan luar biasa ialah kemenangan dengan majoriti besar.

6.02pagi
2 Jun 2016.
KLIA.

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan