REKONSILIASI KEDUA ANWAR-NAJIB

on Sunday, July 17

Gambar Kenangan (2013) Bersama Negarawan Indonesia Yang Berjiwa Besar

SARJANA MELAYU DI AMERIKA SYARIKAT CADANG REKONSILIASI KEDUA ANWAR-NAJIB

Nampaknya usaha menjatuhkan DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia memasuki episod terbaharu dengan penubuhan parti baharu yang digerakkan oleh mantan PM Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Walaupun DS Anwar Ibrahim meminta pemimpin-pemimpin PKR supaya berhati-hati, namun segelintir daripada mereka alpa dengan apa yang dialami Anwar pada tahun 1998. Anwar terpaksa menulis surat panjang lebar ini. Anwar sangat-sangat kecewa.

Manakala, DAP dan PAN menyokong gerakan Tun M dengan harapan mereka akan mendapat kredit dan keuntungan daripada nama besar Tun M. Namun begitu, mereka sekali lagi terkejut kerana Pakatan Harapan kalah terok di Sarawak. Malah kedua-dua calon Pakatan Harapan kalah terok di PRK Sg. Besar dan Kuala Kangsar. Sebalikya majoriti calon BN melonjak kepada 6,000 dan 9,000 lebih. 

Terkini, Tun M dikhabarkan akan menubuhkan sebuah parti baharu. Ulasan terawal dari DSP Pairin Kitingan di sini perlu anda baca semula. 

Semalam saya menerima beberapa teks daripada seorang sarjana Melayu di sebuah universiti terbaik di Amerika Syarikat. Katanya, "Anda terlibat sepenuhya dalam rekonsiliasi pertama dahulu (2013). Kami di sini mahu anda melakukan sesuatu untuk menyelamatkan keadaan. Kami mahu anda tahu bahawa di dalam PKR, terdapat ramai kelompok yang berbeza-beza, samalah juga keadaannya di dalam PAS dan UMNO. Kami mahu anda sedar, golongan Islam-Nasionalis dalam PKR menyedari keadaan yang berlaku dalam UMNO dan kerajaan. Mereka mahu membantu !".

Kedua, katanya "usaha Tun M menjatuhkan Najib tidak akan berhenti sehingga Najib meletak jawatan. Seorang doktor perubatan tidak akan berhenti melakukan prosedur sehingga menemui prosedur yang terbaik, sama ada akhirnya risiko patient itu hidup atau mati".

Sambungnya lagi, "anda mesti sambung semula rekonsiliasi kedua".

Berbalik kepada Rekonsiliasi kedua Anwar-Najib. Jika Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan segelintir pemimpin PKR yang alpa itu mahu menyertai Tun M menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri, apakah Anwar dan keluarganya, kumpulan Islam-Nasionalis dalam PKR dan kumpulan Pro-Reformasi 1998 tidak boleh bekerjasama dengan Najib? Bukankah Najib, Anwar dan Zahid tidak ada masalah? Jika rekonsiliasi pertama dahulu berjaya, Nurul Izzah dan beberapa wakil rakyat PKR sudah pun menjadi menteri penuh dan menjadi sebahagian daripada anggota kabinet.

Saya telah dimarahi oleh pemimpin di Jakarta, "kita hampir berjaya tetapi anda telah menggagalkannya". Mungkin saya perlu menerangkan lebih lanjut mengapa ianya akhirnya menemui kegagalan. Namun pertemuan saya dengan DS Najib di sini akan disusuli di Malaysia.

Bagaimana pandangan anda? Bagi saya, kemaslahatan negara, keamanan dan keharmonian lebih utama. Dalam kita disajikan dengan kemelut politik orang yang sama, orang-orang itu juga, mereka-mereka juga, kita sebagai rakyat hendak ke mana? Mempertahankan kerajaan, negara atau individu?

Selamat berfikir !

Bersambung, pertemuan dengan pemimpin utama PKR.

DAP AKAN KALAH TEROK PRU14 JIKA LIM GUAN ENG TAK LETAK JAWATAN, SEBALIKNYA DAP AKAN TERUS MEMERINTAH JIKA LGE LETAK JAWATAN

on Saturday, July 2

Lim Guan Eng bukan sahaja Setiausaha Agung DAP yang diwarisi daripada bapanya Lim Kit Siang. Cara DAP ialah jawatan itu adalah jawatan warisan, tidak mungkin diberikan kepada orang lain melainkan keturunan Lim Kit Siang sahaja. Mereka sangat malu untuk berkata itu kronisme.

Begitu juga jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang. Sebagai Setiausaha Agung DAP, jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang tidak akan diberikan kepada Pengerusi DAP Pulau Pinang walaupun dia lebih berhak. 

Jika ianya berlaku di dalam UMNO dan PAS, mereka sebut amalan kroni, jika berlaku dalam DAP mereka malu-malu kucing.

Dari segi akademik, persenyawaan politik dan kerajaan boleh berlaku. Dari segi moral ianya tidak sepatutnya berlaku.

Selepas Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri, dia memperkenalkan slogan CAT (Cekap, Akauntabiliti, Teguh) dan dirinya diandaikan konon laksana Khalifah Umar Abdul Aziz. Mantan MB Kelantan, TG Nik Aziz pun tidak diberi gelaran Khalifah Umar Abdul Aziz atau mana-mana Khalifah Islam yang unggul. Kini slogan CAT sudah menjadi bahan ketawa orang ramai.

Sekarang, Lim Guan Eng akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi kerana amalan rasuah yang diyakini benar-benar berlaku oleh Jabatan Peguam Negara. Pihak SPRM telah menjalankan berbulan-bulan siasatan sehingga Jabatan Peguam Negara yakin benar-benar ada bukti, barulah dakwaan dilakukan. 

Walaupun sebelum ini, ramai pihak mendesak Jabatan Peguam Negara mendakwa lebih awal, tetapi Jabatan Peguam Negara bersikap profesional dengan meminta SPRM menjalankan siasatan demi siasatan sehingga benar-benar ada bukti sahih, barulah Jabatan Peguam Negara melakukan pendakwaan.

Bukan setakat Lim Guan Eng, malah ramai pemimpin politik telah kena antaranya Dr Khir Toyo, TS Mohamad Taib, DSP Pairin Kitingan dan sebagainya. Ketiga-tiga mereka telah meletak jawatan kerana isu rasuah. 

Lim Guan Eng sepatutnya berkorban, dengan cara meletak jawatan untuk menjaga nama baik DAP.

Lim Guan Eng jangan membiarkan Tsunami Cina melanggar mereka sebagaimana pengundi Cina di DUN Sekinchan dalam PRK Sg Besar telah menolak DAP baru-baru ini. Itu adalah satu clue bahawa masyarakat Cina semakin persoal kejujuran pemimpin-pemimpin DAP.

Akan ada dua kesan jka Lim Guan Eng tidak meletak jawatan. Pertama, DAP akan dilanda Tsunami Cina kerana masyarakat Cina khususnya intelektual Cina, generasi muda Cina dan pengundi Cina atas pagar akan menolak DAP dalam PRU14 kelak.

Sebaliknya, jika Lim Guan Eng meletak jawatan, DAP akan kembali menerima respectable daripada kelompok masyarakat Cina tadi. Jika Lim Guan Eng menyayangi DAP, dia akan meletak jawatan. Jika Lim Guan Eng menyayangi jawatan Ketua Menteri, dia tidak akan meletak jawatan.

Jika Lim Guan Eng tidak meletak jawatan, ianya satu advantage politik kepada UMNO, Gerakan dan BN di Pulau Pinang. Langkah Perdana Menteri melantik Presiden Gerakan sebagai Menteri Penuh baru-baru ini satu petanda momentum Gerakan yang kembali diberi perhatian oleh masyarakat Cina.

Terpulang kepada Lim Guan Eng !



Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan