BAGAIMANA ORANG MINTA PROJEK MELALUI DS ROSMAH

on Wednesday, October 26

Jika kita mendengar suara-suara di luar, terdapat pandangan mengatakan jika mahu mendapat projek besar mintalah melalui DS Rosmah, isteri YAB Perdana Menteri. Kononnya senang untuk mendapat kelulusan.

Namun begitu, anda barangkali terkejut apabila saya memberitahu bahawa DS Rosmah Mansur tidak pernah melayan, menandatangani atau melibatkan diri dengan mana-mana permohonan projek-projek kerajaan.

Saya berhubung dengan Datuk Rizal Mansur, sebenarnya anda silap jika berfikiran anda akan mudah mendapat projek besar jika melalui DS Rosmah. Itu bukan kerja DS Rosmah. Sebagai isteri Perdana Menteri, peranan beliau hanyalah lebih kepada kerja-kerja kebajikan. 

Bezanya, DS Rosmah mempunyai idea menarik melalui program PERMATA. Terdapat ramai pengusaha-pengusaha Tadika yang berdaftar turut menerima bantuan kewangan daripada PERMATA. Malahan, anda juga patut melawat USIM untuk melihat sumbangan (PERMATA Insan) dalam memartabatkan pendidikan Islam.

Semasa saya di USA, anak perempuan DS Rosmah juga turut masuk kelas dan belajar ekonomi di salah sebuah sekolah ekonomi di bandar lama Philly. Malah, apabila cuti anaknya balik ke Malaysia dan membantu program-program PERMATA seperti pembelajaran bahasa Inggeris. 

Saya dapati DS Rosmah mempunyai sifat yang penyayang bukan sahaja kepada anak-anak, malahan beliau turut menyokong supaya DS Anwar Ibrahim mendapat layanan yang sepatutnya di dalam penjara. Baca ulangan anda di sini

Saya bersetuju dengan Rizal Mansur di sini, mengapa anda menyerang DS Rosmah, beliau bukan ahli parlimen? 

Agak pelik, setiap tahun kem pembangkang tidak mahu kalah membentangkan Bajet Alternatif mereka, malangnya setiap tahun selepas pembentangan mereka, tidak ada satu pun pakar-pakar ekonomi mahupun rakyat biasa yang mengulas bajet mereka. Ianya bagaikan masuk telinga kiri keluar telinga kanan, tiada siapa minat membacanya. Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang pun tidak minat untuk hinglight apa-apa dalam bajet pembangkang. 




RAFIZI MENJADI BAIK SELEPAS MENDENGAR NASIHAT ANWAR

on Saturday, October 22

BAJET 2017 telah dibentangkan semalam, namun beberapa jangkaan dan harapan pihak pembangkang tidak menjadi kenyataan. Selama sebulan mereka memomokkan dan memberi gambaran kepada rakyat kononnya Kerajaan akan gagal membentangkan belanjawan negara. Berikut adalah beberapa kekecewaan pembangkang.

1. Pembangkang Kecewa GST Tidak Naik 
Awal tahun lalu mereka berkata GST akan naik 10% di sini. Seminggu dua ini mereka juga sangat berharap GST akan naik 2%. Tujuan mereka mudah dibaca, supaya rakyat akan marah dan memberi sokongan kepada mereka. 

Namun, mereka sangat terkejut apabila Kerajaan mengecualikan GST kepada OKU. Saya percaya, pada masa hadapan Kerajaan akan berupaya mengubahsuai GST kepada lebih fleksible sebagaimana amalan di Amerika Syarikat. Saya yakin Kerajaan akan mengekalkan GST yang lebih rendah berbanding negara-negara ASEAN. Mereka lupa, baik PKR atau DAP mereka sendiri tidak mahu GST dihapuskan. 

2. Pembangkang Kecewa Kakitangan Awam dapat bantuan kewangan
Pembangkang juga memberi bayangan kepada kakitangan awam kononnya tahun ini tiada bantuan kewangan diberikan kerana masalah ekonomi global yang memberi kesan kepada kerajaan di seluruh dunia. 

Malangnya, Kerajaan Malaysia masih mampu memberikan bantuan kewangan RM500 kepada hampir 1.6 juta kakitangan awam dan RM250 kepada lebih 1 juta pencenis.

3. Kenaikan BR1M mengejutkan pembangkang
Dengan keadaan ekonomi global merudum, harga minyak di bawah USD50 setong, Kerajaan yang banyak diberi bantuan oleh PETRONAS diuar-uarkan oleh pembangkang kononnya bakal menghapuskan BR1M. Namun, Kerajaan menambah BR1M daripada RM1050 kepada RM1200 melibatkan 7 juta penerima BR1M. Tujuan BR1M, supaya bantuan ini sampai ke tangan rakyat bawahan yang memerlukan tanpa mengira fahaman parti politik. 

Begitu juga elaun-elaun Imam, Siak, Bilal, JKKK semuanya dinaikkan. Pembangkang pening bagaimana kerajaan boleh melakukannya.

4. Bajet Alternatif
Sehari sebelum Bajet 2017, seperti tahun-tahun sebelumnya, pembangkang mencetak semula dan recycle bajet alternatif mereka hampir serupa seperti tahun- tahun sebelumnya. Hanya berubah sedikit sahaja untuk membezakan Bajet Alternatif 2016 dan 2017.

Nampaknya Rafizi mendengar baik nasihat DS Anwar Ibrahim supaya kurangkan bercakap dan kurangkan menulis perkara yang tidak benar. Itu lebih baik kepadanya dan kepada PKR.


Selamat Berhari Minggu.
Airport Tawau, Sabah.

KESILAPAN SEJARAH: PAIRIN DAN JEFREY JADI MANGSA KEADAAN

on Wednesday, October 19

1. Pada tahun 1990an dahulu, DSP Pairin Kitingan dan adiknya Datuk Dr. Jefrey Kitingan antara yang ditahan di bawah ISA kerana antaranya memperjuangkan sentimen Sabah for Sabahan

2. Saya perhatikan berlaku kesilapan besar dalam sejarah itu. Dalam sebuah buku yang saya baca, sebenarnya keputusan Pairin keluar dari BN di hari-hari terakhir PRU ke-10 dahulu bukanlah keputusan peribadi Pairin, ianya adalah keputusan parti. Jika tidak silap saya, dalam buku itu menyebut Pairin pada mulanya tidak bersetuju dengan keputusan itu, tetapi sebagai Presiden parti terpaksa akur dengan ketetapan MT PBS pada malam yang penuh tragis itu.

3. Sebab itu pada tahun 2002, Pairin mengunjungi Tun Dr. Mahathir di pejabat Perdana Menteri dan selepas itu Pairin berjaya membawa semula PBS menyertai BN.

4. Manakala penangkapan Jefrey, ketika itu sebagai Pengarah Yayasan Sabah dan Pengarah Institute Development of Sabah (IDS), juga berkait dengan sentimen Sabah For Sabahan. Ianya kemudian diapi-apikan dengan propaganda lain kononnya mereka mahu membawa Sabah keluar dari Malaysia.

5. Dengan semua alasan itu, Pairin ditahan dan Jefrey telah ditangkap di bawah ISA. Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir telah menangkap Jefrey dan ramai lagi di bawah undang-undang tanpa bicara ISA. 

6. Di bawah pentadbiran DS Najib, ISA dihapuskan. Seandainya ISA masih ada, apakah agaknya nasib mereka yang memainkan sentimen Sabah for Sabahan hari ini? 

6. Daripada sejarah di atas, saya percaya jika Tun Dr. Mahathir masih memerintah, mereka yang memainkan sentimen Sabah For Sabahan sudah pasti akan ditahan dan ditangkap di bawah ISA tanpa bicara.

7.  Dalam perhimpunan dan kempen politik oleh DS Shafie Apdal di seluruh Sabah sekarang, bendera Jalur Gemilang sudah tidak lagi dikibarkan seperti biasa. Shafie yang dahulu bukanlah Shafie yang ada sekarang. Namun, Shafie beruntung kerana ISA sudah dihapuskan.

8. Saya tidak percaya Pairin akan berpaling tadah lagi !

Selamat membaca.
Kota Kinabalu.

BEZA MUHYIDDIN DAN ANWAR

on Saturday, October 15

1. Semasa DS Anwar Ibrahim dipecat pada September, 1998 ribuan malah jutaan rakyat jelata berkumpul di rumahnya, di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Bukan satu hari, bukan satu minggu, bukan satu  bulan tetapi bertahun lamanya. Manakala, semasa TS Muhyiddin dilepaskan jawatannya, tidak sampai 100 orang berkumpul di rumahnya, itupun yang ramai hanya wartawan. 

2. Sebelum Anwar dipenjarakan pada tahun 1999, di setiap ceramahnya, lautan manusia berduyun-duyun, hujan dan panas. Mereka tidak ada ketakutan kepada pasukan keselamatan, begitu ghairah dan bersemangat mereka. Manakala, ketika Muhyiddin dilepaskan jawatannya, untuk mengumpul 1000 orang dalam satu majlis pun tidak terdaya. Nasib baiklah ada bantuan sikit daripada DAP, PAN dan PKR.

3. Semalam saya bertemu dengan seorang Johor, saya sangat terkejut apabila dia memberitahu saya Muhyiddin akan menghadapi masalah besar di Pagoh. Katanya, Muhyiddin bukan orang Pagoh sebaliknya Muhyiddin orang Muar. Kedua, Muhyiddin katanya tidak pernah menduduki jawatan Ketua Pemuda seperti DS Anwar, DS Hishammuddin dan YB Khairy Jamaluddin, maksudnya Muhyiddin tidak mempunyai pengikut hakiki sejak zaman Pemuda. Ketiga katanya, Muhyiddin tidak mempunyai penyokong yang besar. Keempat, amat mengejutkan apabila dia berkata kemunduran Pagoh sangat terserlah berbanding jiran-jiran parlimennya yang lain.

4. Semasa saya di Amerika Syarikat dua minggu lalu, seorang wartawan dari Kuala Lumpur berkata kepada saya. Muhyiddin bergaya 'lama' dan tidak mesra. Berbanding DS Zahid, katanya DS Zahid sangat mesra, menyapa dan mengingati/mengecam wartawan dan duduk sekali makan dan minum bersama wartawan.

5. Saya tidak berapa terkesan dengan cerita-cerita di atas, bolehlah menjadi lelucon, cuma saya ingin bertanya beberapa perkara.

Pertama, seorang bekas Timbalan Menteri yang menyeberang semula ke PKR berkata kononnya mereka akan melawan BN 1 vs 1. Isunya, parti mana yang hendak beri kerusi kepada Parti Pribumi? Kalau ada, sebanyak mana? Saya tidak percaya PAS akan menyerahkan kerusi-kerusinya kepada Pribumi ! Parti PAS adalah parti yang beristiqamah tinggi, tidak mereka akan menjual satu kerusi pun kepada Pribumi.

Kedua, parti PAN hendak bertanding di mana? Boleh kah PAN menyaingi PAS?

Ketiga, mahukah DAP, PAN dan PKR berketuakan Muhyiddin? Saya tidak percaya DAP, PAN dan PKR akan melupuskan keberketuaan mereka kepada DS Anwar Ibrahim. Mereka juga istiqamah, Perdana Menteri untuk Pakatan Harapan adalah DS Anwar Ibrahim, bukannya Muhyiddin mahupun Tun Dr. Mahathir.

Keempat, prinsip Tun Dr. Mahathir dan Parti Pribumi adalah untuk menjatuhkan DS Najib sahaja. Jika mereka berjaya menjatuhkan DS Najib, mereka mahu melantik orang dari parti Pribumi sebagai Perdana Menteri. Bukannya DS Anwar Ibrahim!

Dengan keadaan-keadaan yang cacamerba ini, saya bersetuju dengan Prof Datuk Dr. Mohd. Redzuan Othman (UNISEL) di sini, bahawa BN akan menang besar dalam PRU14 nanti.

Sebabnya satu sahaja, parti-parti pembangkang semakin cacamerba sejak kemasukan Parti Pribumi. 

Selamat Berhari Minggu.
Selamat Membaca.
KLIA.

KISAH SEBENAR MUHYIDDIN MENENTANG NAJIB, HANYA SHAFIE TERJEBAK

on Sunday, October 9

1. Ramai orang di luar sana tidak mengetahui kisah sebenar mengapa TS Muhyiddin menentang DS Najib, dan mengapa DS Shafie terjebak tersalah langkah.

2. Ianya bukan pun diisebabkan oleh syarikat kerajaan 1MDB ataupun derma RM2.6B. Syarikat 1MDB jika anda mendengar penerangan Arul Kanda, ianya sama sahaja dengan cerita bisnes biasa. Contohnya, anda bercita-cita besar dalam perniagaan, tetapi anda tiada modal, anda meminjam dengan bank dengan harapan melalui pinjaman itu anda akan dapat mencipta keuntungan, sama ada secara mikro atau makro, sama ada melalui pelan jangka pendek atau jangka panjang.

3. Anda kemudian melakukan kesilapan di pertengahan jalan. Sistem tidak akan mampu memperbaiki kesilapan anda, sebaliknya anda harus melawan sistem itu untuk menang kembali.

4. Begitulah juga 1MDB, kelemahan pengurusan yang lalu telah berlaku namun kita tidak boleh directly menghukumnya, biarkan pihak berkuasa SPRM dan PDRM menyiasatnya. Mereka masih menyiasatnya. Keadilan mesti diberikan kepada semua pihak.

5. Perkara seperti ini amat dimaklumi oleh Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz semasa mereka berada di dalam kabinet dan kerajaan sejak sekian lama. Mereka tahu kelemahan dan kekuatan Kerajaan.

6. Jadi, 1MDB mahupun 2.6B bukan sebab utama Muhyiddin menyerang Najib. Sehingga hari-hari terakhir Muhyiddin masih mahu menjadi TPM dan TImbalan Presiden UMNO. Muhyiddin berusaha menyelamatkan jawatan-jawatannya.

HANYA SHAFIE TERJEBAK
7. Namun begitu, desakan orang lain menyebabkan peluang-peluang yang diberikan oleh Najib kepada Muhyiddin sudah melampau batas. Ia tidak bagus untuk UMNO dan kerajaan. Najib melakukan keputusan yang tepat dalam politik dan kerajaan. Kemenangan PRK Sg. Besar, Kuala Kangsar dan PRN Sarawak adalah mandat besar kepada Najib sebagai Perdana Menteri.

8. Perkara yang sama telah dilakukan jua oleh Tun Dr. Mahathir ke atas Tun Musa Hitam dan DS Anwar Ibrahim. Tidak ada perbezaan pun, hanya mekanisme berbeza.

9. Dalam hal ini, Muhyiddin tidak mendapat sokongan penuh. Hanya Shafie sahaja yang terjebak. Manakala Muhyiddin gagal mendapat sokongan DS Zahid, YB Khairy dan TS Shahrizat. Malahan, Muhyiddin tidak berani membuka mulut kepada DS Hishammuddin.

10. Oleh yang demikian, rakyat Malaysia harus faham dan sudah matang, bahawa pertelagahan ini hanyalah kerana keinginan seseorang untuk menjadi Perdana Menteri melalui jalan singkat. Itu bukan cara demokrasi dan cara itu sentiasa gagal di Malaysia.

11. Tuduhan-tuduhan yang dituduh ke atas Najib serupa sahaja dengan fitnah-fitnah yang difitnahkan ke atas Tun Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri. 

12. Di Malaysia, sesiapa sahaja akan diperlakukan serupa itu melainkan Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng menjadi Perdana Menteri.

Selamat Berhujung Minggu.
Selamat Membaca.

Doha, Qatar.



DS ROSMAH BANTU ANWAR

on Sunday, October 2

1. Hari ini rakyat Malaysia menyaksikan banyak perubahan besar dalam politik nasional. Penubuhan parti baharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia menambah lagi jumlah parti-parti pembangkang. 

2. Sejak sekian lama, hanya DAP dan PAS sahaja yang konsisten dan mendominasi, kemudian barulah muncul PKR dan PAN kedua-duanya pecahan dari UMNO dan PAS.

3. Kini, muncul pula Parti Pribumi Bersatu Malaysia juga pecahan dari UMNO. Pakatan pembangkang juga berubah-ubah daripada Pakatan Rakyat kepada Pakatan Harapan tanpa PAS, dan terbaharu pakatan PAS-AMANAH. Manakala, Parti Pribumi Bersatu Malaysia menyelit mencari keuntungan.


4. DSP Lajim Ukin seperti yang saya sering perkatakan kepada rakan-rakan saya bahawa dia akan meninggalkan PKR, hari ini Lajim meninggalkan PKR bersama 2 lagi iaitu Terrence Siambun (PKR) serta Junz Wong (DAP). Parti PKR hampir lumpuh di DUN Sabah.

5. Anwar dan PKR tidak pernah mahu belajar dari sejarah. Ini bukan pertama kali Lajim melakukannya. Sudah banyak kali.

6. Begitu jua, Anwar tidak pernah serik dan belajar dari sejarah bilamana terjebak dengan percaturan politik Tun Dr. Mahathir, orang yang memecatnya pada tahun 1998 dahulu. 

7. Politik baharu Malaysia hari ini sudah jadi cacamerba, prinsip perjuangan dijual beli. Jika dahulu DAP musuh utama, hari ini mereka bersatu dalam politik. PKR yang pemimpinnya dihina dina kembali mendekatkan diri kepada musuh utamanya, membiarkan aktivis reformasi mereka terpinga-pinga dan rasa terhina.

8. Anwar kini sedang melalui era penjara, namun Anwar tidak pernah patah semagat untuk bebas. Anwar berusaha menggunakan apa jua cara dan peluang yang ada. Namun, Anwar sering lupa, orang yang menghumbannya di dalam penjara dan memecatnya suatu masa dahulu, tidak mungkin orang yang sama akan membebaskannya dan memberikan semula jawatan lamanya.

9. Anwar salah pilih orang, salah pilih kawan. Jika benar hendak bebas, orang yang boleh membantunya bukan musuh politik lamanya, tetapi orang itu adalah DS Najib. Anwar sering lupa, DS Najib tidak pernah memusuhinya. Ramai orang di luar sana tidak mengetahui, bahawa DS Rosmah banyak membantu Anwar yang sedang melalui hukuman penjara. MB Selangor pasti tidak menafikannya. 

10. Mengapa bimbang DAP marah, sedangkan DAP tidak pernah peduli Anwar ketika DAP menjalin hubungan dengan musuh politiknya? Hari ini, Lajim meninggalkan Anwar tanpa peduli pun Anwar ! Sesungguhnya, Anwar tidak pernah belajar daripada sejarah.

11. Anwar patut menerima rekonsiliasi 2013, rakan-rakan politik Anwar di dalam PH semuanya berekonsiliasi dengan sesiapa sahaja yang mereka mahukan tanpa memperdulikan nasib Anwar! Maka, mengapa tidak Anwar? Bacaan ulangan anda di sini

Selamat membaca,

City of Columbus, USA.







Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan