KENALI LATARBELAKANG KENAPA ROHINGYA ASYIK BERMANDI DARAH

on Thursday, November 24

1. Ramai orang forward dalam group wassap kisah pelarian Rohingya kemudian menekan dan menyalahkan kerajaan Malaysia dan Indonesia kerana kurang membantu dan tidak memberi tekanan kepada Mynmar. 

2. Namun, tidak ramai tahu bahawa sejarah penderitaan, kekejaman dan kesengsaraan orang Rohingya bermula beratus-ratus tahun dahulu. Pembunuhan beramai-ramai oleh Raja Arakan ke atas Putera Suja Moghul dan seluruh keluarganya pada tahun 1661. Di sinilah bermulanya trend penghijrahan di rantau Arakan-Chittagong.

3. Kemudian, bapa saudara Suja membalas dendam dan berjaya menawan Chittagong. Wilayah Arakan juga ditawan menyebabkan Arakan kehilangan sumber pendapatan daripada perlanunan dan perhambaan.

4. Peperangan besar di antara pemerintah Mynamar dengan Kerajaan Arakan berlaku sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1044, 1406 dan 1784. Peperangan tahun 1784 paling sadis dimana tentera Mynmar melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas penduduk Arakan iaitu Orang Rohingya(Muslim), Chandra (Hindu) dan Orang Rakhine. Semua dimusnahkan termasuk masjid, kuil, perpustakaan di Raja dan tempat-tempat suci mereka.

5. Orang-orang Rohingya dan Rakhine terpaksa lari menyelamatkan diri ke Selatan Chittagong (ketika itu sudah menjadi jajahan Inggeris).

6. Apabila berlaku Perang Burma-British (1824), Burma tewas dan British membawa masuk semula orang-orang Rohingya, Rekhanie dan lain-lain kembali semula ke wilayah Arakan di Mynmar.

7. Pada tahun 1930-1938, penjajah British iktiraf Rohingya sebagai Org India-Muslim.

8. Pada tahun 1942, apabila Jepun menduduki Mynmar sekali lagi orang Rohingya diusir dan orang-orang Mynmar membalas dendam dengan membunuh lebih 100,000 orang Islam Rohingya (dikenali sebagai peristiwa Karbalai Arakan).

9. Pada tahun 1948 Mynmar mencapai kemerdekaan, Aung San cuba menyatupadukan rakyat Burma termasuk orang Rohingya, malangnya Aung San dibunuh.

10. Pada tahun 1960, Mahkamah Agung Burma memberi arahan untuk mengusir orang Rohingya dari wilayah Mynmar kembali semula ke Bangladesh (Chittagong).

11. Pada tahun 1978, United Nation (UN) memberi kad pengenalan NRC kepada orang Rohingya, malangnya pihak berkuasa Mynmar memusnahkan kad-kad itu dan menghalau mereka ke Chittagong semula tanpa kad NRC di tangan mereka. Maka status mereka kembali menjadi kabur.

12. Pada tahun 1982, kerajaan Mynmar membuat keputusan nenek moyang orang Mynmar yang menetap di Mynmar sebelum tahun 1826 adalah orang asing. Maka status orang Rohingya adalah orang asing di negara Mynmar.

13. Pada tahun 1990-92, sebanyak 268,000 orang Rohingya dihantar pulang ke Bangladesh. Mereka menetap semula di wilayah Chittagong Hill yang dikawal tentera Bangladesh. 

14. Hari ini, kerajaan Bangladesh tidak lagi mahu menerima Org Rohingya, kerajaan Burma pula mahu mengusir mereka keluar dari Arakan.

Kesimpulan
1. Sejarah penindasan dan pergolakan orang Rohingya berpunca daripada perebutan kuasa dan wilayah kerana isu-isu perebutan kuasa, kaum dan agama. Mereka adalah masyarakat yang tidak ada negara, tidak ada dokumen negara tetapi sejarah membuktikan mereka berasal dari wilayah Bangladesh yang melarikan diri ke Arakan, Burma akibat peperangan.

2. Negara-negara Islam seperti Malaysia dan Indonesia telah melakukan banyak usaha diplomatik, malah Perdana Menteri DS Najib telah membangkitkan isu ini di persidangan ASEAN dahulu.

3. Ianya masih tidak mencukupi, usaha ini perlu dibuat lagi melalui OIC, EU dan UN untuk menekan kerajaan Mynmar dan Bangladesh supaya menerima kehadiran orang Rohingya sama ada di Chittagong Hills atau di Arakan, Burma.

4. Bantuan kemanusiaan dari negara-negara lain termasuk Malaysia boleh digerakkan.

5. Nampaknya, selepas menang besar dan berkuasa, Aung San Suu Kyi mendiamkan diri. Barangkali Suu Kyi tidak mahu mengulangi kejadian yang menimpa ayahnya.


MALAYSIA HANTAR NOTA BANTAHAN KEPADA AUSTRALIA

on Sunday, November 20

1. KEGAGALAN BERSIH5 semalam sudah dijangka, kerana kesedaran rakyat semakin matang. Rakyat tidak lagi mahu diperbodohkan dengan slogan turun jalanan untuk menjatuhkan kerajaan demokratik.

2. Syabas kepada PDRM kerana tidak menggunakan penyembur pemedih mata sebagaimana digunakan kepada kumpulan Reformasi 1998. Tidak ada insiden mata lebam kepada Maria Chin, dan lain-lain yang ditahan polis. Semua tahanan mendapat layanan yang baik oleh PDRM.

3. Kira-kira 200,000 demonstran di Jakarta, 100,000 orang di Seoul tetapi hanya 15,500 di Kuala Lumpur. Malaysiakini dalam laporannya memberi gambaran kemerosotan 90%. Sepatutnya BERSIH5 paling sedikit boleh mengumpul 100,000 orang dan paling banyak 500,000 orang kerana kehadiran orang baru Tun Dr. Mahathir dan TS Muhyiddin Yassin. Nampaknya petunjuk baru ini meresahkan parti serpihan, Pribumi.

4. Tidak ada BERSIH5 di Bangkok, Washington, Taiwan, Hong Kong, Singapura, London, Paris, Madinah tetapi ada sedikit di Melbourne, Australia.

5. Pada hujung 1990an, apabila Australia campurtangan dalam urusan politik Malaysia, Tun Dr. Mahathir menempelak kerajaan Australia.

6. Ucapan Senator Jamie Parker dari Australia yang memperjuangkan Gay di negaranya semasa perhimpunan BERSIH5 di Australia semalam patut diberi perhatian keras. Kerajaan Malaysia hendaklah menghantar Nota Bantahan jika tidak mahu memutuskan hubungan diplomatik dengan Australia.

7. Hal negara kita tidak boleh ditentukan oleh seorang warga asing apatah lagi dia seorang yang memperjuangkan Gay. Sebagai negara merdeka dan berdaulat, kita mesti mempertahankan kedaulatan negara kita. 

8. Orang-orang putih seperti Jamie Parker di Australia bukanlah boleh dibanggakan pun, mereka sendiri tidak memberikan keadilan kepada orang asli Australia. Mereka boleh menghalalkan gay tetapi bukan di Malaysia.

Siapa Jamie Parker (MP Balmain, Parliment of NSW):-

Tonight I speak about the important matter of marriage equality, recognising that this weekend the Sydney Gay and Lesbian Mardi Gras will celebrate its thirty-fifth anniversary festival “Sydney Mardi Gras 2013—Generations of Love.”

As a strong supporter of marriage equality I have joined my Greens colleagues in calling on the Parliament of the Commonwealth of Australia to amend the Commonwealth Marriage Act 1961 to provide for marriage equality, that is, to remove discrimination and allow people to marry regardless of sex, sexual orientation and gender.


CARA MUDAH DAPAT DANA SOROS

on Thursday, November 10

1. Seminggu dua ini, di Malaysia heboh dengan sumbangan dana Soros kepada beberapa pertubuhan khususnya disebut antara penerimanya adalah Malaysiakini.

2. Sebenarnya isu ini isu lama, kita sudah mengetahui hal ini sejak bertahun yang lalu, ketika Jamal masih berniaga ikan bakar.

3. Perkara yang sepatutnya dibuktikan ialah adakah Malaysiakini masih berterusan menerima dana Soros? Dan NGO mana lagi yang menerima bantuan daripada Soros dengan tujuan sebenar mereka untuk menanam kebencian kepada kerajaan yang demokratik, menghasut rakyat supaya rakyat bangun menentang kerajaan demokratik, dan sehinggalah kerajaan yang dibentuk melalui pilihanraya jatuh. 

4. Sejarah moden membuktikan campurtangan asing di Iraq, Libya, Yemen dan Mesir tidak pun menjadikan negara itu bertambah baik. Sebaliknya bertambah lebih buruk dan rakyat mereka semakin menderita. Percubaan Kudeta di Turki baru-baru ini ada elemen asing tetapi ianya gagal kerana rakyat Turki menolak campurtangan asing. Di Malaysia, kesedaran ini masih kurang.

5. Tun Dr. Mahathir (2012) menyebut Soros menyalur dana kepada SUARAM dan Malaysiakini untuk menjatuhkan kerajaan. Tun Dr. Mahathir berkata, "Ini bukan inisiatif rakyat Malaysia tetapi inisiatif orang asing. Takkan kita hendak dikuasai oleh orang asing?. Kata Tun lagi, “Dia bagi duit sana nak bagi jatuh kerajaan supaya orang dia dapat naik dan orang dia di sini secara terang lagi bersuluh, dia nak Anwar. Kata Tun,“Jika ada (pihak asing cuba mempengaruhi pilihan orang kita dengan bagi duit, itu rasuah,”.“Mana boleh baik, dia nak kuasai kita punya politik, Dia nak pilih orang dia jadi PM,” dakwanya.

6. Kritikan Tun Dr. Mahathir di atas adalah benar. Kita rakyat Malaysia hendaklah menolak elemen Soros dalam pembinaan negara kita. 

7. Semasa saya di USA, mereka memberitahu jika mahu senang mendapat dana asing seperti Soros, pastikan NGO anda adalah NGO yang tidak mesra kepada Kerajaan sedia ada. Jika NGO anda mesra Kerajaan, anda tidak akan mendapat bantuan dana itu.

8. Untuk lebih memahami peranan belakang tabir NGO-NGO Yahudi seperti American Jews Association dan sebagainya dalam mencatur politik antarabangsa, saya menyarankan anda membaca buku "They Dare To Speak Out" oleh Senator Paul Findley.











BARAT SUDAH TEMU PENGGANTI ANWAR, SEORANG POPULIS AGAMAWAN ?

on Saturday, November 5

Kejayaan Agen Barat Di Tanah Arab
1)     Ada banyak 'agen tidak disedari'. Kita kena mengkaji lagi sejarah SMAWahhab, Jamaludin Al-Afghani Sh Mohd Abduh, Rashid Reda dll, khususnya SMAW. SMAW tidak direkrut, tetapi hasil analisis Barat terhadap empayar Uthmaniyyah (kekuatan dan kelemahan) hasil analisis agen Barat seperti Hempher dan lain-lain terhadap SMAW, beliau adalah orang yang sesuai untuk memecahkan Uthmaniyyah dari dalam. 

Maka beliau didorong, digalak, didedahkan, untuk meneruskan agenda Wahhabiah beliau dan memecahkan Uthmaniyyah. SMAW dipertemukan dengan Saud dan bergabung tenaga untuk menguasai Semenanjung Arab. Agenda Wahhabiah untuk agama Islam telah dikaji Barat dan sangat sesuai untuk memecahkan Islam dari dalam. Harus diketahui bahawa agenda dan strategi barat berubah setelah kalah perang salib.

2)    Keadaan ini berterusan apabila Barat mendekati Syarif Hussain (pemerintah Mekah) dan berjanji bermacam-macam untuk memberontak lawan Uthmaniyyah atas 'dasar kebangsaan/bangsa Arab' tapi Syarif Hussain tidak tahu janji Barat dengan Saud, konvensyen Balfour (untuk menubuhkan Israel) dan lain-lain. Akhirnya Syarif Hussain terlepas Mekah, dapatlah jadi Raja Jordan dan Mekah pula jatuh kepada kumpulan Wahhabiah, yang lebih rapat dengan British.

Kegagalan Agen Barat Ke Atas Anwar 
3)    Di Malaysia, DS Anwar Ibrahim adalah antara orang yang didekati semenjak 1970-an melalui gerakan Wahhabiah sedunia yang bernaung atas pelbagai organisasi seperti WAMY dan juga badan Islam spt IIIT. Arwah Ismail Faruqi yg disasarkan menjadi Rektor UIA merupakan pendokong kuat Wahhabiah. Beliaulah yang berjaya meyakinkan Tun Dr. Mahathir Mohammad untuk menerima masuk Anwar masuk ke dalam UMNO pada tahun 1981 dahulu (rujuk buku SYAA).

4)    Apabila menyertai kerajaan, tanpa Anwar sedari dia didekati dengan pelbagai agensi, yayasan dari Barat seperti Konrad Adenaur, GMB, AA, CMCU, NED  dan lain-lain. Malah pelbagai urusan dan aktiviti Anwar pasca dibebaskan dari penjara ketika di luar negara amat jelas hubungan beliau dengan tokoh-tokoh Barat yang terlibat dengan New World Order seperti Paul Wolfowitz, William Cohen, John Eposito, Carl Gerhsman dan lain-lain. Anwar memang merupakan 'wakil Barat' untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Malaysia bernasib baik kerana ini tidak berlaku.

5)     Didikan politik Barat seterusnya adalah pemimpin muda seperti Nurul Izzah, Rafizi dan lain-lain yang sebenarnya masih mentah dalam memahami agenda Barat terhadap Malaysia. Seorang AMT PKR mengiakan kepada saya tentang kementahan Rafizi, tetapi dia boleh dipergunakan. Mereka nampak hebat dalam beridealisma dan berhalusinasi kepada rakyat, namun seringkali mereka tersalah langkah sebagai Rafizi terpaksa membayar RM200,000 kepada NFC. Hari ini, rakyat dapat melihat kemenangan Nurul Izzah di Lembah Pantai adalah hasil Fitnah ke atas Shahrizat dan keluarganya. Hari ini, kemenangan Nurul Izzah menjadi tidak bermaruah dan tidak bernilai.

Agen Barat Mendekati Golongan Agama
6)  Barat sudah lama memerhatikan agamawan-agamawan popular di Malaysia. Dengan pendedahan pendidikan di universiti-universiti barat, dengan kecelaruan aqidah dan Fiqh yang dianuti agamawan ini, maka dia berganjak dan berubah jadi semakin liberal. 

Dia terpengaruh dengan kebebasan dan nilai-nilai Barat apabila hidup di barat dalam tempoh yang agak panjang. Dengan orang kafir dia baik sahaja, dengan sauadara seagama khususnya ASWJ dia bermusuh sahaja. Ini fikrah Wahhabiah, sama dengan kumpulan terrorist yang pada asalnya membunuh orang Islam dan tidak menggangu orang Barat.

7)  Barat sudah pasti mengikuti dan mempunyai rekod segala pandangan dan tulisan agamawan ini dan tahu tentang perubahan pemikirannya. Dengan pengaruh dan popular atas kepandaian mengambil kesempatan atas isu untuk popular, atas kekurangan pemerintah negeri tentang agenda Barat kepada agamawan populis, maka dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita dapat melihat Barat dan NGO/wakil mereka di Malaysia mendekati diri populis agama ini. Popularitinya diharapkan dapat menarik pengikutnya untuk turut menjadi liberal, memecahkan undi Islam, melemahkan politik Islam dan lain-lain. 

8)   Barat tidak perlu merekrut populis agamawan ini, cukup mendedahkan, berkawan, memberi galakan, dorongan untuk dia bertindak kerana beliau mempunya kualiti seperti SMAW, petah berkata, popular, kontroversi, 'boleh dipergunakan' dan lain-lain faktor untuk merosakkan Malaysia dari dalam sepertimana SMAW digunakan untuk merosakkan Uthmaniyyah dari dalam.

9)  Sebab itu kita melihat agamawan ini mula dihubungi, terlibat dengan pelbagai program-program liberal anjuran NGO pro barat ini. Ini seperti hubungan SMAW dgn Saud untuk menghancurkan Uthmaniyyah dan memberikan kekuatan kepada program ini kerana ada sokongan 'org agama'. Dalam masa yang sama, PKR, DAP, PAN dan beberapa parti di Sabah/Sarawak memang berkongsi visi yang sama dengan populis agamawan ini dan golongan liberal ini.  

10)  Itulah peranan populis agamawan ini, memecahkan sokongan dan perpaduan Islam, menarik orang jauh dari agama, meremehmudahkan urusan agama, menjauhkan orang Islam dari kerohanian yang merupakan teras kekuatan Islam, bagi orang menyampah, meluat, tidak percaya dengan institusi agama, ulamak/ustaz, ini akan sebabkan orang makin rujuk/belajar dengn sheikh Google/YouTube, bukan belajar secara talaqqi, menghantar orang-orang dia menyerap masuk dalam pelbagai institusi agama dan agensi/kementerian, ringkasnya meruntuhkan dan merosakkan Islam dari dalam, sama seperti peranan SMAW. 

11)  Kalau PKR dan DAP memerintah Malaysia, populis agama akan dinaikkan menjadi menteri agama, dan mungkin sebagai Perdana Menteri pun, tidak mustahil. Kerana Barat melihat Anwar sudah gagal. 

12)   BERSIH1 hingga BERSIH5 adalah agenda agen Barat, sebab itulah PAS menarik diri selepas menyedari mereka sering dipergunakan ketika bersama Pakatan Rakyat. PAS sudah insaf.

Selamat Membaca,
Selamat Berhujung Minggu,
Selamat Berfikir.

Al-Matajer Al-Saudia, Al Awali,
3 November 2016.


Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan