JAWAPAN KENAPA PELABUR CHINA MELABUR DI PROTON

on Sunday, February 5

1. 10 negara termiskin di dunia, terletak di benua Afrika iaitu Madagascar, Republik Afrika Tengah, Nigeria, Kongo, Guniea, Eritria, Mozambique, Burundi dan Liberia. Antara sebab utama kemiskinan negara-negara ini ialah perang yang tidak pernah henti dan kelemahan kerajaan yang memerintah walaupun negara-negara tersebut mempunyai potensi hasil bumi yang boleh dimajukan. 

2. Seorang teman saya dari JB pernah melalui jalan sukar untuk melabur di Guniea, katanya kepada saya, "saya melalui 3 hari jalan darat ke sana, saya menyaksikan kesukaran yang amat sangat. Apabila saya kembali dan mendarat di KLIA saya terus sujud syukur mencium tanah Malaysia". Katanya lagi, "jika ada rakyat Malaysia yang suka komplen sana sini, memburukkan kerajaan dan negara, cuba hantar dia ke negara Guniea, nescaya dia akan mencium tanah sekembalinya mendarat di KLIA". Saya terdiam mendengarnya.

3. Manakala 30 individu terkaya di dunia (2016), rakyat China termasuk 3 orang iaitu Wang Jialin, Li Ka Shing dan Lee Shau Kee

4. Mantan Gabenor Sulawesi Selatan (2014) yang mempersembahkan pidato akademiknya di UKM sini menyatakan era sekarang adalah era China. Tidak ada sesiapa boleh menghalang China bertapak di mana-mana di seluruh dunia. Sebab itulah sentimen dan persepsi apa pun yang berlaku kepada pelaburan China di Malaysia atau Indonesia, ianya tidak akan mampu ditolak. Rakyat perlukan pekerjaan dan peluang perniagaan, rakyat tidak perlukan persepsi negatif sahaja dalam kehidupan.

5. Seorang teman di Peru di Amerika Selatan berkata kepada saya, orang Cina di Peru bukan sahaja menguasai ekonomi malah mereka sudah bertapak di pelbagai bidang. Terdapat lebih 1.6 juta orang Cina di Peru yang sudah menjadi rakyat Peru. Adakah bendera negara Peru, bahasa dan politik pemerintahan negara Peru diperintah oleh imigran China?

6. Di negara kuasa besar Amerika Syarikat, apakah barang China yang tidak ada di Washington atau New York. Hampir semua cenderamata yang dijual di sana adalah "Made In China". Bandar-bandar China tumbuh bagai cendawan di Boston, Philadelphia dan sebagainya. Namun, undang-undang negara Amerika, perlembagaan mereka tidak tergangggu-gugat atau berubah oleh mereka. Pergilah melawat bandar Philadelphia, orang-orang China ada di mana-mana. Malahan salah satu universiti terbesar di sana University Drexel berlogokan Naga China menghiasi seluruh bandar itu.

7. Maka, ura-ura syarikat-syarikat China untuk melabur dalam syarikat Proton bukanlah pelik atau luar biasa. Sebelum ini pun Proton sudah bekerjasama dengan syarikat-syarikat dari negara luar seperti Mitshubishi dan Renault dahulu. Apakah perbezaannya? Jika pelaburan China boleh mengembangkan lagi bisnes Proton dan create lebih banyak kerja untuk rakyat Malaysia, ianya sudah cukup baik. 

8. Di Universiti Xiamen Malaysia di Sepang, beribu pelajar yang datang dari negara China telah mengaktifkan perniagaan di kawasan tersebut. Sewa rumah semakin laris, perniagaan pasar malam semakin laku kerana mereka seronok membeli di pasar malam, dan banyak lagi impak ekonomi yang menguntungkan masyarakat tempatan.


9. Apa yang perlu kita jaga hanyalah undang-undang kita dihormati, penguatkuasaan undang-undang, kita perlu meningkatkan good governance dan transperancy di tahap terbaik. Dengan semua aspek keselamatan ini dipulihara, maka sesiapapun yang datang ke Malaysia untuk melabur tidak akan berjaya merosakkan asas-asas kenegaraan kita.


10. Di tanah suci kota Mekkah dan Madinah, apakah barang yang para jemaah kita beli bukan "Made in China". Dari sekecil-kecil cenderamata hinggalah kepada sebesar-besar kain umrah, tikar sembahyang, karpet majoriti 'Made in China'. Itu tidak kira lagi barangan-barangan China di luar kota Mekkah dan di luar kota Madinah.


11. Adakah kerajaan Pulau Pinang dan Selangor tidak berurus niaga dengan syarikat-syarikat dari negara China? Semasa Husam menjadi Exco kerajaan Kelantan, Husam turut terbang ke China mencari-cari pelabur yang sudi melabur di Kelantan.

12. Hari ini Jakarta sendiri nampak kurang berminat dengan Proton walaupun Tun Dr Mahathir melawat Megawati (PDPI) sebelum PRU Presiden Indonesia dan walaupun Tun M turut mendekati Presiden Jokowi melawat Malaysia dahulu. Indonesia juga sedang membangunkan kereta nasional mereka sendiri. Cerita Proton di Jakarta boleh dibaca di sini sini dan sini. Kini apakah nasib Proton di Indonesia ?

13. Maka jika pelabur China membantu industri kereta Proton, sudah pasti akan memberi impak positif kepada pekerja proton, industri kereta nasional dan paling penting harga proton dapat diturunkan. Proton tidak boleh statik dan bergantung setiap masa dari dana kerajaan untuk menyelamatkannya. Proton perlu belajar dari Hyundai dan Chery walaupun mereka lebih muda berbanding Proton. 

14. Rakyat akan terus membeli Proton jika Proton meningkatkan kualiti, R & D, good marketing dan menyuntik elemen patriotik dan nasionalisme dalam rekabentuk Proton. Perbuatan yang kelihatan menjadi trend Proton mengambil badan kereta lain dengan hanya menukar logo adalah tidak Patriotik. Dalam buku Noam Chomsky (America's Quest For Global Dominance; The American Empire Project), berkata perbuatan tidak patriotik apabila menjadi dan berpihak dan meniru patriotisme orang lain.  

Saya telah memberi 2 pandangan mengenai Proton pada tahun 2014 dan 2015

Selamat Berhari Minggu.
KLIA.
5 Februari 2017

9 Komen:

Anonymous said...

Kalau begitu alasannyan baiklah kita beri pemerintahan negara kpd negara Cina kerana mereka lebih baik mentadbir.

Anonymous said...

Kalau Saham 51% itu bukan melabur tapi ambil alih namanya. Jangan bangga jika pegangan saham hanya 49% atau mungkin kurang. Siapa yang berkuasa dan menentukan halatuju syarikat??? Undang2 pelaburan dari luar berubah kerana negara diperintah dan dirompak oleh penyangak.

Anonymous said...

ALHAMDULILLAH,MEMANG TEPAT SEKALI BAGI MEREKA YANG PERNAH BERADA DAN MASIH BERADA DILUAR NEGARA AKAN MERASAI APA YANG SAUDARA DAN TEMAN SAUDARA RASAI KECUALI MEREKA2 YANG MEMBANGKANG KERAJAAN.MEREKA TAHU NEGARA MALAYSIA TERBAIK MALAH MAKANAN HALAL NO2 TERBAIK DIDALAM DUNIA TETAPI KERANA PEMBANGKANG SEMUANYA TIDAK BAIK,ORANG MELAYU MACAM TU LAH SIKAP HIDUPNNYA,SEHINGGA RUMAH ALLAH PUN DIBIAR KAFIR LAKNAT MASUK BERKEMPEN TAK PERCAYA TANYA ANNUAR DAN MAT SABUN,KEDUA2NYA CUKUP JAHIL,YANG HAIRANNYA SEORANG BEKAS PEMIMPIN ABIM DAN SEORANG LAGI BEKAS TIMBALAN PRESIDEN PAS.MALAYSIA NO 1 TAHNIAH DATUK SERI NAJIB.

Anonymous said...

Apa barang lu joint dgn cina...makin ramai org akan meluat dgn proton sbb barang cina kebanyakan barang pakai buang...adake kereta cina masuk formula 1...jet pejuangnya juga tak laku2 sbb tak caya dgn barang cina....cuba beli playar cina ...sekali potong dawai...bukan dawai putus...mata playar yg bergigi...cibai

Anonymous said...

Bodoh. Mentadbir dan berniaga kan dh beza.

anak peneroka said...

PROTON BUKAN PERJUANGAN SATU ORGANISASI !!!!!!!!!

Kepada yg bengap...jangan ingat perjuangan proton tu cuma perjuangan 1 organisasi...ia perjuangan NASIONAL !!!!!!! Hampir semua rakyat yg membeli proton tau proton tu banyak cacat celanya..itu masalah yg tak pernah terselesaikan...tapi di sebabkan proton tu 1 perjuangan nasional..masih ramai rakyat malaysia membeli..dengan harapan..1 hari perjuangan ini akan memberi hasil & kebanggaan pada generasi akan datang dimana kita berjaya membuktikan rakyat malaysia terutama melayu yg kita mampu...bukan sekadar mencari untung semata...ini perjuangan bangsa & negara...

Kalau sekadar mencari untung @ buka peluang pekerjaan kat muda mudi..lebih baik dulu kita cari bidang lain yg kita tau selok beloknya...kurang cabaran tapi besar marketnya...proton ni lambang perjuangan bersaing dlm bidang automotif yg semua orang tau ia bukan bidang yg mudah..proton kena lawan gergasi2 automotif dunia yg dah beratus tahun...

Kalau proton sampai jual lebih 1/2 dari saham...itu maknanya proton bukan lagi perjuangan nasional..rakyat malaysia kena sedar...pasar automotif malaysia bukan terbuka mcm di indonesia..dimana siapa rasa kuat silakan bertarung...pasar automotif malaysia ni mengutamakan proton sbagai produk nasional..sebab tu cukai import kereta jenama luar tnggi untuk survival proton...

Pembeli saham proton nanti...cuma nak menikmati pengusaan pasar automotif yg proton dapat sebelum ni...tu je...klu sebelum ni..semua income masuk ke proton dan rakyat malaysia...bila saham proton dah tinggal kurang separuh...income akan dipecahkan2...erti kata lain...ni penjajahan cara halus...

Mari kita sama2 tengok...berani tak pemerintah buka pasar automotif malaysia ni..biar apa2 jenama sekalipun bersaing secara fair...rakyat malaysia pun boleh beli kereta jenama jepun yg lebih berkualiti dgn harga rendah..utk apa beli proton kalau nantinya bagi untung kat negara luar..

Dari kecik membesar dgn proton...dah kerja pun beli proton..skrang jelas la..apa pun kat malaysia ni,semua nya untuk citra para politikus jer..rakyat jadi hamba...

Sedih aku dengan malaysia..ramai rakyat yg bodoh dari yg pandai..ada internet buat sosial jer...cuba la ambik tau perkembangan dunia..baru kita tau kenapa isu2 kat malaysia ni terjadi..baru tau siapa patut kita pilih...manusia @ Allah..


Anonymous said...

Bodoh.baca blk. 51% sharing kilang proton tanjung malim. Bukan proton keseluruhan.

borhan sharif said...

Kita galak kan Cina dan India kawin dengan Melayu....dapat anak Bumiputra....hapus masalah Rasist....

Pak Long said...

Salam. Pada pandangan saya Ada pun ikhtiar Proton me-rebadge kereta lain bukanlah semata2 tukar baju luaran semata2. Yg dikaitkan dengan satu sifat yang tak patriotik.

Itu adalah langkah taktikal yang dibuat oleh Proton bagi pemindahan ilmu pengetahuan dan teknologi. Dengan berbuat demikian Proton dapat mengkaji kereta2 lain dan membuat RnD yg sewajarnya bagi pengeluaran kereta2 sendiri.

Membuat kereta sendiri bagi menghasilkan luaran dan dalam termasuk enjin bukanlah mudah. Proton berjaya melakukannya. Malaysia berjaya melakukannya kerana ada Proton.

Yang menyukarkan lagi ialah bersaing dengan syarikat2 kereta lain lebih maju dan sangat kompeten. Mungkin itulah sebab ada negara yang sangat teringin untuk mengeluarkan mobnas atau mobil nasional sahingga kini gagal mengeluarkan kereta yang boleh bersaing.

Proton tidak boleh disamakan dengan Perodua. Proton memiliki RnD sendiri yang bebas. Jika ini tidak dapat dikekalkan maka aspirasi rakyat Malaysia (yang berfikiranwaras) akan menemui kekecewaan.

Saya bersetuju dgn satu pandangan di atas. Bukanlah rakyat Malaysia tidak tahu kekurangan kereta Proton. Tetapi saya masih beli kerana ada kelebihannya sendiri dan kerana ingin melihat anak-anak generasi muda bukan setakat belajar engineering dengan mendapat gaji tinggi semata2. Tetapi memiliki kemampuan engineering sehingga dapat menghasilkan kereta buatan sendiri. Yang menjadi privillege bangsa2 tertentu sahaja di atas bumi ini.



Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan