KITA MESTI MENJAGA NAMA BAIK KSN, ADAKAH ANDA TAHU CERITA INI

on Sunday, March 5

1. Sebagai kakitangan awam dan juga rakyat di luar sana, kita perlu memahami konsep hidup bernegara dalam konteks negara kita. Bukan negara orang lain. Ketua Setiausaha Negara (KSN) merupakan ketua sektor awam di Malaysia merangkap Setiausaha Kabinet Malaysia. Fungsi ini sudah berlanjutan sejak negara kita merdeka pada tahun 1957.

2. Integriti KSN tidak boleh diperkotak-katikkan hanya dengan adu-domba sekeping gambar tidak bernyawa, ianya tidak boleh diberi gambaran yang tidak tepat hanya dengan hear say atau sekeping gambar yang ditular tanpa menyelidik latarbelakang dan kesahihannya beritanya. 

3. KSN bukan bekerja dari 8.00pagi-5.00petang sahaja, tetapi masa tidak pernah menjadi sekatan. Kakitangan awam Kedutaan Malaysia yang bertugas di Amerika Syarikat dan negara-negara luar mula bekerja 8.00am-5.00pm (waktu USA) tetapi pada masa itu di Malaysia sudah mula malam untuk berehat dan tidur. Seringkali berlaku sesuatu isu di luar negara yang perlu dimaklumkan kepada KSN sama ada isu itu berlaku pada 12.00 tengah malam atau 2.00 pagi waktu Malaysia.

Begitulah Ketua-Ketua Jabatan di negara kita bertugas, malah saya pernah bermesyuarat dengan mantan Panglima ATM negara kita. Pada masa itu mantan Panglima ATM kita sedang menjalani rawatan di hospital, tetapi beliau tidak membatalkan mesyuarat. Beliau hadir ke mesyuarat walaupun masa sudah menunjukkan 10.00 malam, malah yang paling mengejutkan saya ialah di tangan beliau masih bersalut plaster bekas jarum semasa pemeriksaan darah (set line). Saya melihat dengan terang bekas darah itu. Moralnya ialah, mereka ini, KSN, mantan Panglima ATM dan lain-lain memberi keutamaan kepada negara berbanding kesihatan diri sendiri.

4. Ramai orang tidak tahu salahsatu amalan KSN apabila melawat di negeri-negeri seringkali menggunakan jalan darat sahaja, untuk membolehkan KSN mendengar suara rakyat dan isu-isu kakitangan awam. Di Sabah sahaja, KSN sangat prihatin dengan begitu rajin turun sehingga ke Tawau melawat madrasah di kampung, melawat hospital, mengunjungi kakitangan awam dan melibatkan diri dalam urusan keselamatan di pantai timur. 

5. Oleh yang demikian, saya berharap kita kakitangan awam sentiasa membantu dan mempertahankan nama baik KSN daripada difitnah. Sejak awal tahun ini, KSN telah melawat jauh ke dalam bangunan-bangunan kerajaan masuk ke wad-wad hospital kelas 3, ke kaunter-kaunter Jabatan Pendaftaran Negara dan lain-lain jabatan untuk memastikan kita kakitangan awam di front desk memberi perkhidmatan dan layanan terbaik kepada rakyat.

6. Sejak 20 tahun perkhidmatan saya dengan kerajaan, saya mendapati KSN kita telah banyak membawa perubahan dalam urus tadbir kerajaan yang lebih sistematik. 

Daripada pengalaman saya di luar negara, sudah tentu saya berikan markah 100% kepada Bahagian Aduan Awam,JPM jika hendak dibandingkan dengan Biro Aduan Awam di Amerika Syarikat. Di Mesir sahaja, Visa pelajar-pelajar kita menghadapi masalah bertahun untuk diproses kelulusan, walhal di Malaysia cekap dan cepat, UTC sahaja membolehkan anda menyiapkan gantian MyCard, urusan pasport Malaysia dengan begitu pantas dan hebat.

7. Kesimpulannya mudah, kita kakitangan awam juga adalah sebahagian daripada institusi KSN. Jika anda mendengar tularan yang tidak betul, tidak tepat atau fitnah, kita mesti segera menjawab dengan membetulkan fitnah itu. 

Selamat Membaca.
Selamat Berhari Minggu.


1 Komen:

Unknown said...

Terlalu mudah kita menunding jari kepada orang lain dan menyalahkan atas perkara yang remeh. Sekiranya tugas ksn yang bekerja tidak mengikut masa bagaimana dengan pemandunya? Keluarganya? Masanya? Tugasnya? Makan minumnya? Sekiranya ksn mahu bergerak jam 0600 ke satu destinasi, kita tidak sedar bahawa pemandunya terpaksa bangun jam 0400 untuk bersiap sedia tatkala anak isteri masih dibuai mimpi. Malam sebelumnya adakah pemandunya tidur jam 2100 sebagaimana kita? Ini antara contih yang mudah diberikan. Sebulan mungkin tiada masalah kalau bekerja sebegini tetapi kalau ia melibatkan dua tahun bagaimana pula? Renungkanlah

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan