LANTIKAN BAHARU: PM DAN KSN UTAMAKAN NEGARA DAN RAKYAT, BUKAN SENTIMEN PERKAUMAN

on Monday, April 24


PERLANTIKAN BAHARU DI JABATAN KERAJAAN: PM & KSN UTAMA KEPENTINGAN NEGARA & RAKYAT

Pentadbiran awam di negara Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia melibatkan imbuhan gaji, bonus, elaun, kemudahan kesihatan, insuran, pendidikan, jaminan keselamatan, kenaikan pangkat dan sistem pencen.

Perlantikan dan pertukaran adalah perkara biasa di dalam perkhidmatan kerajaan. Ianya berlaku untuk memastikan kelancaran sesebuah jabatan dalam merealisasikan agenda rakyat dapat mencapai sasaran dengan cepat dan tepat. Kelemahan sesebuah agensi kerajaan bukan sahaja memberi implikasi negatif kepada kerajaan, tetapi akan merugikan negara dan rakyat. Perkara inilah yang cuba dielakkan oleh PM dan KSN dalam melantik seseorang mengetuai sesuatu jabatan kerajaan.

Perlantikan seseorang ke sesuatu jawatan adalah hak eksklusif YAB Perdana Menteri. Dalam hal ini, Ketua Setiausaha Negara (KSN) sebagai ketua kepada perkhidmatan awam di Malaysia mempunyai kuasa yang besar untuk menerima cadangan dari pihak yang berautoriti seperti Menteri untuk melantik mereka yang berkelayakan bagi menjalankan tugas di mana-mana jabatan baru.

Walau bagaimanapun, terdapat kritikan dilemparkan kepada Kerajaan mengenai isu pertukaran dan perlantikan seseorang ke jabatan yang baharu. Dalam hal ini, sentimen perkauman, agama dan fahaman politik bukan menjadi asas kepada perlantikan seseorang. Sentimen itu bukan amalan dalam kerajaan Malaysia.  Amalan Kerajaan Malaysia ialah untuk memastikan perlantikan seseorang akan dapat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan seterusnya negara dan rakyat akan menerima faedahnya.

Kerajaan boleh menerima cadangan daripada mana-mana pihak seperti Menteri tetapi akhirnya yang menilai dan memutuskan cadangan itu ialah YAB Perdana Menteri dan KSN selepas melihat dari semua sudut seperti sejarah perkhidmatan, latarbelakang perkhidmatan, pengalaman, tatatertib dan sebagainya. PM dan KSN sudah pasti akan memberikan keutamaan kepada rakyat dan negara dalam memutuskan sesuatu cadangan perlantikan seseorang. Oleh yang demikian rakyat diminta tidak terpengaruh dengan hasutan sesetengah pihak yang menuduh PM dan KSN tidak prihatin dalam hal ini.

Di pihak kakitangan kerajaan pula, adalah lumrah kepada mereka untuk menurut perintah dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada jabatan masing-masing. Keakuran kakitangan kerajaan kepada kerajaan semasa amat penting dalam memastikan kelancaran sesebuah pentadbiran kerajaan. Kita tidak mahu menjadi sebuah kerajaan yang porak-peranda seperti sesetengah negara kerana ketidakpatuhan sesetengah kakitangan kerajaan mereka kepada Kerajaan yang memerintah.
 
 

 

 

CERITA DI DUBAI & ABU DHABI

on Wednesday, April 19

Mercu Tanda Dubai, Burj Khalifa
1.  Jika sebelum ini, Dubai dan Abu Dhabi hanya tempat saya transit sebelum meneruskan penerbangan ke destinasi lain. Kali ini, selama seminggu berada di negara kaya United Arab Emirates (UAE), saya telah bertemu ramai rakyat Malaysia yang bekerja sebagai land development, engineer, security, business, project manager, Oil & Gas, penerbangan termasuk kakitangan kedutaan negara kita Malaysia. Kebanyakan mereka adalah golongan profesional.

2. Semasa berkolaborasi dengan mereka, saya mendapat pelbagai feedback yang sangat menarik . Mereka mahu tahu perkembangan terbaharu dan perkara sebenar mengenai isu-isu yang mereka terima dari media alternatif. 

4.  Ada satu perkara sangat menyentuh perasaan saya bilamana seorang peserta begitu terserlah jatidirinya mempertahan nama baik Malaysia. Sebenarnya, menurut teori 'the bridge' (Prof. Jayum Jawan, Ohio University, USA), kita memerlukan lebih banyak individu seperti ini yang akan menjadi jambatan dalam menyambungkan a sense of ownership di kalangan rakyat perlbagai kaum, pelbagai fahaman tetapi bersama-sama bergerak ke arah kemaslahatan negara. 

5. Saya diberitahu, negara kaya UAE juga akan mengenakan satu bentuk cukai baru diberi nama Value Added Tax (VAT) sebanyak 5% hampir serupa dengan sistem percukaian GST. 

6. Kalau ikut logik sesetengah pihak, UAE tidak perlu mengenakan VAT kerana negara kaya ini hanya mempunyai penduduk asal UAE 1.08 juta sahaja, sangat kecil berbanding orang India di UAE 2.6 juta, orang Pakistan di UAE 1.7 juta dan orang Philippine di UAE sebanyak lebih 525,000 orang. Maknanya rakyat negara lain lebih ramai berbanding rakyat asal UAE. (Rakyat asing kira-kira 8 juta).

7. Apapun, saya sangat gembira melihat rakyat Malaysia di UAE bersatupadu dan berdisiplin. Semasa duduk di Amerika Syarikat, saya juga melihat rakyat Malaysia sangat bersatu-padu dan patriotik terserlah.

8.  Dengan 31.7 juta penduduk Malaysia (2016), bukanlah suatu yang pelik untuk rakyat Malaysia bekerja di luar negara sesuai dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran tinggi yang mereka miliki. Ia adalah proses globalisasi. Di UAE juga terdapat kira-kira 200,000 orang China. Di Malaysia sahaja kira-kira 3 juta rakyat asing bekerja dalam bidang perladangan, pembuatan, pembinaan, pengawal keselamatan, perniagaan restoran dan sebagainya.

9.  Dalam ucapan Perdana Menteri DS Najib di New York tempoh hari, beliau menerangkan kepada pelajar-pelajar di sana bahawa di antara usaha beliau membangunkan negara dengan melaksanakan projek-projek berimpak seperti MRT, projek keretapi KL-Ipoh-Padang Besar dan seterusnya PAN Borneo Sabah dan Sarawak, Projek keretapi Pantai Timur, dan lain-lain supaya lebih banyak pekerjaan dan bisnes diwujudkan.

10. Kesimpulannya, kita semua sependapat supaya asas kenegaraan dan patriotik diperkukuhkan, perlaksanaan undang-undang dimantapkan lagi, perbuatan rasuah mesti dibenteras habis-habisan. Jika semua elemen kenegaraan dapat dimantapkan, maka survival negara kita dapat diteruskan dengan kukuh dan kuat.

Abu Dhabi
17/4/2017.
Masjid Sh Zayed, Abu Dhabi
Sesi Kolaborasi Kenegaraan Di Abu Dhabi









DI SEBALIK PERLANTIKAN DS HISHAMMUDDIN,

on Friday, April 14

1. Perlantikan YB Datuk Seri Hishammuddin Hussien (DSHH) telah menjadi fenomena beberapa hari ini. Ramai terkejut. Pemimpin pembangkang turut mengambil port dengan memberi pandangan masing-masing. Kebanyakan mereka berharap DS Zahid-DS Hishammuddin akan bertelagah. Malangnya, telahan mereka tidak menjadi. Mereka kecewa lagi.

2. Ramai di kalangan kita tidak menyedari, ayah DSHH iaitu Tun Hussien Onn adalah bekas pemimpin tentera yang terlatih dari pusat latihan tentera terkemuka di India bersama-sama dengan Panglima ATM pertama Tun Ibrahim Ismail sebelum Perang Dunia Kedua (PD2).

3. Semasa PD2, kedua-dua mereka dianggap sudah meninggal dunia kerana khabar berita mereka tidak pernah sampai di kampung. Pada masa itu tiada handphone dan internet.

4. Rupa2nya mereka terlibat dalam gerakan bersama Force136 dengan tentera British-Commonwealth untuk membebaskan negara kita daripada penjajahan Jepun. Tun Ibrahim dan Tun Hussien Onn ketika itu operasi khas dalam kapal selam diesel dari Sri Langka menuju ke Tanah Melayu. Kapal Selam dan tentera Melayu bukanlah perkara baharu sejak 1945 !

5. Tun Hussien dan DSHH adalah orang yang tenang. YAB PM DS Najib juga seorang yang cool. Mereka bukan orang yang gopoh-gapah. Semasa DSHH handle isu Lahad Datu, MH370 dan MH17, ketenangan DSHH banyak menyelamatkan Malaysia daripada serangan media asing. Keyakinan, ketokohan dan kesabaran beliau telah banyak menyelamatkan imej dan prestij negara kita.

6. Sebagai negara multiracial, kita memerlukan pemimpin yang moderat yang boleh diterima oleh seluruh rakyat Malaysia.

7. Pengalaman saya dengan DSHH, beliau tidak seorang yang gopoh, tidak seorang yang gelojoh untuk mewariskan legasi kepimpinannya kepada anak lelakinya. Saya bertanya DSHH "kenapa tidak latih dan bawa ke hadapan anak lelaki DS?'. Beliau menjawab, 'tidak perlu, janganlah'. Ketika saya berbual dengan anak lelaki DSHH, anak lelakinya berkata dia sedang fokus dengan kerjaya dan pelajaran.

8. PM mempunyai kuasa eksekutif untuk melantik sesiapa yang difikirkan boleh membantu untuk kepentingan rakyat dan negara. Dengan keadaan keselamatan pantai timur Sabah dan Esscom yang memerlukan seorang menteri berpengalaman, tenang dan tidak gelojoh, DSHH adalah orang yang sangat sesuai.

9. Sebenarnya, rakyat Sabah menerima satu lagi hadiah dari kerajaan pusat sempena hari jadi Esscom tahun ini (1 April 2013), di mana melalui perlantikan ini, DSHH akan memberi tumpuan kepada keselamatan di Sabah.
10. Dari aspek politik, saya melihat perlantikan ini juga satu lagi step kepada beliau melakukan persediaan ke arah kepimpinan yang lebih mencabar pada masa akan datang. Selepas PRU14 nanti, saya melihat rakyat sudah bersedia menerima DSHH untuk melangkah lebih jauh dalam heirarki UMNO dan kerajaan.

Selamat Berhujung Minggu.

Airport Dubai,
14 April, 2017.

Nota: Post guna HP sahaja, sebab itu tiada gambar dan berbeza dengan posting yang sebelumnya.


PERISTIWA DI BELAKANG TABIR KETIKA TS ANUAR MUSA MEMBANTU DS NAJIB

on Saturday, April 8

Melawat YB TS Anuar Musa 3 hari selepas discharge dari IJN
Semalam saya telah melawat YB Tan Sri Anuar Musa yang baharu discharge dari Institut Jantung Negara (IJN). Beliau kelihatan kuat semangat, walaupun nampak keletihan. Sambil berbual kami menjamu sarapan pagi mee hun dan teh. 

Saya ingin kongsikan perbualan saya dengan TS Anuar kepada anda di bawah.

Jika melihat catatan sejarah, TS Anuar sepatutnya menyokong Tun Dr Mahathir, kerana semasa TS Anuar tewas dalam PRU 1990, Tun M tetap melantik TS Anuar menjadi Menteri Belia & Sukan. Berbeza dengan sekarang, walaupun TS Anuar menang PRU13, TS Anuar tidak dilantik Menteri malah tugas beliau sebagai Pengerusi MARA pula direhatkan tanpa status yang jelas.

Isunya pada hari ini, kenapa TS Anuar mempertahankan Kerajaan dan DS Najib sebaliknya menolak Tun M? Orang ramai tidak mengetahui hal ini.

Pada tahun 2009, dalam mesyuarat MT UMNO, boleh dikatakan seluruh MT UMNO bersetuju supaya Pak Lah meletak jawatan dan digantikan dengan DS Najib. Apabila tiba giliran TS Anuar, beliau mempunyai pendirian yang berbeza. Beliau juga bersetuju tetapi peralihan kuasa itu biarlah sampai kepada masa yang telah dipersetujui sebelum ini. 
       
Namun, desakan Tun Dr. Mahathir dan MT UMNO ketika itu menyebabkan Pak Lah berlembut. Akhirnya Pak Lah menyerahkan jawatan kepada DS Najib. Benarlah bahawa, 'khalifah Abu Bakar tidak akan boleh menjadi Khalifah Umar Ibnu Khattab'.

Sejak 2009-2013, TS Anuar tidak pernah mengadap DS Najib. TS Anuar membayangkan, dalam PRU13 beliau tidak akan dicalonkan. Dengan pendirian tegas TS Anuar dalam mesyuarat MT, beliau telah dicop tidak bersama DS Najib. Namun, begitu beliau tetap dicalonkan dan menang pula.

Temasek 
Yayasan 1MDB telah menunjukkan peranan yang besar dalam menggerakkan aspirasi kerajaan kepada rakyat. Aktiviti CSR Yayasan 1MDB kepada rakyat Malaysia dalam aspek pendidikan, pembangunan belia, biasiswa, Haji, perumahan rakyat dan kualiti hidup telah menggusarkan DAP. 

Ada pihak sangat bimbang jika 1MDB berkembang dan menjadi seperti Temasek di Singapura. DAP telah mencium hal ini, dan menugaskan Tony Pua untuk menyerang 1MDB.

Dalam politik, kemenangan besar PR pada tahun 2008 telah mengalihkan sokongan padu konglomerat Cina kepada UMNO. Sejak bertahun lamanya, UMNO mendapat sumbangan daripada mereka kerana mereka melihat kepada Tun M yang banyak membantu mereka jua. Apabila Tun M bertelagah dengan Pak Lah, sokongan konglomerat Cina semakin berkurangan kepada UMNO dan mereka beralih arah.

Apabila DS Najib menjadi Perdana Menteri, idea 1MDB yang sebenarnya diasaskan oleh Pak Lah melalui TIA, dikembangkan untuk menjana sumber kewangan. Tidak perlu lagi bergantung kepada konglomerat Cina. Akibat daripada kejayaan bisnes 1MDB memiliki bisnes tenaga dalam dan luar negara, terdapat pihak yang mengadu kepada Tun M.

Kemudian DAP menggunakan kelemahan pentadbiran 1MDB dengan menyerang DS Najib. Mereka cuba mengaitkan kelemahan itu kepada DS Najib. Tujuan mereka adalah untuk menggagalkan syarikat pelaburan kerajaan ini supaya tidak berjaya menjadi seperti Temasek di negara jiran.
  
Akhbar-akhbar di negara jiran, Brunei, Filipina, Kemboja, Thailand tidak menyerang 1MDB sebagaimana media di Singapura menghentam sehabis-habisnya 1MDB ini. 

Nampaknya, elemen lama masih ada di Singapura. Generasi baru perlu membaca semula sejarah DAP dan PAP.

Belakang Tabir 
Pada tahun 2015, Tun M telah menyerang DS Najib dalam isu derma RM2.6B. Ramai yang gelabah. 

Di sinilah TS Anuar menjalankan pengalamannya. Beliau menjemput ramai pemimpin-pemimpin UMNO ke rumahnya, bertanya mereka, mendengar suara hati mereka. Malah ada menteri turut mengunjungi TS Anuar untuk mendapatkan nasihat. 

TS Anuar Musa menasihati semua mereka supaya teguh di belakang Kerajaan dan menyokong kepimpinan DS Najib.

Pada bulan Ramadan 2015, TS Anuar Musa dengan permuafakatan beberapa pemimpin kanan UMNO ke Seri Perdana untuk mendengar sendiri penerangan dari DS Najib tentang RM2.6. TS Anuar Musa telah bertanya direct kepada DS Najib. Pada ketika itulah, DS Najib menerangkan satu persatu dan menunjukkan surat derma dari Arab Saudi.

Yang jelas wang itu adalah derma dari Arab Saudi, bukan wang kerajaan dan bukan wang dari mana-mana agensi kerajaan. Ianya sudah dikembalikan, akaun sudah ditutup dan sudah tiada di Ambank.

Dengan penjelasan dari hati ke hati itu, sokongan mereka kepada DS Najib bertambah kukuh. Mereka kembali bersemangat waja.

TS Anuar Musa telah berjaya membantu DS Najib.

TS Muhyiddin dan Shafie
TS Muhyiddin pada mulanya adalah seorang yang setia kepada DS Najib dan tidak mempunyai cita-cita untuk menjawat PM kerana pelbagai faktor. Namun begitu, kejayaan Tun M dan pemimpin senior Tun Daim serta rakan mereka berjaya memujuk dan mempengaruhi TS Muhyiddin untuk menentang DS Najib, dengan dijanjikan jawatan Perdana Menteri. Tidak perlu menunggu lama.

Begitu juga dengan DS Shafie Apdal, peranan belakang tabir yang dimainkan oleh Tun Daim dan kumpulannya berjaya memujuk DS Shafie Apdal keluar menyertai TS Muhyiddin. DS Shafie mengetahui beliau tidak akan dapat melangkaui DS Hishamuddin dan DS Ahmad Zahid Hamidi.

Ketika DS Shafie Apdal dan TS Anuar Musa dalam satu kapal ke Kuching. Sepanjang dua jam penerbangan itu, DS Shafie meluahkan sikap sebenarnya. TS Anuar Musa sangat terkejut. Apabila tiba di lapangan terbang Kuching, DS Shafie mengajak TS Anuar untuk menaiki kenderaannya dan menyambung semula ceritanya.

Hakikatnya, rakyat perlu tahu, TS Muhyiddin dan DS Shafie meninggalkan DS Najib bukanlah kerana isu 1MDB dan RM2.6 pun, melainkan cita-cita peribadi mereka setelah berjaya diperdaya.

Nasihat TS Anuar Musa
TS Anuar Musa menjadi Menteri ketika berusia 33 tahun. YB Khairy menjadi Menteri ketika berusia 37 tahun. Kata teman yang mengiringi saya, jika pada zaman TS Anuar Musa dahulu sudah wujud Handphone, Wassap, FB dan sebagainya sudah pasti TS Anuar lebih beraura daripada KJ. Namun era dan zaman berubah.

Pengajaran yang diperolehi daripada perbualan saya dengan TS Anuar Musa, untuk pemimpin-pemimpin UMNO khususnya. Pertama Ketua-ketua pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri hendaklah kuat semangat, setia dan menunjukkan kekuatan di hadapan rakyat ketika mendepani isu-isu semasa. 

Kedua, kepada pemimpin muda, integriti tidak boleh dikompromi dan keihlasan mesti berada di hadapan untuk menjayakan sesuatu agensi yang diketuai. Usah bermegah dengan jawatan, usah mencari jalan pintas. Kebanyakan pemimpin sekarang lemah prinsip perjuangan dan kesetiaan pula mudah terusik.

Bagi TS Anuar Musa, beliau tidak mempunyai apa-apa ambition yang besar. Semuanya sudah dilaluinya sejak hampir 40 tahun berpolitik.

Selamat Membaca
Selamat Berhujung Minggu.






PERBUALAN TELEFON PRESIDEN TRUMP DENGAN DS NAJIB

on Wednesday, April 5


Gambar Hiasan

1. Dalam kunjungan terbaharu saya ke Washington DC, saya rasa banyak beza dengan kunjungan saya pada tahun 2015. Ketika mendarat di Washington airport, pengunjung luar negara berbaris dalam 7 baris, mengambil masa dekat 2 jam untuk saya sampai di kaunter imigresen. Kebanyakannya adalah pakar-pakar jantung dari seluruh dunia, kebetulan wakil negara kita Malaysia dari UPM, turut membentangkan tajuk 'Assessment Left Ventricular Strain and its Clinical Correlatons in Isolated Left Ventricular Non-Compaction' di American Colllege of Cardiology di Washington DC.

Saya terlupa membawa sarung tangan dan memakai kasut yang tidak sesuai. Sisa-sisa salji memperlahankan pergerakan saya.

2. Pada tahun ini, saya dan pengunjung dari negara lain tidak dapat mendekati White House. Pihak keselamatan tidak membenarkan. Saya diberitahu beberapa hari sebelumnya, ada cubaan untuk menceroboh White House. Oleh itu, kami hanya dapat bergambar dari jauh. Bangunan Capital juga sudah siap, berbanding tahun 2015 dan 2016 masih dalam penambabaikan.

3. Dalam perbualan saya dengan diplomat di Washington, saya diberitahu Presiden Trump baru-baru ini telah bercakap dengan DS Najib melalui telefon. Dalam perbualan itu, Presiden Trump telah mempelawa DS Najib untuk melawat Amerika Syarikat. Saya dimaklumkan, DS Najib tidak menolak pelawaan Presiden Trump sebaliknya akan memenuhi pelawaan itu pada masa yang sesuai.

4. Saya bertanya diplomat tersebut, adakah Presiden Trump akan melawat Malaysia. Jawapannya ya, tetapi tidak dinyatakan masa. Ini meunjukkan hubungan akrab Presiden Trump-DS Najib sudah lama berlaku, kerana itulah semasa mula-mula menjadi Presiden Amerika, Trump telah menghantar tweet tentang hubungan baiknya termasuk pernah bermain golf dengan DS Najib. Nampaknya, teori golf for diplomatic adalah benar.

5. Saya juga dimaklumkan hubungan di antara Amerika Syarikat-Malaysia semakin bertambah baik. Tidak ada isu besar antara dua negara ini melainkan isu-isu sejagat dan kemanusiaan dunia. Presiden Trump amat menghormati DS Najib. Saya dimaklumkan dalam perbualan telefon itu, Presiden Trump mahu hubungan baik dengan Malaysia diteruskan.

6.  Hari ke-5 di bumi Amerika Syarikat, saya menaiki bas menuju ke Philadelphia untuk bertemu jiran-jiran lama saya. Alhamdulillah, saya sangat gembira melihat anak-anak jiran saya semakin maju dalam sekolah. Salah seorang mendapat tawaran daripada kerajaan Amerika Syarikat untuk melanjutkan pendidikannya di sekolah yang terbaik di Philly. Seorang lagi jiran saya baharu sahaja melahirkan seorang anak perempuan.

7.  Saya menumpang di rumah sebuah keluarga Melayu yang sedang melakukan post doc di Wharton School, University Pennsylvania.
Prof Shamsul (UKM) Membentangkan tajuk "Redefining "Unity" in Malaysia
Ditemani Prof Jayum Jawan
Disaman Polis Amerika
8.  Tiga hari kemudian, kami menyewa sebuah mini van menuju ke Ohio University dengan harga USD490 termasuk insuran. Dalam perjalanan itu, kami telah disaman USD120 kerana melebihi kelajuan yang dibenarkan iaitu 86 batu sejam, sepatutnya tidak melebihi 80 batu sejam. 

9.  Selepas 10 jam perjalanan, saya tidur di rumah penyelia sarjana saya Profesor Jayum Jawan. Beliau adalah penyandang ke-15 Kerusi Tun Razak (establish 1980), Ohio University dan pada masa yang sama bertugas sebagai Profesor Pelawat di Ohio University.

10.  Saya menunjukkan dan berbincang mengenai thesis kedoktoran saya. Beliau mencadangkan beberapa perubahan dan cadangan penambahbaikan.
Bertemu semula Prof Emeritus Donald L. Horowitz
Beliau pernah bertugas di UM dan UKM sekitar tahun 1960an
11.  Esoknya kami mula sibuk dengan Conference “Malaysia and the World: Cross-Regional Perspectives on Race, Religion and Ethnic Identity”. Beberap nama besar turut hadir iaitu VC UPM, Prof Datin Paduka Aini Ideris, Profesor Datuk Shamsul Amri Baharuddin (UKM), Donald L. Horowitz (Duke University), Profesor Meredith Weiss (State University of NY),  Profesor Ahmad Tarmizi Talib (UPM’s Visiting Profesor di Wailalak University, Thailand),  Profesor Stanley Bye Kadam Kiai (UNIMAS), Dr. Sarjit (UPM).

12.  Sebuah jurnal antarabangsa bertajuk Tun Razak Occasional Paper 1 dengan tema "Nation-Making in Malaysia, Issues and Challengs" turut dilancarkan oleh VC UPM, di mana saya turut menyumbangkan sebuah artikel.

13.  Pada hari ke 10, saya melakukan penerbangan balik ke Malaysia. Semasa di Colombus airport, saya terpaksa membayar USD50 kerana saya terlupa membeli luggage. Manakala semasa di Chicago airport, saya didenda USD250 oleh Qatar Airways kerana lebih berat. Semuanya adalah pengalaman baru yang sangat berguna. 

VC UPM, Datin Paduka Prof Aini Menyampaikan Key Note 'Research Universites as a Tool to Generate Knowledge for Nation Building - Malaysian Perspective"

Jurnal Antarabangsa Tun Abdul Razak Dilancarkan  Oleh VC UPM Di Amerika Syarikat














Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan