CERITA DI DUBAI & ABU DHABI

on Wednesday, April 19

Mercu Tanda Dubai, Burj Khalifa
1.  Jika sebelum ini, Dubai dan Abu Dhabi hanya tempat saya transit sebelum meneruskan penerbangan ke destinasi lain. Kali ini, selama seminggu berada di negara kaya United Arab Emirates (UAE), saya telah bertemu ramai rakyat Malaysia yang bekerja sebagai land development, engineer, security, business, project manager, Oil & Gas, penerbangan termasuk kakitangan kedutaan negara kita Malaysia. Kebanyakan mereka adalah golongan profesional.

2. Semasa berkolaborasi dengan mereka, saya mendapat pelbagai feedback yang sangat menarik . Mereka mahu tahu perkembangan terbaharu dan perkara sebenar mengenai isu-isu yang mereka terima dari media alternatif. 

4.  Ada satu perkara sangat menyentuh perasaan saya bilamana seorang peserta begitu terserlah jatidirinya mempertahan nama baik Malaysia. Sebenarnya, menurut teori 'the bridge' (Prof. Jayum Jawan, Ohio University, USA), kita memerlukan lebih banyak individu seperti ini yang akan menjadi jambatan dalam menyambungkan a sense of ownership di kalangan rakyat perlbagai kaum, pelbagai fahaman tetapi bersama-sama bergerak ke arah kemaslahatan negara. 

5. Saya diberitahu, negara kaya UAE juga akan mengenakan satu bentuk cukai baru diberi nama Value Added Tax (VAT) sebanyak 5% hampir serupa dengan sistem percukaian GST. 

6. Kalau ikut logik sesetengah pihak, UAE tidak perlu mengenakan VAT kerana negara kaya ini hanya mempunyai penduduk asal UAE 1.08 juta sahaja, sangat kecil berbanding orang India di UAE 2.6 juta, orang Pakistan di UAE 1.7 juta dan orang Philippine di UAE sebanyak lebih 525,000 orang. Maknanya rakyat negara lain lebih ramai berbanding rakyat asal UAE. (Rakyat asing kira-kira 8 juta).

7. Apapun, saya sangat gembira melihat rakyat Malaysia di UAE bersatupadu dan berdisiplin. Semasa duduk di Amerika Syarikat, saya juga melihat rakyat Malaysia sangat bersatu-padu dan patriotik terserlah.

8.  Dengan 31.7 juta penduduk Malaysia (2016), bukanlah suatu yang pelik untuk rakyat Malaysia bekerja di luar negara sesuai dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran tinggi yang mereka miliki. Ia adalah proses globalisasi. Di UAE juga terdapat kira-kira 200,000 orang China. Di Malaysia sahaja kira-kira 3 juta rakyat asing bekerja dalam bidang perladangan, pembuatan, pembinaan, pengawal keselamatan, perniagaan restoran dan sebagainya.

9.  Dalam ucapan Perdana Menteri DS Najib di New York tempoh hari, beliau menerangkan kepada pelajar-pelajar di sana bahawa di antara usaha beliau membangunkan negara dengan melaksanakan projek-projek berimpak seperti MRT, projek keretapi KL-Ipoh-Padang Besar dan seterusnya PAN Borneo Sabah dan Sarawak, Projek keretapi Pantai Timur, dan lain-lain supaya lebih banyak pekerjaan dan bisnes diwujudkan.

10. Kesimpulannya, kita semua sependapat supaya asas kenegaraan dan patriotik diperkukuhkan, perlaksanaan undang-undang dimantapkan lagi, perbuatan rasuah mesti dibenteras habis-habisan. Jika semua elemen kenegaraan dapat dimantapkan, maka survival negara kita dapat diteruskan dengan kukuh dan kuat.

Abu Dhabi
17/4/2017.
Masjid Sh Zayed, Abu Dhabi
Sesi Kolaborasi Kenegaraan Di Abu Dhabi









0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan