
PERLANTIKAN BAHARU DI JABATAN KERAJAAN: PM & KSN UTAMA KEPENTINGAN NEGARA & RAKYAT
Pentadbiran
awam di negara Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia melibatkan imbuhan
gaji, bonus, elaun, kemudahan kesihatan, insuran, pendidikan, jaminan keselamatan,
kenaikan pangkat dan sistem pencen.
Perlantikan
dan pertukaran adalah perkara biasa di dalam perkhidmatan kerajaan. Ianya
berlaku untuk memastikan kelancaran sesebuah jabatan dalam merealisasikan
agenda rakyat dapat mencapai sasaran dengan cepat dan tepat. Kelemahan sesebuah
agensi kerajaan bukan sahaja memberi implikasi negatif kepada kerajaan, tetapi
akan merugikan negara dan rakyat. Perkara inilah yang cuba dielakkan oleh PM
dan KSN dalam melantik seseorang mengetuai sesuatu jabatan kerajaan.
Perlantikan
seseorang ke sesuatu jawatan adalah hak eksklusif YAB Perdana Menteri. Dalam
hal ini, Ketua Setiausaha Negara (KSN) sebagai ketua kepada perkhidmatan awam
di Malaysia mempunyai kuasa yang besar untuk menerima cadangan dari pihak yang
berautoriti seperti Menteri untuk melantik mereka yang berkelayakan bagi menjalankan
tugas di mana-mana jabatan baru.
Walau
bagaimanapun, terdapat kritikan dilemparkan kepada Kerajaan mengenai isu
pertukaran dan perlantikan seseorang ke jabatan yang baharu. Dalam hal ini, sentimen
perkauman, agama dan fahaman politik bukan menjadi asas kepada perlantikan
seseorang. Sentimen itu bukan amalan dalam kerajaan Malaysia. Amalan Kerajaan Malaysia ialah untuk
memastikan perlantikan seseorang akan dapat meningkatkan lagi kualiti
perkhidmatan dan seterusnya negara dan rakyat akan menerima faedahnya.
Kerajaan
boleh menerima cadangan daripada mana-mana pihak seperti Menteri tetapi
akhirnya yang menilai dan memutuskan cadangan itu ialah YAB Perdana Menteri dan
KSN selepas melihat dari semua sudut seperti sejarah perkhidmatan,
latarbelakang perkhidmatan, pengalaman, tatatertib dan sebagainya. PM dan KSN
sudah pasti akan memberikan keutamaan kepada rakyat dan negara dalam memutuskan
sesuatu cadangan perlantikan seseorang. Oleh yang demikian rakyat diminta tidak
terpengaruh dengan hasutan sesetengah pihak yang menuduh PM dan KSN tidak
prihatin dalam hal ini.
Di
pihak kakitangan kerajaan pula, adalah lumrah kepada mereka untuk menurut
perintah dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada jabatan masing-masing.
Keakuran kakitangan kerajaan kepada kerajaan semasa amat penting dalam
memastikan kelancaran sesebuah pentadbiran kerajaan. Kita tidak mahu menjadi
sebuah kerajaan yang porak-peranda seperti sesetengah negara kerana ketidakpatuhan
sesetengah kakitangan kerajaan mereka kepada Kerajaan yang memerintah.
0 Komen:
Post a Comment