DAVID TEO DISARAN MASUK KURSUS KENEGARAAN

on Sunday, May 21

Gambar Hiasan
1. Insiden prosedur David Teo pembikin filem-filem dan drama Melayu ditampar oleh Mat Over mendapat pelbagai respon.

2. Program TN50 telah memberikan peluang kepada para artisan untuk meluahkan isi hati dan minda mereka kepada Perdana Menteri (PM) secara terus tanpa melalui Setiausaha Politik, Penasihat PM atau pegawai-pegawai kanan PM. Ianya satu peluang keemasan dan keterbukaan yang sedang diamalkan oleh DS Najib.

3. Malangnya semasa giliran David Teo, dia telah ditampar oleh pelakon Mat Over. Pada masa itu, David Teo sedang bertanyakan dengan nada, gaya dan cara yang dilihat tidak bersesuaian dengan budaya orang-orang Melayu. Adakah itu budaya David Teo? Barangkali David Teo terlupa DS Najib bukan pelakon yang boleh dia marah jika tidak berpuashati.

4. Namun begitu, jika saya moderator ketika itu, saya akan memberi peluang David Teo meneruskan percakapannya walau David Teo bercakap dengan cara agak kasar dan dilihat kurang sopan kepada pemimpin negara. Biar audiens menilai budaya David Teo. Sepanjang pengalaman saya, DS Najib adalah seorang pemimpin yang bersuara lembut, tenang, mendengar dan tidak suka kepada kekerasan.

5. Sebab itulah ketika DS Najib memerintah, tidak ada pemimpin pembangkang bermata lebam. Malah, DS Najib memberi perhatian kepada keselesaan DS Anwar Ibrahim di dalam penjara. Buku, tempat tidur dan sebagainya dipenuhi berbanding tahanan di Kamunting (ISA) suatu ketika dahulu(1). Seorang AMT PKR mengesahkan kepada saya akan kemulian DS Najib memastikan keselesaan dan keselamatan DS Anwar di dalam penjara.

6. Oleh itu, jika David Teo membabi buta dan bercakap agak kasar kepada Perdana Menteri Malaysia, saya sangat yakin DS Najib akan mendengarnya jua. Namun, faktor lain pula ialah orang-orang Melayu dan Islam tidak dapat menerima cara David Teo itu. Perkara inilah yang tidak diselami oleh David Teo dan akhirnya Mat Over bertindak di luar jangkaan. Pada pandangan saya, David Teo patut masuk kursus kenegaraan di BTN.

7. Rakyat Korea Utara pasti akan menerima nasib buruk jika berkelakuan sebegitu di hadapan Presiden Korea Utara. Paling dekat, rakyat Indonesia walau berbeza fahaman politik dengan Presiden mereka tetapi mereka tidak akan berkelakuan sebegitu kepada pemimpin utama mereka. David Teo beruntung kerana berkelakuan jelek di hadapan PM yang sabar dan tenang.

8. Satu perkara David Teo barangkali terlupa, dia menjadi kaya raya dengan membuat filem-filem Melayu, menggunakan pelakon-pelakon Melayu dan dengan bantuan kerajaan. Sudah berpuluh-puluh tahun David Teo bergelumang dengan aura Melayu. Barangkali David Teo tidak akan berjaya jika menerbitkan filem-filem Cina, siapa hendak menonton?

9.  David Teo itu sepatutnya berterimakasih kepada DS Najib kerana mengadakan program TN50. David Teo telah menikmati kejayaan dan kekayaan yang tidak dinikmati oleh produser-produser Melayu lain seperti AR Badul dan sebagainya.

10. Saya mencadangkan David Teo memohon kursus kenegaraan di BTN (2). Saya pernah melihat Tian Chua berhujah dan berbahasa dengan begitu sopan dan beradab semasa mengeluarkan pandangannya dalam sesi meja bulat pada tahun 2010 dahulu.

11. Sayang sekali, David Teo seorang Askar Wataniah dan public figure tetapi gagal menjadi jambatan(3) kepada perpaduan nasional.
_________________________________________
(1) Syed Husin Ali, Two Faces, Detention without Trial, 1990.
(2) Kursus Kenegaraan oleh BTN pernah dibuat bersama artis, 2010
(3) Teori 'The Bridge' by Profesor Jayum Jawan, Ohio University, USA, 2017.

MASA TERBAIK PAS JADI MENTRI BESAR SELANGOR

on Tuesday, May 16

1. Keputusan Majlis Syura PAS menamatkan tahaluf siasi dengan PKR terutama DAP telah diumumkan dengan rasmi oleh SU Majlis Syura PAS. Namun begitu, 3 exco PAS masih duduk di dalam kabinet Azmin Ali walaupun DAP dan PAN setiap hari mendesak Azmin supaya memecat ketiga-tiga exco tersebut.(1)

2. Sungguh sadis keadaan 3 exco PAS di atas. Azmin pula cuba bertahan menggunakan alasan mandat 2013 untuk mempertahan kerajaannya untuk mengekalkan 3 exco tersebut walupun DAP dan PAN setiap hari mendesak Azmin memecatnya.

3. Saya berpandangan PAS tidak sepatutnya mengulangi kesilapan lama. Pada tahun 2008, rundingan PAS-UMNO untuk membentuk Kerajaan di Perak dan Selangor telahpun diketahui ramai (2). Jika pada masa itu PAS istiqamah dan tidak terpengaruh dengan hasutan musuh, PAS sudah menjadi Menteri Besar di Selangor dan kekal Menteri Besar di Perak.

4. Tokoh-tokoh perpaduan PAS seperti Datuk Dr. Nasharuddin Mat Isa, Datuk Dr. Hassan Ali termasuklah tokoh besar DS Tuan Guru Hadi Awang telah menggerakkannya pada ketika itu. Kegagalan pada masa itu tidak sepatutnya diulangi.

5. Ramai orang tidak faham bilamana Presiden PAS menyatakan mereka akan memerintah 4 atau 5 negeri. Sebenarnya, inilah masa yang sesuai, jika PAS keluar terus daripada kerajaan negeri sekarang, kedudukan menjadi 28 (PAS-UMNO-BEBAS) dan 29 (PH). Dengan kedudukan sangat menggerunkan ini, DYMM Sultan Selangor boleh memainkan peranan untuk menstabilkan kerajaan negeri dengan menasihati mereka supaya menuruti kehendak rakyat.

6. Di mana-mana anda berada di Lembah Klang hingga ke Klang, majoriti kemahuan rakyat di Selangor sekarang adalah mereka mahu melihat Menteri Besar daripada PAS. Sebabnya mereka bosan dengan kemelut yang berlaku sekarang. Mereka mahu melihat cara PAS memerintah di Selangor. Perkara ini gagal dibaca dengan tepat dan cepat oleh sebilangan kepimpinan PAS.

7. Jika PAS memerintah Selangor, aura Islamik akan lebih terkehadapan sebagaimana Kelantan. Saya yakin UMNO tidak ada masalah untuk berkongsi kuasa di Selangor dengan PAS kerana MCA, MIC, MyPPP dan Gerakan tidak ada kerusi pun yang dimenangi di Selangor. 

8. Oleh itu, lebih baik 3 Exco PAS sekarang meletak jawatan daripada kelihatan terhegeh-hegeh ditolak oleh DAP (3), disindir dikata oleh PAN(4) dan PKR pun tidak sepenuh hati menyokong PAS lagi. Azmin pun hanya memberi sokongan sementara kepada PAS untuk mengelak kerajaan negeri terbubar. Itu sahaja. Setahu saya terhegeh-hegeh bukan amalan politik PAS.

9. Bagaimana pandangan anda, bersetujukah PAS menjadi Mentri Besar Selangor dalam keadaan politik Selangor yang tidak stabil sekarang ?
_________________________________________________________________________________

(1)  http://www.harakahdaily.net/index.php/rss-hd/34-pimpinan/1408-kenyataan-media-majlis-syura-ulamak-pas-tahaaluf-siyaasi-pas-pkr-terbatal
(2)  Rujukan mengenai mereka DS Dr. Mohd. Khir Toyo, Datuk Dr. Hassan Ali, Datuk Dr. Nasharuddin Mat Isa banyak terdapat dalam portal berita.
(3)  https://www.malaysiakini.com/news/382022 , https://www.facebook.com/BeritaTV3/videos/1765078603507313/
(4) Ucapan YB Khalid Samad dalam program 'Bicara Rakyat', Pakatan Harapan Mersing, 11 Mei 2017.

FITNAH RAFIZI, MASYARAKAT ANTARABANGSA MERAGUI BANK MALAYSIA? BANK BOLEH BANKRAP?

on Saturday, May 6

Gambar Hiasan
1. Rafizi boleh menuduh apa sahaja kepada Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa, DS Najib Tun Razak, Datuk Syed Mehdar Syed Abdullah dan sesiapa sahaja, isunya perkara asas dalam dakwaan-dakwaan Rafizi itu tidak dibuktikan. Jika dibawa ke Mahkamah pun, kita bimbang Rafizi akan mengulangi kata-katanya di sini di dalam mahkamah kononnya dia hanya bergurau sahaja dalam kes memfitnah DS Rosmah Mansur.

Berapa juta rakyat Malaysia ditipu Rafizi dalam kes cincin? Adakah anda salah seorang yang tertipu dengan penipuan Rafizi? Adakah anda mahu ditipu kali kedua oleh orang yang sama?

2. Semua orang faham tugas utama Rafizi ialah mencipta persepsi, spin dan menipu-helah rakyat supaya membenci kerajaan dan Perdana Menteri. Rafizi cuba menunjukkan beliau dan hampir 100 pekerja Invoke cukup inteligent. Malangnya pasukan Rafizi kelihatan badut, kelam-kabut dan nampak sangat hanya untuk PRU14 sahaja, sangat cacamerba.

3. Jika anda pergi ke mana-mana kedai, setiap urusniaga akan ada resit dan ada barang. Ini adalah asas beli-jual. Namun begitu, Rafizi tidak berjaya menunjukkan apakah barang yang dibeli di Itali, di kedai mana, tarikh dan masa pembelian, semua itu sepatutnya Rafizi tunjukkan dalam video Invokenya. Pada masa akan datang, jika perkara-perkara asas ini tidak dapat ditunjukkan, lebih baik Rafizi tidak muncul, kerana ianya hanya menyerlahkan lagi pembohongannya.

Modus operandi Rafizi tidak banyak beza ketika memfitnah DS Rosmah membeli cincin dahulu. Hampir-hampir sama modus operandi Rafizi dalam kes ini. Plot ceritanya sama.

4. Perhatikan resit di tangan anda, di mana-mana di seluruh dunia item asas dalam resit akan ditunjukkan harga barang, kuantiti, nama kedai, tarikh, peratus diskaun, baki dan total. Adakah Rafizi ada menunjukkannya? Wang Invoke kononnya ada RM2.7 Juta (yang terisytihar sahaja), gunakan wang itu terbang ke Itali, ambil gambar kedai itu, temuramah jurujual kedai itu, tunjukkan apa jenis barang yang bernilai jutaan itu dan sebagainya. Semua ini Rafizi tidak lakukan kerana Rafizi sendiri tidak yakin!

5. Rafizi hanya membuat dakwaan. Itu disebutnya dalam video Invoke. Bermakna Rafizi sendiri ragu-ragu. Mana-mana institusi kewangan yang tidak amanah boleh memberikan nombor akaun siapa-siapa pun. Rafizi sepatutnya menunjukkan bukti nyata yakni salinan fizikal Kad Kredit itu, nombor yang tertera di atas kad kredit itu, nama yang tertera di atas kad kredit itu, bulan berapa dan tahun berapa luput, 3 nombor digit di belakang, kad jenis apa gold atau premium atau super gold?. Semua ini Rafizi tidak tunjukkan kerana sumber maklumat Rafizi adalah secondary (Adakah Rafizi pergi sendiri ke bank yang disebutnya itu dan Yayasan Abrar untuk mendapatkan maklumat first hand?). Atau pun Rafizi hanya memungut maklumat secondary dari sumber hearsay, google dan sebagainya. Kedua, maklumat Rafizi sangat ketara bersifat politik. 

6. Begitu juga dakwaan berjuta-juta disebut oleh Rafizi. Mana bukti cetakan rasmi dalam slip bank? Mana transaksi akaun Yayasan Abrar? Rafizi perlu membuktikan amaun sebelum, semasa dan selepas, bukannya secara lumpsum menuduh sekian juta angka. Itu kerja budak sekolah, semua orang boleh buat. Jika Rafizi hanya menunjukkan helaian kertas di mana kertas itu barangkali dibuat dan direkacipta di Invoke, barangkali selepas mendengar sumber sana sumber sini dari orang yang sudah ketinggalan zaman dan diragui, jika ini cara Rafizi, pelajar universiti di USA akan ketawa. No spesific evidences, hanya perangkap samar sahaja.

7. Itu pun belum lagi masuk kepada aspek siasatan DNA ke atas dakwaan-dakwaan Rafizi itu. Apakah nilai keoriginalan kertas dakwaan Rafizi. Adakah helaian kertas A4 yang ditunjukkan Rafizi itu jenis A4 60g/70g/80g buatan China, Thailand atau tempatan serupa dengan yang ada di bank, SPRM dan Yayasan Abrar?. 

8. Satu perkara yang jelas, jika benar Rafizi mendakwa sumbernya dari SPRM atau mantan pegawai SPRM, sepatutnya Rafizi hendaklah Transparent, sebut nama pegawai itu baharulah maklumat-maklumat itu meyakinkan. Janganlah hanya pandai bercakap Transparent tetapi diri sendiri tidak boleh Transparent. Rakyat Malaysia perlu ingat Rafizi banyak kali kalah di mahkamah dan Rafizi pernah membohongi berjuta rakyat Malaysia dalam isu cincin.

9. Kita faham tugas Rafizi adalah membuat apa sahaja spin dan persepsi memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri sehingga kerajaan jatuh atau dia sendiri jatuh. Kita faham kerja Rafizi ialah membuat provokasi supaya rakyat membenci kerajaan. Namun Rafizi silap, bukan semua rakyat Malaysia boleh dibodohinya sepanjang masa.

Bank Tempatan Boleh Jatuh Bankrap
10. Begitu juga dakwaan Rafizi yang mengaitkan dengan sebuah institusi kewangan. Rafizi perlu menjelaskan siapakah manusia yang terlibat di dalam bank itu, ditakuti orang lain dalam bank itu akan menjadi mangsa dan dibuang kerja gara-gara fitnah Rafizi. Institusi kewangan pula sepatutnya menjaga kerahsiaan semua pelanggannya. Jika sesebuah institusi kewangan itu dilihat tidak amanah dan diragui, saya bimbang rakyat Malaysia akan berpindah ke bank lain dan akhirnya bank itu akan jatuh bankrap kerana tidak boleh dipercayai lagi dari aspek keselamatan.

11. Paling merisaukan jika masyarakat Antarabangsa dan pemain global perbankan melabel institusi kewangan di Malaysia diragui kebolehpercayaan dan integritinya. Ianya akan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara.

Selamat berhujung minggu.

KLIA.
6/5/2017.

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan