RESOLUSI PRBM DAN KENYATAAN BALAS MP KALABAKAN

on Wednesday, May 31

KENYATAAN MP KALABAKAN DIPETIK AKHBAR TEMPATAN

RESOLUSI PRBM

KENYATAAN balas Ahli Parlimen Kalabakan kepada laporan akhbar mengenai resolusi PRBM untuk memohon kerusi Parlimen dan DUN dalam PRU14 akan datang kembali memanaskan suasana politik di bawah bayu, khususnya di Kalabakan dan Tawau. Ramai yang meminta pandangan saya. Inilah pandangan saya.

Dari aspek sejarah, Presiden PRBM bukanlah asing pun kepada Ketua Bahagian UMNO Kalabakan. Suatu masa dahulu mereka bagaikan isi dengan buku. Hari ini mereka kelihatan berseteru, oleh kerana perseteruan itu hanyalah perseteruan politik, maka mereka yang bijak akan lebih berwaspada melihat perseteruan itu sebagai wayang gambar sahaja. Saya tidaklah hairan jika dalam PRU14 nanti mereka kembali bertaut. Sudah namanya politik, tidak ada musuh yang kekal dan tidak ada kawan yang kekal. 

Hari ini, Tun Dr. Mahathir sangat memuji DAP walhal sepanjang 22 tahun pemerintahannya, Tun M melabel Lim Kit Siang dan DAP bermacam-macam label yang buruk.

Bagi saya, etnik Bugis Sabah hendaklah bijaksana dan berpandangan jauh kerana negeri Sabah bukanlah seperti negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Di Sabah terdapat undang-undang negeri yang membataskan sedikit etnik-etnik non-pribumi termasuklah etnik Bugis Sabah. Ini adalah hakikat sejarah di mana di Sarawak juga mempunyai hak keistimewaan negeri yang serupa.

Bugis Sabah perlu berada di dalam kedudukan dan rel negeri serta nasional, bukannya kontradiksiasi. Bugis Sabah belum lagi boleh membakar jambatan sebagaimana DSP Lajim Ukin, DS Shafie Apdal atau Tun Dr. Mahathir sendiri. Atau penghunus keris sebagaimana TS Pandikar Amin Mulia. 
  
DSP Ghapur Salleh berpendapat UMNO telah banyak memberi kedudukan yang baik kepada Bugis Sabah di dalam kerajaan. Dalam konteks Kerajaan Persekutuan, ia benar kerana Kerajaan Persekutuan yang diterajui UMNO tidak mendiskriminasikan bijakpandai Bugis Sabah sehingga ramai di kalangan mereka berada di dalam kedudukan terbaik di dalam jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan, GLC Federal dan sebagainya. Itu kerana merit mereka dari aspek pendidikan, kelayakan, kebolehan dan pengalaman.

Sebaliknya, jika merit yang sama digunakan kepada Kerajaan Negeri Sabah, ianya tidaklah semudah sebagaimana di dalam Kerajaan Persekutuan. Sebabnya, Sabah mempunyai 20 points dan undang-undang negeri yang memiliki kuasa yang tersendiri dalam hal-hal seperti tanah, imigresen, perjawatan negeri dan sebagainya (1).

Manakala resolusi PRBM pula menggunakan alasan majoriti, warganegara Malaysia dan hak mereka untuk berpartisipasi membangunkan masyarakat dan negara jua.

Dari segi akademik, isu ini bukanlah tidak pernah diperkatakan. Malah, Profesor Samuel Hungtinton (2) telah meramalkan perkara ini akan berlaku di Asia, Asia Tenggara dan di negeri-negeri kecil seperti Sabah. Perseteruan tidak lagi antara budaya dan tamadun. Sebaliknya perseteruan berubah kepada perseteruan politik dan perseteruan etnik. Paling membimbangkan adalah perseteruan antara agama. Ianya boleh membawa kepada masalah yang lebih besar, akhirnya memberi kesan kepada proses nation building dan kenegaraan (3)

Jika perkara ini berlaku, yang paling rugi adalah masyarakat Bugis Sabah sendiri. Jika kembali kepada sejarah, Puado (4) dulu tidak berseteru dengan sesiapa sebaliknya dia bersama dengan komuniti sivil ketika itu bersama-sama dengan orang Cina, Tidung, Suluk, Arab dan pemerintah kolonial. Maka dia dihormati. 

Resolusi PRBM jelas ditujukan kepada UMNO. PRBM mahu etnik Bugis Sabah yang berkelayakan dipilih menjadi calon UMNO-BN. DSP Ghapur Salleh sebagai Ketua Bahagian UMNO Kalabakan pasti berada dalam keadaan sukar kerana di dalam Parlimen Kalabakan hanya memiliki 4 DUN iaitu Kukusan (baharu), Merotai, Sebatek dan Tg. Batu. Adalah mustahil kepada UMNO Kalabakan untuk memenuhi 4 DUN itu diberikan kepada etnik Bugis sahaja kerana konsep UMNO adalah berlaku adil kepada semua etnik Melayu. Statusquo masih lagi Bugis Sabah satu kerusi DUN di Sebatek.

UMNO Kalabakan sejak sekian lama pernah memenangkan etnik Bugis Sabah seperti Dr. Patawari (Merotai/Sebatek) dan Muis Picho (Sebatek). Sebelumnya Said Senang di bawah bendera USNO-BN telah memenangi DUN Merotai beberapa kali dan juga Salim Bacho di Kunak (USNO-BN). Namun begitu, sejak tahun 2004, DUN Merotai telah dipinjamkan kepada etnik Cina melalui parti LDP. UMNO Kalabakan telah berusaha beberapa penggal untuk meminta semula DUN Merotai dikembalikan, namun tidak berjaya.

Persoalan sekarang ialah, percubaan beberapa etnik Bugis Sabah memasuki pilihanraya di Sabah melalui posisi lain seperti PAS dan Bebas belum lagi mencapai keberhasilan. Jika UMNO Kalabakan tidak dapat memenuhi resolusi PRBM adakah PRBM sanggup membakar jambatan menyeberang ke parti oposisi ? 

Nasihat saya satu sahaja, negara kita mengamalkan sistem demokrasi. Negara kita bukan negara autokrasi, kukubesi atau diktator. Gunakanlah demokrasi dengan bijaksana. Kita mesti mengawal demokrasi, bukan demokrasi mengawal kita. Kunci demokrasi ialah rakyat. 

Hari ini masyarakat di barat tidak lagi menyebut democracy as democracy or democratic, tetapi mereka menyebutnya sebagai people choice, people centric or peoples power. Konsep inilah yang memenangkan Donald Trumph di USA, Rodrigo Duterte di Filipina, Justin Trudeau di Kanada dan Macron di Perancis. 

Selamat berpuasa.

Bangkok, Suvarnabhumi Airport.

*Artikel Bugis Sabah yang menarik perhatian pembaca ialah http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/02/bugis-sabah-diiktiraf.html sejak 2012-2017 telah dibaca lebih 100,000 pembaca di dalam blog ini sahaja, dan terdapat hampir 400 komentar daripada pelbagai kaum. 
------------------------------------------------------
(1) Antaranya Ordinan Negeri Sabah, Sabah State, Native Courts Enactment, 24 April, 1992, Lihat juga Federal Constitution, MDC Publications, 2004
(2) Samuel P. Huntington, The Clash of Civilization and Temarking of Word Order, Simon & Schuster UK Ltd., Africa House, 64-78, Kingsway, London, 1996.
(3) Leo Tolstoy.
(4) Nama sebenarnya Latoampong bin Andi Buku @ Hj. Hassan




5 Komen:

Anonymous said...

Terimakasih pandangan Dato' bernas tapi berhati2 betul bah

Anonymous said...

Setuju 100% ngam memang ko Ndi

Anonymous said...

Saya sukung Samsul barani bah, yg lain mana brani bah, itu Gapur sudah tua bah apa lagi mau, pondok tilpon ndak pandai bikin di murotai, bank mau cucuk pu mau pigi bandar, ndakda kemajuan bah kalau Gapur, kalo Muis jgn ceritalah pikiran lama bah sama juga tu 2 5, Samsul alang la bosku baru kasi jadi bah.

Anonymous said...

SAMSUL ALANG TERBAIK LA DATO

Anonymous said...

Saya sukung Samsul Alang bah sebab barani bah, ok ka bos

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan