MASA TERBAIK PAS JADI MENTRI BESAR SELANGOR

on Tuesday, May 16

1. Keputusan Majlis Syura PAS menamatkan tahaluf siasi dengan PKR terutama DAP telah diumumkan dengan rasmi oleh SU Majlis Syura PAS. Namun begitu, 3 exco PAS masih duduk di dalam kabinet Azmin Ali walaupun DAP dan PAN setiap hari mendesak Azmin supaya memecat ketiga-tiga exco tersebut.(1)

2. Sungguh sadis keadaan 3 exco PAS di atas. Azmin pula cuba bertahan menggunakan alasan mandat 2013 untuk mempertahan kerajaannya untuk mengekalkan 3 exco tersebut walupun DAP dan PAN setiap hari mendesak Azmin memecatnya.

3. Saya berpandangan PAS tidak sepatutnya mengulangi kesilapan lama. Pada tahun 2008, rundingan PAS-UMNO untuk membentuk Kerajaan di Perak dan Selangor telahpun diketahui ramai (2). Jika pada masa itu PAS istiqamah dan tidak terpengaruh dengan hasutan musuh, PAS sudah menjadi Menteri Besar di Selangor dan kekal Menteri Besar di Perak.

4. Tokoh-tokoh perpaduan PAS seperti Datuk Dr. Nasharuddin Mat Isa, Datuk Dr. Hassan Ali termasuklah tokoh besar DS Tuan Guru Hadi Awang telah menggerakkannya pada ketika itu. Kegagalan pada masa itu tidak sepatutnya diulangi.

5. Ramai orang tidak faham bilamana Presiden PAS menyatakan mereka akan memerintah 4 atau 5 negeri. Sebenarnya, inilah masa yang sesuai, jika PAS keluar terus daripada kerajaan negeri sekarang, kedudukan menjadi 28 (PAS-UMNO-BEBAS) dan 29 (PH). Dengan kedudukan sangat menggerunkan ini, DYMM Sultan Selangor boleh memainkan peranan untuk menstabilkan kerajaan negeri dengan menasihati mereka supaya menuruti kehendak rakyat.

6. Di mana-mana anda berada di Lembah Klang hingga ke Klang, majoriti kemahuan rakyat di Selangor sekarang adalah mereka mahu melihat Menteri Besar daripada PAS. Sebabnya mereka bosan dengan kemelut yang berlaku sekarang. Mereka mahu melihat cara PAS memerintah di Selangor. Perkara ini gagal dibaca dengan tepat dan cepat oleh sebilangan kepimpinan PAS.

7. Jika PAS memerintah Selangor, aura Islamik akan lebih terkehadapan sebagaimana Kelantan. Saya yakin UMNO tidak ada masalah untuk berkongsi kuasa di Selangor dengan PAS kerana MCA, MIC, MyPPP dan Gerakan tidak ada kerusi pun yang dimenangi di Selangor. 

8. Oleh itu, lebih baik 3 Exco PAS sekarang meletak jawatan daripada kelihatan terhegeh-hegeh ditolak oleh DAP (3), disindir dikata oleh PAN(4) dan PKR pun tidak sepenuh hati menyokong PAS lagi. Azmin pun hanya memberi sokongan sementara kepada PAS untuk mengelak kerajaan negeri terbubar. Itu sahaja. Setahu saya terhegeh-hegeh bukan amalan politik PAS.

9. Bagaimana pandangan anda, bersetujukah PAS menjadi Mentri Besar Selangor dalam keadaan politik Selangor yang tidak stabil sekarang ?
_________________________________________________________________________________

(1)  http://www.harakahdaily.net/index.php/rss-hd/34-pimpinan/1408-kenyataan-media-majlis-syura-ulamak-pas-tahaaluf-siyaasi-pas-pkr-terbatal
(2)  Rujukan mengenai mereka DS Dr. Mohd. Khir Toyo, Datuk Dr. Hassan Ali, Datuk Dr. Nasharuddin Mat Isa banyak terdapat dalam portal berita.
(3)  https://www.malaysiakini.com/news/382022 , https://www.facebook.com/BeritaTV3/videos/1765078603507313/
(4) Ucapan YB Khalid Samad dalam program 'Bicara Rakyat', Pakatan Harapan Mersing, 11 Mei 2017.

5 Komen:

Anonymous said...

Kerjasama PAS-UMNO, sgt setuju. Ahli dan penyokong PAS hari ini lebih terdedah maklumat, lebih berilmu, lebih matang. Tinggalkan politik perpecahan, tinggalkan politik dendam, tinggalkan politik bermusuhan. PAS dan UMNO masing masing ada kelebihan dan kelemahan masing masing, bila bekerjasama dpt lengkap melengkapi. Pencinta perpaduan Islam, tentu lebih gembira dgnnya.

mahligai seni said...

Saya sangat berharap PAS mempamerkan gaya berpolitik yang memberi kebaikan kepada rakyat berbilang-bilang kaum serta disegani oleh orang bukan Islam dengan contoh yang sejalan ajaran Rasulullah SAW.

Anonymous said...

Setuju... kita cuba plak PAS di Selangor... mungkin lebih baik dari PKR...

Nobody said...

Mana kau dapat fakta rakyat Selangor nakkan menteri besar Pas ni???

Daripada Harakah???

Daripada seumur hidup Harakah, tiap2 kali pilihanraya kata menang haram tak pernahnya menang!!!

Jadi kalau kau baca Harakah, kau kena baca secara berlawanan.

1. Kalau Harakah tulis Perdana Menteri Kanada masuk Islam maksudnya Perdana Menteri Kanada belum masuk Islam!!!

2. Kalau Harakah tulis Jahanam PAN maksudnya PAS sendiri jahanam kena ribut!!!

3. Kalau Harakah tulis ahli Amanah baru 230 orang je bulan ni maksudnya ahli baru PAS 230 orang je yang lain masuk Amanah!!!

4. Kalau Harakah tulis 5 negeri PAS menang maksudnya 5 negeri tu satu kerusi pun tak dapat!!!

PAS nak jadi Menteri Besar Selangor??? Kami semua bukan walaunlah mudah dibodoh2kan oleh Harakah!!!

Kelantan pun PAS tak tentu lagi tau!!!

Anonymous said...

Kat kelantan pun tak rok. Nak handle sampah pun taknoandai lagi. Mangsa banjir oun masih da yg duk kat kemah. Pas yg ada ni bukan zman TGNA yg dihomati disayangi atas kesedrhanaan beliau. Yg ada ni merapu. Sorg cakp lain nanti yg 1 ckp lain. Lebih oentibgkan habuan duniawi bukan nak mengatasi masalah kos n bebanan hidup rakyat. Lagi kalau begabung dgn umno abis negara oun hancus n rakyat semakin menderita.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan