KISAH DS ROSMAH MANSUR DI AMERIKA SYARIKAT

on Monday, June 19



1. Anda pasti tidak boleh lupa fitnah cincin ke atas DS Rosmah yang difitnah oleh Rafizi Ramli. Selama bertahun-tahun isu cincin digunakan dengan harapan rakyat akan terpengaruh. Namun begitu, apabila tuduhan itu dibawa ke mahkamah, amat pelik apabila Rafizi Ramli berkata tuduhan itu dia hanya main-main sahaja. Apa jenis manusia Rafizi ini buat begini (1)!

2. Hari ini, selepas semua cara tidak berjaya untuk menjatuhkan DS Najib, mereka kembali menggunakan kaedah lama iaitu memfitnah semula DS Rosmah. Kali ini menggunakan sumber negara asing iaitu DOJ (2). Saya membaca berkali-kali saman setebal 251 halaman itu, namun tidak ada satu perkataan pun menyebut nama DS Rosmah Mansur ataupun DS Najib. 

3. DOJ hanya mengaitkan secara indirect dengan istilah MO1 dengan individu-individu yang berurusniaga dengan syarikat 1MDB. DOJ boleh menyaman individu-individu tersebut jika mengesyaki mereka melakukan pencatutan atau sumber dana yang meragukan. DOJ tidak berani menyaman DS Najib atau DS Rosmah kerana mereka sendiri tahu kedua-duanya tidak terlibat. Sebab itu mereka mengambil jalan selamat dengan mencipta istilah MO1. Presiden Trump sendiri banyak bertentangan dengan DOJ seperti dalam isu hubungan sulit dengan Rusia dan isu kempen Presiden 2016 (3).

4. Ahli Parlimen DAP, Dr. Tan Seng Giaw bertanya semula kepada media yang membuat provokasi, kenapa perlu menyiasat Perdana Menteri sedangkan tidak ada bukti-bukti yang Perdana Menteri terlibat. Bagi Dr. Tan Seng Giaw, yang perlu disiasat ialah pengurusan dan ahli lembaga pengarah 1MDB. Pemimpin-pemimpin pembangkang terkedu dengan penerangan Dr. Tan Seng Giaw (4).

5. Ketika Perdana Menteri melawat New York 2 tahun lalu, kami yang duduk di USA menyambutnya dengan ala kadar sahaja. Tidak ada karpet merah. Tidak ada sofa khas. DS Rosmah duduk di tempat orang ramai sambil menanti DS Najib menghabiskan ucapannya. Ketika makan pun DS Rosmah berbaris seperti orang lain berbaris. Malah DS Najib selepas berucap pun berbaris mengambil makanan dan berdiri sambil minum petang bersama-sama dengan rakyat Malaysia yang lain. Bacaan semula anda di sini

5. Malah anak perempuan DS Najib dan DS Rosmah pun belajar di universiti lama di Amerika Syarikat. Di dewan kuliah, anak beliau tidak menonjolkan diri malah sangat low profile. Apabila ditegur, beliau gembira kerana bertemu rakyat Malaysia. Di sebelah universiti di Philadelphia terdapat sebuah Hotel Apartment Hilton yang eksklusif, dia tidak pun duduk di situ. Apabila cuti anak beliau balik ke Malaysia membantu program bahasa Inggeris dalam program-program PERMATA. 

6. Semasa saya ke Washington DC baru-baru ini, saya bertemu Duta negara kita Tan Sri Zulhasnan dan beliau menyatakan betapa hubungan Presiden Trump dengan Perdana Menteri semakin bertambah baik. Malah ketika perbualan telefon antara Presiden Trump dengan DS Najib, mereka berdua menyatakan komitmen masing-masing untuk meneruskan kerjasama dengan lebih baik. Baca semula di sini

7. Ketika di New York, saya dimaklumkan betapa DS Rosmah sangat letih kerana terpaksa mengiringi suami ke majlis-majlis rasmi siang dan malam, saya sendiri melihat DS Rosmah menahan sakit kerana banyak berjalan mengikuti program rasmi. Namun, DS Rosmah menggagahi juga untuk turut serta bertemu pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia di Amerika Syarikat. Beliau tidak mahu menghampakan rakyat Malaysia.

8. Dalam satu majlis ceramah baru-baru ini, DS Rosmah sanggup duduk mendengar ceramah dan mengikuti aktiviti motivasi selama 3-4 jam. Beliau tidak berganjak meninggalkan majlis. Beliau menyantuni penganjur, isteri-isteri wakil rakyat dan pegawai-pegawai kerajaan walaupun penceramah program hanya pegawai-pegawai kerajaan biasa sahaja. 

9. Kesimpulan, anda mahu menjadi Rafizi Ramli dalam kes fitnah cincin dan pelbagai kesalahan maklumat? atau anda mahu berfikiran rasional seperti Dr. Tan Seng Giaw ! 

KLIA-Putrajaya.

Rujukan:-


2. Case2:17-cv-04438, Filed 06/15/17

3. http://fortune.com/2017/03/14/justice-department-trump-wiretap-evidence/

10 NASIHAT KEPADA AHLI AKADEMIK YANG MASUK POLITIK

on Monday, June 12

Saya telah menerima kiriman email dari seorang profesor di luar negara yang saya fikirkan perlu dikongsikan bersama dengan pembaca. Terdapat 10 nasihat beliau yang saya kongsikan di bawah.
            
1. Pada pandangan saya, ahli akademik di Malaysia perlu didisiplinkan. Jika tidak rakyat bawahan akan menjadi lebih teruk daripada ahli akademik itu.

2. Apabila ahli akademik tidak tahu menghormati pemimpin negara, maka rakyat bawahan akan lagi-lagilah tidak pandai menghormati pemimpin sesiapa pun pada masa hadapan, termasuklah dirinya sendiri. Kita boleh berbeza parti politik dan fahaman politik, tapi perlu beradab dalam kerangka Islam dan adat Melayu.

3. Ahli akademik yang menyertai politik tidak boleh dipanggil 'penganalisis politik'. Ahli akademik perlu meletakkan nama jawatan yang sebenar dalam parti politik, bukannya 'penganalisis politik' supaya masyarakat tahu status sebenar mereka, disiplin ilmu mereka, pengalaman dan sejarah akademik mereka.

4. Ahli akademik perlu mempamerkan akhlak, etika dan adab yang tinggi kerana mereka ilmuwan yang disanjung masyarakat.

5. Walaupun mereka menyertai politik, mereka tidak perlu terikut-ikut dengan perangai ahli politik yang tidak mempunyai nilai akademik, penting diri sendiri dan merosakkan masyarakat.

6. Jika terdapat ahli akademik menggunakan istilah, perkataan dan ayat-ayat yang tidak sesuai, macamana anak-anak murid mereka akan ikut, mereka akan melahirkan graduan yang kurang berakhlak dan beradab sebagaimana mereka jua.

7. Jika ahli akademik masuk parti politik dan terlalu 'sibuk' dalam politik, adalah lebih baik mereka keluar dari dunia akademik dan menjadi ahli politik sepenuh masa

8. Ahli akademik sebagai penjawat awam ada perintah am dan peraturan yang perlu dipatuhi. Jika mereka melanggarinya, maka mereka telah menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat dan generasi seterusnya.

9. Masyarakat mengharapkan ahli akademik berlaku jujur dan benar dalam penilaian mereka, bukannya menggunakan kedudukan mereka untuk menarik sokongan kepada parti politik tertentu.

10. Ahli akademik Islam terutamanya, seharusnya membawa politik Malaysia dalam kerangka Islam dan adat budaya Melayu yang merupakan teras budaya di peringkat nasional di negara kita. Jika mereka tidak memberi contoh Islam yang unggul, dikhuatiri mereka akan memberi mesej dan imej Islam yang negatif kepada penganut agama lain.


PROFESOR DARI UPM, MALAYSIA PENYANDANG KERUSI TUN RAZAK, BERI 'TALK' KEPADA DIPLOMAT USA DI JABATAN NEGARA AMERIKA

on Friday, June 2

PROFESOR JAYUM JAWAN (PALING KANAN) BERSAMA PARA DIPLOMAT USA DI JABATAN NEGARA AMERIKA SYARIKAT


PROFESOR JAYUM JAWAN (UPM), PEMEGANG KERUSI TUN ABDUL RAZAK KE-15 BAWA NAMA MALAYSIA DI JABATAN NEGARA AMERIKA SYARIKAT


Profesor Jayum Anak Jawan dari UPM sebagai pemegang kerusi ke-15 di TARC, Ohio University, USA baru-baru ini membuat penampilan terakhir di Institut Perkhidmatan Luar Negeri, Jabatan Negara USA pada 31 Mei, 2017.  

Ini adalah yang kedua Jabatan Negara Amerika Syarikat menjemput beliau ke Wasshington DC. Sebelum ini, Prof Jayum juga telah dijemput untuk perbincangan eksekutif dan analisis semasa dengan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, HE Kalama Shirin Lakhdhir.

Kali ini, Profesor Jayum memberi kuliah untuk para diplomat AS yang sedang menjalani latihan dalam perkhidmatan di Institut Negeri Perkhidmatan Luar, Jabatan Negara Amerika,Arlington, VA. Beliau telah dijemput untuk memberi syarahan mengenai "Isu-isu Semasa di Malaysia".

Semasa saya di USA, saya sempat mengikuti beberapa seminar yang disampaikan oleh Profesor Jayum antaranya di Washington University (2015) dan Ohio University (2016). Saya sertakan link di bahagian bawah artikel ini.

Profesor Jayum dan para peserta bertukar-tukar pandangan mengenai sejarah kemerdekaan Tanah Melayu, pembentukan Malaysia dan menunjukkan rasional mengapa tawar-menawar, hormat-menghormati dan respectable antara kaum adalah sangat penting dalam sejarah Malaysia. 

Prof Jayum turut berkongsi beberapa pemerhatiannya. Pertama, beliau melihat bahawa sentimen antara etnik boleh dijangka akan berlaku setiap era kerana setiap etnik kelihatan malahan menggalakkan isu-isu mereka sendiri dan kebimbangan-kebimbangan dalam kumpulan mereka. Namun begitu, Profesor Jayum yakin bahawa prospek sempit ini akan berkurangan dalam masa hadapan Malaysia di mana generasi baru anak-anak Malaysia semakin jauh daripada pengalaman buruk nenek moyang mereka. Mereka ini akan bangkit dengan mengambil perspektif patriotik atau nasionalistik dan bukannya pendekatan etnosentrik atau regionalistik yang pernah diamalkan oleh nenek moyang mereka.

Kedua, Profesor Jayum melihat isu tadbir urus (good governance) sebagai satu cabaran utama dan Malaysia perlu bekerja lebih keras untuk memastikan bahawa terdapat kebebasan dan integriti dalam proses memerintah dan menggalakkan masyarakat agar dapat menghormati kedaulatan undang-undang. 

Ketiga, Profesor Jayum juga bercakap mengenai kestabilan pilihan raya yang telah dicapai sejak dua pilihan raya umum yang lalu (PRU 2008 dan PRU 2013). Profesor Jayum tidak mengharapkan apa-apa peluang yang lebih besar atau kejutan dalam pilihan raya umum akan datang di Malaysia, setidak-tidaknya akan diadakan pada tahun hadapan (2018).

Para Diplomat Amerika Syarikat yang menghadiri ceramah beliau terdiri daripada mereka yang akan berkhidmat  di Malaysia dan negara-negara di Asia Tenggara. Perbincangan kali ini sangat meriah dan sangat diplomatik. Kita semua mengharapkan hubungan Diplomatik Amerika Syarikat-Malaysia akan bertambah baik demi kesejahteraan rakyat Malaysia dan keamanan serantau ASEAN.

Disertakan link penting yag berkaitan:-


http://www.al-azharrisiddiq.com/2016/09/masa-hadapan-akademik-malaysia-usa.html




Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan