10 NASIHAT KEPADA AHLI AKADEMIK YANG MASUK POLITIK

on Monday, June 12

Saya telah menerima kiriman email dari seorang profesor di luar negara yang saya fikirkan perlu dikongsikan bersama dengan pembaca. Terdapat 10 nasihat beliau yang saya kongsikan di bawah.
            
1. Pada pandangan saya, ahli akademik di Malaysia perlu didisiplinkan. Jika tidak rakyat bawahan akan menjadi lebih teruk daripada ahli akademik itu.

2. Apabila ahli akademik tidak tahu menghormati pemimpin negara, maka rakyat bawahan akan lagi-lagilah tidak pandai menghormati pemimpin sesiapa pun pada masa hadapan, termasuklah dirinya sendiri. Kita boleh berbeza parti politik dan fahaman politik, tapi perlu beradab dalam kerangka Islam dan adat Melayu.

3. Ahli akademik yang menyertai politik tidak boleh dipanggil 'penganalisis politik'. Ahli akademik perlu meletakkan nama jawatan yang sebenar dalam parti politik, bukannya 'penganalisis politik' supaya masyarakat tahu status sebenar mereka, disiplin ilmu mereka, pengalaman dan sejarah akademik mereka.

4. Ahli akademik perlu mempamerkan akhlak, etika dan adab yang tinggi kerana mereka ilmuwan yang disanjung masyarakat.

5. Walaupun mereka menyertai politik, mereka tidak perlu terikut-ikut dengan perangai ahli politik yang tidak mempunyai nilai akademik, penting diri sendiri dan merosakkan masyarakat.

6. Jika terdapat ahli akademik menggunakan istilah, perkataan dan ayat-ayat yang tidak sesuai, macamana anak-anak murid mereka akan ikut, mereka akan melahirkan graduan yang kurang berakhlak dan beradab sebagaimana mereka jua.

7. Jika ahli akademik masuk parti politik dan terlalu 'sibuk' dalam politik, adalah lebih baik mereka keluar dari dunia akademik dan menjadi ahli politik sepenuh masa

8. Ahli akademik sebagai penjawat awam ada perintah am dan peraturan yang perlu dipatuhi. Jika mereka melanggarinya, maka mereka telah menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat dan generasi seterusnya.

9. Masyarakat mengharapkan ahli akademik berlaku jujur dan benar dalam penilaian mereka, bukannya menggunakan kedudukan mereka untuk menarik sokongan kepada parti politik tertentu.

10. Ahli akademik Islam terutamanya, seharusnya membawa politik Malaysia dalam kerangka Islam dan adat budaya Melayu yang merupakan teras budaya di peringkat nasional di negara kita. Jika mereka tidak memberi contoh Islam yang unggul, dikhuatiri mereka akan memberi mesej dan imej Islam yang negatif kepada penganut agama lain.


0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan