SUARA NAJIB SEDAP KETIKA "LIVE", TV MENGHAMPAKAN

on Saturday, July 29

Saya terdetik untuk menulis hal ini kerana ia sudah lama menjadi tandatanya dan beberapa rakan juga perasan. Saya bertanya juga kepada rakan-rakan yang bertugas dalam bidang penyiaran, komunikasi dan sistem bunyi.

Mendengar Perdana Menteri dan Menteri-Menteri berucap ketika perhimpunan bulanan, seminar, mesyuarat, temuramah oleh media dan sebagainya adalah perkara biasa.

Tetapi, saya melihat ada suatu perkara yang tidak kena. Apabila DS Najib berucap di atas pentas, audiens di bawah akan dapat melihat dan mendengar keikhlasan, ketenangan, dan azam beliau yang tinggi. Namun begitu, apabila kita mendengarnya semula di TV, kondisi itu berubah iaitu tidak sehebat ketika mendengar DS Najib berucap secara lagsung.

Saya fikir barangkali ini perkara biasa. Namun, apabila saya berbincang dengan seorang Profesor dalam bidang komunikasi dan perang jiwa, beliau juga bersetuju bahawa apa yang saya utarakan ini adalah suatu bentuk gangguan komunikasi berkesan kepada DS Najib. Ia merugikan DS Najib, kerajaan dan parti.

Sebagai contoh, semasa saya mendengar DS Najib berucap di New York dan di PBB, audiens mendengar dengan teliti dan penuh perhatian. Rakyat dan pelajar Malaysia tidak membuang bising. Perwakilan negara asing di PBB mendengar dengan tekun. Pegawai-pegawai kerajaan sangat gembira dengan suasana tersebut.

Namun, apabila mendengar di kaca TV Malaysia, ada sesuatu yang tidak beres mengenai sistem bunyi oleh rangkaian TV Malaysia. 

Sebaliknya pula, apabila DS Najib berkata-kata di Radio IKIM, suara beliau amat baik, lembut, lancar, jelas dan sedap didengar.

Begitu juga, apabila saya mendengar DS Najib ditemuramah dan disiarkan oleh TV di Amerika Syarikat, ianya juga serupa sangat baik sama seperti dengan Radio IKIM. 

Nampaknya, DS Najib perlu melawat semua kawasan di seluruh negara menggunakan suara original beliau. Sistem bunyi, audio dan yang berkaitan nampaknya tidak merangsang di kaca TV Malaysia.

Kondisinya seperti Siaran Langsung Bola Sepak di Kaca TV Malaysia. Cara TV Malaysia mengambil rakaman bolasepak di Malaysia tidak secantik berbanding di Eropah. Walhal, ukuran padang yang sama, jumlah pemain yang sama dan tempat duduk penonton yang sama. Jika di TV Eropah, seolah-olah mereka mengambil gambar dari tempat yang tinggi berbanding TV negara kita seolah-olah mengambil rakaman di tempat tidak cukup tinggi. Jadi kita menonton dari sudut rendah dan separuh pandangan mata sahaja. Apakah perkara ini akan berubah dalam Sukan SEA bulan depan? 

Siti Norhaliza kurang secantik Neelofa, tetapi Siti Norhaliza memiliki suara yang cantik, maka dia berjaya memikat audiens dan memenangi banyak pertandingan menyanyi dan sebagainya. Begitulah pentingnya suara yang berkesan kepada orang politik.

Selamat Berhujung Minggu.
Selamat Membaca.

Tawau, Sabah.







BEZA TUN M-DS NAJIB MELAYAN SABAH

on Wednesday, July 26

DS ANIFAH HJ AMAN DAN DS NANCY SYUKRI SEBAGAI PENGERUSI BERSAMA MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU PELAKSANAAN DEVOLUTION OF AUTHORITY KEPADA SABAH DAN SARAWAK
SEJARAH RINGKAS SABAH
1. Semasa Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16/9/1963, status atau taraf Persekutuan Tanah Melayu (1/2/1948) dan seterusnya Tanah Melayu merdeka (31/8/1957) adalah serupa dengan North Borneo (Sabah), Sarawak, Brunei dan Singapura.

2. Sebelum 1963, Sabah mempunyai Yang DiPertuan Negara sendiri, matawang sendiri, jata negara sendiri, bahasa utama sendiri dan sistem perundangan dan sistem pentadbiran yang digunakan adalah sistem British serupa dengan di Tanah Melayu juga.

3. Rakyat Sabah sebelum tahun 1963, menyambut Hari Keputeraan Queen Elizabeth setiap tahun. Mereka berarak di bandar-bandar sambil mengibarkan bendera Union Jack dan menyanyikan lagu selamatkan baginda Queen.

4. Namun begitu, perubahan besar berlaku pada tahun 1963 apabila ketua-ketua kerajaan Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu bersetuju untuk sama-sama membentuk Persekutuan Malaysia. Bukan 'menyertai' Malaysia kerana Malaysia belum wujud sebelum 1963.

5. Semasa pertemuan dan mesyuarat beberapa kali sebelum bersetuju, pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan beberapa tuntutan antara lainnya dikenali Perkara 20 bagi Sabah dan Perkara 18 bagi Sarawak. Singapura pula lebih kepada menuntut bajet pembangunan. Dalam memoir Lee Kuan Yew, beliau telah mendesak Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman membawa bajet untuk Sabah dan Sarawak pada Rancangan Malaysia Pertama ke Singapura.

ERA TUN M vs ERA DS NAJIB
6. Lama selepas era Tun Dr. Mahathir, barulah perhatian diberikan kepada Sabah dan Sarawak. Itu pun kerana UMNO dan BN tewas besar di Semenanjung Malaysia semasa PRU12 (2008). Dalam buku SH Alatas, beliau menunjukkan Tun Dr. Mahathir tidak pun memerlukan undi Sabah semasa UMNO dan BN kuat, kerana ketika era 1980an dan 1990an, Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri dari Sabah dan Sarawak boleh dikira dengan 5 jari. Menteri-menteri Kanan dan penting tidak diberikan kepada Sabah dan Sarawak pada zaman Tun Dr. Mahathir walaupun mereka layak dari segi akademik, pengalaman dan kekananan dalam parti.

7. Ketika era Pak Lah dan DS Najib, Sabah dan Sarawak diberi peluang yang banyak dalam Kabinet. Dan terbukti, Sabahan dan Sarawakian boleh membantu Kerajaan dan Negara dengan lebih baik. Sebagai contoh, Menteri Luar DS Anifah Aman kelihatan lebih berkesan berbanding Menteri-Menteri Luar era Tun Dr. Mahathir. Datuk Nancy Syukri (Menteri Undang-Undang) dan DS Rohani Abdul Karim nampak lebih berkesan berbanding Menteri-Menteri wanita era Tun Dr. Mahathir. Di zaman Tun Dr. Mahathir hanya TS Rafidah Aziz sahaja nampak ke hadapan.

8. Begitu juga jawatan-jawatan penting dalam kerajaan ketika era Tun Dr Mahathir, rakyat Sabah dan Sarawak kurang diberi peluang malah boleh dikira dengan 5 jari. Namun begitu, ketika era Pak Lah dan DS Najib, pegawai-pegawai kerajaan kelahiran Sabah dan Sarawak telah diberi peluang memegang jawatan-jawatan tertinggi dalam kerajaan seperti KSU, TKSU, KP, Pengarah-Pengarah dan pegawai-pegawai kanan kerajaan. Mereka membuktikan boleh menjalankan tugas dengan baik dan berkesan. Bermakna, Perkara 20 semakin dipenuhi ketika era Pak Lah dan DS Najib. DS Najib dan Pak Lah lebih memahami semangat Perkara 20 berbanding Perdana Menteri sebelumnya.

9. Malah, ketika era Tun M memerintah, tidak ada sesiapa yang boleh bercakap mengenai Perjanjian Malaysia 1963, anda akan ditangkap dan diISAkan sebagaimana dialami Datuk Dr. Jefrey Kitingan. Rakyat berada di dalam ketakutan untuk bersuara. Sebaliknya ketika era DS Najib, mesyuarat berkala diadakan di antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri untuk membincangkan hak-hak Sabah dan Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963.

10. Dalam buku 100 mukasurat 'Bina Semula Negara' oleh Rafizi dan Eric, mereka tidak ada menyebut akan hak-hak keistimewaan Sabah dan Sarawak jika berjaya menawan Putrajaya. Ini bermaksud mereka sebenarnya mahu "Binasakan Semula Negara", di mana nasib dan masa hadapan rakyat Sabah dan Sarawak jika Pakatan Harapan memerintah barangkali akan kembali seperti dahulu, iaitu tidak diberi peluang dan dianaktirikan, kerana Pengerusi PH adalah orang yang sama. 

Selamat Membaca.
KLIA.

Rujukan:

1. Perjanjian Malaysia 1963.
2. Buku Memoir Lee Kuan Yew.
3. Buku Syed Hussin Alatas.
4. Buku 'Bina Semula Negara'









CERITA ABANG KAKAK ROSMAH MANSUR DAN KISAH SATU SEN

on Saturday, July 8

PERKEMBANGAN terkini di antara hubungan Tun Dr. Mahathir (Tun M) dengan DS Anwar Ibrahim (Anwar) amat janggal jika diingati semula peristiwa pemecatan dan pemaluan (pengmaluan) ke atas peribadi Anwar ketika itu. Tun M dalam komen terkininya menyatakan 'yang sudah berlaku, sudahlah' 1! Terkedu rakyat Malaysia dengan pernyataan ini, bermakna Anwar dahulu tidak bersalah!

Saya tidak boleh bayangkan kesakitan yang dialami Anwar ketika di dalam penjara. Dipukul dan diterajang sehingga mata lebam. Peristiwa ini tidak berlaku samasa DS Najib menjadi Perdana Menteri.

Malahan, DS Najib telah mengarahkan supaya Anwar diberi penjagaan yang terbaik di dalam penjara. Diberikan tilam, dibenarkan menerima buku-buku terbaharu kiriman rakan-rakannya, dibenarkan pemeriksaan kesihatan setiap kali Anwar tidak sihat malah DS Najib telah memberi arahan supaya keselamatan dan keselesaan Anwar di dalam penjara tidak boleh dipandang remeh. Perkara ini disahkan sendiri oleh pemimpin utama PKR kepada saya.

Apabila pemimpin PKR melawat Anwar dan tidak berpuashati dengan keadaan Anwar di dalam penjara, mereka menelefon DS Najib dan DS Najib serta merta mengarahkan dipenuhi keperluan asasi Anwar di dalam penjara. 

Malah, DS Rosmah Mansur turut meminta supaya keselamatan dan hak asasi Anwar di dalam penjara diberi keutamaan.

Segelintir orang barangkali terpedaya dengan kempen memburuk-burukkan DS Najib dan DS Rosmah tetapi saya melihat itu tidak benar. Anda boleh periksa, tidak ada abang kakak Rosmah yang menjadi Panglima Angkatan Tentera, tidak ada abang kakak Rosmah menjadi Menteri Besar, tidak ada abang kakak Rosmah menjadi Gabenor Bank. Malah abang kakak Rosmah Mansur tidak mempunyai Wisma atau bangunan berdiri megah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Tetapi ada orang lain semasa berkuasa, keluarga isteri mereka memonopoli semua jawatan-jawatan itu. Orang Jepun kata, itulah pemerintah sebenar !

Ada orang berkata anda akan dituduh mengampu kerana mempertahankan Rosmah Mansur, itu tidak benar kerana Rosmah Mansur tidak pernah memberikan Satu Sen pun kepada saya. Malahan, saya pun tidak tahu adakah Rosmah Mansur membaca artikel saya ini dan sebelumnya. Di dalam dunia penulisan kadangkala orang lain akan menggunakan nama kita untuk menaikkan diri dia. Dalam satu pertemuan dengan Setpol Perdana Menteri, beliau memberitahu kepada saya bahawa pihak akhbar telah memaklumkan kepada Perdana Menteri kononnya mereka telah membayar/membeli artikel saya pada tahun 2013. Walhal Satu Sen pun saya tidak menerimanya. Mereka telah menipu Perdana Menteri bulat-bulat.

Tanggungjawab kita ialah memperbetulkan fitnah. Seperti kata YB Dr. Tan Seng Giaw (DAP) di sini, anda tidak boleh menuduh DS Najib sesuka hati tanpa bukti.

Bersambung... 

Selamat Berhujung Minggu.
KLIA.
-------------------------------------------------------
End Note:

1. http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/07/08/mahathir-denies-backing-anwar/


Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan