SUARA NAJIB SEDAP KETIKA "LIVE", TV MENGHAMPAKAN

on Saturday, July 29

Saya terdetik untuk menulis hal ini kerana ia sudah lama menjadi tandatanya dan beberapa rakan juga perasan. Saya bertanya juga kepada rakan-rakan yang bertugas dalam bidang penyiaran, komunikasi dan sistem bunyi.

Mendengar Perdana Menteri dan Menteri-Menteri berucap ketika perhimpunan bulanan, seminar, mesyuarat, temuramah oleh media dan sebagainya adalah perkara biasa.

Tetapi, saya melihat ada suatu perkara yang tidak kena. Apabila DS Najib berucap di atas pentas, audiens di bawah akan dapat melihat dan mendengar keikhlasan, ketenangan, dan azam beliau yang tinggi. Namun begitu, apabila kita mendengarnya semula di TV, kondisi itu berubah iaitu tidak sehebat ketika mendengar DS Najib berucap secara lagsung.

Saya fikir barangkali ini perkara biasa. Namun, apabila saya berbincang dengan seorang Profesor dalam bidang komunikasi dan perang jiwa, beliau juga bersetuju bahawa apa yang saya utarakan ini adalah suatu bentuk gangguan komunikasi berkesan kepada DS Najib. Ia merugikan DS Najib, kerajaan dan parti.

Sebagai contoh, semasa saya mendengar DS Najib berucap di New York dan di PBB, audiens mendengar dengan teliti dan penuh perhatian. Rakyat dan pelajar Malaysia tidak membuang bising. Perwakilan negara asing di PBB mendengar dengan tekun. Pegawai-pegawai kerajaan sangat gembira dengan suasana tersebut.

Namun, apabila mendengar di kaca TV Malaysia, ada sesuatu yang tidak beres mengenai sistem bunyi oleh rangkaian TV Malaysia. 

Sebaliknya pula, apabila DS Najib berkata-kata di Radio IKIM, suara beliau amat baik, lembut, lancar, jelas dan sedap didengar.

Begitu juga, apabila saya mendengar DS Najib ditemuramah dan disiarkan oleh TV di Amerika Syarikat, ianya juga serupa sangat baik sama seperti dengan Radio IKIM. 

Nampaknya, DS Najib perlu melawat semua kawasan di seluruh negara menggunakan suara original beliau. Sistem bunyi, audio dan yang berkaitan nampaknya tidak merangsang di kaca TV Malaysia.

Kondisinya seperti Siaran Langsung Bola Sepak di Kaca TV Malaysia. Cara TV Malaysia mengambil rakaman bolasepak di Malaysia tidak secantik berbanding di Eropah. Walhal, ukuran padang yang sama, jumlah pemain yang sama dan tempat duduk penonton yang sama. Jika di TV Eropah, seolah-olah mereka mengambil gambar dari tempat yang tinggi berbanding TV negara kita seolah-olah mengambil rakaman di tempat tidak cukup tinggi. Jadi kita menonton dari sudut rendah dan separuh pandangan mata sahaja. Apakah perkara ini akan berubah dalam Sukan SEA bulan depan? 

Siti Norhaliza kurang secantik Neelofa, tetapi Siti Norhaliza memiliki suara yang cantik, maka dia berjaya memikat audiens dan memenangi banyak pertandingan menyanyi dan sebagainya. Begitulah pentingnya suara yang berkesan kepada orang politik.

Selamat Berhujung Minggu.
Selamat Membaca.

Tawau, Sabah.







0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan