SYABAS JEN (B) TS ZULKIFELI, TAHNIAH TS ZULHASNAN

on Saturday, August 26

Sumber: Tweeter Embassy US
Gambar Duta Malaysia ke US, Tan Sri Zulhasnan dan DG NSC Jen (B) Tan Sri Zulkifeli dalam laman rasmi Presiden Trump dan tweeter US Embassy di copy paste oleh banyak group media luar dan dalam negara, serta group wassap sangat mengujakan. Kelihatan Presiden Trump sangat ceria dan gembira.

Pertemuan Presiden Trump-DS Najib ditunggu-tunggu, bukan sahaja oleh seluruh rakyat Malaysia, tetapi juga pemimpin-pemimpin di Asia.

Pada zaman dahulu, kita biasa membaca ada pemimpin lain menggunakan bermacam-macam perantaraan dan team pelobi untuk bertemu Presiden Amerika di White House sebagaimana didedahkan dalam buku 'They Dare To Speak Out".

Tetapi DS Najib menggunakan sepenuhnya pegawai-pegawai kerajaan untuk menjalankan urusan kerajaan government to government. Bukan mudah untuk bertemu Presiden Amerika apatah lagi memasuki Pejabat Presiden Amerika di Oval Office.

Saya teringat semasa saya mengunjungi White House awal tahun ini. Biasanya kita boleh mendekati pagar White House untuk bergambar, tetapi awal tahun ini pelawat tidak dibenarkan hatta kaki memijak jalan di hadapan White House pun pihak polis akan meniup wisel tidak membenarkan.

Helikopter tidak berhenti berpusing, kelihatan juga pasukan keselamatan berada di setiap penjuru atas bumbung White House.

Semasa saya berpeluang melawat Duta Malaysia di Washington baru-baru ini, saya melihat TS Zulhasnan Rafique memang seorang duta yang luar biasa dan memiliki level diplomasi yang tinggi. Beliau telah beberapa kali bertemu Presiden Trump dalam pelbagai majlis rasmi, malah berada bersama Presiden Trump ketika Presiden Trump berbual dengan DS Najib melalui telefon.

Pegawai-pegawai tinggi kerajaan membuktikan kepakaran tinggi mereka dalam mengurus hal-hal diplomasi tahap tinggi. Jen. (B) TS Zulkifeli seorang yang cekap, pantas dan berwibawa. Saya pernah mendengar beliau berkata, 'saya bekerja tidak lain hanyalah untuk Negara kita', tiada yang lain. Nada ini serupa ketika saya sempat bertemu Jen. (B) Tun Ibrahim Ismail, mantan Panglima ATM pertama, katanya 'perjuangan saya selama ini untuk keamanan Negara kita'. Nada ini juga serupa dengan seorang pesara tentera yang saya temui di Dubai. Kita perlu mencontohi semangat patriotik mereka yang tinggi.

Syabas Jen (B) Tan Sri Zulkifeli, Tahniah Tan Sri Zulhasnan.

Rujukan;
1. Tweeter US Embassy, Kuala Lumpur.
2. Link- percubaan-komunis-bunuh-panglima-atm 
3. Buku Senator Paul Findley


MALAYSIAKINI SALAH, LAWATAN NAJIB KERANA MENGHORMATI JEMPUTAN PRESIDEN TRUMP

on Thursday, August 24

1. PADA bulan April yang baru lalu, saya telah berkunjung ke Amerika Syarikat kerana menghadiri 2 konferen di Washington DC dan di TARC, Ohio University, Athen.
 
2. Saya mengambil peluang bertemu kawan-kawan lama dan turut mengunjungi Duta Malaysia di Washington. Saya juga telah menulis di para nombor 3 tentang perbualan telefon Presiden Trump kepada DS Najib di sini. Ketika itu isu DoJ belum ada lagi pun.
 
3. Maka, mana-mana media yang mengaitkan lawatan DS Najib ke Washingon bulan hadapan sebagai rundingan DoJ adalah fitnah semata-mata. Portal ini https://www.malaysiakini.com/news/392943 masih juga berputar-putar memberi gambaran tidak tepat kerana berkiblatkan berita dari luar negara yang mempuyai niat buruk, ianya kelihatan sangat amatur.

 


Rujukan:
1. Bernama
2. Malaysiakini
3. Catatan Perjalanan Di USA






HUGUAN SIOU BUGIS SABAH

on Saturday, August 19

Gambar Majlis Etnik Bumiputera Sabah (MAGEBS) Bersama KM Sabah
Edisi Khas Sabah. 
Huguan Siou merupakan ketua tertinggi dalam etnik Kadazan-Dusun. Di Sabah, dengan lebih 35 etnik dan 236 sub-etnik, setiap etnik mempunyai ketua yang diterima majoriti mewakili mereka.

Etnik Bugis Sabah juga perlu ada Huguan Siou untuk menjadi wakil rasmi kepada kerajaan. Satu-satunya NGO Bugis Sabah yang mempunyai hubungan rasmi dengan kerajaan ialah Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) di mana PKBS berada di dalam Majlis Gabungan Etnik Bumiputera Sabah  (MAGEBS) dan menjadi wakil rasmi dalam aktiviti kebudayaan negeri Sabah. Dari segi sejarah, ianya adalah sesuai kerana PKBS merupakan NGO Bugis Sabah yang terawal ditubuhkan.

Bugis Sabah dengan lebih 22 sub etnik perlu mempunyai seorang Huguan Siou di mana Huguan Siou ini perlu diberi peluang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya isu-isu yang melibatkan mereka boleh dibahaskan di dalam DUN Sabah dan di peringkat Jawatankuasa DUN serta Kabinet.

Sebelum ini beberapa wakil rakyat Bugis Sabah telah berada di dalam DUN Sabah sejak berpuluh tahun lamanya seperti allahyarham Salim Bacho, Said Senang, Dr. Patawari Patawe dan sekarang Muis Picho. 

Merujuk kepada Laporan RCI Sabah, jumlah etnik Bugis Sabah mencecah 250,000 orang yakni ketiga terbesar selepas KDM dan Bajau. Parti-parti politik di Sabah perlu membuka mata dengan angka ini. Generasi moden Bugis Sabah telah establish dalam kerajaan dan swasta. Mereka mempunyai pendidikan tinggi dan berada di mana-mana jabatan kerajaan. Mereka sangat maju di dalam private sector.

Laporan Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN;2010) menyebut etnik Bugis merupakan pekerja yang paling banyak diambil oleh syarikat-syarikat swasta di Sabah. Itu tidaklah menghairankan, kerana kajian sarjana (YLL;1956) mendapati etnik Bugis paling ramai diambil bekerja di ladang-ladang. Laporan tersebut menyatakan, di antara ciri-ciri etnik Bugis yang menarik minat mereka ialah kerajinan, amanah dan bertanggungjawab.

Etnik Bugis Sabah sudah berada di Borneo Utara sejak tahun 1870an lagi. Manakala sumber literature dari Filipina menyebut, pahlawan-pahlawan Bugis sudah berada di Kepulauan Sulu membantu Kerajaan Kesultanan Sulu menghalau penjajah sejak tahun 1511 lagi. 

Sejak beratus tahun, perkahwinan campur dengan etnik Tidung, Cina, Banjar, Suluk dan Arab menjadikan generasi demi generasi mereka tidak lagi tahu berbahasa Bugis apatah lagi membaca tulisan Bugis. Mereka dikenali sebagai Melayu Bugis (Melayu yang mempunyai darah Bugis).

Cuma, agak mengecewakan kerana Majlis Perbandaran Tawau (MPT) tidak memasukkan sejarah etnik Bugis iaitu La Toampong Andi Bukku pernah dilantik menjadi Penghulu atau dikenali Ketua Daerah Tawau pada tahun 1870an. (Ken Goodlet,1977). Manakala Daeng Mappata telah mewakafkan tapak pembinaan Masjid Jamek, Tawau (1903). MPT patut mengambil juga sumber-sumber seperti tadi dan catatan sejarah oleh bekas Residen-Residen British di Tawau, Sabah. Sejarah tidak boleh ditidakkan apatah lagi dihapuskan. MPT patut memperbetulkan info mereka.

Kesimpulannya, Huguan Siou Bugis Sabah sangat perlu dalam keadaan semua etnik di Sabah memantapkan etnik masing-masing dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Banyaknya etnik di Sabah merupakan aset dan keunikan kepada negeri Sabah, ianya mesti diatur dengan adil dan saksama. 

Rujukan:
1. Laporan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Tahun 2014, LPPKN, Kuala Lumpur, 2014

2. Yong Leng Lee, The North Borneo, A Study In Settlement Geography, Eastern Universities, Singapore, 1965

3. http://www.mpt.sabah.gov.my/pages/sejarahtawau.html

4. Majlis Gabungan Etnik Bumiputera Sabah (MAGEBS).

5. Al-Azharri Siddiq Kamunri, Bugis in Sabah: the strunggle to join Mainstream Society in Malaysia, TARC, Ohio University, USA, 2016.


Selamat Membaca.
Selamat Berhujung Minggu.
19 August, 2017.
Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah.







KISAH PROF DARI USA BERCAKAP HAL NAJIB, SEBAB AKHBAR TIDAK DIBACA

on Sunday, August 13

Gambar Burj Khalifa Ketika Perjalanan Saya  Dari Abu Dhabi ke Dubai
1. Semalam saya bersembang dengan seorang Profesor mengenai ASEAN dari Universiti di Arizona, Amerika Syarikat. Kami berbincang hal ehwal semasa. Beliau menceritakan kesukaran Presiden Trump sekarang, survival dan aktiviti kumpulan elit traders di belakang tabir dalam politik di Amerika Syarikat.

2. Saya bertanya apakah pandangan beliau terhadap media Amerika Syarikat seperti Washington Post, New York Times dan DoJ baru-baru ini menyerang Kerajaan Malaysia. Katanya, anda jangan terlalu percaya mereka kerana rakyat Amerika juga tidak mempercayai mereka. Di belakang mereka adalah traders dan semua yang mereka bangkitkan bukannya percuma tetapi mempunyai kepentingan perniagaan.

3. Maka benarlah kata Tan Sri Khalid Ibrahim, bahawa cubaan Amerika Syarikat untuk ‘menyelamatkan’ aset Malaysia adalah serupa dengan alasan Amerika Syarikat kononnya negara itu mahu menyelamatkan dunia dengan mengebom Saddam Hussein dan rakyat Iraq. Kata TS Khalid lagi, apabila bercakap mengenai Amerika Syarikat, tiada apa yang diberikan adalah percuma.

4. Semasa saya duduk di Amerika Syarikat, saya membaca Washington Post, New York Times dan lain-lain kerana jiran saya tidak membaca akhbar-akhbar itu walaupun penjual akhbar setiap pagi membaling akhbar-akhbar itu di depan pintu rumahnya. Saya bertanya dia kenapa tidak baca. Dia jawab, 'okey kamu boleh ambil untuk membacanya jika kamu mempercayainya'. Oleh kerana setiap pagi saya berjalan kaki menghantar anak-anak ke sekolah, maka setiap hari saya lalu di rumahnya dan memungut akhbar-akhbar dalam bungkusan plastik itu dan membacanya.

5. Walaupun ada ruangan antarabangsa, tetapi tidak pernah saya membaca apa-apa berita mengenai Malaysia di dalam akhbar-akhbar itu. Oleh itu, berita memburukkan Kerajaan Malaysia yang hanya muncul sekali dua kali dalam 5 tahun apa cerita? Adakah ia dibayar? Siapa bayar?

6. Semalam saya bertemu kawan lama dari ibu pejabat UMNO. Sepuluh tahun dulu saya mengenalinya dengan kerjanya yang sama, perawakan alim yang sama, kelembutan berbicara yang sama, watak Islamnya jelas terpancar. Apabila saya bertemu dengannya semula selepas 10 tahun, saya melihat tiada apa-apa berubah kepada dirinya. Dia kekal seperti itu. Kami berpelukan ketika hendak berpisah. Katanya, di keliling UMNO ini ada pelbagai ragam manusia, ada yang ikhlas berjuang ada juga yang traders. Nasihatnya, 'apabila kita meninggal dunia, kita dikubur di atas tanah yang sama, yang tinggal kepada kita amalan, amanah dan tanggungjawab'. Kesimpulan saya, patutlah dia boleh kekal lama walaupun Ketua dia silih-berganti.

7. Baru-baru ini saya ke Abu Dhabi, bersembang-sembang dengan ahli perniagaan di sana. Mereka membawa saya melawat bangunan Burj Khalifa tertinggi dunia. Mereka sebut syarikat Aabar yang dimiliki penuh oleh syarikat Ipic. Mereka kenal syarikat 1MDB dari Malaysia kerana mempunyai bisnes dengan syarikat Aabar. Bagi mereka tiada yang pelik dalam perniagaan hutang-berhutang. Hampir semua peniaga syarikat besar atau syarikat kecil akan meminjam untuk memulakan perniagaan mereka. Jika tidak, bagaimana Bank hendak untung?

8. Sama seperti anda ingin berniaga tetapi hanya memiliki syarikat trading lesen bernilai RM20.00. Anda kemudian mendapat projek memasang 1000 unit penghawa dingin di dalam sebuah bangunan baharu. Anda terpaksa meminjam dengan pelbagai pihak untuk menjayakan bisnes baharu itu kerana pembekal/kilang mahukan deposit dan cash money. Namun, akibat serangan bertubi-tubi musuh perniagaan anda yang cemburu, syarikat anda terjejas. Siapakah yang bersalah? Anda? Syarikat induk anda? Pemberi pinjaman? atau Perdana Menteri jugakah yang bersalah?

Rujukan:
1. Tan Sri Khalid Ibrahim, mantan MB Selangor
2. Catatan perjalanan di USA
2. Catatan perjalanan di Abu Dhabi




DARAH KETURUNAN TUN M DAN DS ZAHID

on Wednesday, August 2

ISU keturunan menjadi hangat minggu ini. Amat malang kerana ianya telah diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk memburukkan keadaan. Mari kita berbicara akademik sedikit.

Jika kita kembali kepada asal budaya, bangsa Melayu itu terbahagi kepada 3 keturunan darah yang disebut oleh tokoh budaya A. Samad Ahmad sebagai Darah Keturunan Keling (DKK), Darah Keturunan Arab (DKA), dan Darah Keturunan Melayu (DKM).

Beberapa individu kita boleh kenali darah keturunan mereka melalui sub etnik serta keturunan mereka. Contohnya, DS Najib, DS Zahid, Khairy Jamaluddin adalah mewakili DKM. Manakala Tun Dr. Mahathir, Kadir Sheikh Fadzir, Zainuddin Maidin dari sub etnik DKK. Seterusnya Syed Hamid Albar, Syed Ali Alhabshi, Sharifah Al Sagof daripada sub etnik DKA.

Apabila negara kita memasuki episod merdeka 1957 dan pembentukan Malaysia 1963, definisi Melayu telah diberi perhatian. Kemudian apabila berlaku tragedi 13 Mei 1969, pelbagai polisi dikeluarkan untuk memantapkan perpaduan di dalam negara. Antaranya pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971.

Definisi Melayu telah diperhalusi. Maka dipersetujui bahawa seseorang itu adalah Melayu apabila dia beragama Islam, berbahasa Melayu, mengamalkan adat resam dan budaya Melayu. Oleh kerana DKA, DKM dan DKK memenuhi kriteria itu maka mereka adalah Melayu. Perlembagaan Negara kita telah mengiktiraf perkara ini.

Isu keturunan dan sub etnik akan menjadi isu besar di negara-negara kecil seperti Malaysia, Indonesia, Mynmar malah di negara kecil Singapura (Hungtinton). Jika di Mynmar, sesetengah etnik yang fanatik akan menggunakan apa sahaja cara untuk menghalau orang Rohingya Mynmar termasuklah pembunuhan. Di Indonesia, mereka kelihatan hebat dengan bangsa Indonesia dan Pancasila tetapi masyarakat Cina masih merupakan isu besar di sana. 

Di Malaysia tidak berlaku perkara sedemikian, kerana asas perlembagaan 1948, 1957 dan 1963 masih kuat dan dihormati. Kerajaan masih meraikan demokrasi dan kepelbagaian politik.

Di negara kita, pembinaan negara bangsa Malaysia masih belum matang. Setiap pemimpin mesti memakai baju Malaysia, bukan baju suku kaum. Kepelbagaian suku kaum adalah keindahan kepada negara untuk hidup harmoni, bukan melebarkan kesangsian, kebencian dan syak wasangka. Islam juga meraikan kepelbagaian, suku kaum dan bangsa.

Apa yang disebut oleh DS Zahid serupa juga dengan apa yang pernah diucapkan oleh DS Anwar, Rafizi Ramli dan lain-lain pemimpin pembangkang mengenai keturunan Tun Dr. Mahathir. Bezanya, tidak ada sesiapa yang marah kepada DS Anwar dan Rafizi walaupun sangat jelas mereka menghina keturunan Tun Dr. Mahathir dalam ucapan mereka dahulu.

Inilah politik Malaysia, apabila mereka berada di dalam kerajaan semua betul, apabila mereka berada di luar kerajaan semua salah. Di pihak pembangkang pula, semasa mereka belum menjadi kerajaan semua salah dan apabila mereka menjadi kerajaan semua betul belaka. Rakyat seharusnya bijak.

Rujukan:
1. Buku A. Samad Ahmad
2. Buku Prof. Samuel Hungtinton
3. Buku Federal Constitution with Index (2004).




  

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan