HUGUAN SIOU BUGIS SABAH

on Saturday, August 19

Gambar Majlis Etnik Bumiputera Sabah (MAGEBS) Bersama KM Sabah
Edisi Khas Sabah. 
Huguan Siou merupakan ketua tertinggi dalam etnik Kadazan-Dusun. Di Sabah, dengan lebih 35 etnik dan 236 sub-etnik, setiap etnik mempunyai ketua yang diterima majoriti mewakili mereka.

Etnik Bugis Sabah juga perlu ada Huguan Siou untuk menjadi wakil rasmi kepada kerajaan. Satu-satunya NGO Bugis Sabah yang mempunyai hubungan rasmi dengan kerajaan ialah Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) di mana PKBS berada di dalam Majlis Gabungan Etnik Bumiputera Sabah  (MAGEBS) dan menjadi wakil rasmi dalam aktiviti kebudayaan negeri Sabah. Dari segi sejarah, ianya adalah sesuai kerana PKBS merupakan NGO Bugis Sabah yang terawal ditubuhkan.

Bugis Sabah dengan lebih 22 sub etnik perlu mempunyai seorang Huguan Siou di mana Huguan Siou ini perlu diberi peluang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya isu-isu yang melibatkan mereka boleh dibahaskan di dalam DUN Sabah dan di peringkat Jawatankuasa DUN serta Kabinet.

Sebelum ini beberapa wakil rakyat Bugis Sabah telah berada di dalam DUN Sabah sejak berpuluh tahun lamanya seperti allahyarham Salim Bacho, Said Senang, Dr. Patawari Patawe dan sekarang Muis Picho. 

Merujuk kepada Laporan RCI Sabah, jumlah etnik Bugis Sabah mencecah 250,000 orang yakni ketiga terbesar selepas KDM dan Bajau. Parti-parti politik di Sabah perlu membuka mata dengan angka ini. Generasi moden Bugis Sabah telah establish dalam kerajaan dan swasta. Mereka mempunyai pendidikan tinggi dan berada di mana-mana jabatan kerajaan. Mereka sangat maju di dalam private sector.

Laporan Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN;2010) menyebut etnik Bugis merupakan pekerja yang paling banyak diambil oleh syarikat-syarikat swasta di Sabah. Itu tidaklah menghairankan, kerana kajian sarjana (YLL;1956) mendapati etnik Bugis paling ramai diambil bekerja di ladang-ladang. Laporan tersebut menyatakan, di antara ciri-ciri etnik Bugis yang menarik minat mereka ialah kerajinan, amanah dan bertanggungjawab.

Etnik Bugis Sabah sudah berada di Borneo Utara sejak tahun 1870an lagi. Manakala sumber literature dari Filipina menyebut, pahlawan-pahlawan Bugis sudah berada di Kepulauan Sulu membantu Kerajaan Kesultanan Sulu menghalau penjajah sejak tahun 1511 lagi. 

Sejak beratus tahun, perkahwinan campur dengan etnik Tidung, Cina, Banjar, Suluk dan Arab menjadikan generasi demi generasi mereka tidak lagi tahu berbahasa Bugis apatah lagi membaca tulisan Bugis. Mereka dikenali sebagai Melayu Bugis (Melayu yang mempunyai darah Bugis).

Cuma, agak mengecewakan kerana Majlis Perbandaran Tawau (MPT) tidak memasukkan sejarah etnik Bugis iaitu La Toampong Andi Bukku pernah dilantik menjadi Penghulu atau dikenali Ketua Daerah Tawau pada tahun 1870an. (Ken Goodlet,1977). Manakala Daeng Mappata telah mewakafkan tapak pembinaan Masjid Jamek, Tawau (1903). MPT patut mengambil juga sumber-sumber seperti tadi dan catatan sejarah oleh bekas Residen-Residen British di Tawau, Sabah. Sejarah tidak boleh ditidakkan apatah lagi dihapuskan. MPT patut memperbetulkan info mereka.

Kesimpulannya, Huguan Siou Bugis Sabah sangat perlu dalam keadaan semua etnik di Sabah memantapkan etnik masing-masing dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Banyaknya etnik di Sabah merupakan aset dan keunikan kepada negeri Sabah, ianya mesti diatur dengan adil dan saksama. 

Rujukan:
1. Laporan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Tahun 2014, LPPKN, Kuala Lumpur, 2014

2. Yong Leng Lee, The North Borneo, A Study In Settlement Geography, Eastern Universities, Singapore, 1965

3. http://www.mpt.sabah.gov.my/pages/sejarahtawau.html

4. Majlis Gabungan Etnik Bumiputera Sabah (MAGEBS).

5. Al-Azharri Siddiq Kamunri, Bugis in Sabah: the strunggle to join Mainstream Society in Malaysia, TARC, Ohio University, USA, 2016.


Selamat Membaca.
Selamat Berhujung Minggu.
19 August, 2017.
Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah.







2 Komen:

Osmera melaya said...

Usefull

Anonymous said...

Karja MPT cari duit sama kasi prujik saja saudara, MPT manalah dia mau tau itu sajarah apakan, tapi baguslah kamu buka matanya bah, malas itu MPT ko pikir ka, anduk copy paste seja dia tau itu

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan