KISAH PROF DARI USA BERCAKAP HAL NAJIB, SEBAB AKHBAR TIDAK DIBACA

on Sunday, August 13

Gambar Burj Khalifa Ketika Perjalanan Saya  Dari Abu Dhabi ke Dubai
1. Semalam saya bersembang dengan seorang Profesor mengenai ASEAN dari Universiti di Arizona, Amerika Syarikat. Kami berbincang hal ehwal semasa. Beliau menceritakan kesukaran Presiden Trump sekarang, survival dan aktiviti kumpulan elit traders di belakang tabir dalam politik di Amerika Syarikat.

2. Saya bertanya apakah pandangan beliau terhadap media Amerika Syarikat seperti Washington Post, New York Times dan DoJ baru-baru ini menyerang Kerajaan Malaysia. Katanya, anda jangan terlalu percaya mereka kerana rakyat Amerika juga tidak mempercayai mereka. Di belakang mereka adalah traders dan semua yang mereka bangkitkan bukannya percuma tetapi mempunyai kepentingan perniagaan.

3. Maka benarlah kata Tan Sri Khalid Ibrahim, bahawa cubaan Amerika Syarikat untuk ‘menyelamatkan’ aset Malaysia adalah serupa dengan alasan Amerika Syarikat kononnya negara itu mahu menyelamatkan dunia dengan mengebom Saddam Hussein dan rakyat Iraq. Kata TS Khalid lagi, apabila bercakap mengenai Amerika Syarikat, tiada apa yang diberikan adalah percuma.

4. Semasa saya duduk di Amerika Syarikat, saya membaca Washington Post, New York Times dan lain-lain kerana jiran saya tidak membaca akhbar-akhbar itu walaupun penjual akhbar setiap pagi membaling akhbar-akhbar itu di depan pintu rumahnya. Saya bertanya dia kenapa tidak baca. Dia jawab, 'okey kamu boleh ambil untuk membacanya jika kamu mempercayainya'. Oleh kerana setiap pagi saya berjalan kaki menghantar anak-anak ke sekolah, maka setiap hari saya lalu di rumahnya dan memungut akhbar-akhbar dalam bungkusan plastik itu dan membacanya.

5. Walaupun ada ruangan antarabangsa, tetapi tidak pernah saya membaca apa-apa berita mengenai Malaysia di dalam akhbar-akhbar itu. Oleh itu, berita memburukkan Kerajaan Malaysia yang hanya muncul sekali dua kali dalam 5 tahun apa cerita? Adakah ia dibayar? Siapa bayar?

6. Semalam saya bertemu kawan lama dari ibu pejabat UMNO. Sepuluh tahun dulu saya mengenalinya dengan kerjanya yang sama, perawakan alim yang sama, kelembutan berbicara yang sama, watak Islamnya jelas terpancar. Apabila saya bertemu dengannya semula selepas 10 tahun, saya melihat tiada apa-apa berubah kepada dirinya. Dia kekal seperti itu. Kami berpelukan ketika hendak berpisah. Katanya, di keliling UMNO ini ada pelbagai ragam manusia, ada yang ikhlas berjuang ada juga yang traders. Nasihatnya, 'apabila kita meninggal dunia, kita dikubur di atas tanah yang sama, yang tinggal kepada kita amalan, amanah dan tanggungjawab'. Kesimpulan saya, patutlah dia boleh kekal lama walaupun Ketua dia silih-berganti.

7. Baru-baru ini saya ke Abu Dhabi, bersembang-sembang dengan ahli perniagaan di sana. Mereka membawa saya melawat bangunan Burj Khalifa tertinggi dunia. Mereka sebut syarikat Aabar yang dimiliki penuh oleh syarikat Ipic. Mereka kenal syarikat 1MDB dari Malaysia kerana mempunyai bisnes dengan syarikat Aabar. Bagi mereka tiada yang pelik dalam perniagaan hutang-berhutang. Hampir semua peniaga syarikat besar atau syarikat kecil akan meminjam untuk memulakan perniagaan mereka. Jika tidak, bagaimana Bank hendak untung?

8. Sama seperti anda ingin berniaga tetapi hanya memiliki syarikat trading lesen bernilai RM20.00. Anda kemudian mendapat projek memasang 1000 unit penghawa dingin di dalam sebuah bangunan baharu. Anda terpaksa meminjam dengan pelbagai pihak untuk menjayakan bisnes baharu itu kerana pembekal/kilang mahukan deposit dan cash money. Namun, akibat serangan bertubi-tubi musuh perniagaan anda yang cemburu, syarikat anda terjejas. Siapakah yang bersalah? Anda? Syarikat induk anda? Pemberi pinjaman? atau Perdana Menteri jugakah yang bersalah?

Rujukan:
1. Tan Sri Khalid Ibrahim, mantan MB Selangor
2. Catatan perjalanan di USA
2. Catatan perjalanan di Abu Dhabi




5 Komen:

Anonymous said...

Burj Khalifa di Dubai, bukan Abu Dhabi. Dubai dan Abu Dhabi adalah 2 negeri yg berasingang dlm Arab Emirates. Got that?

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Terima kasih. Saya menetap di hotel di Dubai, kemudian menaiki kereta ke Abu Dhabi. Yea, Memang benar Burj Khalifa di Dubai. Gambar saya berikan kemudian. Sedang joging.

tajnur said...

salam. penutupan beberapa buah bank dan pendakwaan beberapa otang sehingga ke penjara bukanlah satu retorik dan boleh dilakonkan. Ini melibatkan pelbagai jenayah yang serius...

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

setuju, penutupan bank di negara asing dan pendakwaan beberapa org di negara asing melibatkan pelaku yg disebutkan, contohnya Amerika mempunyai undang2 ketat mengenai pengubahan wang haram di negara mereka, sesiapa yg terlibat di negara mereka org itu boleh didakwa. Bagi saya dipersilakan dakwa. Adakah mereka sebut dengan terang dan nyata nama Arul Kanda atau Perdana Menteri Malaysia? Saya membaca kertas pendakwaan itu dan tidak ada sebutpun nama PM dan Arul Kanda.

Memang benar mereka menyebut beberapa nama daripada syarikat2 yg berurusan dengan 1MDB. Begitu juga di Singapura dll negara di Eropah, individu2 tertentu yang mereka sebut nama mereka, tidak pun menyebut nama Arul Kanda dan PM Malaysia. Hal2 ini saya pun bersetuju ia bukan retorik.

Yg retorik adalah bila musuh2 politik yg mahu menggunakan isu ini untuk menjatuhkan Perdana Menteri dengan cara tidak pro termasuk menggunakan Sarawak Report yg tidak diiktiraf oleh Mahkamah London (dalam kes Hj Hadi Awang). Anda boleh rujuk laporan Sarawak Report dahulu dan skrg, berapa banyak mereka tersalah fakta termasuk memadam artikel mereka sendiri kerana tersalah fakta.

Penjelasan TS Khalid Ibrahim (Bebas Pro PAS), Dr Tan Seng Giaw (DAP) serta Arul Kanda (CEO) sangat jelas.


Anonymous said...

Sedara tak perlulah ko pertahan PM tu, buat penat u jer, yg utung org keliling dia jer, mcm u cakap ler, byk traders keliling PM, org jujur mcm u mereka tak hirau pun, jom masuk DAP !

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan