DESAS-DESUS SHAFIE KEMBALI KE UMNO

on Saturday, September 23


1. Sebelum TS Muhamad Taib kembali semula ke pangkuan UMNO, dua pengasas Parti Pribumi telah keluar parti iaitu Ainina dan Datuk Hamidah. Kemudian desas-desus DS Shafie Apdal turut disebut-sebut akan kembali semula kepada UMNO.

2. Kalau mengikut sejarah UMNO Sabah, Shafie bukanlah pengasas UMNO Sabah. Shafie adalah orang yang menikmati hasil daripada kemasukan UMNO di Sabah. Daripada 20 Ahli-ahli Penaja UMNO Sabah, Shafie tiada di dalam senarai itu. Walau bagaimanapun, Tun Sakaran telah melantik Shafie menjadi Setiausaha Politik beliau dan Shafie terus mengorak langkah di dalam UMNO sehingga menjadi Naib Presiden UMNO dan Menteri Kanan dalam kabinet.

3. Kesilapan politik Shafie ialah terpedaya dengan politik Tun Dr. Mahathir. Jika kita lihat sejarah pemerintahan Tun Dr. Mahathir di dalam UMNO Sabah, sebenarnya penggerak utama kemasukan UMNO ke Sabah ialah allahyarham Tun Ghafar Baba dan DS Anwar Ibrahim. 

4. Manakala penggerak dari dalam pula ialah pemuda-pemuda USNO seperti Hj. Karim Ghani dan Datuk Dzulkifli Abdul Hamid yang mendesak Tun Datu Mustapha meminta UMNO dibawa masuk selepas kekalahan USNO kepada BERJAYA (1976) dan kekalahan USNO kepada PBS (1985). Akhirnya, Hj. Karim Ghani dan Datuk Dzulkifli dipecat dari USNO. 

5. Selepas kekalahan BERJAYA kepada PBS pada tahun 1985 dan 1986, usaha membawa UMNO ke Sabah dihidupkan kembali. Kali ini Hj. Karim Ghani lebih berani di mana beliau dan Datuk Pangiran  Othman serta Datuk DUN Banir menubuhkan Jawatankuasa Penyelaras UMNO Sabah pada tahun 1986.

6. Pada tahun 1986, berlaku PRK Sulaman antara USNO vs PBS. Ketika itu USNO diwakili Datuk Osu Sukam. Dalam PRK itu, USNO telah kalah. Tun Dr. Mahathir memberi komen, 'biarlah politik Sabah dan masalah Sabah orang Sabah sahaja selesaikan'. 

7. Pada tahun 1982, USNO telah mengadakan Mesyuarat Agung. DS Anwar ketika itu berjawatan Ketua Pemuda UMNO telah hadir sebagai pemerhati dan mendengar permintaan Pemuda USNO supaya UMNO dibawa masuk ke Sabah.
8. Akhirnya, Tun Datu Mustapha, Tun Sakaran dan AMT USNO mengadakan mesyuarat khas pada tahun 1986 untuk membawa UMNO masuk ke Sabah.

9. Klimaksnya, UMNO masuk ke Sabah pada tahun 1990 selepas PBS tiba-tiba keluar daripada BN beberapa hari sebelum pembuangan undi PRU10.

10. Kesimpulannya, di dalam politik Sabah, sebenarnya Shafie tidak mempunyai peranan awal. Sebaliknya, Shafie hanya menikmati kemewahan, kekayaan dan kesenangan hasil daripada kemasukan UMNO di Sabah. Kedua, Tun Dr. Mahathir tidak bersungguh-sungguh membantu Shafie di Sabah sebaliknya Tun Dr. Mahathir membiarkan Shafie terumbang-ambing sendirian di Sabah. Baru-baru ini Tun Dr. Mahathir pergi ke Sarawak membantu Pakatan Harapan tetapi tidak pergi ke Sabah walaupun Shafie telah mengorbankan dirinya keluar dari UMNO sejak berbulan lamanya. Barangkali kerana Tun M tidak mempercayai Warisan kerana Warisan tidak menjadi ahli Pakatan Harapan.

11. Sebab itu saya melihat desas-desus Shafie akan kembali kepada UMNO ada kebenarannya. DS Najib bukan seorang yang pendendam, mereka yang keluar UMNO akan diterima semula selepas mereka sedar kesilapan mereka. Jika Tun Dr. Mahathir, sekiranya sudah keluar UMNO amat sukar untuk diterima semula, contohnya Datuk Harun Idris selepas keluar dari penjara telah mengisi semula borang UMNO tetapi sehingga ke akhir hayatnya tidak diterima menyertai semula UMNO walaupun banyak jasanya.

12. Di Sabah bukanlah hairan emosi akan membawa penubuhan parti baharu seperti parti AKAR dan beberapa parti Kadazan. Apabila emosi sudah stabil, mereka akan membubarkan parti tersebut dan kembali ke pangkal jalan. 

13. Tun Sakaran Dandai semalam dianugerahi Tokoh Maal Hijrah 1438H, adakah ia satu signal kemasukan Shafie ke dalam UMNO ?

Selamat Berhujung Minggu.
KLIA.

Rujukan:
1. Political History of Sabah, Daily Epress, 16/9/1996
2. Ross-Larson dan Bruce Clifford, The politics of federalism: Syed Kecik in East Malaysia, Singapore, 1976.
3. Buku Abdul Malik Chua (1990)
4. Buku Sejarah Dan Perjuangan UMNO Di Sabah (2017).

KENAPA MAS BELI BOEING ? RAKAN DI USA BERTANYA ADAKAH DIBATALKAN?

on Saturday, September 16

Seperti yang disebut Menteri Luar kita, bukan mudah untuk mentafsir pergerakan Presiden Trump, penguasa negara besar di dunia. Namun, Perdana Menteri kita berjaya menguasai keadaan dengan diplomasi taraf tinggi.

Kita semua tahu usaha mensabotaj lawatan PM ke USA dibuat sejak beberapa bulan oleh beberapa pihak dengan memberi persepsi kotor di dalam media seperti yang anda sudah baca dalam WSJ, NYT dan CNN. 


Di Malaysia, Rafizi berusaha bersungguh-sungguh hingga ke saat-saat akhir menghasut rakyat Malaysia supaya tidak mempercayai lawatan PM. Namun, laporan-laporan negatif mereka tidak berjaya menghasut Presiden Trump untuk menolak lawatan PM kita. 

Pada 11/9/2017 saya menerima pertanyaan dalam wassap oleh sahabat saya di New York, adakah lawatan PM ke WDC dibatalkan? Saya tersenyum. Kuat sangat bau fitnah.

Walhal, lawatan sungguh berjaya. Sambutan dari awal kapal mendarat dengan karpet merah, kawalan keselamatan di jalan raya oleh pasukan keselamatan khas USA, sambutan dan keramahan di pintu masuk pejabat Presiden USA, perbincangan khas dalam bilik mesyuarat kabinet sehinggalah kepada Presiden Trump menghantar PM kita balik sampai ke pintu kereta sambil mengenepikan protokol White House. Presiden Trump berkata, 'tidak mengapa, Najib adalah kawan saya'.

ISU MAS BELI BOEING

Ada orang mentafsir ucapan PM kononnya kita negara kecil tidak logik hendak membantu ekonomi negara besar USA. Tuduhan itu menunjukkan, bahasa ekonomi dan bahasa diplomasi ekonomi tidak difahami. KWSP sudah melabur berpuluh-puluh tahun di dalam dan di luar negara sejak zaman Tun Dr. Mahathir jua, adakah KWSP pernah gagal memberikan dividen dan bonus kepada penyimpan? KWSP adalah di bawah jaminan kerajaan. MTUC perlu mentafsir pelaburan KWSP dengan tepat, janganlah bersikap kebudak-budakan.

Sebenarnya keputusan membeli kapal terbang Boieng oleh MAS sudah diputuskan sejak Julai lalu, dan PM hanya memberitahu sebagai salahsatu cara berdiplomasi dengan negara kuasa besar. 

Diplomasi yang sangat tinggi PM kita akan memberikan keuntungan sosioekonomi seperti pekerjaan dalam negara melalui perkongsian teknologi Boeing, pendapatan kepada negara melalui penggunaan kapal-kapal MAS di peringkat antarabangsa, keselamatan ekonomi, keselamatan sosiopolitik dan geopolitik di peringkat global.

Sebagai pelajar, saya telah terbang beberapa kali ke USA menggunakan kapal MAS, Emirates, Saudi Arabia, Qatar Airways, British Airways dan kapal-kapal Amerika Syarikat sendiri. Sesiapa pun tidak akan menafikan perkhidmatan MAS tetap terbaik dari segi layanan dan hospitaliti. Namun begitu, sudah tentu kita tidak dapat mengatasi kapal-kapal mewah oleh Saudi Arabia, Emirates dan Qatar Airways. Sebab itulah, MAS perlu kapal-kapal baharu untuk menambah nilai dan prestasi. Pelaburan tinggi akan memberikan pulangan tinggi. Pelaburan rendah akan membawa pulangan rendah. Teori ekonomi Smith masih boleh digunakan.

KLIA dengan hampir 100 juta pengguna dari seluruh dunia (2016) menjadi lapangan terbang antara tersibuk di dunia ketika ini. Jika MAS boleh mendapatkan 50 juta sahaja penumpang daripada 100 juta itu, saya percaya MAS akan meraih keuntungan yang berlipat ganda. Pengguna hari ini sangat cerewet, dengan adanya perkhidmatan on-line, mereka sedaya upaya mahu menikmati hospitaliti MAS. Oleh itu, MAS perlu sentiasa berdaya saing.

Selamat Hari Malaysia
KLIA.

Rujukan:
1. Catatan perjalanan ke USA 2015/2016.
2. Tweeter Presiden Trump.
3. WSJ, NYT, CNN, Malaysiakini.
7. MTUC.
8. Ucapan Tun Dr. Mahathir (2005).
9. Adam Smith (economist)





KRONOLOGI LAWATAN DS NAJIB KE AMERIKA SYARIKAT, ULASAN MEDIA INDONESIA LEBIH MENARIK

on Thursday, September 14


November, 2016 - Semasa memenangi pertandingan jawatan Presiden Amerika Syarikat, Presiden Trump telah menghantar tweet dengan berkata DS Najib bukanlah asing kepada beliau, malah rakan golf beliau. Journalist antarabangsa Jonathan berkata Trump telah menyimpan sekeping gambar golf mereka berdua dengan kata-kata Trump "To My Favorite PM".

April 2017 - Dalam satu majlis rasmi di Washington oleh Presiden Trump, beliau telah menghubungi DS Najib melalui panggilan telefon. Dalam perbualan itu, Presiden Trump menjemput Perdana Menteri untuk melawat Amerika Syarikat. Baca semula.

Semalam, 12/9/2017 Perdana Menteri bersama delegasi Malaysia antaranya Menteri Luar, Menteri Perdagangan, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Keselamatan Negara dan lain-lain pegawai kerajaan Malaysia.

21 Mei, 2017 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menerima jemputan daripada kerajaan Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Negara Arab, Islam dan Amerika Syarikat pada 21 Mei, di Riyadh, Arab Saudi. Jemputan itu disampaikan Menteri Kebudayaan dan Informasi Arab Saudi Dr Awwad Salleh Al-Awwad ketika mengadakan pertemuan dengan perdana menteri di pejabatnya di Perdana Putra di sini hari ini. Menurut jurucakap Kementerian Luar, sidang kemuncak sehari itu dijangka turut dihadiri Presiden Amerika Syarikat Donald Trump serta pemimpin negara Islam lain.

25 Ogos, 2017 - Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat dan Ketua Pengarah Keselamatan Negara, mengunjungi Presiden Trump di pejabatnya di Oval Office, Washington DC. Bacaan ulangan di sini.

12 September 2017 - Pertemuan bersejarah Presiden Trump-DS Najib mendapat liputan media luar negara dan dalam negara.

Dalam mengulas lawatan Perdana Menteri Malaysia di USA semalam, media Indonesia dan Singapura nampaknya lebih bijaksana. Kata Media Indonesia, "Kedatangan Najib terkait dengan rencana pembelian 25 pesawat Boeing 737 dan 8 787 Dreamliners oleh Malaysia Airlines. Selain itu, Malaysia masih mungkin membeli 25 pesawat Boeing 737 lagi. Total nilai pembelian diperkirakan mencapai US$20 miliar.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih banyak atas semua investasi yang telah Anda lakukan di Amerika Serikat," kata Trump saat tampil bersama di Ruang Kabinet. Dalam pertemuan itu Trump juga memuji 'peran utama Najib' dalam melawan kelompok Islamic State (IS) dan kelompok jihad lainnya.
"Dia sangat kuat dalam terorisme di Malaysia dan pendukung hebat dari sudut pandang itu. Itu adalah hal yang sangat penting bagi Amerika Serikat," kata Trump." 

15 September, 2017 - Perdana Menteri beserta rombongan dijangka kembali ke tanah air.

16 September, 2017 - Perdana Menteri ke Kota Kinabalu, Sabah bersama-sama menyambut Hari Malaysia.

Rujukan:
1. Tweeter Presiden Trump
2. Tweeter Jonathan Head
3. Duta Besar Malaysia ke USA
4. Catatan perjalanan USA 2015/2016.
5. Media Indonesia.

PERTEMUAN DENGAN PRESIDEN TRUMP: MALAYSIAKINI SALAH, DS NAJIB BUKAN JENIS PIJAK KAKI WARTAWAN

on Sunday, September 10





Pertemuan DS Najib-Presiden Trump menjadi fokus seluruh pelusuk media dalam dan luar negara. Portal Malaysiakini semalam menyiarkan gambaran kononnya DS Najib (Najib) akan mengelak dan ketakutan kerana disoal bertubi-tubi oleh rangkaian media asing khususnya New York Times, Washington Post dan lain-lain.

Mereka patut sedar karektor Najib bukan begitu, dan Najib bukan seorang yang kelam-kabut. Dahulu ada pemimpin lain sebelum sidang akhbar akan diberi amaran supaya memberi soalan yang baik-baik sahaja, jika tidak kaki wartawan itu akan dipijak oleh pembantu-pembantunya. Ada juga pemimpin lain, apabila disoal dengan pertanyaan yang sensitif atau berbentuk provokasi, dia cepat melatah, menyoal semula dan memberi jawapan di awan-awangan.

Jika anda sering mengikuti sidang akhbar Najib, anda akan dapati jawapan yang diberikan untuk soalan-soalan serius adalah terang dan jelas. Tiada bunga-bunga bahasa. Jika boleh Najib akan kata boleh. Jika tidak boleh Najib akan kata tidak boleh. 

Begitu juga kes pelarian Rohingya. Semalam DS Najib, DS Ahmad Zahid Hamidi, DS Hishammuddin dan lain-lain kementerian segera berganding bahu menghantar makanan dan ubat-ubatan kepada pelarian Rohingya di Bangladesh. Jika dahulu, ada orang lain sebelum memberi bantuan membuat perhimpunan besar-besaran dalam stadium, memberi ucapan dalam pada masa yang sama mahu mendapat miliage politik umat Islam sebelum memberi bantuan kemanusian. 

Bantuan segera semalam bukan pertama kali, beberapa tahun dahulu Najib sudah membangkitkan isu Rohingya dalam ASEAN. Pada tahun ini, timbul semula kekejaman junta dan pengikut junta di negeri-negeri Arakan dan Rekhani.

Saya yakin Najib akan menyentuh isu Rohingya semasa pertemuan dengan Presiden Trump di Amerika Syarikat. Semua orang kena sedar, hubungan Malaysia-Amerika Syarikat sekarang di tahap terbaik. Perhatikan Duta USA hari ini, seorang yang bijak dalam diplomasi, bukannya seperti John Marlot melibatkan diri dalam politik Malaysia dengan pandangan-pandangan tidak diplomatik. Sebabnya mudah, barangkali semasa dia dihantar tidak menghadiri kursus mengenai Malaysia di Oval Office sebagaimana Duta USA hari ini. 

Perang etnik di Myanmar ke atas orang-orang Rohingya bukan perkara baharu. Ianya sudah berlaku beratus-ratus tahun dahulu lagi sejak tahun masehi 1044 lagi. Apabila Burma menakluki wilayah Arakan pada tahun 1784, pengusiran dan pembunuhan etnik Rohingya semakin menjadi-jadi sehinggalah ke hari ini. Polisi kerajaan moden Mynmar hari ini pula tidak mengiktraf etnik Rohingya sebagai salah satu sub etnik rakyat Mynmar. Maka mereka menjadi pelarian dan mangsa kekejaman dasar kerajaan Mynmar. Manakala, saya percaya Aung Sang Suu Kyi tidak akan membantu etnik ini kerana ayahnya dahulu juga mengelak diri daripada membantu etnik ini. Apabila kita bercakap mengenai Mynmar, ianya adalah berkenaan junta tentera dan pelampau agama. Mereka sebenarnya yang perlu ditekan, Aung Sang Suu Kyi tidak ada kuasa itu !

Sumber:
1. Kertas kajian, Sejarah Rohingya (2014)
2. https://www.malaysiakini.com/news/394607
3. TARC, Ohio University, Athens, USA.

TARIKH PRU14

on Monday, September 4

SABAH FIX DEPOSIT  (wp)

1.  Hari ini, di mana-mana jua keghairahan bercakap mengenai PRU14 sudah menjadi lumrah. Pelbagai teori dikemukakan untuk membenarkan tekaan masing-masing tepat. Baik di pihak parti pemerintah dan parti pembangkang, masing-masing mempunyai teori yang hampir serupa sahaja.

2. Di pihak pembangkang, mereka sudah mencanangkan kemugkinan PRU14 sejak setahun dua yang lalu lagi dengan membawa pelbagai isu. Namun begitu, semua andaian mereka tersasar. Kerajaan yang memerintah hari ini masih mempunyai masa sehingga 6 Mei, 2018 untuk membubarkan parlimen jika merujuk kepada usia kerajaan dibentuk selepas pilihanraya. Namun, Perlembagaan negara memberi tempoh 60 hari lagi kepada Kerajaan untuk mengadakan pilihanraya selepas tarikh pembubaran.

3. Imbas semula pada tahun 2013, tarikh penamaan calon ialah 20 April,2013 dan tarikh pembuangan undi pada 5 Mei, 2013. Dalam PRU13, BN memenangi 133 kerusi berbanding PR memenangi 89 kerusi. Manakala kerusi majoriti yang diperlukan untuk membentuk kerajaan ialah 112 kerusi (simple majority).

4. Negara kita baharu sahaja menganjurkan Sukan SEA 2017 dengan menjadi juara keseluruhan. Ada orang meramalkan kejayaan di Sukan SEA akan disusuli dengan pembubaran Dewan Rakyat bagi membolehkan PRU14. Namun, tekaan itu tidak juga menjadi kenyataan. 

5. Memasuki bulan September, seluruh mata dalam dan luar negara tertumpu kepada pertemuan Presiden Trump-DS Najib dijangka pada minggu hadapan ketika Persidangan PBB. Sama ada pertemuan ini merupakan petanda yang penting untuk membolehkan PRu14, ianya suatu acara yang memberi markah bonus kepada DS Najib dan Kerajaan. Pada bulan yang sama, jemaah haji dari Malaysia mula kembali ke tanah air.

6. Memasuki bulan Oktober, Kerajaan akan membentangkan Bajet 2018. Ramai yang optimis PRU14 akan diadakan selepas pembentangan Bajet 2018. Saya tidak fikir DS Najib menjadikan Bajet 2018 satu-satunya faktor pemangkin kepada PRU14. Bajet 2018 adalah tanggungjawab kerajaan. Namun, Bajet 2018 akan menjadi bajet terpenting kerana ianya akan melancarkan lagi beberapa projek pembangunan seperti PAN Borneo, ECRL, MRT, sekolah baharu, hospital baharu, BR1M (mungkin ditambah berdasarkan pendapatan negara kembali meningkat).

7. Di luar negara, Reuters melaporkan Petronas diberitakan dijangka memenangi pembelian saham majoriti di dalam konglomerat Deweo E & C, di Korea Selatan. Di samping, kejayaan Kerajaan membeli beberapa hotel di Mekkah dan Medina untuk kegunaan jemaah haji Malaysia. Kedua-dua kejayaan ini menangkis tuduhan pembangkang yang meracun rakyat Malaysia kononnya negara sedang bankrap.

8. Bulan November diberitakan akan diadakan pemilihan kepimpinan UMNO di seluruh peringkat. Jawatan Timbalan Presiden UMNO, Naib-Naib Presiden UMNO serta Ketua Pemuda UMNO menjadi fokus penting. Jika UMNO berjaya melepasi pemilihan ini dengan lancar dan aman, ianya memberi petanda DS Najib mempunyai sebab untuk tidak melengahkan PRU14.

9. Manakala pada bulan Disember, negara bakal berhadapan dengan bulan tengkujuh. Kebiasaannya banjir akan melanda beberapa negeri dan kita belum tahu sama ada keadaan banjir sederhana ataupun buruk. Masyarakat Kristian pula akan menyambut Hari Natal di samping ambang tahun baharu 2018.

10. Pada bulan Januari 2018, ianya hampir genap Kerajaan mencapai tahun ke-5 untuk membolehkan Kerajaan bersiap sedia mengadakan PRU14 pada bila-bila masa sekurang-kurangnya pada 6 Mei 2018 (merujuk kepada pembentukan kerajaan yang memenangi PRU13 pada 6 Mei 2013).

11. Saya percaya semua pihak sedang mempersiapkan parti masing-masing. Di saat-saat akhir, nampaknya pergaduhan DS Azmin Ali-Rafizi Ramli dalam PKR sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Program Invoke semakin lesu. PAS tetap steady tatkala kem DS Azmin Ali masih mahu memujuk PAS, manakala di pihak Rafizi Ramli pula tidak. Warkah DS Anwar digunakan untuk meredakan perkelahian kedua-dua orang ini. Betulkah warkah DS Anwar dari dalam penjara? Di Kota Kinabalu pula, di kala pihak pembangkang memburukkan Kerajaan, tiba-tiba ADUN DAP mengisytiharkan keluar parti.

12. Nampaknya PAS kekal istiqamah. Saya meramalkan DS Najib akan berjaya membawa masuk PAS dalam Kerajaan sebelum atau selepas PRU14. Ianya akan mengulangi kejayaan ayahandanya allahyarham Tun Abdul Razak membawa masuk PAS ke dalam BN pada tahun 1974.

Selamat Membaca.
Kuala Terengganu.

Sumber:
1. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
2. Article 113, Federal Constitution, with Index.
3. Reuters.
4. Malaysiakini.

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan