KISAH DI SEBALIK PERTEMUAN ANWAR-NAJIB DI HOSPITAL

on Saturday, November 18

1. Pertemuan DS Najib dan DS Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur semalam merupakan detik yang penting. Orang ramai melihatnya sebagai pertemuan muhibbah dan kemanusiaan. Izinkan saya menceritakan kisah yang berkaitan pertemuan itu. Sebagai journalist, saya akan menulis apa yang saya temui dan apa yang benar sahaja.

2. Saya teringat kepada pertemuan saya dengan seorang AMT PKR tahun lalu supaya saya dapat menyampaikan kepada DS Najib (Najib) perihal kesihatan Anwar yang merosot di dalam penjara. Beliau turut menceritakan betapa baiknya Najib dan DS Rosmah (Rosmah) yang telah memastikan supaya Anwar diberikan kemudahan yang terbaik di dalam penjara seperti tilam yang sesuai, kemudahan membaca buku dan sebagainya. Saya telah pernah menulisnya di sini dan di sini

3. Baru-baru ini AMT PKR tersebut menjemput saya lagi untuk minum teh dan menceritakan Anwar menderita sakit belakang. Sekali lagi beliau meminta agar saya menyampaikan kepada Najib keadaan Anwar tersebut. Saya berusaha menyampaikan permintaan AMT PKR itu melalui orang paling kanan Najib beberapa minggu yang lalu.

4. Saya mengetahui bahawa Najib bukanlah Tun Dr. Mahathir dalam bersosialisasi dengan Anwar. Najib tidak pernah menuduh Anwar meliwat (1998), ianya dakwaan Tun M yang masih belum dibersihkan sehingga ke hari ini. Malangnya, hari ini untuk menjatuhkan Najib, mereka sanggup mempergunakan Anwar, keluarga Anwar, PKR malah mempergunakan Lim Kit Siang. 

5. Rakyat mesti bijak melihat permainan politik ini. Rakyat tidak boleh menerima lakonan ini. Jika rakyat mahu mempercayainya perlu ada tiga tindakan berani, pertama Tun M mesti membersihkan nama baik Anwar daripada tuduhan liwat 1998. Kedua, Tun M perlu menyertai DAP bukan menyertai parti Pribumi Bersatu. Ketiga, bersetuju bahawa di dalam Pakatan Harapan hanya Anwar sahaja calon Perdana Menteri bukan Mukhriz dan bukan TS Muhyiddin.

6. Saya diberitahu, tiada seorang pun AMT PKR mempercayai Tun M seratus-peratus. Mereka sangat berhati-hati.

7. Di dalam hal ini, Nurul Izzah kelihatan sudah terperangkap. Sebab itulah saya mengatakan bahawa Nurul Nuha sahaja yang boleh menyelamatkan Anwar daripada lakonan orang yang berpura-pura menyokong Anwar. Baca semula di sini. Malah, anak lelaki Anwar, Mohd. Ihsan sudah semakin matang dan boleh mengambil alih peranan Nurul Izzah.

8. Saya beritahu kepadanya, hanya Najib boleh menyelamatkan Anwar bukan Tun M. 

9. Saya ingin menutup tulisan saya ini dengan doa ini, "Ya Allah, heal the sick among us, make us healthy, break the unions of our enemies, help us against those who are hostile to us with Your Mercy, O Lord, the Most Living". Aamiin.

Selamat Berhujung Minggu.

Masjid Sultan, Singapura,
17 November 2017.

BAJET 2018: PANDANGAN DR MUHAMMAD ABDUL KADIR KURANG PATRIOTIK DAN TIDAK ADIL

on Monday, November 6

Dr. Muhammad Abdul Khalid 
1. Ramai orang ter asyik menyaksikan rakaman diskusi Bajet 2018 baru-baru ini. Pandangan Dr Muhammad Abdul Khalid (MAK) sangat menarik. Saya tertarik kepada perkara yang dibangkitkannya dalam konteks realiti kehidupan di peringkat grassroot dan menengah. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang diungkapkannya tidak adil dan ianya perlu diperbaiki.


2. Pertama, jika hanya melihat dari aspek realiti sebahagian peringkat sahaja seperti golongan menengah dan ke bawah, ianya memang mudah meletakkan kelemahan kepada kerajaan. Sebaliknya, ianya akan lebih adil jika kita dapat melihat juga kesungguhan kerajaan mengelola zaman kemelesetan ekonomi sekarang tanpa mengabaikan hak-hak golongan lain di pelbagai dimensi.


3. Ada segelintir pakar ekonomi melihat sesuatu benih itu seperti melihat tanaman yang lengkap. Kemudian dia ingin supaya benih ini sempurna segala-galanya. Walhal, untuk menjadi tumbuhan yang sempurna,memerlukan proses penumbuhan. Benih yang baik juga memerlukan tanah yang subur. Di manakah dan bagaimanakah tanah yang subur itu? Ini yang gagal dijawab oleh sesetengah pakar ekonomi kita. Kerana kebanyakan mereka hanya melihat kepada angka-angka sahaja.

4. Ahli-ahli kenegaraan yang sudah terbukti seperti Karl Marx, Mao Tze Dong dan Winston Churchill nampak lebih jelas patriotik ekonomi mereka dalam memandu golongan menengah, kapitalis dan marhaen. 


5. Melihat keadaan ekonomi dari aspek realiti dan data-data sahaja amat bahaya kerana ianya akan memberi implikasi tidak adil. Contohnya, saya tidak percaya MARA mengabaikan anak-anak luar bandar kerana dasar MARA adalah untuk anak-anak luar bandar yang layak dan memerlukan. Pada masa yang sama, anak-anak cemerlang di dalam bandar dan pinggir bandar juga berhak. Barangkali yang dimaksudkan DR MAK ialah keperluan menambah peruntukan supaya lebih ramai diberi peluang.


6. Pengalaman saya bersama pelajar-pelajar MARA di USA, kebanyakan mereka adalah dari golongan sederhana dan menengah. Dengan adanya MARA mereka berjaya belajar di USA, ada yang bekerja di sana dan ada yang kembali ke Malaysia untuk berkhidmat semula kepada negara. Jika mereka cemerlang semasa SPM, STPM dan Matrikulasi, tanpa bantuan dari MARA sukar mereka ke sana melainkan ibu bapa yang kaya dan raya. Proses menjadikan mereka manusiawi pun tidak senang kerana banyak halangan sosial seperti ancaman dadah, pergaulan bebas dan sebagainya. Semua ini tidak boleh diukur dijelaskan dengan data-data sahaja. 

7. Sebab itu saya sangat bimbang jika pandangan populis diberi tempat berbanding pandangan yang lebih konstruktif. Dr MAK perlu juga melihat aspek  world view dan perlakuan sosiopolitik semasa dalam dan luar negara supaya pandangan yang diberikan lebih adil dan sempurna.



8. Contohnya keadaan hari ini tidak semewah dulu. Pada zaman Tun M misalnya, Petronas sangat mewah apatah lagi dengan hanya kapasiti kira-kira 15 juta (1981) dan 25 juta (2002) penduduk sahaja. Berbanding hari ini, Petronas menghadapi cabaran besar. Penduduk Malaysia juga menghampiri 32 juta (2017). Jika dilihat dari aspek itu sahaja, pandangan Dr MAK kurang adil khususnya kepada negara dan kerajaan. Jika anda bercakap tentang hutang negara semakin tinggi tapi anda tidak pula bercakap tentang aset negara yang juga semakin bertambah dan semakin pelbagai, pandangan anda pasti menjadi tidak adil kepada negara dan kerajaan. 


9. Mantan Ketua Menteri Sabah, TS Harris Salleh lebih patriotik economi apabila mencadang kepada Putrajaya supaya kembali kepada Dasar Ekonomi Pertanian. Kesilapan lama terlalu cenderung kepada industrialisasi dengan meninggalkan bidang pertanian negara juga merupakan salahsatu faktor.



10. Keempat, pandangan Dr MAK kelihatan bersifat individualistik. Dalam kajian oleh Prof Ulung (UKM) mengenai mamakization, restoran-restoran mamak yang tidak pernah kosong selama 24 jam didatangi oleh semua kaum. Ianya menjadi platform patriotik ekonomi. Samada ekonomi merudum atau tidak, mamakization tetap berjalan.



11. Sebab itu, jika kita lihat setiap pasar malam, pasar pagi, pasar minggu, shopping complexes, Tanah Abang di Jakarta, Bandung, Korea, China, London dan sebagainya penuh dengan rakyat Malaysia sepanjang masa dan sepanjang tahun. Permohonan syarikat-syarikat tours bertambah setiap hari. Seorang sahabat saya dari Jepun bertanya, 'tang mana ekonomi Malaysia tidak baik' jika itu keadaan yang dilihatnya di Malaysia.


12. Dr MAK juga tidak adil dalam mengungkap realiti. Kakitangan kerajaan akan menikmati kenaikan gaji tahunan setiap tahun dan ianya memberi implikasi kenaikan elaun-elaun lain. Saya percaya kakitangan swasta juga menikmati kenaikan gaji serupa atau lebih baik berbanding kakitangan kerajaan. Itu tidak termasuk kemudahan pendidikan keluarga di sekolah hingga universiti, kesihatan daripada sebelum lahir kepada selepas lahir dan pelbagai bantuan kerajaan yang tidak berbentuk wang ringgit tetapi berbentuk makro dan mikro.


13. Ada orang berkata itu tanggungjawab kerajaan, benar itulah yang kerajaan sedang lakukan. Pengalaman saya di USA, membawa anak yang sakit perut di bahagian kecemasan, rawatan yang sekejap, menunggu masa yang lama, kos yang perlu dibayar hampir mencecah USD6,000 (2015) dan ubat kena beli di farmasi luar. Tetapi, jika di Malaysia dengan rawatan yang hampir sama, kerajaan tidak mengenakan apa-apa bayaran ataupun bayaran pendaftaran cuma RM1.00 sahaja dengan ubat percuma. Sebab itulah pandangan perlu lebih adil dengan mengambil prinsip-prinsip kenegaraan yang jelas, bukan hanya melihat dari aspek ekonomi dan angka-angka sahaja.


14. Sebab itu bagi saya seseorang ahli ekonomi perlu ada suntikan patriotik yang jelas. Jika tidak, ianya akan memberi ulasan buruk sahaja kepada negara dan kerajaan semasa keadaan ekonomi global merudum. Walhal, jika seseorng itu patriotik pandangan kenegaraannya akan menjadi sangat jelas samada ketika negara dalam kemewahan atau zaman sakit.



15. Seseorang ahli ekonomi perlu mempunyai prinsip negara dan rakyat yang jelas. Sebab itu antara contoh lain, kerajaan mencipta banyak peluang pekerjaan seperti pembinaan MRT, ECRL Kelantan-KL, KL-Singapura, PAN Borneo tanpa tol, bisnes digital, hubungan baik dengan China dan USA, pembangunan federal dalam Bajet2018 di Pulau Pinang dan sebagainya. Tujuannya supaya ada pekerjaan kepada siswazah baharu yang memasuki pasaran buruh dan sebagainya. Ianya tidak boleh diukur dengan angka dan data sahaja.



16. Keadaan geopolitik serantau dan konflik di negara jiran memberi ancaman kepada keselamatan ekonomi negara. Sebab itu kita memerlukan pakar ekonomi yang patriotik dan worldview yang jelas dan adil. Harus dilihat dari semua aspek. Namun, segelintir mereka hanya mahu memberi pandangan yang bersifat populis sahaja. Economist seperti Adam Smith anda boleh bersetuju, tetapi secara praktikal ia tidak sesuai di Malaysia.

17. Kesimpulannya, pandangan Dr MAK nampak menarik, sedap didengar tetapi kurang patriotik, berat sebelah dan tidak adil khususnya dalam rangka prinsip-prinsip kenegaraan yang merupakan teras penting keselamatan negara, rakyat dan ekonomi negara kita.


Selamat Membaca.
KLIA-Sandakan.

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan