LAPORAN DARI INSTANBUL - UMAT ISLAM MAHU DS NAJIB & MALAYSIA BERPERANAN ORANG TENGAH SELESAIKAN KEMELUT BAITUL MUQADDIS

on Thursday, December 14


Instanbul, Disember 13, 2017 - Saya bertolak awal ke Istanbul melalui Tehran. Sesampai di airport Imam Khomeini, kami disambut Mr Sarsen seorang Turkish yang fasih berbahasa Melayu campur Indonesia.

Cuaca sederhana 14 darjah celcius mengembalikan ingatan saya kepada suasana bandar lama Philadelphia, USA. Kata Mr Sersan, Turki 30% berada dalam benua Eropah, 70% di benua Asia dan Istanbul berada di dalam benua eropah.

Persidangan tergempar OIC di sini sangat mengujakan,bersemangat dan menyerlahkan perpaduan dalam kalangan negara-negara Islam. Sekretariat OIC sangat gembira dengan kehadiran DS Najib. Mereka menganggap Malaysia mempunyai kekuatan diplomatik yang boleh membantu menyelesaikan kebuntuan di Baitul Muqaddis.

DS Najib menyuarakan dengan tegas kebahayaan provokasi menggunakan Baitul Muqaddis untuk memenuhi nafsu serakah Israel boleh merosakkan keseimbangan keamanan dunia. 

Pelobi-pelobi Israel di White House seperti kata Senator P. Findley tidak pernah berhenti untuk memenuhi apa jua kepentingan NGO-NGO JEWS dan penaja-penaja belakang tabir untuk memastikan sesiapa sahaja Presiden USA akan menuruti kehendak mereka. Kumpulan Freemason sejak Amerika merdeka pada tahun 1776 merupakan pendesak paling keras.

Hubungan baik DS Najib semasa Presiden Obama dan kini Presiden Trump dilihat masa yang sesuai untuk membantu menyelesaikan isu Baitul Muqaddis. Terdapat pandangan orang Turki mencadangkan supaya DS Najib dilantik sebagai orang tengah untuk menyampaikan suara OIC dan umat Islam kepada Presiden Trump.

Mereka melihat sumbangan DS Najib melalui konsep Kesederhanaan dalam kemelut Semenanjung Gaza Palestine, Selatan Filiphina, Selatan Thailand sangat berjaya. Ianya boleh digunakan dalam isu Baitul Muqaddis.

Kepada rakyat Malaysia di tanah air, teruskan berdoa. Kota suci Baitul Muqaddis milik umat Islam, penganut Kristian dan milik rakyat Palestine sejak sekian lama beribu-ribu tahun, tetapi bukan memilikjadikan Baitul Muqaddis sebagai ibu kota baru Israel. Israel sudah ada Jerusalem sebagai ibu negaranya sejak sekian lama. 

Salam dari Instanbul.
Disember 13, 2017.




TUN RAZAK BANTU 1974, DS NAJIB BANTU 1987, PRESIDEN ERDOGAN TELEFON PM NAJIB ISU BAITULMUQADDIS,

on Sunday, December 10

Persidangan Agung UMNO 2017 telah melabuhkan tirainya. Namun, apakah yang dipelajari oleh ahli-ahli UMNO dan orang Melayu?

1945 - UMNO ditubuhkan, Dato' Onn Jaafar diangkat Presiden UMNO yang pertama selepas berjaya dipujuk untuk meninggalkan peranannya di peringkat negeri Johor untuk memainkan peranannya di peringkat negara.

1946 - Cadangan Kerajaan British selepas perang untuk mengUnionkan pemerintahan Tanah Melayu di bawah satu pusat kuasa. Kuasa Raja-Raja Melayu akan terhapus kerana sistem Union menghapuskan kuasa negeri-negeri, semuanya disentralisasikan di bawah kuasa Pesuuruhjaya British atau Gabenor Malayan Union. 

1948 - Malayan Union dimansuhkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) hasil kebijaksanaan Tunku Abdul Rahman. Tunku menjadi Ketua Menteri PTM dan diberi kuasa oleh Penjajah British untuk memilih Ahli-Ahli Kabinet (Exco). Tun Mahathir masih bersekolah di Kolej Perubatan, Singapura.

1951- Tunku Abdul Rahman berekonsiliasi dengan Tun Razak di London meminta Tun Razak mengetuai UMNO, tetapi Tun Razak menolak sebaliknya mencadangkan semula supaya Tunku sahaja menjadi Presiden UMNO. Kedua-duanya lulusan Undang-Undang.

1952 - Dalam Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur, UMNO pertama kali bekerjasama dengan MCA dan mereka menang besar. 

Tunku berlepas ke London untuk membincangkan Pilihanraya Umum pertama disegerakan tetapi Pegawai British di London tidak mahu bertemu Tunku. Tunku seorang yang bijak, dengan bantuan seorang pegawai British yang pernah bertugas di Tanah Melayu, akhirnya Tunku dapat juga bertemu dengan Pegawai British yang sombong itu.

1955 - Akhirnya Tunku berjaya mendesak Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu untuk mengadakan Pilihanraya. Dalam Pilihanraya Umum pertama, UMNO bergabung dengan MCA dan MIC membentuk Perikatan. UMNO menang besar dengan 51 kerusi manakala PAS berjaya menang 1 kerusi. Pada masa itu, orang-orang Cina dan India belum lagi ramai dalam kawasan-kawasan pilihanraya, maka Tunku telah meminta supaya orang-orang Melayu menyokong calon-calon MCA dan MIC yang berada di dalam Perikatan. Selepas 60 tahun, saya melihat MCA dan MIC masih bergantung kepada undi ahli-ahli UMNO dan penyokong Kerajaan untuk menang.

1956 - Kereta Tunku rosak di tengah jalan di Melaka di malam hari ketika dalam perjalanan ke Singapura. 

1957 -  Orang-orang Melayu mengumpul wang, menggadai emas mengumpul dana untuk membantu Tunku dan rombongan merdeka ke London. Tunku tidur di hotel murah di London. Menaiki teksi di London.Akhirnya Tanah Melayu Merdeka.

1960 - Darurat ditamatkan. Parti Komunis Malaya (PKM) semakin mengecilkan operasi mereka ke dalam hutan belantara dan sempadan Thai. Chin Peng melarikan diri ke China dan hidup bahagia di sana sebelum berhijrah semula ke Selatan Thailand. Pada tahun ini, Tun Mahathir dan isteri melawat Jepun.

1963 - Persekutuan Malaysia dibentuk melalui penggabungan Borneo Utara, Sarawak dan Singapura. Indonesia yang dikuasai elemen Partai Komunis Indonesia (PKI) menentang penubuhan Malaysia dengan gelaran Neo-Kolonial.

1969 - Tun Mahathir kalah dalam Pilihanraya. Tun Mahathir menyalahkan pengundi Cina dan MCA atas kekalahan beliau dan bersumpah tidak akan bekerjasama dengan mereka lagi.

1965 - Tun Razak membaca usul menyingkirkan Singapura daripada Malaysia, Tunku Abdul Rahman membacakan keputusan menyingkirkan kerana tingkah laku sesetengah pemimpin Singapura. DYMM Yang Di-Pertuan Agong memberi perkenan DiRaja pada hari yang sama. Singapura disingkirkan.

1969 - Tragedi Mei, Tun Mahathir menyalahkan Tunku Abdul Rahman. Tun Mahathir menulis surat panjang lebar mengkritik Tunku Abdul Rahman. Tunku sangat kecewa jasanya 17 tahun dihina sebegitu terok oleh Tun Mahathir. Mantan Panglima ATM, allahyarham Jen (B) Tun Ibrahim Ismail dipanggil oleh Tun Abdul Razak berkaitan penubuhan MAGERAN. Bacaan Ulangan anda di sini.

1970 - Tunku Abdul Rahman menyerahkan kuasa kepada Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri kedua. Tun Abdul Razak memperkenalkan FELDA.

1974- Tun Razak mengambil semula Tun Mahathir selepas lama berada dalam buangan. Tun Razak melantik Tun Mahathir Menteri Pelajaran. DS Anwar Ibrahim menukarkannya kepada Menteri Pendidikan (1991). Manakala Tun Razak berjaya membawa masuk PAS menyertai BN.

1976 - Tun Abdul Razak meninggal dunia. DS Najib bertanding di Parlimen Pekan dan menang besar.

1979 - PAS keluar daripada BN. Pada tahun ini, DS Najib berjaya merapatkan hubungan politik dengan PAS. Dijangka PAS-UMNO akan saling berekonsiliasi dalam PRU14.

1981 - Tun Mahathir megambilalih jawatan Perdana Menteri dan melancarkan slogan 'Bersih Cekap Amanah', tetapi pemimpin-pemimpin pembangkang khususnya PAS tukar kepada 'Botol Cap Anjing'. Manakala, DS Anwar Ibrahim menyertai UMNO, sebilangan ahli PAS berkata Anwar masuk kandang tahi akan bergelumang dengan tahi juga.

1982 - DS Najib bertanding di DUN Bandar Pekan dan dilantik sebagai Menteri Besar Pahang dalam usia 29 tahun. DS Anwar menang di Parlimen Permatang Pauh.

1987 - Pertandingan Presiden UMNO, Tengku Razaliegh tewas sedikit sahaja, Tun Mahathir kata satu undi menang pun dikira majoriti. DS Najib dan UMNO Pahang membantu kemenangan Tun Mahathir selepas Tun Razak membantu hayat politik Tun Mahathir pada tahun 1974.

1988 - UMNO diharamkan, Tengku Razaliegh mendaftar UMNO Malaysia, Tun Mahathir mendaftar UMNO Baru. Pendaftar meluluskan UMNO Baharu dan Tengku Razaliegh terpaksa menukar nama kepada Semangat 46. Hakim Tun Salleh Abas dipecat.

1990- Bermula UMNO tewas di Kelantan selepas Tengku Razaliegh membantu PAS. 

1991 - UMNO masuk ke Sabah selepas MT PBS memutuskan hubungan dengan BN. Ianya bukan keputusan DSP Parin Kitingan.

1993 - Tun Mahathir menghapuskan kuasa dan kekebalan Raja-Raja Melayu.

1994 - UMNO dan BN berjaya memerintah semula Sabah selepas beberapa wakil rakyat PBS lompat parti.

1997 - Krisis Ekonomi Asia.

1998 - DS Anwar disingkirkan daripada UMNO dan Kerajaan atas tuduhan seks luar tabie dan salah guna kuasa. Anwar dimalukan dalam dan luar tanpa belas kasihan hatta dipukul sehingga mata lebam. Tun M dilabel Diktator, Kronisme, Kolusi, Nepotisme, Anjing Kerajaan, Penyamun, Perompak, Mahazalim, MahaFiraun, KukuBesi, Demokrasi Mati oleh PKR dan DAP. Hari ini dunia terbalik ? 

1999 - BN mengekalkan kuasa dengan majoriti yang berkurang.

2002 - Tun Mahathir mengumumkan perletakan jawatan sebagai Presiden UMNO di PWTC.

2004 - Pak Lah menang besar selepas membawa imej Islamik. Kelantan hanya kurang 2 kerusi untuk BN memerintah Kelantan. DS Anwar dibebaskan dari penjara. Bermula kemarahan Tun Mahathir kepada Pak Lah. Anwar berkelana ke London dan USA sebagai pensyarah unversity.

2006 - DS Anwar mengumumkan kembali dalam politik Malaysia.

2007 - Demonstrasi BERSIH.

2008 - BN menghadapi kekalahan terbesar dalam sejarah tetapi kekal memerintah. Kerajaan Pakatan Perak berkubur antaranya gara-gara tanah 99 tahun dan kemuncaknya 2 wakil rakyat PKR meninggalkan parti mereka. Saya melawat DS Najib di Pekan di sini

2009 - DS Najib menerima kuasa daripada Pak Lah. Gagasan 1Malaysia diperkenalkan, Pak Lah menjadi Negarawan terbaharu.

2012 - DS Anwar kalah dalam perbicaraan kes sodomi ke atas Saiful Bukhari.

2013 - DS Najib mengekalkan kemenangan BN. Rekonsiliasi dengan DS Anwar Ibrahim yang diusahakan Jusuf Kalla gagal.

2014 - Gerakan sulit menjatuhkan TS Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor melalui Langkah Kajang. DS Wan Azizah menang tetapi gagal menduduki kerusi MB Selangor. 

2015 - DS Najib membuat lawatan rasmi ke USA. Kami bertemu di New York. Kemudian disusuli lawatan bersejarah Presiden Obama ke Malaysia.

2016 - BN menang besar dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Kubu Kuat DAP di Sungai Besar kalah terok. Calon BN di Kuala Kangsar menang majoriti mencecah 7,000 manakala calon BN di Sungai Besar menang majoriti mencecah 10,000.

2017 - Pesiden Erdogan Turki, menelefon Perdana Menteri DS Najib berhubung isu Baitulmuqaddis. Erdogan percaya DS Najib boleh menggunakan hubungan baiknya dengan Presiden Trump untuk menyelesaikan isu Baitulmuqaddis tanpa pertumpahan darah.

Semua Presiden Amerika akan menghadapi dua tekanan besar. Pertama daripada penaja dana Pilihanraya, dan kedua daripada kumpulan NGO Jews Amerika yang berpengaruh memainkan peranan utama di belakang tabir semua Presiden Amerika. Senator Paul Findley menyebut, anda baru merancang, anda baru melangkah, anda baru beberapa saat membuat arahan, pelobi Jews di White House akan memainkan peranan mereka. 

2018 - Penggal pemerintahan kerajaan demokrasi berakhir pada April, 2018 dan perlembagaan masih memberi peluang 60 hari sebelum pilihanraya baharu diadakan. Rakyat akan melihat semua ini 'MRT, PAN Borneo tanpa tol, Klinik 1Malaysia, BR1M, KR1M, UTC, PR1MA, PP1AM, 3 Tol dihapuskan dan pelbagai lagi'. Semuanya directly diberikan ke tangan dan di hati rakyat.

Selamat Membaca
Selamat Berhari Minggu.

KLIA
10.12.2017

Rujukan:
1. Buku Senator Paul Findley (politik)
2. Buku Tun Dr Mahathir Mohamad (memoir)
3. Buku Lee Kuan Yew (memoir)
4. Buku Jen (B) Tun Ibrahim Ismail (memoir)


KISAH PENGERUSI KELAB UMNO LUAR NEGARA DI USA

on Thursday, December 7

Aktiviti Kenegaraan oleh Sdra. Mior, Mantan Pengerusi KULN Philadelphia, USA
1. Setiap di antara kita yang pernah menetap di luar negara, pasti mempunyai pengalaman dengan Kelab UMNO Luar Negara (KULN). Sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) hari ini saya ingin mencadangkan suatu perkara yang ringan ini tetapi sebenarnya memberi impact yang besar.

2. Pada tahun 2014 saya dan keluarga ke Amerika Syarikat untuk menambah ilmu pengetahuan demi negara kita. Seperti juga orang lain yang terdahulu, kita akan meninggalkan keluarga di tanah air dan membawa banyak beg keperluan anak-anak terutamanya.

3.  Dipendekkan cerita, kami mendarat di Philadelphia airport, USA selepas melalui perjalanan jauh kira-kira 24 jam dari KLIA. Kami tiba subuh hari dengan cuaca ketika itu mencecah bawah 10 darjah Celcius. Alhamdulillah, di pintu luar airport Pengerusi KULN Philadelphia sudahpun menunggu kami. Dia menyewa sebuah van yang besar muat untuk kami sekeluarga dan beg-beg besar.

4. Cabaran pertama bermula dengan keadaan suhu yang begitu mencucuk tubuh badan. Setibanya kami di rumah sewa di mana Pengerusi KULN Philadelphia juga tolong carikan supaya berdekatan dengan University Pennsylvania. Cabaran seterusnya, elektrik pula tidak ada maka pemanas dalam rumah tidak dapat dihidupkan, anak-anak sudah mula menggigil kesejukan dan keletihan. Pada hari itu hari Ahad pula, cuti umum. Pengerusi KULN Philadelphia memutuskan untuk membawa kami ke down town menyewa sebuah bilik hotel dengan harga paling rendah kira-kira USD130 semalam.

5. Selepas itu, Pengerusi KULN Philadelphia berusaha menghubungi agensi tenaga untuk menghidupkan tenaga elektrik di rumah sewa kami. Alamdulillah, walaupun sudah pukul 4 subuh, teknisyen syarikat (PECO) datang juga untuk menyambung tenaga elektrik. 

6. Keesokan harinya, seawal 8 pagi, Presiden KULN Phialdelphia membawa kami ke down town untuk membeli makanan dan keperluan lain, termasuklah menguruskan dokumentasi yang diperlukan seperti membuka buku bank, mendaftarkan talian telefon dan air, mendaftar social security (seperti sistem EPF), menunjuk jalan ke universiti dan hospital. Semuanya dapat diselesaikan dalam seminggu. Walaupun Presiden KULN Philadelphia sedang menjalankan praktikal berkata dia bercuti semata-mata untuk membantu kami yang baharu tiba.

7. Apabila saya terkenang semua ini, saya dapat bayangkan Pengerusi KULN Philadelphia begitu banyak membuat pengorbanan, masa dan tenaga. Malah, sepanjang masa sehingga saya kembali semula ke Malaysia, Pengerusi KULN Phialdelphia tidak pernah meminta upah atau menggantikan wang peribadinya. Setiap kali saya memberikan dia wang kerana saya faham dia telah banyak mendahulukan wangnya, dia cuba menolak tetapi saya pun berusaha memberikannya semula.

8. Begitulah sehingga masa untuk balik ke Malaysia, Pengerusi KULN Philadelphia juga yang datang membantu mencarikan kereta sewa dan memandu ke lapangan terbang sehingga hilang dari pandangan mata kami sekeluarga.

9. Apabila rakan-rakan saya baharu hendak memulakan kehidupan di luar negara seperti di United Kingdom, Australia dan sebagainya, saya tidak teragak-agak mencadangkan kepada mereka supaya menghubungi Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara.

10. Cadangan saya sempena PAU 2017, berikan mereka bajet tambahan yang lebih besar kerana aktiviti-aktiviti seterusnya seperti bulan Ramadan, sambutan hari kemerdekaan, jamuan hari raya, sukan dan sebagainya memerlukan kos pengurusan yang besar di luar negara.

11. Kepada Pengerusi-pengerusi Kelab UMNO Luar Negara yang turut djemput bersidang di PAU2017, diucapkan selamat bersidang dan selamat melayari tinta sejarah perjuangan agama, bangsa dan negara.

*Pengerusi KULN Philadelphia, sdra. Mior, sudah pun berjaya menamatkan pelajarannya di USA. Semoga beliau dan semua Pengerusi KULN meneruskan khidmat bakti mulia di luar negara.


MA63: PANDIKAR AMIN SEPARUH BETUL SEPARUH SALAH, PM NAJIB LEBIH BIJAK

on Saturday, December 2


1. BAHAGIAN PERTAMA (SEJARAH)

20 Mei 1882 - Pembentukan kerajaan North Borneo oleh kolonial British dan merdeka pada 31 Ogos 1963

24 September 1841 - Pembentukan kerajaan Sarawak oleh kolonial British dan merdeka pada 22 Julai 1963

1 Febuari 1948 - Tanah Melayu berkerajaan sendiri dan merdeka pada 31 Ogos 1957

3 Jun 1959 - Singapura berkerajaan sendiri, dan merdeka melalui penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

27 Mei 1961, Hotel Adelphi, Singapura - Tunku Abd Rahman mencadangkan penubuhan Persekutuan Malaysia

23 Julai 1961, Singapura - Lee Kuan Yew bertemu Donald Stephens menerangkan kebaikan menyertai pembentukan Malaysia. Kemudian Donald Stephens bertemu Tunku Abd Rahman di Kuala Lumpur dan memutuskan penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM). JPPM telah bermsyuarat 4 kali iaitu pada Ogos 1961 di Kota Kinabalu, September 1961 di Kuching, Januari, 1962 di Kuala Lumpur dan 3/4 Febuari, 1962 di Singapura

17 Januari 1962 - Suruhanjya Cobbold ditubuhkan untuk menilai suara dan pandangan orag Borneo Utara dan Sarawak.

3 Februari/April 1962 - Suruhanjaya Cobblod menemui lebih 4,000 dan menerima 2,200 memorandum

21/6/1962 - Suruhanjaya Coblod menghantar laporan kepada Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan laporan 1/3 setuju bergabung membentuk Malaysia. 1/3 setuju dengan syarat, 1/3 setuju tetapi mahu memerdekakan Borneo Utara terlebih dahulu sebelum menyertai pembentukan Malaysia

29/8/1962 - Menandatangi Perjanjian Perkara 20

Kata-kata Donald Stephens: “Kami menolak menyertai Malaysia sebagai negeri individu, kami mahu supaya Wilayah Borneo bersatu dahulu supaya kami boleh berunding dengan Persekutuan Tanah Melayu sebagai rakan kongsi bersama dan bukannya di bawah pemerintahan mereka... kerana kalau kami menyertai sekarang, mereka yang datang mengambil kebanyakan jawatan yang tinggi adalah orang Persekutuan Tanah Melayu... iaitu penjajah baru...”

2 Oktober 1962 - Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu berkata,  “Saya melihat perkara yang penting mengenai Malaysia sebenarnya adalah untuk membolehkan wilayah Borneo berubah kedudukan daripada dijajah kepada memerintah sendiri sekali gus merdeka dalam Malaysia. Hari penjajahan sudah berakhir dan bukan hasrat Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) untuk meneruskan penjajahan, apabila Wilayah Borneo menjadi sebahagian Malaysia. Ia bukan dijajah tetapi menjadi sebagai rakan kongsi yang sama taraf.”

Lord Cobbold, pengerusi Suruhanjaya Cobbold berkata: “Dari mulanya adalah suatu syarat yang diperlukan bahawa Malaysia seharusnya dianggap oleh semua pihak yang berkenaan sebagai satu penggabungan ahli-ahli kongsi, dan bergabung untuk kepentingan bersama untuk menubuhkan satu negara baru tetapi masih mengekalkan hak-hak dan identitinya sendiri.”

9/7/1963 - Perjanjian Malaysia ditandatangani di London

16/9/1963 - Persekutuan baharu Malaysia ditubuhkan dengan dianggotai Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura.

BAHAGIAN KEDUA (NATION BUILDING)

27 Ogos 1976 - Parlimen Malaysia telah meluluskan pindaan Perlembagaan yang telah meletakkan Sabah dan Sarawak bukan lagi sebagai entiti yang berasingan daripada Persekutuan Tanah Melayu, tetapi sama taraf dengan negeri-negeri di Persekutuan Tanah.

Daripada kronologi ringkas di atas jelas membuktikan beberapa perkara yang disebut oleh Pandikar Amin Mulia adalah kurang tepat. Namun begitu, beliau mempunyai pandangan yang bagus dalam konteks nation building.

17 November 2017 - Sebenarnya kata-kata yang paling tepat ialah daripada Perdana Menteri DS Najib di mana baru-baru ini Najib berkata, "Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak berniat untuk mengambil apa-apa yang sememangnya menjadi hak negeri dan rakyat Sabah berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). "Kalau kita terambil, kalau terambil dahulu, kita kena pulangkan balik. Ini perjuangan kita. Bukan perjuangan Parti Bersatu Sabah (PBS) sahaja. Ini perjuangan kita bersama. Saya berkongsi sentimen anda,"

Memang benar dalam konteks negara moden bukanlah elok jika sesebuah negara mempunyai dua sistem pemerintahan. Pemimpin-pemimpin terdahulu telah menggunakan kebijaksanaan mereka dalam mempertahankan hak-hak rakyat Sabah yang telah bergabung di dalam Malaysia sebab itulah kita mempunyai Perkara 20 dan Sarawak Perkara 18. Itu adalah hak keistimewaan yang termaksud dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Pada zaman Pak Lah dan DS Najib, pematuhan kepada Perkara 20 dan Perkara 18 lebih baik berbanding Perdana Menteri terdahulu. Pada zaman Perdana Menteri terdahulu anda akan diISAkan jika membuka mulut hal-hal berkaitan Perkara 20, Sabahan, Sarawakian dan seumpamanya. Hari ini anda menikmati kebebasan dan real democratic yang sebenarnya.

Bukan sahaja jawatan di peringkat persekutuan kini dimonopoli oleh Sabahan di negeri Sabah, malahan paling besar hadiah PM Najib yang tidak diberikan oleh Perdana Menteri sebelumnya ialah PAN Borneo tanpa satu tiang Tol. PAN Borneo ini akan memakmurkan lagi negeri Sabah di mana industri pesisir PAN Borneo pasti akan tumbuh seperti  bandar-bandar baharu, kawasan industri baharu dan pelbagai lagi yang akan membuka banyak peluang pekerjaan. Ini sudah disebut oleh PM Najib semasa pertemuan dengan saya di New York dua tahun dahulu. Bacaan ulangan anda di sini.

Untuk masa hadapan, saya mencadangkan Kerajaan dan NGO perlu membuat lebih banyak Seminar dan Forum terbuka untuk memberi penekanan kepada aspek nation building, patriotisme, keselamatan, dan jati diri sebagai sebuah bangsa dan negara Malaysia yang berdaulat. Saya sedia membantu.

Selamat Membaca.

KLIA
2 Disember 2017.




Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan