KISAH PENGERUSI KELAB UMNO LUAR NEGARA DI USA

on Thursday, December 7

Aktiviti Kenegaraan oleh Sdra. Mior, Mantan Pengerusi KULN Philadelphia, USA
1. Setiap di antara kita yang pernah menetap di luar negara, pasti mempunyai pengalaman dengan Kelab UMNO Luar Negara (KULN). Sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) hari ini saya ingin mencadangkan suatu perkara yang ringan ini tetapi sebenarnya memberi impact yang besar.

2. Pada tahun 2014 saya dan keluarga ke Amerika Syarikat untuk menambah ilmu pengetahuan demi negara kita. Seperti juga orang lain yang terdahulu, kita akan meninggalkan keluarga di tanah air dan membawa banyak beg keperluan anak-anak terutamanya.

3.  Dipendekkan cerita, kami mendarat di Philadelphia airport, USA selepas melalui perjalanan jauh kira-kira 24 jam dari KLIA. Kami tiba subuh hari dengan cuaca ketika itu mencecah bawah 10 darjah Celcius. Alhamdulillah, di pintu luar airport Pengerusi KULN Philadelphia sudahpun menunggu kami. Dia menyewa sebuah van yang besar muat untuk kami sekeluarga dan beg-beg besar.

4. Cabaran pertama bermula dengan keadaan suhu yang begitu mencucuk tubuh badan. Setibanya kami di rumah sewa di mana Pengerusi KULN Philadelphia juga tolong carikan supaya berdekatan dengan University Pennsylvania. Cabaran seterusnya, elektrik pula tidak ada maka pemanas dalam rumah tidak dapat dihidupkan, anak-anak sudah mula menggigil kesejukan dan keletihan. Pada hari itu hari Ahad pula, cuti umum. Pengerusi KULN Philadelphia memutuskan untuk membawa kami ke down town menyewa sebuah bilik hotel dengan harga paling rendah kira-kira USD130 semalam.

5. Selepas itu, Pengerusi KULN Philadelphia berusaha menghubungi agensi tenaga untuk menghidupkan tenaga elektrik di rumah sewa kami. Alamdulillah, walaupun sudah pukul 4 subuh, teknisyen syarikat (PECO) datang juga untuk menyambung tenaga elektrik. 

6. Keesokan harinya, seawal 8 pagi, Presiden KULN Phialdelphia membawa kami ke down town untuk membeli makanan dan keperluan lain, termasuklah menguruskan dokumentasi yang diperlukan seperti membuka buku bank, mendaftarkan talian telefon dan air, mendaftar social security (seperti sistem EPF), menunjuk jalan ke universiti dan hospital. Semuanya dapat diselesaikan dalam seminggu. Walaupun Presiden KULN Philadelphia sedang menjalankan praktikal berkata dia bercuti semata-mata untuk membantu kami yang baharu tiba.

7. Apabila saya terkenang semua ini, saya dapat bayangkan Pengerusi KULN Philadelphia begitu banyak membuat pengorbanan, masa dan tenaga. Malah, sepanjang masa sehingga saya kembali semula ke Malaysia, Pengerusi KULN Phialdelphia tidak pernah meminta upah atau menggantikan wang peribadinya. Setiap kali saya memberikan dia wang kerana saya faham dia telah banyak mendahulukan wangnya, dia cuba menolak tetapi saya pun berusaha memberikannya semula.

8. Begitulah sehingga masa untuk balik ke Malaysia, Pengerusi KULN Philadelphia juga yang datang membantu mencarikan kereta sewa dan memandu ke lapangan terbang sehingga hilang dari pandangan mata kami sekeluarga.

9. Apabila rakan-rakan saya baharu hendak memulakan kehidupan di luar negara seperti di United Kingdom, Australia dan sebagainya, saya tidak teragak-agak mencadangkan kepada mereka supaya menghubungi Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara.

10. Cadangan saya sempena PAU 2017, berikan mereka bajet tambahan yang lebih besar kerana aktiviti-aktiviti seterusnya seperti bulan Ramadan, sambutan hari kemerdekaan, jamuan hari raya, sukan dan sebagainya memerlukan kos pengurusan yang besar di luar negara.

11. Kepada Pengerusi-pengerusi Kelab UMNO Luar Negara yang turut djemput bersidang di PAU2017, diucapkan selamat bersidang dan selamat melayari tinta sejarah perjuangan agama, bangsa dan negara.

*Pengerusi KULN Philadelphia, sdra. Mior, sudah pun berjaya menamatkan pelajarannya di USA. Semoga beliau dan semua Pengerusi KULN meneruskan khidmat bakti mulia di luar negara.


0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan