SABAH TOLAK KEMBALI KE ERA KETAKUTAN

on Sunday, December 31

1. Ucapan Tun Dr. Mahathir dalam mesyuarat agong pertama PPBM dua hari lalu menunjuk dengan jelas keinginan beliau untuk berkuasa semula, walaupun sebagai Perdana Menteri sementara. Ianya ditegaskan semula oleh anaknya Mukhriz yang menyatakan hanya Tun M sahaja mampu memimpin Malaysia. Jika ini berlaku, maka jelas dan terang DS Anwar akan kempunan lagi dan amat menghairankan DS Anwar sangat suka masuk lubang buaya kali kedua.

2. Rakyat Malaysia tidak sepatutnya kembali kepada era ketakutan dengan membenarkan nilai-nilai kezaliman dan kekejaman dikembalikan semula dalam sistem pemerintahan negara. Dahulu Lim Kit Siang, Mohammad Sabu malah DS Anwar Ibrahim menyebut dengan istilah-istilah popular seperti Maha Zalim, Maha Firaun, Kronisme, Kolusi dan Nepotisme.

3. Dahulu apabila Dr. Jefrey Kitingan dan DSP Pairin Kitingan mengemukakan perjuangan Sabah For Sabahan dengan tujuan mengembalikan hak-hak rakyat Sabah dalam Perkara 20, beliau ditahan di bawah ISA tanpa bicara. Sebaliknya, Perdana Menteri DS Najib memberi jaminan apa jua hak rakyat Sabah yang diambil oleh pemerintahan dahulu akan dikembalikan.

4. Semasa UMNO sangat kuat di Semenanjung Malaysia pada awal 1990an, pemimpin utama UMNO ketika itu berkata mereka tidak memerlukan undi dari Sabah untuk memerintah kerajaan pusat. Sebab itulah pada masa itu, ahli-ahli Parlimen Sabah tidak dipandang malah hanya diberi jawatan rendah seperti Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen sahaja. Berbeza dengan DS Najib, ahli-ahli Parlimen Sabah diberi jawatan penting seperti Kementerian Luar Negeri, Kementerian Multimedia, Kementerian Luar Bandar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Tenaga malah Pegawai-pegawai kerajaan Sabahan telah dilantik ke jawatan-jawatan utama seperti KSU, Ketua Pengarah dan sebagainya.

5. Projek PAN Borneo merupakan pembangunan mega jalanraya yang tidak pernah difikirkan oleh Perdana Menteri sebelumnya kerana mereka tidak memandang Sabah. Pembangunan mega hanya tertumpu di Semenanjung Malaysia seperti KLCC, Menara KL, Formula One, Projek Perwaja dll, tetapi tidak memikirkan untuk membuat lebuhraya 4 lorong di Sabah. DS Najib boleh melakukannya tanpa satu tiang tol walaupun ekonomi global dan domestik menghadapi cabaran sangat besar.

6. Selain itu, kerajaan hari ini telah melakukan apa yang perlu untuk menyelesaikan isu-isu lama yang dibiarkan oleh pemerintahan lama. Antaranya dalam isu IC palsu, kerajaan menubuhkan RCI menyiasat sindiket IC palsu di Sabah. Malah di peringkat dalaman, Unit Khas Sabah ditubuhkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menyelesaikan isu-isu kad pengenalan di Sabah seperti pertindihan, penipuan, palsu dan sebagainya.

7. Kerajaan hari ini telah mengambil banyak tindakan untuk memastikan perjalanan kerajaan telus. Namun begitu, banyak cabarannya seperti amalan rasuah dan isu integriti oleh sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab. Perbuatan rasuah bukan amalan kerajaan dan bukan general order dalam kerajaan, ianya amalan individu, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. 

8. Malaysia tidak boleh kembali kepada zaman ketakutan dan kekejaman. ISA sudah dimansuhkan, ianya tidak boleh dikembalikan. Kita mahu maju kehadapan bersaing dengan pemain global di peringkat antarabangsa. Jika negara diperintah oleh emosi dan dendam, rakyat akan jadi mangsa sebagaimana dialami di Syria, Iraq, Libya, Yaman dan sebagainya. 

9. Oleh yang demikian, Sabah mesti menolak era lama untuk menjadi Perdana Menteri semula. 

Selamat Tahun Baharu 2018. 

KLIA.
January 1, 2018.


1 Komen:

Anonymous said...

setuju tok ambalaniakatahanan

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan