THE LIM KIT SIANG CRISIS IDENTITY

on Monday, January 30

DESAK OIC,  LKS TIDAK FAHAM DASAR LUAR AMERIKA

1. Lim Kit Siang kelihatan semakin kalut, cacamerba dan Kacau bilau. Terkini, LKS mendesak Perdana Menteri DS Najib Tun Razak memanggil mesyuarat tergempar OIC supaya menuntut Trump membatalkan perintah menyekat kemasukan warga dari tujuh negara Islam daripada masuk ke USA. Jelas LKS tidak faham dasar luar USA, dalam hal ini LKS tidak membuat homework.

2. Rakan saya di Universti Harvard berkata, LKS tidak menggambarkan dirinya seorang ketua pembangkang yang berilmu pengetahuan. Dia laksana orang tua yang bermulut murai, bercakap apa sahaja asalkan sedap mulut. LKS tidak studi politik USA yang up-to-date. Trump mahu mengembalikan kegemilangan USA dalam politik dan ekonomi dunia. Sebab itu Trump mengamalkan Dasar Protectionist dan White Supremecy. Trump mahu USA lebih hebat dari negara saingan seperti China atau Rusia.

3. Perintah ekskutif Trump menghalang kemasukan 7 negara itu hanya kepada Terrosist sahaja, terutama mereka yang mencari Suaka Politik dan Migrasi haram termasuk dari Mexico. Terrorist adalah musuh semua negara termasuk musuh LKS. Adakah Lim Kit Siang mahu Terrorist memasuki Pulau Pinang dan halaman rumahnya?. 

4. Tidak ada negara di dalam dunia hatta Malaysia, Indonesia dan Arab Saudi mahu negara mereka dimasuki terrorist yang akan mengancam keselamatan rakyat. Terrosrist akan membunuh sesiapa sahaja, mereka mengebom berani mati diri di pasar dan di tempat awam. Tidak ada sesiapa mengenali wajah terrorist. Adakah LKS berupaya mengecam wajah terrorist?

5. Di negara-negara yang bergolak sekarang seperti Iran, Iraq, Syria, Sudan, Somalia, Libya dan Yaman dipenuhi oleh pemberontak-pemberontak dari pelbagai kumpulan-kumpulan seperti ISIS, ISIL, Al-Qaeda dan sebagainya. Ketika saya menetap di USA, memang sudah ramai rakyat Somalia, Sudan, Yaman dan negara-negara Timur Tengah dan Afrika yang telah menjadi Permastautin Tetap USA di mana mereka bekerja sebagai pemandu teksi, pengawal keselamatan, peniaga makanan halal dan sebagainya. 

6. Apabila LKS mendesak DS Najib supaya memanggil mesyuarat OIC untuk membincangkan perintah ekskutif Trump, itu satu tindakan kebudak-budakan. Itu dasar kerajaan baharu USA. Di Amerika Dasar pemerintahan bergantung kepada Presiden. Trump perlu melakukannya kerana itu janji pilihanraya Trump. Bukan seperti DAP yang diketuai LKS, berjanji untuk menghapuskan Tol Sg Nyior (2008) sampai hari ini (2017) tidak berjaya menghapuskannya apatah lagi mengurangkan bayaran tol. Bercakap mudah melakukannya tidak mampu, itu LKS dan DAP.

THE LIM KIT SIANG CRISIS IDENTITY

7. Saya telah membaca beberapa buku LKS antaranya The Crisis Identity of Malaysia. Apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya iaitu The Crisis Identity of Lim Kit Siang. LKS tidak dapat membezakan antara kepentingan politik dengan kepentingan Negara. Negara Malaysia merdeka tahun 1957, negara USA merdeka tahun 1776. Ketika saya melawat Universiti-universiti ternama di Harvard (1636), Ohio University (1871), John Hopkins University (1876) dan sebagainya saya dapati universiti-universiti tersebut ditubuhkan dalam tahun 1600an dan 1800an. Ketika itu tanah air kita masih dijajah British dan belum ada bandar moden. Sedangkan ketika itu bandar moden pencakar langit sudah berdiri di New York. Negara kita adalah negara kecil, untuk mendesak dengan cara salah dan membabi-buta seperti idea LKS itu adalah idea orang gila dan tidak keruan.

8. LKS perlu tenang dan tetap pendirian. Janganlah hari ini memujuk DS Najib untuk bekerjasama http://www.malaysiakini.com/news/370371 , esok menghentam pula. Itu ada udang di sebalik batu. Ketua Pembangkang perlu bekerja untuk negara, tidak perlu mengharapkan sesuatu. Jika Lim Guan Eng diidapati bersalah, DS Najib tidak ada kuasa untuk membebaskannya kerana ianya dibidang kuasa Kehakiman. Kalaulah DS Najib berkuasa untuk memerintah Hakim-Hakim, sudah lama DS Najib mengarahkan pembebasan DS Anwar dengan apa jua alasan kerana DS Najib tidak ada masalah peribadi dengan DS Anwar. Yang memecat dan memalukan DS Anwar pada tahun 1998  bukan DS Najib. DS Najib tidak akan mengulangi kes Tun Salleh Abas yang diganggu oleh bahagian Eksekutif.

9. LKS kena faham, Dasar Luar USA sekarang 360 darjah berubah. Trump mengamalkan dasar protectionist.LKS tidak studi perkembangan dasar luar USA yang terkini. Lebih baik LKS bercakap mengenai BMF yang pernah ditulisnya dahulu kerana hari ini bekas Penolong Gabenor Bank Negara telah menimbulkan isu BMF. 

10. Nasihat saya, LKS perlu melantik pakar-pakar pelbagai bidang di belakangnya sebelum bercakap mengenai Islam atau dasar luar negara, jika tidak LKS akan menjadi one man show, kukubesi dan syok sendiri.

Selamat Bercuti.
Selamat Tahun Baru Cina.
Selamat Membaca.

KLIA, January 30, 2017.




IMAM BESAR MASJID NABAWI MENYERU UMAT ISLAM DI MALAYSIA BERSATUPADU DIBAWAH POLITIK YANG 'SATU'

on Thursday, January 12


Ketua Editor merdeka-online.com, saudara Al-Azharri Siddiq Kamunri bersama Imam Masjid Nabawi Madinah Munawarrah, As-Syeikh Solah bin Muhammad al-Budair

Madinah, Arab Saudi - Tahun 2017 merupakan tahun yang sangat mencabar kepada umat Islam di seluruh dunia termasuklah negara Malaysia. Pada 30 Disember 2016, selepas solat Jumaat, saudara Al-Azharri Siddiq Kamunri, Ketua Editor portal merdeka-online.com menemui Imam pertama dan Imam kedua Masjid Nabawi, di Madinah Munawwarah, Arab Saudi untuk merungkaikan isu-isu umat Islam di Malaysia dan sejagat.

Imam nombor 1 Masjid Nabawi As-Syeikh Dr. Ali bin Abdul Rahman al-Huzaifi, dilahirkan pada 22 Mei 1947. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Imam Muhammad Ibn Saud (Riyadh), serta peringkat sarjana dan PhD di Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau pernah bertugas  sebagai Pensyarah di Universiti Islam Madinah di Fakulti Syariah, Fakulti Hadis, Fakulti Dakwah & Usuluddin dan Fakulti al-Quran, Imam Masjid Quba’, Imam dan Khatib Masjidil Haram, Imam dan Khatib Masjid Nabawi, Ketua Lajnah Ilmiah Mushaf Cetakan Madinah Nabawiah dan Anggota Badan Tertinggi Kompleks Percetakan al-Quran Raja Fahd.

Imam kedua Masjid Nabawi, As-Syeikh Solah bin Muhammad al-Budair pula dilahirkan pada tahun 1970 di bandar Hufuf Wilayah Ahsa’, Arab Saudi. Beliau memiliki sarjana muda dari Universiti Imam Muhammad ibn Saud dalam bidang Syariah. Beliau telah menjadi Imam dan Khatib Masjid Nabawi semenjak tahun 1998 dan Qadhi di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Agung Madinah Munawwarah.

BERSATU DALAM POLITIK YANG ‘SATU’

Soalan: Bagaimana Sheikh melihat politik Islam di Malaysia, khususnya dewasa ini umat Islam di Malaysia sangat mendambakan penyatuan dan perpaduan di kalangan pemimpin-pemimpin utama parti politik Islam di Malaysia?

Jawapan: Satu perkara yang penting untuk anda sedari, Malaysia adalah sebuah negara Islam yang dikenali sangat baik dan aman. Nasihat saya, kekalkanlah keamanan yang dikecapi itu kerana bukannya mudah untuk mengusahakan keamanan tetapi sangat mudah untuk menghancurkan keamanan. Sebab itulah umat Islam di Malaysia mesti bersatupadu di belakang Pemerintah dan Kerajaan Malaysia, bersatu menghalang musuh-musuh Islam daripada mengkucar-kacirkan dan seterusnya menghancurkan negara anda.

Ketahuilah bahawa jarum musuh-musuh Islam sangat halus, anda tidak akan melihatnya dengan mata kasar tetapi mereka akan bermaharajalela apabila mereka memerintah. Ketika itu penyesalan sudah tidak berguna lagi. Lihatlah negara-negara sunnah yang sudah hancur seperti Iraq dan kini di Yaman dan Syria.

Kedua, umat Islam jangan terlalu sibuk dengan urusan politik sahaja. Jika umat Islam terlalu sibuk dengan politik sahaja dan melupakan ibadah-ibadah lain, saya bimbang ianya akan membawa bala kepada umat Islam. Percayalah, politik yang keterlaluan akan membawa bala kehancuran kepada umat Islam dan negara anda.

Saya menyeru kepada umat Islam di Malaysia, jangan berpecah belah disebabkan politik kerana politik adalah punca perpecahan di kalangan umat Islam dan merosakkan hubungan di kalangan ummah sehingga boleh menjadikan musuh sesama umat Islam. Umat Islam mestilah bersatu dalam sebuah politik yang ‘satu’.


Imam nombor 1 Masjid Nabawi As-Syeikh Dr. Ali bin Abdul Rahman al-Huzaifi

Soalan: Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan DS Najib membawa mesej Maqasid Syariah dalam kepimpinannya. Bagaimana Sheikh melihat konsep Maqasid Syariah yang diamalkan di Malaysia?

Jawapan: Pertama sekali, saya menyeru supaya kita semua bertawakkal kepada Allah SWT kerana Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kita perjuangkan untuk umat Islam. Sikap bertawakkal kepada Allah SWT dalam pemerintahan negara dan kerja dakwah akan mengangkat darjat pemimpin anda lebih tinggi dalam Islam. Nasihat saya kepada Pemerintah dan Kerajaan Malaysia, perteguhkanlah keimanan dan kepercayaan kepada Allah SWT, janganlah bimbang dan takut jika berada di pihak yang benar kerana Allah SWT Maha Mengetahui dan inshaallah akan membantu kerja-kerja yang mulia.

Lihatlah sirah perjalanan kehidupan para nabi-nabi. Mereka juga tidak lari daripada ujian ketika menjadi pemimpin. Mereka bukan sahaja difitnah, malah mereka berhadapan dengan musuh-musuh yang mahu membunuh mereka. Kesan kehidupan para Nabi amat besar ertinya kepada pemimpin dan umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Ketahuilah bahawa kehidupan para Nabi adalah sebaik-baik kehidupan. Kita perlu meneliti bagaimana Allah SWT menjayakan kehidupan dan perjuangan para Nabi. Tidak ada seorang pun yang boleh menandingi kehidupan para Nabi, tetapi kita boleh mencontohinya terutama dakwah yang mereka lakukan.

Alhamdulillah Pemerintah dan Kerajaan Malaysia sangat dekat dengan dakwah Islamiah, terutama usaha beliau melaksanakan Maqasid Syariah. Ia suatu usaha yang sangat baik. Ingatlah bahawa ketaatan kepada Allah SWT akan mendatangkan keberkatan dalam kehidupan seharian. Jauhilah daripada melakukan maksiat kepada Allah SWT. Ketahuilah maksiat yang dilakukan oleh seseorang itu akan menjadikannya setaraf dengan binatang.
       
Kedua, kehidupan manusia ada tingkatan tersendiri. Darjat tingkatan tersebut bergantung kepada amalan kebaikan yang dilakukan. Semakin banyak amalan baik yang dilakukan maka tinggilah darjat kehidupannya di sisi Allah SWT.

Ketiga, sibukkanlah diri dengan kerja-kerja dakwah kerana kerja dakwah adalah kerja yang sangat mulia. Dakwah adalah kerja para Nabi. Jadikanlah dakwah sebagai kehidupan. Allah SWT akan menolong kepada sesiapa yang melakukan dakwah.

Keempat, peliharalah solat dan bersolat berjamaah di awal waktu, solat pahalanya sangat besar di sisi Allah SWT.

Kelima, jangan sesekali mensyirikkan Allah SWT. Syirik adalah perkara yang paling asas dalam kehidupan untuk dihindari.

Keenam, tauhid adalah mengikhlaskan kebergantungan kepada Allah SWT sahaja. Kebergantungan kepada Allah SWT adalah berkehendakkan kepada melakukan kebaikan dan menghalang keburukan, bertawakal kepada Allah SWT, bersandarkan harapan kepada Allah SWT, mendahulukan kecintaan kepada Allah SWT daripada selainnya serta mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ikhlas dalam melakukan amalan serta mengikut sunnah yang dibawa oleh Nabi SAW.

Ketujuh, untuk mencapai Maqasid Syariah juga umat Islam mesti melazimi membaca al-Quran serta mentadabbur dan jangan sesekali meninggalkan amalan membaca al-Quran. Sekiranya kita tidak memahami isinya, maka rujuklah kepada tafsir. Para sahabat R. Anhum sekiranya tidak memahami ayat al-Quran, mereka akan merujuk kepada yang lebih mengetahui.

FITNAH KE ATAS PEMIMPIN & KERAJAAN

Soalan: Pada hari ini pelbagai isu (tipu muslihat) ditimbulkan di negara-negara Islam termasuk di Malaysia dengan menyebarkan fitnah kepada pemimpin-pemimpin Kerajaan, hinggakan segelintir rakyat terpedaya dengan tipu muslihat musuh-musuh Islam?

Jawapan: Berkenaan dengan isu-isu memfitnah termasuklah fitnah ke atas pemimpin negara anda, sebenarnya fitnah telah berlaku dari mula kewujudan manusia (anak Nabi Adam a.s. Habil dan Qabil. Untuk mengatasi fitnah ialah dengan cara ketaatan kepada Allah SWT adalah kunci kejayaan dalam kehidupan dan pemerintahan. Lihatlah keadaan para Nabi terdahulu juga sering difitnah, dinista, dicerca malah diancam bunuh oleh musuh-musuh Islam. Jadikanlah perjalanan pemerintahan mereka sebagai sumber rujukan dalam kehidupan kita hari ini. Mereka difitnah tetapi mereka tetap istiqamah dan menjalankan kerja-kerja mereka supaya umat Islam, rakyat dan negara sentiasa aman dan mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Dalam pemerintahan, pemimpin dan Kerajaan Malaysia hendaklah istiqamah, bersabar dan bertawakkal kepada Allah SWT kerana musuh-musuh Islam tidak akan berhenti memfitnah sehingga pemimpin dan negara Islam dijatuhkan dan negara anda dihancurkan.

Soalan: Apakah nasihat Sheikh kepada umat Islam di Malaysia yang berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup yang berlaku sekarang?

Jawapan: Saya ingin mencadangkan kepada umat Islam yang dikurniakan Allah SWT rezeki melimpah ruah dan sesiapa sahaja yang mempunyai kelebihan supaya mengamalkan amalan bersedekah kepada yang memerlukan. Amalkanlah amalan-amalan mulia dengan memperbayakkan sedekah, amal jariah, tolong-menolong yang kaya kepada yang miskin, dan kepada sesiapa sahaja makhluk Allah SWT. Amalan bersedekah sangat penting dalam sesebuah masyarakat dan negara kerana bersedekah adalah kunci kepada rezeki, malah amalan bersedekah juga boleh menjadi penghalang kepada kemudaratan kepada masyarakat dan negara.

Pesanan saya, berbuat baiklah kepada sekalian makhluk Allah SWT di atas mukabumi ini. Makhluk yang paling hampir dengan seseorang untuk dibuat kebajikan kepadanya adalah kedua ibu bapa, kaum keluarga, jiran-jiran dan seterusnya kepada mereka yang memerlukan di luar sana. Berbuat baiklah walaupun kepada binatang.

Percayalah, barangsiapa yang mengikuti sirah para Nabi, InshaAllah akan dipanjangkan amal kebaikan mereka, dan akan dimurahkan rezeki mereka oleh Allah SWT.


NASIHAT PENTING IMAM KEPADA UMAT ISLAM DI MALAYSIA

Soalan: Apakah nasihat khusus Sheikh kepada umat Islam di Malaysia?

Jawapan: Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia kerana mengharamkan Syiah daripada berkembang di bumi Malaysia. Saya ingin menasihatkan supaya usaha untuk membendung ajaran Syiah perlu diteruskan dari masa ke semasa. Ketahuilah, bahawa Syiah adalah puak yang sangat jahat. Apabila Syiah berkembang masuk ke dalam sesuatu negara ia akan menghancurkan negara tersebut secara halus. Apabila Syiah dalam sesebuah negara menjadi kuat ia akan menghancurkan negara tersebut. Syiah umpama jarum halus yang menusuk ke dalam jiwa insan.

Lihatlah negara-negara yang mempunyai pengikut Syiah yang ramai, negara tersebut akan hancur. Contohnya, negara Sunnah yang mempunyai pengikut Syiah yang ramai akan menjadikan negara Sunnah tersebut bergolak. Contohnya negara Iraq telah hancur, negara Syam (Syria) kini sedang bergolak sekian lama, Yaman, Pakistan dan Afghanistan. Pada hari ini, pengaruh-pengaruh Syiah telah menular ke negara-negara Afrika. Negara Malaysia bernasib baik kerana Pemerintah dan Kerajaan Malaysia bersungguh-sungguh mengekang pengaruh syiah dan ajaran-ajaran sesat.

Bani Israel

Umat Islam di Malaysia janganlah jadi seperti Bani Israel. Lihat sejarah Bani Israel, ketika mereka melakukan ketaatan kepada Allah SWT, lalu Allah SWT telah mengurniakan kepada mereka nikmat yang pelbagai sepertimana kehidupan mereka ketika dalam kelaparan setelah dikeluarkan dari bumi Mesir, Allah SWT telah menurunkan makanan dari langit (Mann dan Salwa) serta direzekikan kepada mereka nikmat yang baik-baik.

Akan tetapi, ketika mereka melakukan maksiat dan melanggar arahan Allah SWT, lalu Allah SWT telah menjadikan mereka haiwan seperti kera dan sebagainya.

Begitu juga dengan kisah Ashabul Kahfi yang mana Allah SWT telah muliakan mereka setelah mereka melakukan ketaatan kepadaNya.

Kepada umat Islam di Malaysia, bersatulah janganlah berpecah belah. Berdiri teguhlah di belakang pemimpin dan kerajaan kerana mereka membawa keamanan. Janganlah kamu menjadi seperti umat Islam di Iraq, Yaman dan Syria. Apabila keamanan sudah musnah, tidak mudah untuk mengusahakannya semula. 


Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan