PRU14: TSUNAMI HJ HADI-DS NAJIB DAN PRESIDEN TRUMP

on Sunday, March 19

Ada seorang berkata dalam PRU14 kali ini akan berlaku 'tsunami Tun Dr. Mahathir'. Pada tahun 2008, berlaku tsunami Cina bilamana pengundi-pengundi Cina meninggalkan MCA dan Gerakan. Salahsatu kelemahan BN pada tahun 2008 ialah BN tewas melawan fitnah di alam siber.

Semasa PRU tahun 2013, Rafizi khususnya menjaja isu cincin DS Rosmah. Kemudiannya, pada tahun 2015 Rafizi mengaku dia hanya main-main sahaja menuduh Rosmah. Sebagai orang Islam, Rafizi sepatutnya memohon maaf kepada Rosmah kerana fitnahnya itu turut melibatkan ramai orang tidak berdosa mempercayainya bulat-bulat. Sampai ke hari ini Rafizi belum memohon maaf.
Saya tidaklah hairan kerana seorang AMT PKR memberitahu saya, sememangnya Rafizi ditugaskan untuk menyerang dan spin apa sahaja usahabaik DS Najib dan kerajaan. Walaupun mereka kadang-kadang tension kerana Rafizi over attack dan memberi kesan buruk kepada parti.  

Beberapa rakyat Malaysia di sini berkata rakyat sudah mula mempersoal keikhlasan dengan spin Rafizi yang sukar untuk ditelan bulat-bulat. Kepada mereka, kesilapan Rafizi ialah mengandaikan rakyat Malaysia tidak berfikir.

Kerajaan Trump
Di Amerika Syarikat, saya bertemu beberapa orang Muslim dan bertanya perasaan mereka mengenai Presiden Trump. Ada yang berkata gila dengan dasar-dasar terbaharunya. Ada yang berkata dia menyusahkan kerana banyak welfare seperti dasar-dasar ObamaCare yang baik dikurangkan atau dihapuskan menyebabkan mereka terpaksa membayar lebih untuk insuran. Namun, mereka juga berkata dasar Trump memberi fokus kepada American baik untuk pertumbuhan ekonomi mereka.

Namun begitu, daripada pemerhatian saya sejak 2015, umat Islam di Amerika Syarikat hidup dengan aman. Isunya hanya mainan media yang mencipta pelbagai isu tipu seperti Islam Fobia, Islam terrorist dan sebagainya. 

Seorang Muslim Indonesia yang sudah bermastautin di sini berkata, "kami membuka kelas agama Islam setiap minggu, bos saya seorang Jew tetapi apabila masuk waktu solat saya menutup pintu dan mereka faham saya sedang bersolat, apabila hari Jumaat saya memberitahu bos saya akan ambil masa panjang berehat kerana orang Islam solat Jumaat agak lama". Mereka faham apabila diterangkan keindahan Islam. Terdapat lebih 1.5 Billion umat Islam di dunia, katakanlah 100,000 (0.0001%) daripada mereka terlibat dalam kes jenayah, adakah boleh dimomokkan Islam itu terrorist? Bagaimana dengan 90% lebih umat Islam yang baik?

Saya bertemu beberapa pemandu teksi, seorang Melayu dan seorang Bangladesh. Pemandu teksi Bangladesh ini dahulunya seorang guru, tetapi terpaksa berhijrah ke Amerika Syarikat. Katanya setiap bulan dia boleh mendapat USD5,000 sebulan. Pemandu teksi Melayu tadi pula mantan kakitangan kerajaan katanya mendapat kira-kira USD4,500 sebulan. Mereka juga menghadapi saingan daripada Uber Cab. Malah khabar terbaharu bertiup kencang di New York, syarikat Yellow Cab hampir bankrap. Saya melihat isu teksi dan uber cab di Malaysia dan Amerika Syarikat adalah sama.

Semalam seorang Cina Kuala Lumpur menulis surat bertulis tangan mengucapkan terima kasih kepada DS Najib kerana memberikan mereka rumah moden baharu di Razak Mansion. Dahulu ianya rumah pangsa sahaja juga diusahakan oleh allahyarhan Tun Abdul Razak. Sebelum itu, perumahan moden Kerinchi berjaya diserahkan kepada penduduk, malangnya segelintir penduduk tidak dapat kerana terpengaruh dengan hasutan pembangkang untuk menolak projek itu tempohari.

Mantan-mantan Presiden USA, Obama, Clinton, Bush, Jimmy Carter, Reagan, mereka dan anak-anak mereka tidak pernah lagi mengganggu,  apatah lagi memburukkan kerajaan yang sedang memerintah. Di Amerika Syarikat, selepas pilihanraya, apa jua isu yang dicipta oleh musuh-musuh politik, ianya tidak digunakan untuk menggangu kerajaan yang sedang memerintah.

Pilihanraya yang sudah berlalu biarkan ia berlabuh dengan aman dan berikan kerajaan peluang melaksanakan dasar-dasar mereka. Tugggu lagi 4 tahun akan datang. Jika kerajaan gagal mengotakan janji mereka, rakyat Amerika sendiri akan mengubah semula kerajaan mereka. Sebab itulah Republikan dan Demokrat silih berganti memerintah Amerika Syarkat dengan aman.

Tsunami Hj Hadi
Di Malaysia, parti pembangkang tidak sematang itu, kerja menggangggu kerajaan dilakukan dari hari pertama keputusan PRU diumumkan, ianya berterusan sehingga pilihanraya seterusnya. Hj Hadi mengubahnya dengan 'politik matang' namun hanya DS Najib menyambut baik politik matang PAS. Sangat jelas Najib-Hj Hadi adalah pasangan politik yang paling serasi sekarang.

Apabila pelabur China melabur mereka kata Malaysia jual negara, walhal sejak zaman Tun Dr Mahathir lagi pelabur China melabur di Malaysia. Semalam saya berjala-jalan di China Town Washington dan tulisan China melambak di kedai-kedai China Town Washington. Sama juga suasananya semasa saya melawat China Town di Boston, New York dan Pennyslavania. Adakah itu boleh ditafsir Amerika telah menjual Washington, Boston atau New York kepada China?

Apabila Aramco dari Arab Saudi melabur di Malaysia, ada pihak yang memberi gambaran buruk mengenai Malaysia dengan harapan Aramco akan membatalkan pelaburan mereka. Kenapa hendak hairan, pelaburan Aramco di Amerika Syarikat ini boleh dilihat di mana-mana. Baru-baru ini sahaja di China, negara Arab Saudi melabur sebanyak US$65 Billion. Adakah negara China menjual negaranya kepada Arab Saudi?

Sebab itulah saya tidak hairan jika DS Hj. Hadi dan PAS akan bersama-sama dengan UMNO dalam PRU14 nanti. MCA dan Gerakan tidak perlu takut dan terikut-ikut dengan hasutan DAP, kerana PAS bukan tidak pernah bersama UMNO (1974-1978). 

Saya melihat tsunami Hj Hadi akan beri kesan besar dalam PRU14 nanti. Sebab itulah Hj Hadi dan PAS akan bersama kerajaan, bukan kepada DAP, PKR juga Amanah. 

Beberapa rakyat Malaysia di Amerika Syarikat yang saya temui meramal Hj. Hadi bagus jika dapat menganggotai kabinet baharu Malaysia bersama-sama dengan kerajaan sedia ada. Mereka bersetuju dan berharap. Anda bagaimana ? Saya ramal akan berlaku tsunami Hj Hadi ke atas pakatan.

Selamat Berhari Minggu.

Washington DC,
Mac 19, 2019.

















KISAH BERSWAFOTO DENGAN NAJIB, MANDEEP SINGH KARPAL SINGH BETUL

on Sunday, March 12

1. Bahang PRU14 negara kita semakin terasa, bukan sahaja parti-parti politik semakin rancak tetapi jua rumah-rumah kosong tepi jalan, pondok-pondok usang, warung-warung di simpang empat, penjual goreng pisang, air kelapa semuanya bersiap sedia menyewakan premis masing-masing. Siapa cepat dia dapat lokasi yang strategik.

2. Begitulah meriahnya PRU di Malaysia. Saya teringat poster kempen Pilihanraya di USA, jika berjalan-jalan di bandar atau di kawasan perumahan sangat sedikit dan kadangkala tiada langsung. Mereka punya cara lain berkempen. 

3. Saya mempunyai pandangan yang hampir sama dengan Mandeep Singh Karpal Singh di sini mengenai masa hadapan parti pembangkang. Saya juga dapat melihat kemahuan pakatan pembangkang kali ini untuk menang dalam PRU14 ini tidak sekuat aura semasa PRU 2008 dan PRU 2013.

4. Saya bersetuju dengan Mandeep Singh Karpal Singh bahawa kehadiran Tun Dr. Mahathir dan TS Muhyiddin Yassin tidak membawa apa-apa nilai tambah kepada Pakatan Harapan. Anda boleh lihat sendiri, orang-orang Melayu berpusu-pusu memberi sokongan kepada DS Najib ke mana sahaja beliau pergi. Beberapa minggu lalu, acara Muhyiddin di Dewan Po An Kong, Pangerang lebih banyak kerusi kosong daripada berisi. 

5. Anak-anak muda dan siswazah dalam dan di luar negara, berebut-rebut untuk berswafoto dengan DS Najib. Semasa di New York hari itu, saya menyaksikan pelajar dan rakyat Malaysia dari jauh meredah kesibukan kotaraya NY sanggup datang dari jauh untuk bertemu DS Najib, mereka gembira dan memberi sokongan.

6. Kelihatan di mana-mana, orang-orang Melayu dan orang Islam lebih selesa dengan gandingan UMNO-PAS berbanding gandingan Parti Pribumi-DAP atau gandingan PAN-DAP. Kesabaran dan ketenangan Najib telah memikat hati mereka, berbanding ketidaksabaran, caca-merba dan kelam-kabut di kem-kem pembangkang.

7. Tanda-tanda kebobrokan parti pembangkang menjelang PRU14 nanti boleh dilihat dengan melihat kembali peristiwa-peristiwa terdekat beberapa tahun lalu. 

8. Antaranya kemenangan besar BN di Sarawak di mana DAP dan PKR merosot sangat terok. Begitu juga semasa PRK sungai Besar, di mana DAP kalah di kawasan bandar walhal di situ lah kubu kuat DAP. Manakala BN menang besar dengan majoriti 9,191 undi. Begitu juga peristiwa kekalahan besar PAN di Kuala Kangsar di mana BN menang malah majoriti bertambah kepada 6,969 undi. 

Konflik DAP
9. Benar kata Mandeep Singh Karpal Singh, kapal dan nakhoda Pakatan pembangkang kini terumbang-ambing. Tidak semena-mena 4 Wakil Rakyat DAP keluar parti dan ianya menggoncang keyakinan ahli-ahli DAP. 

10. Apakah konflik dalaman DAP yang disembunyikan? Benarkah kumpulan Ngah dan Ngeh tidak sebulu dengan kumpulan Lim? Adakah Manjeet Karpal Singh dan 4 wakil rakyat DAP yang keluar parti mewakili kumpulan yang tidak bersetuju dengan kerjasama DAP-Tun Dr. Mahathir? 

11. Mandeep Singh Kapal Singh berkata, dalam isu yang sama pun Tun Dr. Mahathir dan Muhyiddin bercakap tidak senada. Apabila DAP bercakap Wan Azizah akan menjadi Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun M berkata itu bukan hak DAP menentukannya. Akhirnya rakyat menjadi bingung.

12. Mandeep Singh Karpal Singh dapat melihat dalam kem pembangkang sekarang jelas menunjukkan perjuangan kepentingan peribadi telah dijadikan kepentingan utama. 

13. Jika DS Najib dan BN memenangi sekurang-kurangnya 157-177 kerusi parlimen dalam PRU14 nanti, Mandeep Singh Karpal Singh telah menunjukkan faktor-faktornya di atas. Ianya bukan disebabkan 40,000 Bangladesh.

Selamat Berhari Minggu
Selamat Membaca
KLIA
12 Mac 2017. 










KITA MESTI MENJAGA NAMA BAIK KSN, ADAKAH ANDA TAHU CERITA INI

on Sunday, March 5

1. Sebagai kakitangan awam dan juga rakyat di luar sana, kita perlu memahami konsep hidup bernegara dalam konteks negara kita. Bukan negara orang lain. Ketua Setiausaha Negara (KSN) merupakan ketua sektor awam di Malaysia merangkap Setiausaha Kabinet Malaysia. Fungsi ini sudah berlanjutan sejak negara kita merdeka pada tahun 1957.

2. Integriti KSN tidak boleh diperkotak-katikkan hanya dengan adu-domba sekeping gambar tidak bernyawa, ianya tidak boleh diberi gambaran yang tidak tepat hanya dengan hear say atau sekeping gambar yang ditular tanpa menyelidik latarbelakang dan kesahihannya beritanya. 

3. KSN bukan bekerja dari 8.00pagi-5.00petang sahaja, tetapi masa tidak pernah menjadi sekatan. Kakitangan awam Kedutaan Malaysia yang bertugas di Amerika Syarikat dan negara-negara luar mula bekerja 8.00am-5.00pm (waktu USA) tetapi pada masa itu di Malaysia sudah mula malam untuk berehat dan tidur. Seringkali berlaku sesuatu isu di luar negara yang perlu dimaklumkan kepada KSN sama ada isu itu berlaku pada 12.00 tengah malam atau 2.00 pagi waktu Malaysia.

Begitulah Ketua-Ketua Jabatan di negara kita bertugas, malah saya pernah bermesyuarat dengan mantan Panglima ATM negara kita. Pada masa itu mantan Panglima ATM kita sedang menjalani rawatan di hospital, tetapi beliau tidak membatalkan mesyuarat. Beliau hadir ke mesyuarat walaupun masa sudah menunjukkan 10.00 malam, malah yang paling mengejutkan saya ialah di tangan beliau masih bersalut plaster bekas jarum semasa pemeriksaan darah (set line). Saya melihat dengan terang bekas darah itu. Moralnya ialah, mereka ini, KSN, mantan Panglima ATM dan lain-lain memberi keutamaan kepada negara berbanding kesihatan diri sendiri.

4. Ramai orang tidak tahu salahsatu amalan KSN apabila melawat di negeri-negeri seringkali menggunakan jalan darat sahaja, untuk membolehkan KSN mendengar suara rakyat dan isu-isu kakitangan awam. Di Sabah sahaja, KSN sangat prihatin dengan begitu rajin turun sehingga ke Tawau melawat madrasah di kampung, melawat hospital, mengunjungi kakitangan awam dan melibatkan diri dalam urusan keselamatan di pantai timur. 

5. Oleh yang demikian, saya berharap kita kakitangan awam sentiasa membantu dan mempertahankan nama baik KSN daripada difitnah. Sejak awal tahun ini, KSN telah melawat jauh ke dalam bangunan-bangunan kerajaan masuk ke wad-wad hospital kelas 3, ke kaunter-kaunter Jabatan Pendaftaran Negara dan lain-lain jabatan untuk memastikan kita kakitangan awam di front desk memberi perkhidmatan dan layanan terbaik kepada rakyat.

6. Sejak 20 tahun perkhidmatan saya dengan kerajaan, saya mendapati KSN kita telah banyak membawa perubahan dalam urus tadbir kerajaan yang lebih sistematik. 

Daripada pengalaman saya di luar negara, sudah tentu saya berikan markah 100% kepada Bahagian Aduan Awam,JPM jika hendak dibandingkan dengan Biro Aduan Awam di Amerika Syarikat. Di Mesir sahaja, Visa pelajar-pelajar kita menghadapi masalah bertahun untuk diproses kelulusan, walhal di Malaysia cekap dan cepat, UTC sahaja membolehkan anda menyiapkan gantian MyCard, urusan pasport Malaysia dengan begitu pantas dan hebat.

7. Kesimpulannya mudah, kita kakitangan awam juga adalah sebahagian daripada institusi KSN. Jika anda mendengar tularan yang tidak betul, tidak tepat atau fitnah, kita mesti segera menjawab dengan membetulkan fitnah itu. 

Selamat Membaca.
Selamat Berhari Minggu.


7 SEBAB RAJA SALMAN MELAWAT MALAYSIA

on Friday, March 3

GAMBAR HIASAN
1. Lawatan Raja Salman melambangkan Pengiktirafan kepada Malaysia sebagai negara Islam. Tidak ada dalam sejarah mana-mana negara, Raja Arab Saudi datang ke Malaysia dengan rombongan yang sangat besar lebih kurang 600 orang (Menteri, Kerabat DiRaja, Ahli Perniagaan) dan melabur mencecah RM49 Billion. Ianya menutup terus isu dana RM2.6 Billion, malah akhbar Australia menyatakan itu hak kerabat Raja Arab Saudi untuk menganugerahi apa-apa sumbangan kepada mana-mana individu, yayasan dan sebagainya.

2. Lawatan Raja Salman dan rombongan terbesar menunjukkan kepercayaan
dan pengiktirafan kepada DS Najib mengemudi negara sebagai Perdana Menteri Malaysia. Jika mereka yang memomokkan DS Najib setiap hari dan memperolok sumbangan 2.6 Billion kerabat Di Raja Saudi, ianya tidak menghalang Raja Saudi melawat Malaysia. Jika itu isu yang memalukan Raja Saudi, sudah pasti Raja Saudi tidak datang.


3. Pelaburan Aramco-Petronas di RAPID, Pangerang akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dengan kemahiran rakyat Malaysia dalam bidang pengurusan pengangkutan, minyak dan gas. 
Apabila Aramco JV Rapid-Pangerang, negara kita pula mendapat modal daripada pelaburan Arab Saudi dan tidak lagi bergantung kepada pelaburan China. 

4. Konglomerat 
ARAMCO kembali semula sebagai pelabur dalam projek RAPID, Pengerang kerana Malaysia mempunyai kepakaran dalam bidang gas dan minyak. Ianya menepis fitnah pembangkang tahun lalu kononnya Arab Saudi tidak berminat. 

Sebenarnya, kesan daripada Dasar Trump mahu menumpukan dan memajukan USA, Arab Saudi telah beralih arah memilih dan memerlukan kepakaran rakyat Malaysia.

Dalam jangkamasa panjag, ekspertis muda kita pula akan dapat bertapak di Arab Saudi di mana Arab Saudi memilih Malaysia kerana salahsatu negara Islam yang ada kepakaran dalam bisnes dan pengurusan minyak. 

Aramco hendak listing dalam dunia, Arab Saudi memerlukan pakar untuk mengurus industri O n G, Arab Saudi percaya Malaysia boleh mengurus O n G dengan berkesan. Perjanjian ini akan menjadi way forward kepada orang muda, ada peluang pekerjaan kepada anak muda, malah pekerja Petronas yang mendapat VSS berpeluang diupah kepakaran mereka.     


6. Lawatan Arab Saudi menjadikan Malaysia sebagai pemain penting dalam pertubuhan Islam dan isu-isu Islam serantau dan seantero dunia.

7. Semasa lawatan Presiden Obama ke Malaysia tahun lalu, pemimpin-pemimpin pembangkang berusaha menemui Obama dan menyatakan bermacam-macam hal, tetapi semasa Raja Arab Saudi datang tiada seorang pun yang berusaha untuk bertemu Raja Saudi dan bertanyakan isu dana. Ternyata mereka sendiri samar-samar dan takut malu.

Carilah kebenaran dengan bertanya kepadanya, Janganlah menjadikan Malaysiakini, Sarawak Report, NYT dan sebagainya yang merupakan sumber sekunder dan diolah semula. Mereka tidak akan highlight berita positif kerajaan.

Dua bulan lalu saya datang sendiri bertanya hal ini kepada Imam Masjid Madinah di Madinah Munawarrah. Ulangan boleh baca di sini dan di sini serta dipetik oleh beberapa akhbar perdana https://www.utusan.com.my/rencana/utama/bersatu-dalam-politik-yang-satu-1.431646

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan