SURAT TERBUKA, ANWAR: TUN M TIDAK IKHLAS

on Saturday, January 13

Assalamualaikum WW,

Yang Dihormati DS Anwar Ibrahim,

Terlebih dahulu diucapkan selamat beristirehat dan semoga sihat-walafiat hendaknya. Marilah kita mendoakan juga kepada sahabat kita di Indonesia yang baharu meninggal dunia, bapak Andi Mappatahang @ AM Fatwa (Wakil Ketua DPR Parlimen Indonesia, 1999-2004), semoga allahyarham dimasukkan di dalam syurga firdausi.

Baru-baru ini, Konvensyen Pakatan Harapan kembali meletak Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara. Adakah DS mempercayainya? Berapa lama sementara itu? Adakah ada apa-apa perjanjian bertulis? Bolehkah gentlemen agreement dipercayai? Kenapa PH tidak melantik Dr Wan Azizah sebagai PM Sementara yang akan memudahkan lagi perlantikan DS sebagai Perdana Menteri? Ternyata semua ini adalah game politic Tun M yang akan menjerumus DS ke lubang yang lebih dalam. Nampaknya DS tidak serik kena tipu !

DS kena beringat, Tun M tidak kisah jika ada ribuan doktor pakar atau consultant yang lebih baik dari dia, Tun M juga tidak kisah jika ada orang lebih berilmu pengetahuan dari dia, atau jika ada rakyat Malaysia lebih pandai dalam aspek lain. Tetapi Tun M tidak akan menerima jika ada orang yang lebih pandai dalam politik daripada dia, dan Tun M tidak boleh menerima hakikat jika ada orang yang lebih kaya daripada anak-anak dia. 

Sebab itulah, dalam sains politik, Tun M tidak akan membenarkan DS menjadi Perdana Menteri atau Dr Wan Azizah menjadi Perdana Menteri sementara. Sebab itulah dalam konvensyen itu, Tun M berjaya meletakkan dirinya semula sebagai Perdana Menteri walaupun hanya PM Sementara. Isunya sementara berapa lama? 

Ramai orang sekelip mata lupa bagaimana nasib DS dilebamkan di dalam penjara semasa Tun M memerintah, bagaimana DS dimalukan sebagai sodomis dan melakukan rasuah, bagaimana DS terpaksa menaiki motor untuk melarikan diri dari kepungan polis di Dataran Merdeka dahulu (1998), bagaimana rumah DS dirosakkan untuk menangkap DS ke penjara, dan banyak lagi tragedi yang memalukan. 

Sehingga ke saat ini, Tun M tidak pernah memohon maaf secara terbuka dan spesifik. Tun M tidak pernah mahu membersihkan nama baik DS walaupun dengan hanya berkata, 'saya memohon maaf kepada Anwar kerana tuduhan-tuduhan saya dahulu sodomi dan rasuah dahulu adalah fitnah sahaja'. Tun M tidak ada keikhlasan. Sebenarnya permuafakatan Tun M sekarang hanyalah untuk menjatuhkan DS Najib bagi memastikan survival anak-anaknya dalam politik dan perniagaan, bukannya untuk melantik DS sebagai Perdana Menteri.

Saya telah berbicara dan bertukar-tukar pandangan dengan sahabat DS yang juga seorang ilmuwan di Bangi. Kesimpulan kami, DS sedang masuk perangkap kali kedua. Berhati-hatilah...

Salam hormat,

AL.
KLIA2.
13 Januari, 2018.







ANWAR TIDAK AKAN MENJADI PERDANA MENTERI, TIDAK ADA PERJANJIAN BERTULIS

on Thursday, January 11


TIDAK sampai seminggu selepas Konvensyen Pakatan Harapan yang menyaksikan Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri Sementara beberapa otai PKR dan AMANAH menyerlahkan kemarahan mereka.

Pertama, parti AMANAH Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menunjukkan kemarahan mereka. AMANAH Johor memboikot konvensyen tersebut manakala AMANAH KL diselebungi kesedihan dan kemarahan. Cita-cita mereka mahu menggantikan PAS dalam Pakatan Harapan semakin samar dengan hanya peruntukan 27 Kerusi, menjadikan AMANAH sebuah parti yang paling kecil dan paling lemah dalam PH.

Manakala PKR Selangor berantakan antara Kem DS Azmin Ali vs Kem DS Wan Azizah yang digerakkan oleh Rafizi Ramli. Umum mengetahui Rafizi tidak pernah ngam dengan Azmin, malahan sejak Azmin menjadi Mentri Besar Selangor tidak ada penglibatan besar Rafizi. Azmin mengetepikan Rafizi kerana Rafizi berada di dalam kem Dr Wan Azizah. Selepas kegagalan Rafizi menaikkan Dr Wan Azizah dalam Langkah Kajang, perlantikan Dr Wan Azizah sebagai bakal Timbalan Perdana Menteri sangat menggembirakan Rafizi.

Dalam pada itu, otai-otai Reformasi 1998 kekal hanya mahukan DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri bukannya Tun M.

Semua orang telah tertipu. Adakah anda melihat apa-apa perjanjian bertulis untuk mengesahkan Anwar akan dilantik sebagai Perdana Menteri sejurus selepas Anwar diberi keampunan oleh DYMM SPB Yang DiPertuan Agong ? Adakah anda melihat ada tempoh masa Perdana Menteri sementara? 2 bulan atau 12 bulan atau 24 bulan atau sehingga Mukhriz berjaya dinaikkan sebagai Perdana Menteri ? 

Kembali kepada sejarah 1998, Tun M dengan tegas menyatakan Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana perbuatan sodomi (disebut oleh Tun M dengan perkataan melancap dalam B Inggeris) dan sebab kedua amalan rasuah Anwar (Rujuk Youtube Ucapan Tun M sewaktu memecat Anwar:1998). Sehingga saat ini, Tun M tidak pernah menarik balik semua tuduhan jelik itu.

Sepatutnya PKR mempertahankan status quo hanya Anwar sahaja Perdana Menteri bukannya menyerahkan semula kepada Tun M yang mungkin bertaraf sementara sehingga beberapa tahun lagi.

Pada ketika itu, apabila ditanya oleh wartawan mengapa Anwar belum dilantik sebagai Perdana Menteri, jawapan yang akan diberikan dan ayat lumrah ialah DYMM SPB Yang DiPertuan Agong tidak dapat memperkenankan pengampunan kerana kesalahan Anwar sangat berat dan dia terikat dengan perlembagaan. 

Melaka Bandaraya Bersejarah
10.01.2018



Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan