PERBANDINGAN TUN M DAN DS NAJIB MENGURUS SABAH

on Thursday, January 25

Saya terkejut membaca artikel ini https://www.malaysiakini.com/news/409808 kerana semasa Tun M memerintah, Sabah khususnya dipandang sebelah mata sahaja. Semasa Tun M berkuasa, pemimpin-pemimpin Sabah yang memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah seperti Dr. Jefrey Kitingan, DSP Pairin dan banyak lagi disumbat ke dalam penjara menggunakan ISA. Tiada siapa berani bercakap hak-hak rakyat Sabah ketika Tun M memerintah kerana ketakutan yang amat sangat.

Hari ini, untuk berkuasa semula Tun M membuat u-turn. Kita seolah-olah dipermainkan oleh Tun M bukan sahaja dalam isu DS Anwar Ibrahim yang dipecat dan dimalukan dengan tuduhan sodomi (1998), dipukul dalam penjara, tilam dibawa ke mahkamah, menuduh Anwar meliwat pemandunya dan penulis ucapannya dan sebagainya. 

Sehingga ke hari ini Tun M masih mempercayai tuduhannya ke atas Anwar itu. Tun M tidak mahu menarik balik dan kita sedar bukan cara Tun M untuk meminta maaf atau mengaku salah. Walaupun PERWAJA dan Proton rugi berjuta-juta, ianya akan disebut bukan kegagalannya tetapi kegagalan orang lain. Itulah cara Tun M berfikir.

Di Semenanjung Malaysia, Tun M berbangga dengan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang berTol sudah lebih 30 tahun, dan malangnya di Sabah Tun M tiada kemahuan membina Lebuhraya seperti di Semenanjung itu walaupun ketika Tun M memerintah PETRONAS kaya raya. 

Sebaliknya DS Najib, sedang membina Lebuhraya PAN Borneo tanpa satu batang tiang Tol. Project PAN sedang berjalan dengan kerja-kerja awal seperti design, kos, teknikal, kajian alam sekitar dan sebagainya sedang sukses berjalan. Putrajaya sedang giat bekerjasama dengan para consultant/kontraktor dan agensi-agensi kerajaan negeri untuk mempercepatkan PAN Borneo menjadi kenyataan.

Semasa Tun M memerintah, Pegawai-pegawai kanan kerajaan persekutuan di Sabah majoriti hampir 100% daripada Semenanjung sahaja, tetapi pada hari ini majoriti Pengarah-Pengarah Jabatan Persekutuan di Sabah termasuk Pengetua Sekolah, Guru Besar, Pengarah Institut Perguruan, VC Universiti dan Director GLC Persekutuan adalah rakyat Sabah sendiri.

Semasa Tun M memerintah hanya 1 orang sahaja Menteri Penuh dari Sabah, sebaliknya hari ini 5 Menteri Penuh dan 5 Timbalan Menteri adalah dari Sabah. Antara Menteri Penuh dari Sabah, DS Anifah Aman, DS Dr. Said Keruak, DS Rahman Dahlan, DS Joseph Kurup, DS Maximus Ongkili.

Penulis Prolifik Syed Husin Alatas dalam bukunya menyebut, Tun M ketika memiliki 2/3 majoriti tidak memerlukan undi dari Sabah untuk memerintah. Manakala catatan dari penulis Sabah menyebut, semasa PRK USNO(BN) lawan PBS di Usukan jika tidak silap (1980an) di mana USNO tewas dan Tun M memberi ulasan, "biarlah masalah orang Sabah, orang Sabah sendiri urus".

Oleh itu, rakyat Sabah usah terperangkap dengan politiking Tun M. Kita rakyat Sabah mesti bersama Kerajaan Persekutuan dalam PRU14 ini. Kerajaan Persekutuan memerlukan 2/3 majoriti supaya lebih banyak pembangunan dan kesejahteraan dibawa ke Sabah. 

Zaman Tun M memerintah 22 tahun sudah berlalu. Kawan-kawan Tun M seperti Mugabe, Hosni Mubarak, Saddam Husin, Lee Kuan Yew, Presiden Suharto semuanya sudah beristirehat dengan tenang dan aman.

Selama 22 tahun kita sudah memberi penghormatan, kepercayaan dan membantu Tun M memerintah negara ini. Apa lagi yang dimahu? Masa hadapan Mukhriz sudah ditentukan oleh Allah SWT sejak azali lagi ! Jika Allah SWT mahu Mukhriz menjadi Perdana Menteri inshaallah Mukhriz akan menjadi Perdana Menteri. Usah gundah dan gulana sehingga menggadai prinsip politik dan prinsip perjuangan selama 22 tahun. 






2 Komen:

Anonymous said...

BANAR ATU TOK..KAMI PUN KAHILANGAN LABUAN SUDAH, BULIH DAPAT SEMULA KA TU LABUAN

Anonymous said...

Bulih.. dpt jambatan.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan