ANWAR IBRAHIM: MANGSA WAYANG HINDUSTAN & MACHIAVELLI

on Friday, February 23

1. Anwar Ibrahim kembali menjadi mangsa politik machiavelli. Pada tahun 2008, Anwar mempunyai sebab yang sangat hampir untuk mengambilalih Kerajaan Persekutuan, namun tidak berjaya kerana 30 ahli parlimen BN yang mereka harapkan melompat tidak berjaya. Tun M ketika itu tidak pun memperdulikan Anwar malah masih mencerca Anwar sebagai orang yang tidak layak menjadi PM kerana isu sodomis.

2. Pada tahun 2013, Anwar sekali lagi berpeluang menjadi PM selepas menambah kemenangan daripada 82 kepada 89 tetapi terhalang oleh rekonsiliasi dengan pemimpin besar negara jiran. Tun M ketika itu serupa juga tidak memandangpun Anwar malah masih mengeji Anwar dengan tuduhan sodomis yang tidak layak memimpin negara katanya.

3. Kali ini, belum pun PRU14 Anwar sudah pun dihalang atau terhalang menjadi PM apabila Tun M sekali lagi meletakkan dirinya sekurang-kurangnya dua tahun memegang PM seandainya mereka menang. Begitulah cara kuno politik machiavelli, kali ini untuk menghalang Anwar jadi PM kena masuk ke dalam kem Anwar.

4. Berdasarkan sejarah politiking Tun M merosakkan reputasi Tunku Abdul Rahman, Pak Lah, Anwar Ibrahim, Tun Musa dan sekarang ini DS Najib, saya tidak ada keyakinan Tun M akan menyerahkan kuasa kepada Anwar. Saya juga tidak ada kepercayaan Tun M akan berhenti selepas dua tahun. Jika Tun M mahu melakukannya, ia sudah dilakukannya pada PRU12 dan PRU13. Hari ini adalah wayang Hindustan sahaja.

5. Dalam minda Tun M ialah bagaimana untuk menempatkan Mukhriz di kedudukan selamat sebagai Perdana Menteri. Bukannya TS Muhyiddin, jauh sekali DS Shafie Apdal. Kita kena faham dunia global dan Malaysia hari ini sudah jauh berubah. Tun M sangat cemerlang dengan method pemerintahannya selama 22 tahun, tetapi cara 22 tahun itu tidak lagi sesuai pada hari ini. Hari ini rakyat tidak boleh ditakut-takutkan dengan pelbagai ancaman seperti ISA, hari ini rakyat menikmati demokrasi yang sihat di Malaysia. Tidak perlu lagi takut bercakap hak-hak Sabahan dan Sarawakian misalannya, jika dulu anda akan disumbat di dalam penjara ISA.

6. Perhatikan bagaimana Tun M menekan DS Najib supaya melantik Mukhriz menjadi MB Kedah. DS Najib seorang yang baik dan tidak lupa daratan, tanpa ditekan pun Mukhriz tetap dilantik sebagai MB Kedah. Sebenarnya, Mukhriz tidak boleh maju ke hadapan dengan membawa method Tun M, sebab itu Mukhriz tidak dapat mengatasi Khairy Jamaluddin dalam pertandingan Pemuda UMNO. Mukhriz tidak boleh melangkah jauh secara berseorangan.

7. Oleh itu, PRU14 adalah masa yang paling sesuai untuk menyelamatkan politik Mukhriz. Jika menunggu PRU15 pada tahun 2023, Mukhriz sudah hilang kekuatan dan legasi Tun M akan hilang dalam arus politik negara.

8. Mahu tidak mahu, PRU14 adalah antara hidup dan mati legasi Tun M kepada Mukhriz. Maka mereka terpaksa berkawanan dengan musuh-musuh politik 30 tahun mereka. DAP yang dicemuh kini pura-pura disayangi, PKR yang dibenci kini bertebal muka menunjuk simpati. Prinsip perjuangan digadai. Tidaklah menghairankan suatu hari nanti Tun M akan mencemuh semula DAP dan PKR. Tidaklah menghairankan suatu hari nanti Tun M akan menyertai semula UMNO. Siapa yang dikontang kanting, rakyatlah yang diheret ke sana ke mari. Sebab itu rakyat lebih baik kekal bersama kerajaan berbanding disorong ke sana ke mari.

9. Sedarilah, mereka semua sudah kaya dan raya, malah keluarga mereka beberapa kali Top Ten terkaya di Malaysia. Sedangkan kita apabila sakit memerlukan khidmat hospital kerajaan, apabila sekolah memilih sekolah kerajaan yang murah dan sebagainya.

10. Marilah kita bersama Kerajaan. Kita tidak membenci Tun M, kita mahu rakyat sedar Tun M sedang melakukan kesilapan besar. Hanya rakyat boleh menyedarkan semula kesilapan besar itu. 

11. Janganlah memperjudikan nasib masa hadapan kita dengan menyokong wayang Hindustan,lakonan individu-individu yang semakin pelik dan menjual prinsip perjuangan semata-mata bimbang legasi berkubur. Bagi kita rakyat marhaen, legasi yang paling penting ialah legasi rakyat jelata. 

Airasia KK-Kl, 
23 Februari 2018.

PROF JAYUM: ANALISIS AHLI EKONOMI PEMBANGKANG KONTRADIK

on Sunday, February 18


KUALA LUMPUR: Isu peningkatan kos sara hidup dan kemiskinan bandar dilihat bukan cabaran besar untuk Barisan Nasional (BN) menjelaskannya pada kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekalipun ia mungkin menjadi senjata pembangkang dalam kempen mereka.


Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Jayum Jawan, berkata beliau tidak melihat cabaran baharu yang perlu dihadapi BN pada pilihan raya kali ini berbanding sebelumnya.
Katanya, pengundi luar bandar lebih tertarik kepada isu asas walaupun ramai yang berpendapat ia tidak mencerminkan proses matang dalam demokrasi berbanding pengundi bandar yang lebih cenderung ke arah isu tadbir urus, ketelusan, integriti dalam kepimpinan dan kerajaan.
"Sesetengah ahli ekonomi berhujah mengenai kenaikan kos sara hidup dengan mengaitkannya dengan harga minyak dan kos yang tinggi untuk membeli rumah.
"Namun jika dilihat, semua isu itu sudah pun lama. Walaupun penting, ia adalah isu ekonomi yang biasa dihadapi sejak dahulu lagi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Jelasnya, walaupun dikatakan kos hidup semakin meningkat oleh segelintir ahli ekonomi, belum terdengar kes rakyat Malaysia yang menderita kelaparan atau jatuh sakit akibat tidak makan.
"Harga bahan api adalah tinggi untuk sebuah negara pengeluar minyak seperti Malaysia, tetapi kesesakan lalu lintas tidak berkurang malah pengangkutan awam juga masih bukan pilihan ramai untuk mengurangkan kos pengangkutan.
"Kereta tanpa penumpang masih banyak dilihat di jalan raya malah bilangannya tidak berkurang sehingga menyumbang kepada kesesakan lalu lintas terutamanya di bandar-bandar utama," katanya.
Mengikut Jayum, ada juga ahli ekonomi mengatakan ekonomi negara tidak berkembang baik, tetapi rakyat masih melihat pembinaan bangunan komersial dan hartanah kediaman yang semakin meningkat di mana-mana dengan kos jualan juga semakin meningkat.
"Kita lihat pula pekerja warga asing, mereka masih berduyun-duyun datang ke Malaysia dan rakyat kita pula masih ramai yang bercuti di luar negara sekalipun ringgit dikatakan lemah.
"Jadi secara tidak langsung, semua keadaan yang berlaku ini menunjukkan bahawa ekonomi negara masih bersemangat dan ini bertentangan dengan analisis beberapa ahli ekonomi.
"Sebab itu saya kata, isu kos sara hidup ini bukan perkara baru menjadi mainan pembangkang kerana BN sudah terbukti menjadikan ekonomi Malaysia mapan.
Pelbagai program melalui Transformasi Nasional 2050 (TN50) sudah dirangka dengan baik untuk terus merangsang aktiviti ekonomi sekali gus memberi manfaat rakyat pelbagai kaum dan etnik di seluruh negara.
SUMBER: BERITA HARIAN 17/3/2018.

MALAYSIA'S DIPLOMATIC COURTESY TO UNITED NATION

on Saturday, February 17

Allowing an Israel official and delegation into Malaysia because they are participating in UN-sanctioned activity CANNOT be seen or interpreted to mean that Malaysia has soften its stand against Israel and abandoned its cause for Palestine. 

In fact, this show Malaysia’s flexibility and diplomatic courtesy to UN and UN-sanctioned activity. Malaysia is still strongly committed to and remains steadfast in its support for the people and the statehood of Palestine.

Furthermore, this new event should also not be seen as precedent because Malaysia can in the future choose close its door to entry for citizens of Israel, including those who are UN officials. 

As sovereign state, this is Malaysia’s absolute right. But this new event could also be seen in positive light. Thus could lead to some engagement that may also benefits Malaysia’s struggle in promoting the recognition of a Palestine state that the country has been backing for a long time.

KLIA.

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan