PERDANA MENTERI HJ. HADI PUN AKAN DIGELAR LEBIH TEROK DARI MARCOS

on Saturday, February 10


1. Pilihanraya Umum ke-14 di negara kita semakin hampir. Namun tuduhan terbaharu menyamakan mantan Presiden Filipina Ferdinand Marcos dengan Perdana Menteri Malaysia adalah keterlaluan.

2. Rakyat kena faham, politik di Malaysia ialah sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri akan dilabel korupsi, kolusi, nepotisme dan kronisme. Sepanjang 22 tahun, Tun Mahathir bukan sahaja dituduh oleh Anwar, Lim Kit Siang dan Mat Sabu sebagai KKN malah Tun M dikata Maha Firaun, Maha Zalim dan orang bawahannya digelar Anwar sebagai anjing kerajaan, mossad dan sebagainya.

3.  Hari ini, mereka semua yang menggelar semua itu mengambil kesempatan atas kemarahan Tun M kepada DS Najib dengan berpura-pura berkawan dengan Tun M dengan harapan dapat menjatuhkan kerajaan. Tun M berjaya memperdaya Anwar dan Lim Kit Siang untuk melantiknya sebagai Perdana Menteri semula, dan seperti saya katakan sebelum ini peluang Anwar menjadi Perdana Menteri semakin malap. Itulah tujuan Tun M yakni mengelakkan Malaysia diperintah oleh Anwar. Baca semula di sini dan ini

4. Dahulu barisan opposisi Malaysia dan negara asing menggelar Tun M serupa diktator Mugabe, diktator Marcos dan diktator Mubarak seperti gambar di atas. Hari ini Tun M pula menyamakan DS Najib dengan Marcos di mana Tun M lebih awal digelar Marcos oleh musuh-musuh politiknya sebelum ini.


5. Apa yang mereka tidak  sebut ialah hari ini rakyat tidak perlu bimbang berlaku tragedi Memali, tiada tangkapan Ops Lalang, rakyat berdemo tidak perlu takut dipukul belantan oleh FRU sebagaimana zaman Tun M, tiada ISA yang ditakuti rakyat Malaysia. Hari ini Rakyat menghirup udara demokrasi dengan gembira. 

6. Rakyat Sabah dan Sarawak pula tidak lagi bimbang memperjuangkan hak-hak mereka dalam 20 Perkara. Semasa Tun M memerintah, sesiapa bercakap mengenai hak-hak rakyat Sabah akan dihumban ke dalam penjara ISA tanpa bicara ! 


7. Semasa Tun M memerintah, guru-guru di Semenanjung Malaysia yang menentang kerajaan akan dibuang ke Labuan, Sabah dan Sarawak. Semasa saya bekerja di Labuan, saya bersembang dengan seorang guru dari Negeri Sembilan. Saya bertanya kenapa bekerja di Labuan? Katanya dia dibuang ke Labuan kerana menentang Tun M sebaliknya menyokong Semangat 46 (Tengku Razaliegh Hamzah).

8. Oleh itu rakyat kena faham apa yang berlaku hari ini jatuh menjatuh hanya politiking sahaja. Tun M sejak dulu lagi sesiapa yang Tun M tidak berkenan akan dijatuhkan sebagaimana menjatuhkan Tunku Abd Rahman dan Pak Lah. Hari ini Tun M mahu menjatuhkan DS Najib pula dan Tun M tidak pandang pun jasa Tun Razak mengambilnya semula pada awal tahun 1970an dahulu. 


9. Politik Malaysia begitulah, esok jika Hj Hadi menjadi Perdana Menteri, maka mereka akan serang lagi Hj Hadi kononnya terlibat terrotist lah, anak menantu lah, kronisme lah, dan macam-macam lagi. Selagi mereka tidak berjaya memenuhi impian menjadi Perdana Menteri selagi itulah semua orang adalah lebih terok daripada Marcos termasuk Hj Hadi.

10. Sebab itu rakyat kena melihat semua ini adalah agenda peribadi sahaja. Bukan agenda rakyat. Mereka semua telah menikmati pelbagai kekayaan, kesenangan dan kemewahan setelah begitu lama memerintah. Kita rakyat marhaen tempat bergantung adalah kepada Kerajaan bukan kepada individu yang sudah kaya dan raya. 

Selamat Berhari Minggu.
KLIA2.
09022018.


1 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan