PENGALAMAN DI AMERIKA SYARIKAT, RAHSIA DOJ

on Saturday, March 24

GAMBAR HIASAN

1. AMERIKA SYARIKAT sudah melaksanakan sistem pemerintahan moden sejak mereka merdeka pada tahun 1776 lagi. Sistem kapitalis mereka seperti sistem percukaian, sistem setem dan pelbagai sistem kapitalis sudah beratus tahun menjadi sebahagian nadi ekonomi mereka. Bandar pencakar langit di New York misalnya wujud sejak tahun 1880an. 

2. Segelintir pengamal undang-undang di Amerika Syarikat juga tidak bisa lari dari mencaricipta wang melalui sistem undang-undang konvensional di sana. Kenapa mereka merasuk sangat dengan 1MDB? Jika mengikut pengalaman saya di sana, ia lebih kepada usaha peribadi mereka mahu mendapatkan keuntungan kewangan sahaja. Bagi mereka inilah peluang besar untuk mencipta wang besar. 

3. Mereka ini akan berusaha mengheret semua orang ke mahkamah mereka, dengan cara itulah akan ada kes, akan ada pembayaran kepada mereka dan akhirnya semua barang-barang rampasan yang didakwa itu tidak akan diberikan pun sepenuhnya kepada yang berhak. Kerana mereka akan mengenakan pula pelbagai bentuk cukai dan pembayaran yang mahal gila. 

4. Begitu juga pengalaman saya di sana. Apabila tamat kontrak sewa rumah, saya mematuhi semua arahan dan permintaan syarikat rumah sewa tersebut. Saya mencuci, membersihkan dan memperbaiki apa jua yang mereka arahkan. Di mulut mereka ya semuanya ok dan semuanya manis, kononnya selepas rumah dibersihkan wang deposit saya akan dikembalikan. Selepas 2 tahun meninggalkan Amerika Syarikat, kisah itu menjadi pengalaman penting.

5. Apabila tiba masa saya pulang ke Malaysia, wang deposit rumah tidak dikembalikan. Alasan mereka, syarikat rumah telah bertukar tangan dan polisi syarikat baharu telah berubah, akhirnya saya sebagai penyewa menjadi mangsa. Beberapa sahabat yang sudah menetap lama di USA mencadangkan supaya mengambil khidmat peguam di sana.Huh bayaran peguam lebih mahal daripada bayaran deposit rumah! Saya hanya mampu meminta bantuan Bahagian aduan kerajaan di sana, dan perkara yang sama ialah mereka mencadangkan mengambil khidmat peguam.

6. Apabila saya melihat kembali isu yang digembar-gemburkan oleh DOJ, saya berpendapat mereka hanya mahu mencipta wang sahaja. Kerana sudah hampir 2 tahun, DOJ masih belum memulakan prosiding apatah lagi perbicaraan. 

7. Sebenarnya jika anda rajin menelaah sejarah moden Amerika Syarikat, banyak kes mereka hanya hebat mendahulukan pendakwaan, mendakwa terlebih dahulu, membuktikan kemudian. Inilah cara sebahagian musuh negara, mencipta isu dahulu, merosakkan reputasi pemimpin dahulu, buktinya kemudian.

8. Anda perhatikan Saddam Hussien sesudah mereka bunuh dengan alasan Saddam Hussien menyimpan senjata nuklear. Mana dia senjata nuklear itu? Negara Iraq dan Libya adakah menjadi lebih baik sekarang?

9. Selepas hampir 2 tahun, kenapa DOJ tidak datang ke Malaysia bertemu PAC, menyoal siasat Dr. Tan Seng Giaw dan Arul Kanda?. Semasa lawatan DS Najib ke White House baru-baru ini, DOJ mahupun FBI tidak ada usaha bertemu DS Najib. Di sinilah boleh dilihat putar-belit sebenar mereka, tujuan sebenar mereka nampaknya hanyalah untuk mendapatkan keuntungan dari segi bayaran guaman, cukai, denda dan sebagainya. DOJ pun boleh mengubah apa yang mereka dakwa, sekarang ini pun nama putera raja Arab Saudi sudah dibuang dalam pertuduhan mereka. Namun apa yang hendak dihairankan, itulah dan begitulah di Amerika Syarikat.

10. Kita rakyat Malaysia mesti beringat akan niat sebenar musuh-musuh negara di luar sana. Berwaspadalah, mereka mahu negara kita hancur seperti Iraq dan Libya. Presiden Trumph pun tidak mempercayai mereka yang menerajui DOJ? Mahu berdebat ?

Selamat Berhujung Minggu.
KLIA. 24.03.2018.

4 Komen:

Anonymous said...

Do you really think 8 different jurisdictions simply wanted to muster money laundering and breaches within their financial system only to pin down on Malaysia and in particular M01 for a game sake?

You asked for a debate, well you should or must first ask the question to Najib, then whether your writings has any credence!

1- PAC's Report did showed Jho Lo had infact been 'invited' to a 1MDB's meeting.

2- Why the need to conceal Good Star as belong to Jho Lo?

3- Why the 'DOUBLE-WHAMMY' payment for a couple of Billions US$ to IPIC despite initial statement saying of fighting the LCIA's findings-judgements?

4- Why the Auditor General's Report made OSA? $7 Billion UNACCOUNTED for...ring a bell?

5- 1MDB's FY Audit 2014, 2015, 2016, 2017....what's stopping 1MDB and the special treatment accorded to 1MDB?

6-

7-

8-

the list can go on all years and all days...but...this jentayu abaka used to a good read for its writings except it look more of its soul has been sold to the devil and evil of KLEPTOCRAT....Islam kita begini ke?

You ONLY lived for a little while but I live here (America) now for the last 12 years and prior to that in many other continents for many more years yet, I found more good than the isolated 'bad' that you mentioned. And, ISLAM as a religion and faith is not even compromised! Your security or bond deposit for your rental obligation mere bread-crumbs compared to the THEFT via 1MDB(mind you its in the BILLIONS and in $US dollar!!!)....and if you as a learned person along with the long list of 'cover-everybody's arse' ministers (KJ's Oxford now look so disgraceful) could ignore such kemungkaran......what hope do you have to fix the country or rather rid the country from those THIEVES and PIRATES running the country????

Jentayuabaka, you are not amusing at all but has morphed into being despicable in really lapping M01's arse and, you thought all the GoBlogs defending the CHIEF-THIEF-Pirate lanun-bugis are really on God's side?

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Thanksyou sir, wah so many peoples read, 1,000 readers in 30 minutes, Thanks again

Anonymous said...

Nice articles, keep it up sir !

Anonymous said...

IPIC-Aabar scandal (read 1MDB scandal by opposition in Malaysia)is a well planned fraud scheme to effect a government change in Malaysia. But the wayang failed..

Syukur. Alhamdulillah.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan