MESEJ PENTING DARI BIG BOSS DI PUTRAJAYA: MAHU KENDURI KENDARA ATAU KLUSTER BAHARU?

on Thursday, April 16

"Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kluster baru di Sendayan. Kita terperangkap, ada lagi rupanya segelintir masyarakat yang tidak faham peri pentingnya hindari perhimpunan dan jaga jarak. Jika itulah pilihan mereka menghadiri kenduri, ada kematian, ada pertambahan sakit, kita hanya mampu berdoa semoga mereka memperolehi kebaikan dan kita berusaha supaya mereka yang dijangkiti virus Covid-19 itu segera sembuh". 

Saya tergamam di pagi hari menerima whatsapp tersebut. Saya memahami kekecewaan beliau akan sikap masyarakat yang kurang peduli dan saya memahami juga semangat beliau untuk memastikan rakyat selamat, negara selamat dan kehidupan rakyat pulih seperti sediakala.

Kluster Ramadan

Kini kebimbangan saya berputar-putar apakah akan ada lagi kluster baharu menjelang Ramadan ini? Sudah menjadi adat resam dan amalan orang Melayu sejak sekian lama, beberapa hari sebelum Ramadan, kenduri doa selamat diadakan. Doa selamat dibaca untuk meraikan kedatangan bulan Ramadan. 

Ianya memang amalan mulia sejak turun-temurun kerana ketika itulah saling bermaaf-maafan, bertanya khabar dan sebagainya. Namun, di ketika pandemik Covid-19 sedang bermaharajalela, masyarakat tidak peduli kah?

Biasanya di kala kenduri doa selamat, saudara sepupu sepapat pak cik mak cik jiran tetangga imam ahli kariah ahli surau dijemput datang ke rumah. Salam bersalam, rapat-merapat, sembang-bersembang dan juadah dimakan bersama. Sungguh indah budaya kita sejak turun-temurun.

Di kala kelok Covid-19 di negara kita ada tanda-tanda penurunan kes, dan tatkala masyarakat antarabangsa mengiktiraf Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia sebagai antara 3 doktor terbaik dunia dalam pengurusan Covid-19 ini, kebimbangan timbul semula jika acara kenduri doa selamat menjelang Ramadan menjadi kluster baharu.

Apakah kita akan menyaksikan catatan sejarah kluster baharu di Tawau, kluster Ramadan di Klang, Jenjarum, Puchong dan sebagainya? 

Apakah PKP atau PKPD tidak dapat menghalang keegoan dan kemahuan sesetengah masyarakat melaksanakan amalan rutin menjelang Ramadan mengadakan kenduri doa selamat? Mengabaikan PKP dan mementingkan diri sendiri?

Saya menyeru dan merayu, anak-anak beritahulah orang tua, ketua-ketua masyarakat beritahulah anak-anak buah di kampung dan di taman, di kariah dan di pergunungan, di kota dan di metropolitan, bahawa kenduri doa selamat buatlah sendiri-sendiri di dalam rumah, tidak usahlah jemput orang bertandang ke rumah, biarlah si ayah membacanya, si abang membacanya, kita-kita sahaja bak kata Perdana Menteri 'kita jaga kita'.

Sekianlah, kali ini biarlah tulisan saya ini pendek sahaja. Yang penting mesej sampai.

KLIA, 15.04.2020








THANKS TO MALAYSIAKINI, GOVERNMENT NEED TO REOPEN BTN

on Tuesday, April 14

Malaysiakini

LETTER | GOV'T NEED TO REOPEN BTN
Published 
LETTER |  Allow me to give an opinion on the new's National Civics Bureau or Biro Tatanegara (BTN) to be reopened. 
Before that, I understand it is based on the bad experiences of some individuals in BTN courses. But for the nation, we need BTN to promote a better Malaysia to all Malaysian.
Many years back, I used to be posted to BTN headquarters. I was not even a trainer or facilitator then when I was involved with BTN camp. 
However, I am aware of the need to foster patriotism among Malaysia to their country. That was the main purpose BTN was set up and for which its trainings were aimed at.My brief experience with the US, facilitated by my presence there for over a year alluded me to the fact this was part of training and process in nation-building. 
This was what drew the attention of scholars such the likes of Francis Fukuyama, Noam Chomsky, Allan Bloom and Samuel Huntington on why and how this process is important in creating or moulding a sense of togetherness and belonging among people within a nation-state. 
These scholars spoke of a love for one’s country, sense of togetherness and a respect for each other’s human right, religion and culture and a high sense of discipline. 
This sense of “Americanness” regardless of racial, ethnic and national origin brings togetherness and leads to the identification of them as “we the American people”. That process in the US brought out that sense of togetherness.
We must remember that BTN has access to a huge pool of resources, expertise and experienced trainers and facilitators drawn from various spectrum of the society. It would be a huge loss if due to sentiment and whim of the moment we are to close BTN. 
BTN may have veered away from its original purpose and that was to unite and create that sense of togetherness and a sense of belonging to a nation-state called Malaysia. 
If that is what bothered many, then the problem is not that BTN is not needed, but what needs to be done to set it on its right course is on the need to refine its operation, restructure it and put in the right people whose aspirations are similar to that who lead the government of the day.
It is clear that BTN may need to revamp from various angles such as structure, purpose, and staffing. It must meet the need and aspiration of the people who wanted change that was promised through the new government lead by the Perikatan Nasional (PN). 
There is hope, and BTN or the new and revitalised BTN can continue to play this important role under the leadership of the PN government.
Lastly, I strongly believe that the function of BTN is needed and even more now with the new political environment. The PN government and leadership would be less than honest with itself to think otherwise. 
The process on nation-building continue to unfold and there is a need for an agency such as BTN to take up this role as Malaysia tread into the future path toward a greater and more united Malaysia.

AL-AZHARRI SIDDIQ KAMUNRI's area of study is in politics and government, and he has interests on issues relating to nation-building, national security and patriotism.
The views expressed here are those of the author/contributor and do not necessarily represent the views of Malaysiakini
*Read a comments here https://www.malaysiakini.com/letters/520311

JUMPA NAJIB DI LUAR NEGARA LEBIH SENANG DARIPADA JUMPA DALAM NEGARA

on Wednesday, April 8

GAYA DS NAJIB DI NEW YORK | JENTAYUABAKA
New York (2015)
KEMASKINI 12.04.2020:Pada 2 April 2020, saya menulis di https://www.malaysiakini.com/letters/518437  betapa pentingnya DS Anwar menulis kisah hidupnya semasa melalui proses penjara. Oleh kerana PKP masih berterusan, untuk berlaku adil, saya juga ingin menulis sisi DS Najib (Najib) pula dengan tujuan supaya kita boleh melihat daripada pelbagai sudut.

Semasa Najib dilantik sebagai Perdana Menteri pada hari partama (2009), saya dan ramai lagi kakitangan awam meraikannya di halaman Jabatan Perdana Menteri, sambil mengucapkan salam perpisahan kepada Pak Lah. Saya juga menjadi pegawai kerajaan pertama muncul di BernamaTV, Bahagian 2, Bahagian 3, untuk mempromosikan slogan 1Malaysia yang baharu dua minggu dilancarkan. 

Sebagai pegawai Kerajaan, menjadi tanggungjawab utama untuk memastikan dasar-dasar Kerajaan semasa dapat diimplementasikan dengan bersungguh-sungguh. 

Semasa Pakatan Harapan memerintah, saya juga turut menulis mengenai konsep Malaysia Baharu di NST https://www.nst.com.my/opinion/letters/2019/01/454503/what-does-new-malaysia-mean Serupa juga slogan 1Malaysia, saya turut menyampaikan ceramah mengenai Malaysia Baharu. Saya pernah tersentak apabila disoal oleh seorang pengetua sekolah bahawa Malaysia Baharu itu adalah ancaman kepada keselamatan negara!

Berbalik kepada sisi Najib, saya melihat beliau seorang yang sederhana. Semasa Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri, saya dan rombongan dari Sabah melawat rumah beliau di Pekan (2008). Saya agak terkejut kerana rumah kayu Najib amat sederhana, tidak nampak kemewahan dalam dan luar rumah. Malahan, saya boleh melihat reputan kayu ketika solat Zohor di ruang solat.

Saya masih ingat sekitar 2009, saya naik ke tingkat 12, Kementerian Kewangan untuk membawa satu permohonan rakyat Sabah. Walaupun surat itu telah diminitkan oleh Najib sebagai Perdana Menteri, saya akhirnya mendapat tahu Kementerian Kewangan menolak cadangan tersebut. 

Di sini menunjukkan bahawa pegawai-pegawai tadbir yang telah dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) khususnya pegawai-pegawai PTD adalah berintegriti, amanah dan tidak tergugat untuk mempertahankan integriti mereka. 

Pada tahun 2013, saya menulis surat untuk berjumpa Najib bagi menyampaikan beberapa perkara penting termasuk menyampaikan amanah pemimpin-pemimpin dari luar negara. Namun begitu, ianya ditukar di saat akhir dan hanya Setpol datang bertemu saya di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya. 

Dalam pertemuan itu, setpol Najib menyatakan kepada saya ramai orang di sekeliling Najib tidak bercakap benar di hadapan Najib dan menggunakan hasil kerja saya untuk bermuka-muka kepada Najib kononnya itu kerja mereka, arahan mereka dan sebagainya. 

Saya tidak berputus asa, pada tahun 2015, semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), saya menyewa sebuah kereta di University Pennsylvania (Upenn) menuju ke New York untuk bertemu Najib. Akhirnya kami dapat bercakap dalam setengah jam, saya berjaya menyampaikan amanah dan salam pemimpin luar negara walaupun cuba dihalang oleh pegawai dan pengawal Najib ketika itu. 

Sebaliknya Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat, Dato' Dr. Awang Adek memberi sokongan kepada saya dan sempat mengusik saya, "wah, lama bercerita dengan PM".

Dalam perbualan kami, Najib dapat mengingati saya apabila saya menceritakan hal-hal yang berkaitan. Dari riak wajah, Najib kelihatan gembira mendengar cerita saya. Beliau berpesan jika balik ke Malaysia datang berjumpa di pejabat. Namun begitu, seperti biasa halangan di peringkat pegawai akan berlaku.

Satu perkara yang saya hendak selitkan di sini, anak perempuan Najib belajar di University Pennyslavania ketika itu. Saya pernah melihat anak Najib dan suaminya melintas dewan kuliah dan menaiki bas atau teksi sahaja. Malah dalam bilik kuliah, anak Najib merendah diri dengan berusaha tidak menonjolkan diri sebagai anak Perdana Menteri Malaysia. Seorang pelajar postdoc dari UKM sempat menegurnya dan turut memberi komen, anak Najib sangat sederhana.

Beza anak Najib dengan saya ialah mereka anak bangsawan sejak sekian lama, maka tidak menghairankan boleh belajar di Upenn dan Harvard University,Boston. Sebenarnya, kami juga mendapat tawaran di Havard University, tetapi kami hanya mampu bertahan seminggu sahaja kerana kos hidup di Boston terlalu tinggi, kami tidak mampu dan terpaksa kembali semula ke Upenn. 

EKSKLUSIF BERSAMA TUN DR. MAHATHIR | JENTAYUABAKA
Bangunan Petronas (2012)
Berbeza dengan Tun Dr. Mahathir, selepas saya menulis sepucuk surat kepada Tun M, dalam 7 hari sahaja Tun M sendiri membalas surat saya dan bersetuju untuk bertemu saya di tingkat 88, bangunan Petronas (2012). Serupa dengan pertemuan saya dengan Najib di New York (2015), bertemu Tun M pun bukan tujuan meminta projek, saya hanya melontarkan idea bagaimana mengukuhkan Negara.

Saya telah menyaksikan pelbagai peristiwa penting negara di Putrajaya. Saya melihat negara dan rakyat sedang melalui fasa baharu yakni proses kematangan berpolitik dan bernegara. 

Najib, walaupun tidak lagi menjawat jawatan Perdana Menteri, tetapi pengalaman mentadbir negara yang beliau tulis ketika menjawab isu-isu negara di FB menampakkan tahap beliau yang sangat jauh berbeza dengan orang lain.

Ramai yang tidak tahu bahawa Najib seorang yang sangat prihatin. Satu contoh paling mudah, pada tahun 2017, saya bertemu dengan orang kanan Anwar di rumahnya, kami bersembang bagaimana Najib boleh membantu Anwar di penjara Sg. Buloh. Beliau meminta saya menyampaikan kepada Najib supaya membantu Anwar. Ketika itu, katanya Anwar tidak berapa sihat seperti sakit belakang dan memerlukan tempat tidur yang sesuai. 

Dipendekkan cerita, kata orang kanan Anwar itu, dengan hanya satu panggilan telefon sahaja Najib telah membantu Anwar dengan mengarahkan kepada pihak berkenaan supaya Anwar diberi keselesaan yang sepatutnya di dalam penjara.

Mungkin pembaca akan bertanya kenapa saya tidak menulis hal 1MDB dan SRC. Jawapan saya mudah, saya tidak terlibat dan tidak tahu kisah di sebalik kedua-dua isu itu. Itu kerja ahli ekonomi, kerja saya membina negara, cinta kepada negara.

Semasa saya bertugas di Dubai dan UAE, ramai yang bertanya apakah isu Al-Abrar yang mempunyai kaitan dengan Bangunan Burj Khalifa itu (sambil dia menunjuk bangunan tertinggi itu kepada saya) sudah selesai? Saya kata no comments, saya datang ke Dubai untuk mengukuhkan jati diri, menguatkan semangat patriotik dan menyampaikan dasar-dasar Kerajaan semasa kepada rakyat Malaysia di Dubai.

Serupa juga apabila saya bermastautin sekejap di Amerika Syarikat (2015-2016), ada pertanyaan tentang 1MDB dan bank Wells Fargo. Jawapan saya serupa, saya datang ke Amerika Syarikat untuk belajar.

Pada awal 2017, saya bertemu dengan kedua-dua Imam Masjid Madinah https://www.bharian.com.my/node/234451 untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai perpaduan, patriotisme dan keamanan negara. Serupa juga di mana-mana saya pergi, rakyat Malaysia ada yang bertanya derma kerabat DiRaja Arab Saudi dan 1MDB. Sekali lagi saya menjauhkan diri dari kedua-dua isu itu kerana saya tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenainya. 

Putrajaya,
"Duduk Dalam Rumah".









ANWAR PATUT CONTOHI SYED HUSIN ALI TULIS BUKU SENDIRI, KERANA GENERASI MUDA TIDAK TAHU

on Thursday, April 2

Pada tahun 1998, semasa saya berumur 20an, saya membeli buku 'Two Faces,Detention Without Trial' di Lapangan Terbang Kuala Lumpur semasa dalam perjalanan ke USM, Pulau Pinang. 

Ketika itu, tiada penerbangan langsung dari Tawau ke Pulau Pinang. Saya terpaksa transit di Kota Kinabalu, bermalam di Kuala Lumpur dan seterusnya ke Pulau Pinang. Harga tiket ulang-alik ketika itu mencecah RM3,000, tidaklah seperti zaman sekarang harga tiket ulang alik Tawau-Pulau Pinang boleh diperolehi di bawah RM1,000 jika bernasib baik. Mencari ilmu zaman dahulu tidak semudah generasi zaman sekarang.

Buku 'Two Faces,Detention Without Trial' sezaman dengan buku-buku popular yang lain seperti 'Mitos Peribumi Malas' oleh Prof Hussein Alatas. 

'The Asian Renainsance'(1996) pula tidak jauh beza dengan kompilasi buku 'Menangani Perubahan (1986). Sehingga ke hari ini, jika saya tidak silap inilah sahaja dua buku berbentuk kompilasi yang diusahakan DS Anwar Ibrahim (Anwar). 

Dua buku yang belum keluar ketika itu ialah, memoir Lee Kuan Yew "The Singapore Story: Memoirs of Lee Kuan Yew"(1998) hadiah ulang tahun saya pada tahun 2002 di pulau Labuan. Dan Memoir Tun Dr. Mahathir "A Doctor in the House"(2012) hadiah dari sahabat Kelantan saya.

Saya masih boleh ingat bacaan saya bagaimana Syed Husin Ali ditahan di bawah ISA dipindahkan dari satu kenderaan ke satu kenderaan yang lain dan dari satu tempat ke satu tempat yang dia tidak ketahui kerana bertutup mata, akhirnya beliau ditempatkan di Kem Tahanan Kamunting, Taiping. 

Tiga watak yang menarik dalam buku itu selain Syed Husin Ali ialah Anwar dan Ibrahim Ali. Dalam buku itu, mereka tidaklah ditahan dalam masa yang sama atau satu kenderaan yang sama, tetapi berasingan. Mereka hanya mengetahui di bilik sebelah itu Anwar apabila Syed Husin Ali mendengar suara Anwar dan suara Ibrahim Ali. 

Saya menulis artikel ini kerana saya terbaca berita Anwar menceritakan aktiviti hariannya semasa di penjara Sg Buloh. Satu-satunya yang mengecewakan kita ialah Anwar tidak menulis kisah hidupnya semasa dalam tahanan di antara 1974-1976, 1999-2004 hingga 2015-2018, kerana sudah pasti ada sesuatu yang boleh dipelajari oleh generasi muda.

Generasi muda tidak tahu kisah Anwar melalui latihan kepimpinan belia Asia dengan ramai tokoh-tokoh pemimpin belia Indonesia dan Asia seawal 1970. 

Generasi muda tidak tahu Putera Raja Arab Saudi pernah mencari tokoh belia Islam sekitar 1970an kerana Putera Raja Saudi mahu membantu negara-negara Islam pembangunan Islam di Malaysia. Tengku Razaliegh Hamzah menyebut nama Anwar kepada Putera Raja Arab Saudi itu. 

Generasi muda pun tidak tahu Anwar hanya menaiki motorsikal kapcai pada September,1998 apabila akhirnya beliau ditangkap di rumahnya. 

Generasi muda malah tidak tahu DS Wan Azizah masih bekerja di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) awal tahun 2000 sebelum bersara dan menceburkan diri dalam politik sepenuh masa.

Generasi muda tidak tahu pihak penjara turut menyediakan meja bacaan, buku dan alat tulis kepada Anwar dan Syed Husin Ali di Kem Tahanan Kamunting, Taiping. Ada lawatan keluarga dan sahabat tetapi generasi muda tidak tahu siapakah yang datang melawat?

Sebab itu, untuk bacaan generasi akan datang, sebagaimana Lee Kuan Yew dan Tun Dr. Mahathir menulis bibliografi mereka, Anwar juga patut ada kekuatan untuk menulis sendiri kisah hidupnya. 

Di Indonesia, allahyarham Andi Mappetahang Fatwa sudah tiada, tetapi beliau menitipkan kenangannya bertajuk "Dari Cipinang ke Senayan" dan 'Menggugat Dari Balik Penjara" merupakan pengalaman beliau lebih 18 tahun dipenjara orde lama. Akhirnya, beliau keluar menjadi Wakil Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Parlimen Indonesia.

Pembaca mahu tahu apakah buku-buku yang Anwar baca ketika tahanan ISA 1970an dahulu, juga siapakah yang mengirim buku semasa dalam tahanan kedua 14 April 1999 hingga 2 September 2004. Kali terakhir Anwar di penjara pada tahun 2015-2018. 

Saya yakin, jika Anwar menulis sendiri catatan hidupnya, ia akan menjadi rakaman sejarah yang penting kepada negara dan generasi muda akan datang. Sudah pasti ada sesuatu yang boleh dipelajari oleh generasi akan datang dalam konteks politik, diplomatik, kerajaan, kepimpinan, antarabangsa dan sebagainya. 

Di sebalik titik hitam, mesti ada titik putih. Tulislah titik putih itu.

Putrajaya.
'Duduk Dalam Rumah'.


Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Bakal Diterbitkan

Yayasan Pendidikan Islam

Buku Tun Mahathir

Pengunjung