ANWAR PATUT CONTOHI SYED HUSIN ALI TULIS BUKU SENDIRI, KERANA GENERASI MUDA TIDAK TAHU

on Thursday, April 2

Pada tahun 1998, semasa saya berumur 20an, saya membeli buku 'Two Faces,Detention Without Trial' di Lapangan Terbang Kuala Lumpur semasa dalam perjalanan ke USM, Pulau Pinang. 

Ketika itu, tiada penerbangan langsung dari Tawau ke Pulau Pinang. Saya terpaksa transit di Kota Kinabalu, bermalam di Kuala Lumpur dan seterusnya ke Pulau Pinang. Harga tiket ulang-alik ketika itu mencecah RM3,000, tidaklah seperti zaman sekarang harga tiket ulang alik Tawau-Pulau Pinang boleh diperolehi di bawah RM1,000 jika bernasib baik. Mencari ilmu zaman dahulu tidak semudah generasi zaman sekarang.

Buku 'Two Faces,Detention Without Trial' sezaman dengan buku-buku popular yang lain seperti 'Mitos Peribumi Malas' oleh Prof Hussein Alatas. 

'The Asian Renainsance'(1996) pula tidak jauh beza dengan kompilasi buku 'Menangani Perubahan (1986). Sehingga ke hari ini, jika saya tidak silap inilah sahaja dua buku berbentuk kompilasi yang diusahakan DS Anwar Ibrahim (Anwar). 

Dua buku yang belum keluar ketika itu ialah, memoir Lee Kuan Yew "The Singapore Story: Memoirs of Lee Kuan Yew"(1998) hadiah ulang tahun saya pada tahun 2002 di pulau Labuan. Dan Memoir Tun Dr. Mahathir "A Doctor in the House"(2012) hadiah dari sahabat Kelantan saya.

Saya masih boleh ingat bacaan saya bagaimana Syed Husin Ali ditahan di bawah ISA dipindahkan dari satu kenderaan ke satu kenderaan yang lain dan dari satu tempat ke satu tempat yang dia tidak ketahui kerana bertutup mata, akhirnya beliau ditempatkan di Kem Tahanan Kamunting, Taiping. 

Tiga watak yang menarik dalam buku itu selain Syed Husin Ali ialah Anwar dan Ibrahim Ali. Dalam buku itu, mereka tidaklah ditahan dalam masa yang sama atau satu kenderaan yang sama, tetapi berasingan. Mereka hanya mengetahui di bilik sebelah itu Anwar apabila Syed Husin Ali mendengar suara Anwar dan suara Ibrahim Ali. 

Saya menulis artikel ini kerana saya terbaca berita Anwar menceritakan aktiviti hariannya semasa di penjara Sg Buloh. Satu-satunya yang mengecewakan kita ialah Anwar tidak menulis kisah hidupnya semasa dalam tahanan di antara 1974-1976, 1999-2004 hingga 2015-2018, kerana sudah pasti ada sesuatu yang boleh dipelajari oleh generasi muda.

Generasi muda tidak tahu kisah Anwar melalui latihan kepimpinan belia Asia dengan ramai tokoh-tokoh pemimpin belia Indonesia dan Asia seawal 1970. 

Generasi muda tidak tahu Putera Raja Arab Saudi pernah mencari tokoh belia Islam sekitar 1970an kerana Putera Raja Saudi mahu membantu negara-negara Islam pembangunan Islam di Malaysia. Tengku Razaliegh Hamzah menyebut nama Anwar kepada Putera Raja Arab Saudi itu. 

Generasi muda pun tidak tahu Anwar hanya menaiki motorsikal kapcai pada September,1998 apabila akhirnya beliau ditangkap di rumahnya. 

Generasi muda malah tidak tahu DS Wan Azizah masih bekerja di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) awal tahun 2000 sebelum bersara dan menceburkan diri dalam politik sepenuh masa.

Generasi muda tidak tahu pihak penjara turut menyediakan meja bacaan, buku dan alat tulis kepada Anwar dan Syed Husin Ali di Kem Tahanan Kamunting, Taiping. Ada lawatan keluarga dan sahabat tetapi generasi muda tidak tahu siapakah yang datang melawat?

Sebab itu, untuk bacaan generasi akan datang, sebagaimana Lee Kuan Yew dan Tun Dr. Mahathir menulis bibliografi mereka, Anwar juga patut ada kekuatan untuk menulis sendiri kisah hidupnya. 

Di Indonesia, allahyarham Andi Mappetahang Fatwa sudah tiada, tetapi beliau menitipkan kenangannya bertajuk "Dari Cipinang ke Senayan" dan 'Menggugat Dari Balik Penjara" merupakan pengalaman beliau lebih 18 tahun dipenjara orde lama. Akhirnya, beliau keluar menjadi Wakil Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Parlimen Indonesia.

Pembaca mahu tahu apakah buku-buku yang Anwar baca ketika tahanan ISA 1970an dahulu, juga siapakah yang mengirim buku semasa dalam tahanan kedua 14 April 1999 hingga 2 September 2004. Kali terakhir Anwar di penjara pada tahun 2015-2018. 

Saya yakin, jika Anwar menulis sendiri catatan hidupnya, ia akan menjadi rakaman sejarah yang penting kepada negara dan generasi muda akan datang. Sudah pasti ada sesuatu yang boleh dipelajari oleh generasi akan datang dalam konteks politik, diplomatik, kerajaan, kepimpinan, antarabangsa dan sebagainya. 

Di sebalik titik hitam, mesti ada titik putih. Tulislah titik putih itu.

Putrajaya.
'Duduk Dalam Rumah'.


2 Komen:

Anonymous said...

Desakan kpd kerajaan andainya Anwar Ibrahim menulis buku tentang kehidupan dipenjara maka buku itu wajib diharamkan penerbitannya. Perjuangan ahli2 politik lain yg di penjara kerana menentang pemerintah yg zalim Anwar dipenjara kerana amalan songsang biseksual. Penulis blog ini jgn kelirukan fakta anda.

Anonymous said...

KENYATAAN MEDIA MAJLIS SETIAUSAHA PAKATAN HARAPAN

7 April 2020

KERAJAAN PERLU BERHENTI MENYALAHKAN PENJAWAT AWAM

Majlis Setiausaha Pakatan Harapan melahirkan rasa kesal terhadap perkembangan mutakhir ini berkaitan pemecatan beberapa jawatan dalam agensi dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Tindakan Kerajaan memecat jawatan-jawatan lantikan Kerajaan sebelum ini daripada golongan professional pada masa ini adalah tidak wajar dan bukan keutamaan.

. bla.. bla... blahhh..bole blahh..bla...

blaa..blahhh..bole blahhh...

YB DS Shamsul Iskandar Mohd Akin
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

YB Datuk Wira Dr Mohd Hatta Ramli
Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Liew Chin Tong
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Persoalan yang 'walaun mudah lupa'

Sejak bila DAP jadi champion dalam membela penjawat awam nih...!? mana pergi pakar formula@strategi DAP iaitu Tony Phua..!?

menuduh penjawat awam sebagai membebankan Kerajaan adalah pemimpin Pakatan Harapan, khususnya Tony Pua, Ahli Parlimen Damansara dari DAP (25 Oktober 2016).

Yang menegaskan mengenai betapa Kerajaan tidak perlu takut untuk memecat penjawat awam adalah pemimpin Pakatan Harapan (PH), khususnya Kerk Chee Yee, EXCO Kerajaan Melaka dari DAP (18 September 2018).

Yang menegaskan mengenai keperluan untuk terus melakukan proses pembersihan kepada penjawat awam di Kementerian-kementerian ialah pemimpin PH, khususnya Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Bangi dari DAP (17 April 2019).

Yang mendesak Kerajaan supaya mengurangkan bilangan penjawat awam di dalam negara adalah pemimpin PH, khususnya Wong Ling Biu, Ahli Parlimen Sarikei dari DAP (19 November 2019).

Yang menuduh penjawat awam menjadi ‘deep state’ dan mensabotaj Kerajaan adalah pemimpin PH, khususnya Lim Kit Siang, Dr P Ramasamy, Charles Santiago, Ronnie Liu, Khalid Samad, Aiman Athirah dan Sivarasa Rasiah dari DAP, PAN dan PKR (sepanjang 2019, khususnya November).

Yang memindah dan menyejuk bekukan (‘cold storage’) penjawat-penjawat awam utama Kerajaan, termasuk Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, ialah Kerajaan PH (2018 dan 2019).

Yang mempersoalkan pemberian bantuan tunai RM500 kepada lebih 1.5 juta penjawat awam adalah pemimpin PH, khususnya Datuk Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Beruas dari DAP (28 Mac 2020).

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Bakal Diterbitkan

Yayasan Pendidikan Islam

Buku Tun Mahathir

Pengunjung